TERKINI :

Thursday, September 25, 2014

Nampaknya FORMASI EXCO 4,3,3 belum dimuktamatkan lagi oleh Azmin..

 
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya di Twitter beliau sebentar tadi.

Kira-kira dua jam sebelum ini, Azmin dilaporkan berkata komposisi exco negeri kekal.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa sebelum ini dilaporkan berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco). Komposisi kekal," kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).

Beliau berkata demikian sejurus selepas keluar dari Istana Mestika bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama calon yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa jam sebelum itu.

Beliau juga berkata akan mengumumkan perkara itu esok.

Apabila anak Mahathir menyindir Utusan..!!

Hanya Utusan ada kebebasan mutlak, kata Marina Mahathir

 Aktivis hak asasi manusia Datin Paduka Marina Mahathir berkata Utusan Malaysia mempunyai kebebasan untuk menimbulkan kucar-kacir keadaan, tidak seperti akhbar lain. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 September, 2014.
Aktivis hak asasi manusia Datin Paduka Marina Mahathir menyindir akhbar milik Umno Utusan Malaysia, mengatakan ia mempunyai kebebasan bersuara mutlak tidak seperti suratkhabar lain yang tidak memiliki keistimewaan sebegitu.

"Utusan ada kebebasan mengkucar-kacirkan keadaan," kata anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad itu hari ini semasa Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia yang diadakan selama tiga hari di Kuala Lumpur.

Beliau menyampaikan ucapan bertajuk: "Freedom from fear – Is it a basic human right?" (Kebebasan dari rasa takut – Adakah ia hak asasi manusia?) merujuk akhbar Utusan yang menerima beberapa tindakan saman terhadap laporannya. – 25 September, 2014.

Keputusan RASMI : BN Menang 2625 majority, meningkat dari PRU13 dahulu


BN menang dengan 2,625 majoriti undi. BN dilaporkan mendapat 9,960 undi manakala PAS pula 7,335 undi. BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi.

IKLAN : 

Najib ikrar bawa pulang baki 3 mayat rakyat Malaysia mangsa MH17

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berada di Amerika Syarikat dari 20 hingga 28 September bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan juga menghadiri beberapa majlis. – Gambar Reuters, 25 September, 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan komitmen Malaysia untuk membawa pulang baki tiga lagi mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

"Kami akan meneruskan usaha membawa pulang baki tiga lagi mayat rakyat Malaysia dan mengumpul bukti forensik dari lokasi MH17 (terhempas)," katanya dalam akaun Twitter.

Sebelum itu, Najib yang sedang melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, berkata di New York, bahawa Kiev tidak dapat memberi jaminan laluan selamat bagi pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas kerana ia tidak selamat memandangkan kejadian tembakan dan letupan masih berterusan walaupun perjanjian gencatan senjata dilaksanakan.

Tak rasmi: BN kekal DUN Pengkalan Kubor

 
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,646 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan tidak rasmi, BN mendapat 9,951 undi manakala PAS mendapat 7,305 undi. Calon Bebas pula mendapat 191 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

Dulu Berubah-Ubah, Kini Tahu Pula Bertegas!!

oleh Shahbudin Husin,

http://2.bp.blogspot.com/-WaIt0vmqKvg/T9aSwoB7J8I/AAAAAAAADb8/wuAkpwD6cLA/s1600/mentadak.jpg 

Orang tua-tua selalu berpesan - hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika hari ini kita ketawa, esok lusa mungkin menangis pua. Begitu juga, jika hari ini kita buat orang, esok lusa kita pula menerima padah yang sama.

Dalam kemelut perlantikan Exco Selangor yang kini merupakan cabaran pertama Azmin Ali sebagai Menteri Besar, isu yang paling menjadi perbualan ialah sama ada kouta lama 4-3-3 perlu dikekalkan atau dirombak menjadi 3-3-2-2, 3-3-3-1 atau sebagainya.

Kouta untuk PKR dan DAP mungkin tiada masalah untuk dipertahankan tetapi yang menjadi isu ialah kouta untuk Pas. Selepas melihat banyak U turn dan berubah pendirian sebelum ini, ramai yang melihat Pas tidak wajar lagi diberikan empat kerusi Exco seperti dulu.

Tetapi Pas melalui kenyataan Iskandar Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor, mengatakan parti itu bertegas mempertahankan empat kerusi itu. Ada pula pemimpin lain mengatakan Exco yang sama akan dilantik semula.

Selain DAP yang mengatakan empat Exco Pas Selangor itu sebagai pengkhianat kerana tidak bersatu hati sejak awal, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin pula mengatakan, Pas hanya patut diberikan kerusi saguhati saja berikutan sikapnya itu. Maknanya, bukan lagi empat kerusi, mungkin dua atau satu saja.

Exco Selangor kekal PAS 4, DAP 3, PKR 3

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata exco Selangor akan kekal pada PAS empat kerusi, dan DAP dan PKR 3 kerusi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,  25 September, 2014.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata exco Selangor akan kekal pada PAS empat kerusi, dan DAP dan PKR 3 kerusi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 September, 2014. 

Komposisi ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP ‎dan PKR masing-masing 3.

"Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di Shah Alam hari ini.

Minyak Tiada di negeri Pantai Timur, biar surat perjanjian berbicara..!!



bagaimana pulak dengan perjanjian yang telah di bayar kepada kerajaan negeri terengganu di bawah ini, dan juga gambar MAT SAID sedang menerima cek bayaran royalty ini..?

[Panas] Pengundi Dari THAILAND datang mengundi BN di tangkap..!!



1) JUHAM menerima aduan daripada petugas pilihanraya PAS di UPU Bendang Pa'yong, Pengkalan Kubor tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan passport Malaysia.

2) Peguam-peguam JUHAM yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan dan menyoal-siasat pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta passport beliau. Pengundi tersebut asalnya diiringi oleh Penghulu Kampung Bendang Pa'yong. Namun setelah menyedari kehadiran peguam JUHAM, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut.

3) Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam JUHAM, pengundi tersebut langsung tidak tahu berapa nombor Kad pengenalan beliau, berapa umur beliau dan di mana alamat beliau di Pengkalan Kubor.

4) Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu apakah nama Dun tempat beliau mengundi undi ini dan apakah nama tempat UPU beliau mengundi.

Mana ada kenaikan gaji pun untuk kakitangan awam

Tiada kenaikan gaji kakitangan awam

PUTRAJAYA 25 Sept. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam mulai 1 Januari tahun depan adalah tidak benar.

JPA berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini berhubung penyebaran berita mengenai perkara tersebut di laman-laman sosial sejak semalam.

'Akta Hasutan tak lalu parlimen, tak sah'

Akta Hasutan 1948 bukan undang-undang yang diluluskan parlimen dan oleh itu bercanggah dengan perlembagaan, kata peguam kepada pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Peguam utama Gobind Singh Deo berkata, undang-undang yang wujud di era penjajahan British itu mengekang kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berhujah, Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan hanya parlimen mempunyai kuasa untuk mengenakan sekatan terhadap hak-hak itu.

"Azmi Sharom dituduh bawah Akta Hasutan, yang merupakan hasil daripada Law Reform Commission, jadi kita harus putuskan sama ada hasil yang tidak diluluskan parlimen mengikut perlembagaan," katanya.

Menolak hujah itu, Timbalan Pendakwaraya Suhaimi Ibrahim berkata, Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa undang-undang sebelum merdeka kekal sehingga dimansuhkan dan akan kekal pada dan selepas Hari Merdeka.

Zahid Hamidi dan Orang Melayu nya

oleh Sakmongkol AK47, 

http://archives.thestar.com.my/archives/2013/4/26/nation/Zahid-Hamidi.jpg
Zahid Hamidi buat hal lagi. Melayu mesti mempertahankan kepentingan Melayu. Ini menteri cakap macam menteri yang tidak ada pembudayaan oleh pendidikan sedangkan dia ada digri kedoktoran. Tak ada kehalusan lansung, tapi cakap uncouth. Menteri Malaysia bercakap mengenai perpaduan bangsa sendiri- bukan perpaduan rakyat Malaysia.

Bila takda modal nak jawab- cari kambing hitam.

Inilah akibat bila tidak lagi boleh mempertahankan dasar yang dilaksanakan, bila rasuah terlalu besar, bila urustadbir incompetent- jalan keluar ialah membangsakan segala masaalah. Ini masa nya untuk jadi rasis. Sedangkan salama ini yang berkuasa, yang melaksanakan dasar ialah kerajaan pemimpin UMNO. Apa kesan kepimpian dan dasar UMNO jika Melayu terus merosot? Ini soalan yang harus orang Melayu Tanya dan pengundi Pengkalan Kubur kena jawab.

Parti perintah Malaysia atau JKKK kehormat?

Kita mesti sedar- UMNO ini bukan parti untuk perintah Malaysia. UMNO ini parti yang hanya layak perintah sebuah kampong yang semua nya Melayu. Dan jika semua nya Melayu pun, korapsi, salah guna kuasa, buli dan tekan akan berlaku. Jika semua nya Melayu- siapa yang kita salahkan?

Polis: Pengundian N01 berjalan lancar, tiada provokasi

PRK Pengkalan Kubor

TUMPAT - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim memberi jaminan keselamatan terkawal di semua 11 pusat mengundi PRK Dun Pengkalan Kubor hari ini.

Menurutnya, sehingga jam 9.30 pagi, kesemua pusat mengundi terkawal daripada sebarang provokasi dan dilengkapkan dengan anggota yang mencukupi bagi berdepan sebarang kemungkinan.

"Nasihat saya, tidak perlu takut, kita akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang pengundi untuk keluar mengundi, saya telah beri arahan kepada pegawai dan anggota saya," katanya di SK Simpangan, di sini, sebentar tadi.

Mazlan berkata, anggota dan pegawai yang terlibat tiba di semua 11 pusat pengundi sejak awal 6 pagi lagi.

Exco: Siapa pilihan Azmin? Apa nasib Pas?

Azmin memulakan jalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dengan mempengerusikan mesyuarat dengan ketua jabatan, semalam.
Azmin memulakan jalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dengan mempengerusikan mesyuarat dengan ketua jabatan, semalam.

SHAH ALAM -  Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali wajar mengekalkan empat Exco daripada Pas berdasarkan pengalaman mereka mengurus tadbir negeri Selangor sebelum ini.

Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, empat Exco itu mampu membantu Mohamed Azmin untuk mengurus tadbir negeri dengan lebih baik dan lancar.

"Saya rasa empat Exco ini patut dikekalkan, namun ia terpulang kepada Mohamed Azmin sama ada mahu melantik mereka atau sebaliknya," katanya, semalam.

Kelmarin, Iskandar Abdul Samad bersama tiga lagi  Exco iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi meletakkan jawatan mereka selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor semalam.

Menurutnya, sekiranya Mohamed Azmin tidak melantik calon Pas untuk membarisi pucuk pimpinannya kemungkinan akan wujud krisis dalam PR.

"Ini kerana Pas mungkin akan menganggap PKR berdendam dengan parti itu atas tindakan mereka memberi sokongan kepada Abdul Khalid.

Menjejaki PasMa Melalui Kumpulan Republik Islam

Penulis veteran PAS, Subky Latif dalam tulisan di Harakahdaily terbaharu tidak menolak kemungkinan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang asalnya sebuah NGO, bakal didaftarkan sebagai parti politik serpihan PAS untuk menyaingi parti politik induk itu.
Mohd Taib Ahmad
Kemungkinan itu, kata Subky berdasarkan latar belakang Setiausaha PasMa, Mohd Taib Ahmad, aktivis PAS dari Kubang Pasu, Kedah.
“Saya kenal dia. Dengan dia jadi penggerak utamanya, dia boleh daftar parti seperti Ustaz Wahab Yunus, orang PAS Dungun zaman Datuk Asri dulu.
“Dia simpan pendaftaran parti dan dikatakan pendaftaran dibeli oleh golongan reformasi sebagai tapak pembentukan PKR. Itu yang saya dengar,”katanya.
Subky merujuk kes PasMa sama seperti kes parti IKATAN (Ikatan Masyarakat Islam Malaysia) ditubuhkan oleh bekas Ahli Parlimen PAS Dungun, Abdul Wahab Yunus pada tahun 1991.

Zuraida Kamarudin bercakap tidak berfikir panjang, mulut lebih pantas dari otaknya

oleh Aspan Alias

Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan Exco Selangor. Sebabnya mudah kerana PAS tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail.

Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu.

Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu.

Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR. PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida?

Johor dan isu rakyat terabai dalam Pakatan?

BEBERAPA insiden dalam Muktamar Tahunan PAS di Johor, bermula gelagat sesetengah perwakilan Pemuda yang keluar dari dewan persidangan di Kota Tinggi semasa ucapan perasmian Timbalan Presiden, seterusnya kontroversi bacaan doa yang relatif panjang - dan menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak - semasa perbahasan Ucapan Dasar Presiden di Batu Pahat, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
(Gambar atas: Adam Adli bersama ibu bapa dan rakan-rakannya di mahkamah, 19 September, selepas dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di bawah Akta Hasutan)

Malah beberapa hari sebelum bermulanya muktamar, ada rakan-rakan yang membuat spekulasi lebih "nakal", sehingga meramalkan tidak mustahil kejutan lebih besar berlaku. Seorang penganalisis politik yang rapat dengan saya beranggapan, krisis dalaman PAS bukan sahaja sudah cukup serius, tetapi boleh meledak ke tahap yang lebih parah, yang boleh memecah-belahkan parti.

Beliau cuba membayangkan suasana yang pernah dilalui Allahyarham Datuk Asri Muda, bekas Yang Dipertua Agung (Presiden) PAS - sehingga menjatuhkannya - boleh berulang. Saya ketawa mendengarnya. "Imiginasi Dr terlalu tinggi tu, keadaannya sekarang jauh berbeda, langit dengan bumi... tak mungkin," saya menafikan. Rupanya dia hanya mahu menduga saya! "Nak pancing Lutfi tunjukkan sokongan kepada siapa," tambahnya sambil senyum meleret.

Mukhriz - kerajaan negeri rancang bina MRO

Oleh ABDUL RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 23 Sept. - Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan sebuah hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dalam industri aeroangkasa berhampiran kawasan yang dicadangkan untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, cadangan tersebut turut dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesyuarat Majlis Ekonomi baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri akan memperuntuk sebidang tanah berhampiran lapangan terbang antarabangsa tersebut bagi membangunkan MRO itu yang bakal memacu Kedah sebagai hab aeroangkasa di rantau ASEAN.

"Kita bukan semata-mata hendak bina lapangan terbang tetapi turut merancang berkaitan logistik dan pembangunan hab MRO yang dilihat sebagai pencetus untuk menarik pelaburan baharu.

"Apabila ada lapangan terbang antarabangsa di kawasan luas, taman industri baharu mampu diwujudkan dan bakal menjadi tarikan kepada pemain utama dalam sektor MRO untuk menempatkan perkhidmatan di lapangan terbang ini. Industri penerbangan dan pesawat membangun dengan pesat terutama dengan Dasar Langit Terbuka ASEAN 2015," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...