TERKINI :

Tuesday, October 7, 2014

Apabila Menteri gila 'berzumba'

Kegagalan 2 Temasya Sukan Berprestij, KJ Perlu Fokus Kerja Bukan Berzumba

https://helenang.files.wordpress.com/2014/09/kj-zumba-8.png 
http://1.bp.blogspot.com/-ZSEXOO6zdIg/VBmqhCGw3-I/AAAAAAAAECc/qAbi2gxfa5A/s1600/kj-zumbah2.png

Khairy Jamaluddin memulakan karier sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan dengan penuh bergaya dan berketerampilan. Dengan memperlihatkan keterbukaan penuh progresif seorang Menteri muda, Khairy Jamaluddin berjaya menggamit perhatian ramai anak muda di kala prestasi ramai anggota Kabinet Persekutuan dipersoal.

Namun selepas berakhir dua temasya sukan yang punya prestij tersendiri iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia, nampaknya Khairy terus bergelut dengan prestasi pelbagai sukan negara kita.

Kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan ditambah dengan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia menambah perit Khairy. Tambah buruk seorang atlit kita terperangkap dalam persoalan penggunaan bahan larangan hingga mengakibatkan pingat emas yang dimenangi telah ditarik balik.

Oktoberfest : Sebut saja Khalid Samad komen semua semangat nak menghentam sedangkan baca tajuk aja..!!

Oktoberfest dan pendirian saya – Khalid Samad

http://en.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/12/312.jpg
Temuramah saya yang dibuat ISMA berhubung isu Oktoberfest banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya "sokong" dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!

Negara majmuk

Perenggan pertama ada disebut, penganjuran Oktoberfest ini tidak boleh dihalang kerana Malaysia adalah negara majmuk. Ada yang tanya pada saya, apa beza pendirian saya dengan Umno? Sama sahaja, ujar mereka.

Bagi Umno, bila dikatakan masyarakat majmuk ini bererti syariat Islam tidak boleh diguna-pakai. Bagi saya bila saya sebut masyarakat majmuk, maka kemajmukan itu perlu ditangani mengikut kehendak syariat Islam! Rasanya jauh berbezakan?

Makin gila babi puak nie buat kerja sampai duit cukai LHDN pun nak ditubuhkan syarikat untuk buat meniaga..

BismillahirRahmanirRahim

WR Ustaz Hj Hanipa Maideen, Ahli Parlimen Sepang membantah Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri yang bercadang menubuh syarikat di bawah agensinya.

Beliau menekankan pihak LHDN tidak patut menubuh syarikat untuk melabur atau melalukan apa-apa tindakan untuk kononnya menjana hasil kutipan cukai kerana ia telah lari dari tujuan asal pungutan cukai yang perlu dimasukkan ke dalam Tabung Yang Disatukan demi faedah rakyat secara terus.

Pihak LHDN tidak boleh menyamakan wang kutipan cukai seperti caruman KWSP yang dibenar membuat pelaburan.

Ikuti perbahasan penuh perbahasan beliau dalam sidang parlimen dilink di bawah.


INFO SEMASA :

PAS putuskan nasib 2 Adun ‘broker, barua’ 12 Oktober ini

Keputusan terhadap tindakan dua Adun PAS yang membelakangkan keputusan presiden berhubung isu menteri besar Selangor akan diputuskan pada 12 Oktober, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2014.
PAS akan membuat keputusan pada 12 Oktober ini berhubung tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang membelakangkan parti Islam itu dengan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pada mesyuarat pada 12 Oktober itu nanti, nasib Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin akan ditentukan dan beliau akan membentangkan laporan penuh kes itu termasuk kenyataan kedua-dua Adun itu dalam pertemuan awal dengannya pada 29 September lalu.

"Segala butir percakapan mereka dalam pertemuan dulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," kata Mustafa seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Harga ikan pulak naik 30%.....

Harga ikan naik sehingga 30 peratus di Pulau Pinang

GEORGE TOWN 7 Okt. - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan berkurangan selepas nelayan tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu sejak lima hari lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bahagian pulau negeri ini mendapati harga ikan naik antara RM5 hingga RM10 sekilogram mengikut jenis ikan serta kualitinya.

Ikan bawal dijual RM40 sekilogram berbanding RM30 sekilogram sebelum ini, ikan cencaru RM10 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini dan ikan kerisi saiz sederhana RM12 sekilogram berbanding RM7 sekilogram.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ombak kuat dan laut bergelora sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan daripada Thailand.

"Banyak nelayan tidak turun ke laut menyebabkan bekalan ikan, sotong dan udang tidak mencukupi malah beberapa jenis ikan langsung tidak dapat dijual antaranya ikan kembung.

"Peniaga terpaksa mengambil ikan daripada Thailand dan pembekal dari sana sengaja menaikkan harga kerana tahu kita kekurangan bekalan, kami juga terpaksa menaikkan harga ikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

'Cukai 20 hartawan rahsia bawah Akta Cukai'

Jumlah cukai yang dibayar oleh hartawan-hartawan negara tidak boleh didedahkan kerana ia adalah rahsia di bawah Seksyen 138, Akta Cukai Pendapatan 1967, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Lembaga Hasil Dalam Negeri terikat kepada peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian individu di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tidak boleh didedahkan amaun cukai individu sebenar yang dibayar oleh mereka.

"Selaras dengan Seksyen 138 Akta Percukaian 1967 menyatakan dengan izin, every classified person shall regard and deal with every clasified material as confidential.

"Jadi cukai pendapatan individu mereka yang terkaya itu kita tidak boleh dedahkan mengikut akta," kata Ahmad Maslan.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014) di Parlimen, petang ini.

Beliau memberi maklum balas kepada gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tengah hari tadi.

Anwar gesa dedah cukai 20 orang hartawan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf bilionair di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan tersebut.

"Saya mahu tahu daripada 20 bilionair di negara kita ini berapakah jumlah cukai yang kita kumpulkan?" Kata Anwar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan 2014).

"Saya menyokong pindaan ini yang memberikan lebih autonomi kepada LHDN," kata Anwar.

Menurut Anwar, beliau mahu tahu jumlah tersebut kerana dakwanya, ada di antara golongan kaya di dalam negara mendapat kelonggaran dalam membayar cukai mereka.

"Tidak mudah bagi orang biasa bagi mendapat kelonggaran tapi ada maklumat di mana LHDN ditekan.

"Di mana orang-orang kaya, bilionair, boleh diberi kelonggaran, bayaran ansuran 18 bulan, umpamanya.

"Kalau ini cara yang konsisten diberi kepada semua, yang berhak, saya tidak masalah.

"Tetapi tentunya tidak boleh diberi pengecualian kerana perkara ini dari segi fakta pernah berlaku dan saya harap dengan perubahan ini, kita dapat jamin (LHDN) lebih efisien, lebih profesional dan autonomi bermakna ada tekad untuk melaksanakan (kutipan cukai) tanpa memilih kedudukan atau kekayaan seorang itu," kata ketua pembangkang lagi.

Tahaluf dulu dan kini, akan datang entahlah nak jadi lagu mana..!!

MAJDAN DAGANG 

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-PAKATAN-RAKYAT-together.jpg

Krisis Perak yang dilupakan

Tsunami Politik Mac 2008 merubah sama sekali landskap politik Malaysia. Salah satu negeri yang tumbang ialah Perak. Barisan Nasional menang 28 kerusi daripada 59 kerusi dewan undangan negeri. Baki 31 kerusi lagi dimenangi oleh DAP 18, PKR sembilan dan PAS enam.

Ketika ini Pakatan Rakyat belum wujud lagi. Walaupun memenangi kerusi terbanyak Umno-BN tidak boleh membentuk kerajaan melainkan salah satu parti pembangkang mengadakan ikatan dengannya. Tidak dapat dipastikan adakah berlaku rundingan antara Umno-BN dengan salah satu parti pembangkang untuk membentuk kerajaan campuran.

Pada ketika itu PAS dan PKN telahpun mengadakan tahaluf secara rasmi sementara DAP tidak terbabit.

Walau bagaimanapun secara umumnya ketiga-tiga parti pembangkang cuba mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam menghadapi Umno-BN. Oleh itu, secara tidak rasmi ketiga-tiga parti ini terpaksa bergabung bagi menghalang BN daripada berkuasa.

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak

http://1.bp.blogspot.com/-RH3Jg75yvBY/VCvpGPZus9I/AAAAAAAAvxc/pnBRB6scsqM/s1600/ShowLetter4.jpg

KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.

Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.

"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri.

"Saya ingin tegaskan pengurangan subsidi minyak, bukan sahaja langkah yang tidak popular, malah ia adalah langkah yang amat menyeksa rakyat dan juga status ekonomi negara," ujarnya lagi.

Nuklear nak masuk parlimen

 
Lama saya tidak menulis di ruangan kolum Malaysiakini ini. Kali terakhir saya menulis pada 17 Mac lalu. |

Malah ada juga yang bertanya apa gerangannya saya berdiam diri: Ketandusan ideakah? Sudah jadi kayakah saya dengan menjual lukisan? Sudah dibayar penguasakah hingga senyap membisu? Telah kecewa dengan perjuangankah?

Sebenarnya, menjadi adat kehidupan seniman “outsider” untuk hidupnya gagal daripada segi kewangan – meski saya tidaklah segagal Vincent Van Gogh.

Roda hidup, putarannya naik dan turun. Lantaran itu saya terputus sambungan Internet, terjerumus ke jurang dalam digital, dan tidak dapat berada dalam talian 24 jam sehari.

Apabila kurang membaca berita-berita semasa, kurang jugalah ulasan yang hendak saya tuliskan. Meski tidak terlalu mengikuti perkembangan berita selama hampir enam bulan ini, saya merasa lega kerana saya sebenarnya tidak banyak ketinggalan.

Asyik-Asyik Rakyat Yang Diminta Berkorban...

Shahbudin Husin,


Untuk kesekian kalinya, apabila saja kerajaan memutuskan mahu memotong subsidi, hujah yang selalu digunakan ialah ianya untuk kebaikan negara bagi jangka panjang. Oleh yang demikian, kata para pemimpin, rakyat haruslah berkorban demi masa depan negara.

Kononnya, tak apalah susah sedikit sekarang, asalkan senang untuk jangka panjang. Lagi pula, kata pemimpin yang berada di singgahsana, subsidi ini tidak baik, tidak menjadikan rakyat berdaya saing dan tidak selamanya rakyat harus bergantung dengannya.

Ketika empat kali subsidi gula dikurangkan sejak 2009 lalu, itulah alasan yang dihujahkan. Ketika banyak kali harga minyak dinaikkan melalui pengurangan subsidinya, itulah juga alasan yang digunakan.

Dua hari lalu, subsidi petrol dan diesel dikurangkan lagi untuk menjadikan harganya naik 20 sen seliter. Dengan kenaikan ini, harga barang keperluan, minuman dan makanan di kedai dan restoran sudah pasti akan meningkat. Menjelang sambutan Hari Raya Korban tahun ini, rakyat benar-benar terasa menjadi korban.

Carian MH370 diteruskan semula selepas empat bulan terhenti

GO Phoenix akan mengambil masa 12 hari menjalankan aktiviti carian dalam zon yang diberikan sebelum menuju ke Fremantle, Australia Barat, untuk mendapatkan bekalan semula. – Gambar Reuters, 6 Oktober, 2014.
GO Phoenix akan mengambil masa 12 hari menjalankan aktiviti carian dalam zon yang diberikan sebelum menuju ke Fremantle, Australia Barat, untuk mendapatkan bekalan semula. – Gambar Reuters, 6 Oktober, 2014.

Usaha pencarian kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370 disambung semula hari ini, hampir tujuh bulan selepas pesawat Boeing 777 itu hilang dari radar, dengan tiga kapal menyertai operasi tersebut.

Kapal carian pertama, GO Phoenix tiba semalam di kawasan carian yang ditetapkan di selatan Lautan Hindi.

Menurut CNN, ia dijangka menggunakan peranti mengesan yang ditunda untuk menjejak sebarang isyarat dari pesawat yang hilang pada awal Mac itu.

Menurut satu laporan lain di New York Daily News, memetik The Associated Press, kamera video dan sensor bahan api jet juga akan turut digunakan.

Mansuh Akta Hasutan, Kerajaan Perlu Henti Pendirian Flip Flop

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/09/akta-hasutan-1948.jpg 

Akta Hasutan 1948 merupakan satu akta undang-undang di Malaysia yang digubal bagi mencegah dan menghalang sebarang perbincangan yang boleh dikatakan atau didakwa sebagai tujuan untuk menghasut.

Pada tahun 1948, kerajaan British telah menggubal akta tersebut dan bersempena dengan tahun tersebut nama ‘Akta Hasutan 1948’ diangkat sehingga kini. Jika diteliti daripada sudut historinya, ia adalah bertujuan untuk mengekang kemaraan komunis pada satu ketika dahulu. Komunis telah tiada, namun ia terus digunapakai berleluasa tanpa kajian terperinci. Di sini kami mempertikaikan atas alasan apa ia terus diguna?PM wajar nyatakan pendirian segera untuk rakyat membuat penilaian.

Menurut tafsiran dalam Akta 1948, sebarang ucapan dan penerbitan yang mempunyai kecenderungan menghasut adalah boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah.

Nota Kepada Ahmad Maslan: Pada 2009 Najib Bukannya Turunkan Harga Minyak, Tapi Perkenal Ron 95

Shahbudin Husin, 


Dalam mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen lagi baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan menyatakan bahawa Najib Razak juga adalah satu-satunya Perdana Menteri yang berani menurunkan harga minyak sebanyak 90 sen pada tahun 2009.

"Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?," tanya beliau dalam laman makro twitternya.

Tindakan Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO mempertahan dan memuji Perdana Menteri ini dipercayai berikutan meningkatnya serangan dan kecaman terhadap Najib mengenai kenaikan harga minyak kali ini memandangkan kenaikan itu dilakukan hanya tiga hari menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pembinaan semula Pekan Rabu tergendala

http://w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.243955.1364487574!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg
JERLUN - Pembinaan semula Pekan Rabu Alor Setar yang sepatutnya bermula November depan terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat beberapa masalah kecil yang menyebabkan proses pembinaan bangunan baharu itu tergendala.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, masalah itu berpunca daripada sikap segelintir peniaga yang enggan berpindah ke tapak sementara iaitu di bangunan Ukir Mall di sini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan bangunan baharu Pekan Rabu dilakukan dengan segera.

Katanya untuk mengatasi masalah itu, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad bagi mencari penyelesaian perkara itu.

"Ada sebahagian kecil peniaga yang tidak setuju (untuk berpindah ke tempat sementara) tetapi kita lihat atas kepentingan tertentu. Kita sangat perlukan kerja-kerja untuk mengubah semula Pekan Rabu dijalankan secepat mungkin.

KD Ganas dekati CB204, KD Lekiu tunda ke PTKK

Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam.
KOTA KINABALU - Bot tempur CB204, yang ditemui kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-Layang, akan dibawa ke stesen peninjau terdekat di Gususan Semarang Peninjau, Pulau Layang-Layang.

Sumber Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Sepanggar berkata, bot tempur itu dikesan selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang tadi.

Beliau berkata, kesemua tujuh anak kapal bot itu disahkan selamat selepas komunikasi dua hala pada 4.45 petang.

Katanya, bot berkenaan didapati mengalami masalah pada enjin dan stering.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, KD Ganas berjaya merapati CB204 jam 7.12 petang tadi bagi menyerahkan makanan kepada kru yang kelaparan.

"Bot akan ditunda oleh KD Lekiu yg dijangka tiba di lokasi tengah malam ini.

"Jarak daripada Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) ialah 129 batu nautika dan akan mengambil masa 23 jam," katanya dalam laman Twitter miliknya semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...