TERKINI :

Friday, September 26, 2014

Patutlah Dia Sebut BARUA... Ada Kepentingan Peribadi Di Selangor (?) | Video

oleh GreenBoc


Pemimpin PAS ada kawalan kuat di GLC S’gor melalui Khalid'

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini.

Anwar setuju jika MB baru Selangor mahu turunkan gaji MB, Exco & Adun

Anwar SelangorJadi saya tentunya faham akan hasrat MB yang baru supaya mengemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kadar gaji itu diturunkan kerana tidak munasabah lebih tinggi daripada Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bersetuju dengan beberapa keputusan awal iaitu pertimbangan khusus yang dibuat oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin PR.

“Pertama, kita tahu keputusan kenaikan elaun Menteri Besar lebih tinggi daripada Perdana Menteri.”

“Sebelum ini kita juga sudah memberi nasihat di mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, MB dulu menurunkan dengan kadar yang munasabah, walaupun kita tahu kenaikan itu wajar tetapi kenaikan itu terlalu mendadak.”

PAS alami syndrom "Swept Under Carpet" dan "Cover Up"

http://3.bp.blogspot.com/-Lp9rEcsbR7w/Ts9tW5HycXI/AAAAAAAABFI/XTB0KmzT5Qc/s320/IMG_8648e.jpg
Gambar Hiasan Sahaja
Kita lemas dengan Sindrom Penafian. Budaya politik "Swept Under Carpet" dan "Cover Up" masih menodai negara dunia ketiga.

Pemimpin sewenang-wenangnya melakukan apa saja kerana akan di pertahankan oleh anggota bawahan. Akhirnya mereka lupa diri kerana budaya "cover up" menjadi barah. Kebenaran tidak di nilai dengan ilmu. Kejahilan mewarnai nafsu serakah ucapan. Sebutlah apa pun nescaya taksub akan menjadi benteng.

Budaya menyalahkan orang lain dengan tuding menuding menjadi jalan menafikan kegagalan. Sebab itulah cerita dalam versi nyanyian kanak-kanak "Bangau Oh! Bangau.." benar-benar menjadi realiti di kalangan orang Melayu. Ini benar-benar terjadi.

Tidak hairanlah kedengaran ada ungkapan "Siapa kuat dialah Raja." Politik melayu silam ketika itu berpegang kepada politik melayu berasaskan siapa yang kuat. Lama-kelamaan feudal itu pudar ditelan zaman.

Adakah hubungan PAS dalam PR ini seperti retak menunggu belah...?

PAKATAN RAKYAT PERLUKAN KOMITMEN BARU
Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,

Saya mulai ragu sama ada PR boleh kuat seperti dulu. Sikap PAS dalam kes MB Selangor dan sikap PKR dan DAP yang tidak turun berkempen untuk PAS dalam PRK Pengkalan Kubor menunjukkan hubungan PAS dalam PR ini seperti retak menunggu belah.

Apakah puncanya?

Jika mengikut PAS, Langkah Kajanglah puncanya. Ini kerana Langkah Kajang dibuat oleh PKR tanpa terlebih dahulu berbincang dengannya. Jika mengikut PKR, sikap PAS dalam kes pelantikan MB Selangorlah puncanya.

Krisis PAS-PKR ini telah membuatkan rakyat yang ingin melihat PR menjadi saingan kepada BN kecewa dan hilang harapan. Belum pun ke Putrajaya, banyak sangat krisis yang timbul.

Dalam PAS pula ada pemimpin yang mahu membentuk kerjasama dengan UMNO, tetapi apabila diminta berbuat demikian tidak mahu pula. Apabila diminta untuk erat bekerjsama dalam PR, berlaku pula tuduh menuduh. Berpakat apakah seperti ini?

Yang mana satu, Benarkah atau benarkan PAS meninggalkan PR

Seusai upacara angkat sumpah MB baharu Selangor sepatutnya parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengalihkan tumpuan ke arah usaha untuk memperkukuh gabungan itu. Pepatah Melayu ‘Buang yang keruh ambil yang jernih’ wajar diutamakan dalam beberapa bulan mendatang.

Sekurang-kurangnya, jika pemimpin tertinggi Anwar Ibrahim, Guan Eng dan Hadi lambat berbaik-baik, pemimpin yang lebih rendah atau anak muda yang tidak terlibat dengan pertelagahan politik di Selangor sudah boleh memulakan sessi dialog membina dan memperbaharui persahabatan.

Namun perkara sebaliknya ditunjukkan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang seolah-olah mahu meneruskan keangkuhan pemimpin unity government (UG) PAS seperti Zuhdi, Tantawi, Zaharudin dan lain-lain. Kenyataan Khairil yang disiar oleh Sinar Harian online hari ini amat menyinggung serta mengocakkan kembali suasana reda dan tenang politik Selangor.

“Sejauh mana kesabaran kita, saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya dipetik.

Kesian Ketua Pemuda PAS, terpaksa 'recover' memanjang semangat anak buah nak keluar pakatan


SHAH ALAM: Pemuda PAS menafikan dakwaan 'sedang menunggu masa' untuk meninggalkan perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata kenyataan naib ketuanya, Mohd Khairil Nizam Khiruddin berhubung isu itu telah disalah tafsir.

"Pada saya niatnya bukan begitu. Mahu keluar dari Pakatan. Saya sudah rujuk (tanya) dengan beliau (Khairil).

"Jadi, saya menafikannya yang PAS mahu keluar dari Pakatan," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Sinar Harian sebelum ini melaporkan Khairil sebagai berkata PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat apabila tiba masanya.

Sultan Selangor tegur langkah yang dilakukan PR untuk menukar Khalid

 

Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor

Bajet 2015: Kutip hasil dari rakyat miskin

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkkan kerajaan gagal dalam mencari punca pendapatan baru negara pada Bajet 2015 apabila hanya menumpukan pendapatan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau yang dihubungi berkata, pada bajet kali ini kerajaan sepatutnya membentangkan kerangka baru selain GST sebagai sumber pendapatan negara bagi menampung keperluan negara masa akan datang.

"Kita mengharapkan GST ini dihapuskan pada bajet yang akan dibentangkan nanti tetapi bukan itu yang difikirkan kerajaan kerana mereka berpendapat itu merupakan sumbar pandapatan negara yang baru.

"Ini jelas membuktikan kelemahan kerajaan yang ada sekarang, gagal memikir atau membuat penyelidikan untuk sumber-sumber baru, bagi mereka lebih mudah ambil duit dari seluruh rakyat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.  

Terimalah hakikat wahai PAS, ada sebahagian pengundi sudah mula menolak anda..!

Pgkl Kubor: 'Apakah risau Suhaizan berasas?'

 
Kemenangan BN dalam pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi. BN menang dengan majoriti 2,635 undi

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Walaupun pada hari kempen, kedua-dua parti dilihat hebat berperang poster dan kain rentang, namun ia bukan kayu ukur yang akan menentukan kemenangan mana-mana pihak.

Melihat kepada kesungguhan jentera BN daripada pimpinan tertinggi hingga akar umbinya yang turun padang untuk berkempen, keputusan itu tidak memeranjatkan.

Bahkan, kerja kuat yang ditunjukkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak putus-putus mengunjungi Pengkalan Kubor, akhirnya berbayar dengan kemenangan besar apabila majoriti undi BN bertambah hampir 1,000 undi.

Tidak dapat dinafikan juga, strategi yang digunakan oleh pengarah pilihannya, Datuk Seri Mustapa Mohamad berhasil. Malah, dengan pemilihan calon yang mempunyai perwatakan warak, juga dilihat mampu menarik perhatian pengundi.

PAS 'menang boo, jawatan tergadai'

 
ULASAN PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

Kerusi ini kembali ke tangan PAS atas alasan PKR tiada jentera di situ; lagi pula ia "dipinjamkan" kepada sekutunya. Demikian hujah PAS sewaktu PKR di Kelantan dan Terengganu berasa disisihkan dalam gabungan itu.

PAS percaya jika ia bertanding, ia boleh mengurangkan majoriti BN di kubu kuat Umno itu. Namun, akhirnya kerusi yang ditagihnya tidak membawa kesan positif, sebaliknya menjadi beban pula.

Apa pun hujahnya, seperti disuarakan oleh naib presiden PAS, ia tidak dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa kemerosotan itu juga boleh disandarkan pada reputasi PAS dan Pakatan yang tercalar dalam krisis Selangor.

Jawatan Timbalan Speaker diserah kepada Pas

Mohamed Azmin menunjukkan senarai nama Exco Selangor yang baharu. - Foto Sinar Harian Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK  
Mohamed Azmin menunjukkan senarai nama Exco Selangor yang baharu. - Foto Sinar Harian Online oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM - Jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor yang sebelum ini disandang oleh Adun PKR akan diwakili Pas, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata, keputusan itu dibuat setelah Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia daripada PKR meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dun Selangor bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Exco Selangor.

Saya bersetuju supaya jawatan Timbalan Speaker disandang oleh Pas bagi mewakili Pakatan Rakyat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, Timbalan Speaker baharu akan dilantik ketika persidangan Dun Selangor yang dijadual pada November ini.

Mengulas mengenai komposisi jawatan Exco diperuntukkan kepada Pas yang berkurangan daripada empat sebelum ini kepada tiga, Azmin berkata, keputusan itu dicapai setelah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat semalam.

Dua hari berturut-turut PAS terima berita malang kerana anak muda

Anak muda PAS semakin muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR), mengundang lebih banyak nasib malang kepada parti, terutamanya dengan kekalahan PRK Pengkalan Kubor dan pengurangan exco Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2014.
Anak muda PAS semakin muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR), mengundang lebih banyak nasib malang kepada parti, terutamanya dengan kekalahan PRK Pengkalan Kubor dan pengurangan exco Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 September, 2014. 

PAS menerima nasib malang dua hari berturut-turut; semalam di negeri terkuatnya Kelantan, apabila kalah di Pengkalan Kubor, hari ini di Selangor apabila kuota ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya (exco) kurang dari empat kepada tiga.

Kedua-duanya disifatkan berpunca daripada anak muda.

Bagi penganalisis politik Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah kerana anak muda yang sudah muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Kehilangan satu kerusi exco di Selangor juga diletakkan atas kesilapan anak muda, iaitu Pemuda PAS.

Tengahari semalam Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco Selangor akan kekal empat untuk PAS. Namun pada lewat petang, Azmin sekali lagi mengumumkan 'laporan tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan.'

Pasma tidak perlu bubar


Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ALOR SETAR - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tidak akan dibubarkan meskipun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma akan terus dengan prinsip perjuangannya sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan membantu PR.

“Sebenarnya Pasma ini berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak kerana ia adalah platform kepada penyokong PR yang tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana parti komponen PR.

“Sebelum ini penyokong PR tidak ada tempat untuk mengadakan wacana tetapi selepas penubuhan Pasma barulah mereka mempunyai tempat untuk berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Barisan Exco baru Kjaan Negeri Selangor dibawah Azmin

Politik yang dibawa PAS sekarang ialah POLITIK BOSAN..!!!

dari Syssss..!!!

Prof Madya Dr Agus Yusof dalam status FB pada 2 September membuat rumusan awal:
"Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

"...Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur."

Sebenarnya PAS harus sedar mereka memerlukan UNDI dari RAKYAT... UNDI ini sebenarnya adalah sama sahaja biarpun yang memangkah itu USTAZ, PELACUR, PENOREH, LAWYER, OPERATOR, PESAWAH, NELAYAN....semua di kira 1 sahaja undi...bukannya USTAZ dikira 10, PELACAUR dikira 1, PENOREH di kira 2, LAWYER di kira 8 dan seterusnya....

Kerusi Exco Pas dikurangkan 1 jadi 3..

Exco baru S'gor: PAS hilang satu jawatan exco

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

BN dedah 3 faktor utama sebab apa mereka menang di Pengkalan Kubor

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beramah mesra dengan sebahagian rakyat Malaysia pada majlis makan malam di New York. Perdana Menteri berada di New York dari 20 September hingga 28 September bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto BERNAMA

NEW YORK: Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga faktor yang membolehkan BN mencapai kemenangan cemerlang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan menambah majoriti hampir 900 undi.

Pertama, kata Perdana Menteri, kemenangan cemerlang itu menunjukkan dasar kerajaan yang ditunjangi UMNO dan BN diterima rakyat.

Kedua, jentera BN telah berjalan lancar dan bekerja keras bagi memastikan BN mencapai kemenangan cemerlang.

Ketiga, keputusan memilih Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN menepati cita rasa pengundi tempatan.

Komposisi berubah, kuota Exco Pas dikurangkan

SHAH ALAM - Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.

Azmin mengumumkan demikian pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini. / SH

Apabila suara dibawah dipandang sebelah mata oleh pimpinan PAS diatas..!!

AKAR UMBI PAS BISING BERSUARA. APA PEMIMPIN BUAT? YG TERUK MEREKA DI BAWAH.

Pas memang mempunyai aktivis di peringkat akar umbi yang dihormati termasuk usaha berterusan membina kekuatan cawangannya melalui aktiviti parti. Orang Pas bekerja siang dan malam tanpa meminta apa-apa kepada pemimpin mereka. Perjuangan untuk mencapai cita-cita parti adalah budaya dalam Pas.

Kita para Naqib dan pemimpin cukup hebat menukillan hadis dan ayat Al Quran menanam semangat juang. Aktivis dan wira Pas yang tidak didendang tak perlu menghafal hadis untuk menceritakan keikhlasan mereka, mereka tunjukkan dengan pengorbanan mereka. Entah berapa masa yang dihabiskan dan duit ringgit yang diinfaqkan, ini tidak termasuk maki hamun orang kampung kerana kesetiaannya bersama Pas.

Suara mereka adalah suara barakah yang memberikan kita kepimpinan kekuatan untuk terus bernafas di pesada parti. Apa sahaja mereka turuti demi kesetiaan kepada perjuangan.

Namun mereka juga bukan robot dan mesin, mereka ada rasa, perasaan dan emosi. Sekali terluka emosi kerana berasa mereka ditipu oleh orang atas lukanya dalam dan panjang. Cakap kita dan tindakan kita sebagai pemimpin semua diperhati oleh mereka.

DAP, janganlah terlalu angkuh


Lim Guan Eng 
 
SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng telah memberikan signal jelas seolah-olah Pas bukan lagi rakannya.

Tanpa berselindung, Guan Eng bertegas dengan kenyataan DAP bahawa empat exco Pas yang kekal untuk mengelak Dun Selangor daripada dibubarkan itu khianat.

Malah di dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Guan Eng berkata, beliau mengharapkan Menteri Besar Selangor akan melaksanakan tugas mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang dicapai bersama PKR dan DAP, dengan sengaja tidak menyebut nama Pas.

Dalam krisis Menteri Besar Selangor,  boleh dilihat DAP sedikit pun tidak menyalahkan PKR – malah kini, orang memerhatikan parti ini mencurahkan segala kemarahannya pada Pas – seolah-olah segalanya berpunca daripada Pas.

Adilkah itu? Demokratikkah itu? Pas tak boleh berlainan pandangan ke di dalam Pakatan Rakyat? Tak boleh ke setuju untuk tidak setuju?

PAS dedah punca kekalahan di Pengkalan Kubor

 
Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, faktor ketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masalah dalaman parti bukan punca kekalahan PAS.

"Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP tak jadi masalah besar. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku.

"Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tak timbul soal ada masalah (dalaman). Saya reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal," katanya pada sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di markas besar PAS Kampung Geting, Tumpat.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...