TERKINI :

Monday, September 29, 2014

Faktor PAS kalah di Pengkalan Kubor dari persepsi anak muda dan musuh

dari Anakkedah007

http://3.bp.blogspot.com/-DDu5basOkWE/VA_oe202MoI/AAAAAAAADx0/RGxNVOql20U/s1600/prk-pengkalan-kubor-kubur-calon-bn-pkr-pas.png
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar selepas Mat Razi Mat Ail mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti 2,635 undi.
Mat Razi memperoleh 9,961 undi di hadapan Wan Rosdi yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya memperoleh 38 undi.
Kami yakin ramai penyokong PAS tengah kepeningan mencsti apa punca sebenar calon PAS boleh kalah di PRK Pengkalan Kubur. Kalah tu pulak bukan sikit tapi majoriti kalah jauh lebih besar berbanding PRU13 lepas.
Malaysiakini dalam berita bertajuk
"PAS: Masalah dalaman bukan punca kalah" melaporkan:
Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.
"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

Nik Abduh & Tantawi....jangan terlajak sangat!!

DAP & PKR Masih rakan tahaluf....Nik Abduh & Tantawi....jangan terlajak sangat!!
Oleh Zulkifli Yahaya

http://4.bp.blogspot.com/-MYZyhybRdhE/Tr5tKCoXtTI/AAAAAAAAIkI/EgMMs9nkfgs/s1600/NIK%2BAbduh%2BNik%2BAziz%2BBLOG%2BGelombang%2BRakyat.png
Ekoran kritikan terbuka perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim, terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP dalam Muktamar Tahunan ke 60 baru-baru ini, beliau telah digantung tugas sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Sebagai wakil negeri, tentulah beliau tidak bercakap atas sifat peribadi. Suaranya di muktamar adalah suara rasmi PAS Pulau Pinang.

PAS negeri mempunyai banyak saluran untuk membuat teguran agar tidak mencalarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka boleh membangkitkan dalam mesyuarat ahli majlis kerajaan tempatan, bertemu Exco berkenaan atau terus bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng. Jika semua itu masih sukar, mereka boleh ‘gunakan’ Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohamad Sabu yang mempunyai hubungan akrab dengan Guan Eng sejak dalam tahanan ISA di Kemunting, untuk menyampaikan hasrat. Jika langkah itupun tidak menjadi, saluran terakhir ialah Majlis Presiden. Tapi soalnya, mengapa PAS Pulau Pinang tidak menggunakan saluran sedia ada sebaliknya memilih untuk ‘memalukan’ DAP di khalayak ramai?

Ekoran tindakan tatatertib itu, AJK PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Nasrudin mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya.

Jika Sg Limau di beri AYAM & ITIK, di Pengkalan Kubor pula MICROWAVE & DUIT ZAKAT RM250

Petikan dari Blog Syssss!!!

BN perlu post mortem kenapa menang di Pengkalan Kubor..!!
Microwave PRK....... duit zakat RM250 seorang..!!!
Memang Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DU) Pengkalan Kubor 25 September lepas tetapi hakikatnya, parti tunjang kerajaan itu wajib buat post mortem untuk mencari jawapan kenapa kerusi DUN tersebut masih kekal menjadi milik BN.
Kalau mengikut pemerhatian orang luar yang bukan pengundi Pengkalan Kubor, kemenangan BN sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran bahawa BN telah berjaya mendapat sokongan rakyat.
Sebabnya, BN terlalu pemurah sepanjang kempen PRK diadakan. Selain janji-janji untuk membangunkan Pengkalan Kubor, rezeki penduduk Pengkalan Kubor datang bergolek tak semena-mena.
Rakyat miskin di hampir semua saluran undi diberi zakat paling sedikit sebanyak RM250 seorang sementara beberapa saluran lagi mendapat habuan lain seperti ketuhar elektrik.

Tahniah Hazzirah Izzati pelajar paling muda dianugerahkan PhD UTM

izzati.jpg

Hazzirah Izzati Mat Hassim

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. 

Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. 

Polis lancar Ops Godam ATM

ATM
KUALA LUMPUR - Polis kini melancarkan 'Ops Godam ATM' melibatkan pasukan khas daripada Polis Bukit Aman dan polis kontinjen negeri berkaitan susulan beberapa insiden Mesin Teler Automatik (ATM) digodam mengakibatkan lebih RM1 juta lesap setakat ini.
  
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)(Jenayah Siber dan Multimedia) Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, penjenayah yang terlibat akan diburu secara besar-besaran.
  
Menurutnya, polis percaya anggota sindiket yang dikatakan berasal dari Amerika Latin dan Asia Barat itu masih berada di negara ini.
  
"Justeru, kami mengaktifkan pemantauan di setiap pintu masuk negara sama ada melalui jalan darat, laluan laut dan laluan udara," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Terbaharu, polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian menggodam mesin ATM melibatkan cawangan sebuah bank di Kota Damansara, mengakibatkan kecurian kira-kira RM300,000.

Nik Abduh ditegur supaya jaga emosi

Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh jaga emosi

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihati supaya lebih menumpukan perhatian kepada tugasnya daripada mengadu di laman sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2014.
Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saari: Saya tetap ahli Pas hingga akhir hayat


Saari Sungip  
 
KUALA LUMPUR - Adun Pas Hulu Kelang , Saari Sungip memilih untuk kekal bersama Pas walau apa jua tindakan tatatertib yang dikenakan ke atasnya.

Bercakap kepada Sinar Harian Online hari ini, beliau menegaskan akan kekal setia bersama parti tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

"Saya masih ahli Pas... Saya ahli Pas sampai akhir hayat saya," katanya.

Beliau ditemui selepas pertemuan bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut ketika diasak pelbagai pertanyaan berhubung pertemuannya dengan Datuk Mustafa.

Saari adalah seorang Adun Pas yang dipanggil bermesyuarat hari ini bagi mendapatkan penjelasan terhadap sokongannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai ganti calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan bekas penyandangnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Seorang lagi Adun Pas, Hasnul Baharuddin turut dipanggil bermesyuarat pada hari ini.

Adakah benar Melayu itu malas?

RIDHUAN TEE ABDULLAH

http://1.bp.blogspot.com/-QZDufb4ai2M/VBK3KF0zPTI/AAAAAAABvy0/wKXGka00WJI/s1600/6267897849_56a381eae7.jpg
SETIAP manusia (bangsa) yang dicipta dan dilahirkan adalah juara. Tidak timbul soal mereka rajin atau malas. Sikap individu (fikrah) yang menentukan kejayaan seseorang. Inilah kehebatan ALLAH SWT menjadikan manusia berbanding haiwan. ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang, sehingga dialah yang berusaha mengubahnya. Jika nak sesuatu itu berubah, kita kena berubah terlebih dahulu. Bak kata MuftiMenk, "we want to make the world a better place but we are not prepared to improve ourselves."

Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa lain rajin atau pandai berniaga. Terpulang kepada kita untuk menentukannya.

Ramai juga saya jumpa bangsa lain yang malas. Datuk-nenek saya datang dari China, sehelai sepinggang. Tinggal di kampung Melayu, di Kota Stia, Kampung Gajah, Perak. Tidak berapa lama, kehidupan kami berubah.

Berbekalkan sedikit modal yang dikumpulkan, akhirnya bapa saya berjaya membuka satu-satunya kedai runcit di kampung itu dan menjadi kaya-raya hasil perniagaan tersebut.

RM1.217 juta lesap daripada mesin ATM

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank hari ini.

Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Bahru, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu.

"Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," kata bank berkenaan.

Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Azmin ambil tempat, apa warisan peninggalan Khalid?

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Mampukah corak pentadbiran Azmin Ali sebagai menteri besar merintis kejayaan di atas kecemerlangan dan kesilapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.
Mampukah corak pentadbiran Azmin Ali sebagai menteri besar merintis kejayaan di atas kecemerlangan dan kesilapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014

Untuk tahu betapa popular dan segar pentadbiran awal Tan Sri Abdul Khalid dulu, anda hanya perlu pergi ke majlis yang banyak diadakan di seluruh Selangor di mana penduduk menerima geran tanah dan pembaharuan pajakan hanya RM1,000.

Program itu menunjukkan kepada penduduk Selangor, terutama di kawasan luar bandar, kebaikan kepimpinan dan pemerintahan yang ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) kepada negara ini, dan bagaimana ia lebih baik jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

Insiatif dimulakan Khalid itu nampaknya mula dilupakan perlahan-lahan apabila pengganti yang pernah menjadi musuhnya, Azmin Ali, bekerja keras untuk merawat luka kesan penyingkiran Khalid yang mengejutkan itu.

Pada saat Azmin bertekad meyakinkan Selangor kewajaran krisis itu, ini adalah masa yang tepat untuk mengkaji apa yang betul dalam pentadbiran Khalid dan bagaimana ia bertukar menjadi tindakan salah.

Anwar dedah bahawa pelajar UNISEL yang miskin kena berhenti hanya tak bayar yuran..!!

Anwar: Saya tak campur pentadbiran Azmin

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan memberi 'arahan' atau mencampuri urusan pentadbiran menteri besar baru Selangor Azmin Ali.

Beliau sebelum ini meminta Azmin mendedahkan pihak yang mendapat mendapat manfaat daripada perjanjian penstrukturan semula air negeri.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau hanya meminta penjelasan daripada pentadbiran baru itu mengenai kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, pembinaan lebuh raya KIDEX serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

"Saya hanya minta penjelasan daripada menteri besar dan kerajaan yang baru supaya kita dapat maklumat ini saya tidak tentukan apa-apa dan hukuman.

"Siapa nak untung itu hak dia, tapi proses kena ikut, peraturan kena ikut jangan untung untuk orang atas kerana kita nak mempertahankan kedudukan kita kemudian rakyat kena bayar lebih," tegas beliau.

'Bantu pelajar miskin'

Sementara itu, Anwar turut menggesa pentadbiran Azmin membantu pelajar miskin di Universiti Selangor (Unisel) yang tidak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.

Terdapat juga mahasiswa di universiti milik kerajaan negeri itu terpaksa berhenti ekoran masalah sama.

"Kita dah suarakan bertahun-tahun jangan sampai begitu. Sepatutnya ada usaha daripada negeri.

Rafizi membongkar 1MDB berkenaan hutang RM30billion..!!

oleh rafizi ramli


Hutang 1MDB melebihi RM30b ditanggung rakyat Malaysia. Sebelum ini bila PR persoalkan hutang 1MDB, Umno serang. Sekarang bila Tun Mahathir yang kritik 1MDB, Umno diam.

Soalan Parlimen saya untuk sessi akan datang banyak tertumpu untuk membongkar 1MDB. Kita tunggu apa jawapan Menteri!

Soalan Lisan No (1)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan menamakan semua syarikat-syarikat yang mana 1MDB telah melabur menggunakan dana yang dianggarkan USD$2.3 bilion yang disimpan di Pulau Cayman dan pelaburan itu diuruskan oleh Bridge Partners Hong Kong, bagi tempoh kewangan 1 Januari 2010 hingga 30 September 2014.

Antara kisah RM60K dengan permohonan maaf Zul Nordin kepada Syed Husin..!!

Kes saman Syed Husin, Zul Nordin tarik balik posting

 
http://3.bp.blogspot.com/-2TVyVgTZRVQ/VCjphb3VikI/AAAAAAAAYlk/3YigokZwD0I/s1600/2014-09-29_130701.jpg

Bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia telah bersetuju untuk membayar sejumlah kos yang tidak didedahkan kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali.

Ini ekoran bekas pemimpin PERKASA itu bersetuju untuk menarik balik posting dalam blognya yang didakwa berunsur fitnah manakala akhbar milik Umno itu pula bersetuju menarik balik artikelnya yang memetik blog tersebut.

Zulkifli turut memohon maaf di atas posting blog itu yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen', dan juga menarik balik tuntutan balasnya terhadap Syed Husin.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera.

Klik di bawah untuk baca artikal tersebut....

Pesta buang pekerja kerajaan BN Kedah telah berlaku

Pesta buang pekerja kerajaan BN
oleh Zulkifli Yahaya

INGAT lagi cerita Yiked Holdings Sdn Bhd (YIKed) yang disaman RM11 juta di penghujung pentadbiran Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak dahulu?

Menurut fakta kes, mahkamah telah mengarahkan YIKed membayar RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd. Ia ekoran kegagalan YIKed menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama dengan syarikat berkenaan dalam satu projek besar yang telah dimulakan sejak zaman Menteri Besar BN, Tan Sri Osman Aroff lagi.

Long Island Development Sdn Bhd iaitu syarikat bersama YIKed dan Long Island Properties bertanggungjawab menebus 16 keping tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad tetapi telah gagal berbuat demikian.

Rentetan itu, syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambil alih pinjaman tidak berbayar Southern Finance Berhad bertindak menyaman YIKed RM11 juta dan telah berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300,000 bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan dibayar ansuran sehingga bersambung di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir yang mengambil alih Kedah pada Mei 2013.

Jumlah RM11 juta yang dibazirkan angkara kerajaan BN sebelum Mac 2008 termasuk dalam senarai RM403 juta penyelewengan dan pembaziran yang berlaku di zaman BN dahulu. Ustaz Azizan terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk melunaskan semua pembayaran yang dipaksakan itu. “Tak dak duit nak bayar, aku tebang balak,” seloroh Ustaz Azizan dalam satu sidang media di Stadium Suka Menanti.

Apa jawapan PAS apabila Gadis Melayu Islam siap berpurdah boleh joint DAP..!!??

JIKA BELIAU TIDAK CUKUP FIKRAH.. HABIS APA TUGAS PAS NAK BAGI CUKUP.. MANA DAKWAH PAS YANG DILAUNG-LAUNGKAN..?

Gadis Melayu berpurdah sertai DAP

Sudah tiba masanya anak muda berjuang dalam DAP , meruntuhkan dogma dan rasisma yang lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia

Melati Rahim

SEREMBAN: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.

“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting.

“Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.

“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.

Awatlaa TURKI nak gempur negara Islam pulak?

Turki sedia gempur Negara Islam

Kumpulan IS meningkatkan persediaan hadapi serangan di Syria dan Iraq. Foto: AFP  
Kumpulan IS meningkatkan persediaan hadapi serangan di Syria dan Iraq. Foto: AFP

ANKARA - TURKI. Turki bersedia berada di barisan hadapan untuk bertempur dengan kumpulan Negara Islam (IS) dalam operasi perikatan anti-ISIL di Syria.

Akhbar Hurriyet melaporkan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sudah memberikan lampu hijau untuk melakukan operasi yang melibatkan serangan darat dan udara secara bersepadu.

"Turki bersedia mengerakkan semua aset ketenteraan dalam operasi ini. Kami sudah mengisytiharkan zon larangan terbang di kawasan sempadan bagi memastikan keselamatan ribuan pelarian terjamin," katanya.

Menurutnya, operasi udara tidak cukup untuk menyekat kemaraan tentera IS dan gempuran darat adalah strategik perang terbaik dalam kempen ini.

"Amerika Syarikat (AS) sudah melakukan tindakan wajar dengan memulakan serangan udara di Syria dan Iraq bagi menyelamatkan masa depan Kurdistan di Iraq. Kini, giliran Turki akan meneruskan usaha itu dengan mengambil beberapa tindakan yang difikirkan sesuai dan rasional," katanya dipetik AFP.

Krisis Pakatan: Di belakang risiko ada peluang

AHMAD LUTFI OTHMAN | 29 September 2014.

http://www.harakahdaily.net/images/stories/2014_pic/SEP/konvesyen-pr.jpg
PEMILIHAN Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor, walaupun tidak pernah dicadangkan mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat kepada sultan, diharap dapat meredakan ketegangan politik negeri termaju yang berpanjangan begitu lama.

(Untuk rekod, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 Ogos lalu mencadangkan dua nama, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengusulkan nama tersebut dan diterima sebulat suara dalam mesyuarat berjalan penuh harmoni. Namun begitu, apa yang berlaku seterusnya tidak selicin yang diharapkan).

Proses untuk menggantikan Abd Khalid Ibrahim bukan saja tidak mudah, berliku-liku, juga menimbulkan korban yang besar. "Anwar Ibrahim sendiri boleh dianggap mangsa pertama Langkah Kajang jika dilihat penghakiman kes mahkamahnya. Dia menjadi seteru yang cukup digeruni Putrajaya jika bertakhta di Selangor," kata seorang pemerhati.

Bagaimanapun, yang peliknya, isu yang bermula sebagai krisis dalaman KeADILan tiba-tiba sahaja telah menjadi "wabak dahsyat" dalam PAS, yang kemudiannya mengakibatkan hubungan antara parti dalam Pakatan kelihatan retak.

[Panas] Bukti DAP Kedah ''buli'' pula adun PAS & PKR Kedah pagi tadi..!!



Temuramah Bersama Tok Guru Nik Aziz nie sepatutnya Harakah yang adakan tapi Utusan lagi pantas..!!

Kami berkatakan sedemikian adalah kerana pandangan dari TG merupakan satu pandangan yang amat berharga dan boleh kita semua jadikan panduan dalam menghadapi situasi-situasi yang genting kini.

Tapi malangnya Utusan lagi pantas merebut peluang untuk mendapatkan pandangan tersebut. Harakah yang media dan akhbar utama parti PAS dok buat apa tak tau..lena rasanya.... Utusan pun Utusan laaa..layan... [Admin]

Rasa kecewa itu ada - Nik Aziz


Banyak pihak yang melihat kemelut politik di Selangor meletakkan Pas dalam situasi rugi apabila hubungan parti itu dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan mula retak. Konflik tersebut juga dikatakan meretakkan anggota dalaman Pas sendiri. Jika tidak dibendung ia mampu memecahbelahkan parti itu memandangkan perselisihan pendapat beberapa kelompok yang wujud dalam Pas semakin ketara.

Paling ketara dengan kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi ‘Pas baharu’.

Sebagai Mursyidul Am Pas, pasti ramai yang mahu mendengar pendapat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konflik yang melanda parti Islam itu terutama selepas berakhirnya Muktamar Tahunan Pas Ke-60 yang mencipta pelbagai kejutan baru-baru ini.

Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN dan jurugambar ROSNI MASRI menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu untuk mendapatkan pandangan beliau tentang konflik yang melanda Pas.

Dalam ruang pertemuan yang ringkas di rumahnya, Nik Aziz yang sinonim dengan panggilan ‘Tok Guru’ secara terbuka berkongsi beberapa pandangan yang tidak pernah disampaikan kepada umum sebelum ini.

Antaranya pertembungan golongan profesional dan ulama dalam Pas, kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, kebimbangan beliau terhadap kewujudan ‘broker dan barua’ serta kekecewaannya terhadap Pasma.

Memecat Shaari Dan Hasnul Akan Menjadikan Pas Makin Terpinggir

Shahbudin Husin, 

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.320912.1411917804!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_300/image.jpgDua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orangramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?

Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Shaari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.

Mukhriz - Selesaikan segera masalah rakyat


KUBANG PASU 27 Sept. - Para penjawat awam diseru untuk segera menyelesaikan apa jua masalah dihadapi rakyat terutamanya berkaitan kelulusan pelbagai perkara bagi menutup ruang kepada perbuatan tidak berintegriti yang mampu mencalar imej pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, langkah itu juga penting bagi membina keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara di samping mampu mendatangkan pelbagai manfaat termasuk merancakkan pembangunan negeri.

"Perlu diakui, apabila terlalu lama masa diambil untuk menyelesaikan sesuatu permohonan, maka tindakan itu membuka peluang kepada amalan tidak berintegriti.

"Jika itu berlaku, apa jua perancangan yang dirangka kerajaan negeri hanya tinggal perancangan semata-mata. Tak mungkin kita mampu melaksanan pembangunan dengan cara sebegitu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Kempen Merakyatkan Agenda Integriti Negeri di Dewan Wawasan, di sini baru-baru ini.

'Iszuree tidak dipecat kerana Mat Sabu berunding'


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEPALA BATAS - Iszuree Ibrahim bukan dipecat sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi dikeluarkan dari semua jawatankuasa tetap serta dibekukan peruntukan beliau.

Memetik sumber dalam parti, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Tuan Haji Mohamad Sabu menjelaskan Iszuree masih tidak dipecat daripada jawatannya itu seperti digambarkan oleh AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi dan Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Negeri).

"Iszuree sepatutnya dipecat, tetapi, saya berunding supaya ada kaedah lain agar dia tidak dipecat," jelas Mohamad dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu, petang semalam.

Sumber memberitahu, seorang lagi Ahli Majlis MPPP daripada PAS, Mhd Nasir Yahaya telahpun diberi tanggungjawab menguruskan baki peruntukan Iszuree.

Langkawi - Tu dia aihh, pakai buang sisa kumbahan kelaut macam tu aja..!!

Sisa kumbahan cemari Pantai Tengah

Sisa kumbahan yang tidak dirawat mengalir ke laut.  
Sisa kumbahan yang tidak dirawat mengalir ke laut.

PANTAI TENGAH - Keindahan Pantai Tengah yang terletak bersebelahan Pantai Chenang kini didakwa tercemar dengan pembuangan sisa kumbahan.

Tinjauan Sinar Harian bersama pegawai penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Saiful Redzuan Yusoff menemui lokasi pembuangan sisa kumbahan itu yang menyerupai kolam kecil.

Dari situ, boleh dilihat sisa kumbahan mengalir ke laut yang hanya berjarak 100 meter. Laluan itu berwarna kehijau-hijauan dipercayai lumut yang tumbuh, malah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bagaimanapun, pelancong yang tidak menyedari pencemaran itu kelihatan santai berjalan di atas pantai yang berlumut dan melalui aliran air yang membawa bahan kumbahan ke dalam laut.

Sg Petani - HSAH anjurkan Kempen Jom Sihat

http://1.bp.blogspot.com/-dmSzGdduo-Q/UzItYdz4QqI/AAAAAAAABCs/6Zway6GQ7-k/s1600/img4e7c6a75a2e3d.jpg
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menganjurkan Kempen Jom Sihat Bersama Komuniti 2014 di Kampung Simpor Kecil, Kota Kuala Muda di sini, baru-baru ini.

Seramai 56 kakitangan hospital itu dipilih untuk tinggal bersama keluarga angkat selama dua hari dengan menjalankan pelbagai aktiviti di kampung tersebut.

Urus setia kempen itu, Norejan Nordin berkata, penduduk kampung tersebut berpeluang mendengar ceramah mengenai pendermaan organ, bahaya merokok dan alkohol pada program tersebut.

"Program yang dianjurkan ini berjaya mengeratkan hubungan antara kakitangan hospital dengan penduduk tempatan.

"Kami berbangga kerana program ini mampu mendedahkan penduduk dengan amalan hidup sihat," katanya di sini baru-baru ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...