Rebut peluang saringan kesihatan percuma

KUALA LUMPUR - Ketika usia menginjak 40 tahun, ramai yang beranggapan mereka telahpun memperoleh apa yang dihajati dalam kehidupan.
  
Mempunyai kerjaya yang mantap, rumah yang sempurna, keluarga juga semakin bahagia malah badan turut terasa sihat.
  
Tetapi ramai yang terlupa bahawa semua nikmat itu bila-bila masa sahaja boleh "ditarik" oleh Yang Maha Esa apatah lagi jika sudah disapa oleh pelbagai penyakit terutama penyakit tidak berjangkit (NCD-non-communicable diseases).
  
Penyakit tidak berjangkit yang turut digelar penyakit gaya hidup semakin menjadi isu kesihatan utama di negara ini. Penyakit-penyakit ini meliputi penyakit hipertensi, diabetes, kolestrol tinggi dan obesiti.