TERKINI :

Sunday, October 5, 2014

Kaji semula kebenaran tambang BAS sekolah ikut suka hati mak bapak mereka

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/SCHOOLBUS_061113_TMIAFIF_003.jpg
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu menimbang semula keputusan untuk membenarkan kadar bayaran tambang bas sekolah ditentukan oleh kuasa pasaran bagi mengelakkan berlaku kenaikan berterusan harga tambang pengangkutan itu.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, se*perti pengangkutan awam lain, harga tambang bas sekolah juga perlu dikawal kerana ia pilihan majoriti rakyat di negara ini untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Menurut beliau, SPAD seharusnya memikirkan kaedah lain sekiranya berhasrat untuk membantu pengusaha bas daripada mengalami kerugian akibat peningkatan kos ekoran kenaikan harga bahan api yang dihadapi mereka dan bukannya de*ngan memindahkan kos itu kepada rakyat.

"Tidak semua anak-anak bertuah sehingga boleh dihantar ke sekolah oleh ibu bapa atau pemandu khas seperti orang yang membuat dasar seperti ini.

"Kita tidak boleh guna kuasa pasaran untuk selesaikan masalah kerana ak*hirnya rakyat yang akan ditekan dan ditindas dengan pelbagai alasan kenaikan kos oleh pengusaha-pengusaha bas," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Cuaca mendung tak jejas kemeriahan Aidiladha

http://www.pln.co.id/puslitbang/files/2012/10/Qurban.jpg
KUALA LUMPUR - Cuaca mendung di beberapa tempat di seluruh negara pagi ini tidak menghalang umat Islam untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum melaksanakan ibadah korban.

Lebih 14,000 warga kota dan warga asing memulakan sambutan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini.

Jemaah bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat itu yang diimamkan Timbalan Imam Besar Masjid Negara Mohamad Mohd Zin.

http://static.panoramio.com/photos/large/51453241.jpg

Mohamad, ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidiladha: Pengorbanan Yang Sejati', menyeru umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap segala ancaman yang boleh membawa kepada kesesatan akidah dan kecelaruan pemikiran serta kelemahan umat Islam.

"Ini selari dengan tujuan agama Islam itu disyariatkan iaitu untuk memelihara kesucian ajaran Islam dan menyelamatkan umatnya daripada terpesong dan terpengaruh dengan ajaran atau akidah yang menyalahi syariat Islamiah," katanya.

Rundingan akhir untuk bebaskan Konstabel Zakia


Polis kini dalam rundingan akhir untuk  membebaskan anggota polis marin yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama pihak Filipina dalam urusan rundingan dengan kumpulan penjenayah terbabit bagi membebaskan Konstabel Zakia Aliep yang diculik pada 12 Julai lepas.

"Perkembangan kes setakat ini berjalan dengan baik dan terkawal. Mangsa berada dalam keadaan selamat dan kini dalam proses rundingan akhir antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina dengan suspek penculikan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis jamuan Aidiladha di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Jalaluddin berkata mangsa telah menghubungi anggota keluarganya sebanyak 79 kali sejak diculik kumpulan bersenjata itu.

Beliau berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga berada dalam keadaan selamat dan pihak polis juga sedang berusaha untuk pembebasannya.

- Bernama

RAHSIA KORBAN : Petua hendak bagi daging lembu rasa manis apabila di sembelih

Najib juga boleh dinyahkan macam P.Lah

PRM: Najib juga boleh 'dinyah' seperti Pak Lah

Parti Rakyat Malaysia mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bahawa perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur kerana gagal menunaikan janji.

Oleh itu, BN perlu memenuhi janji pilihan raya untuk tidak menaikkan harga bahan api sekiranya perdana menteri itu tidak mahu mengalami nasib yang sama, katanya.

"PRM hendak mengingatkan bahawa bekas perdana menteri,  Abdullah Badawi, diberikan kepercayaan kuat oleh rakyat kerana beliau berjanji melaksanakan perubahan yang diidam-idamkan rakyat.

"Oleh itu (Abdullah) mendapat peratusan kerusi parlimen yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.

"Tetapi selepas pilihan raya, beliau tidak membawa  perubahan yang dijanji, tidak menghiraukan kesusahan kehidupan rakyat, sebaliknya melaksanakan dasar ekonomi neo-liberalisme, mengurangkan subsidi, menaikkan harga minyak dengan mendadak.

"Akibatnya harga barangan melambung naik, inflasi berlaku, akhirnya beliau dinyah oleh pengundi dalam pilihan raya umum ke-12," kata Koh.

Tambahnya, kejayaan BN dalam pilihan raya umum 2004 – dengan kemenangan di 198 dairpada 220 kerusi parlimen – adalah berdasarkan keyakinan rakyat kepada Abdullah untuk menjalankan agenda perubahan.

"Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum, beliau tidak membawa perubahan yang dijanjikan," kata Koh dalam kenyataannya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...