TERKINI :

Wednesday, September 24, 2014

Bila tiba masanya, Pas akan keluar PR

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

SHAH ALAM – Jika sudah tiba masanya, Pas akan keluar daripada PR. Demikian reaksi Naib Ketua Pemuda Pas, Mohd Khairil Nizam Khiruddin ketika diminta mengulas kewajaran parti itu untuk terus berada dalam pakatan itu selepas pemimpinnya seolah-olah tidak lagi dihormati rakan komponennya.

Namun Khairil berpendapat, keputusan itu tidak mustahil tetapi bukan pada waktu sekarang.

"Biasalah bergabung ini ada orang degil dan tidak. Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, telah tiba masanya untuk kami keluar dari PR, kami akan keluar.

"Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar dari PR ini bukan Pas, tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan Pas sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengambil sikap positif, Khairil berkata, Pas sepatutnya bersabar dengan 'kedegilan' rakan-rakan sekutunya dalam PR.

"Biasanya yang buat...yang kita katakan, yang 'degil' ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. Pas sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

"Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, insya-ALLAH," katanya.

Mampukan BN menghadapi kehebatan jentera PAS di pecutan terakhir

KUALA LUMPUR - Di sebalik pergolakan politik di Selangor yang menjadi tumpuan banyak pihak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor esok tidak kurang menariknya, sama ada ia memihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Pas atau Bebas.

Pertembungan tiga penjuru itu pastinya menarik tumpuan pemerhati politik tanah air yang ingin tahu apakah BN mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Ataukah Pas yang bergeseran di Selangor bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih mendapat sokongan rakyat di Dun itu?

Ramai melihat pilihan raya kecil ini lebih kepada pertembungan antara BN dan Pas sahaja yang mana kedua-dua parti itu sedaya-upaya cuba meraih sokongan rakyat, sekali gus menguji tahap sokongan kepada parti di kerusi Dun Pengkalan Kubor.

BN perlu mengekalkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas bagi memastikan suara BN sebagai pembangkang di Kelantan tidak berkurangan pada sidang Dun. Bagi Pas, pilihan raya kecil ini dilihat sebagai platform 'menebus maruah' yang tercalar ekoran perbalahan parti pakatan berikutan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Pada masa ini, komposisi Dun Kelantan yang berjumlah 45 kerusi menyaksikan 32 daripadanya milik Pas, satu PKR dan 11 BN. Kedudukan satu lagi kerusi iaitu Dun Pengkalan Kubor akan ditentukan esok.

Mampukah BN mengekalkan kerusi Dun Pengkalan Kubor pada kali ini?

Laporan polis dibuat terhadap Dr M dan Najib

Berikutan ikrar Menteri Dalam Negeri bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, seorang ahli Parlimen DAP telah membuat laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim Lip Eng membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul tengah hari ini berkaitan dakwaan Dr Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lim (kiri), yang juga ahli Parlimen Segambut, mendakwa Najib telah
mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2010.

Laporan polis itu dibuat ekoran siasatan hasutan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya di sebuah ceramah pada tahun 2011.

Awal hari ini, Kit Siang bertanya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama ada ikrarnya untuk menyiasat dalam masa 24 jam, juga akan digunapakai terhadap Dr Mahathir.

Ini adalah laporan polis kedua DAP yang dibuat terhadap pemimpin tinggi Umno berikutan ikrar 24 jam Zahid itu.
 
Semalam, DAP Perak membuat laporan polis terhadap Zahid sendiri kerana didakwa membuat ucapan yang berunsur hasutan di pilihan raya kecil Pengkalan Kubor semalam.
 
Lim Kit Siang menuntut awal hari ini supaya Zahid mendedahkan sama ada polis telah mengambil kenyataannya ekoran laporan itu.

Fitnah: MP TEMERLOH beri tempoh 24 jam kepada NGO

TUMPAT: Mungkin kerana terlalu ghairah sebuah NGO dikenali Gerakan Anak Muda Tumpat dianggap tersalah membuat laporan polis apabila menyebut ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berceramah di Pengkalan Kubor pada 13 September lalu.

Sedangkan kata anggota parlimen Temerloh itu beliau sudah pulang ke Kuantan pada petang 13 September selepas penamaan calon.

Katanya, kenyataan yang disiar sebuah akhbar kononnya beliau berceramah di Pengkalan Kubor pada malam tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Saya berharap NGO terbabit memohon maaf dalam akhbar dalam tempoh 24 jam kerana membuat dakwaan fitnah terhadap saya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap NGO terbabit di Balai Polis Pengkalan Kubor petang semalam.

Baru-baru ini NGO berkenaan yang dipengerusi Hizwani Shafie membuat laporan polis terhadap Nasrudin dengan mendakwa ucapan pemimpin PAS terbabit di program ceramah menghasut.

Kenyataannya disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 20 September bertajuk "Ceramah Berbaur Fitnah, Nasruddin Dikecam".

Nasrudin berkata, dengan tersebarnya berita fitnah itu menyebabkan beliau merasai tidak selamat dan boleh mengancam keselamatan diri dan keluarga.

Tanggung rakyat 3 bulan pun BN ungkit, yang kroni berkurun ok pulak..!

Tanggung rakyat 3 bulan, kroni berkurun

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tujuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengungkit bahawa tiga bulan kehidupan rakyat ditanggung kerajaan.

Jelas beliau, Ahmad sepatutnya malu dengan apa yang diperkatakan itu kerana rakyat mengetahui apa yang dilakukan kerajaan terhadap kroni mereka jika dibandingan dengan apa yang rakyat peroleh.

"Tiga bulan kerajaan tanggung, saya nak tanya kepada beliau berapa banyak yang kerajaan tanggung kepada kroni mereka dalam projek-projek mega, bukan rakyat yang dapat tetapi seluruh keturunan keluarga kroni.

"Lihat hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta tidak perlu dibayar, itu berapa keturunan merasai duit tersebut.

"Belum lagi RM18 bilion duit rakyat dalam 1MDB yang hilang di Credit Suisse Caymen Island cukup untuk makan percuma keluarga kroni berkurun lamanya, Ahamd sepatutnya jelaskan perkara ini dan malu," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut memberitahu terlalu banyak ketirisan yang berlaku dalam mengkayakan kroni jika dibandingkan apa yang rakyat peroleh.

"Kerajaan perlu telus jangan hendak memperdayakan rakyat dengan subsidi yang tidak seberapa, kroni mendapat isi sedangkan rakyat hanya makan kuah sahaja.

"RM12 bilion lesap daripada PKFZ adakah itu yang dibanggakan kerajaan (Ahmad) ketika bertemu dengan rakyat," sambung beliau.

Ahmad pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor memberitahu pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, jika dijumlahkan semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN. – HARAKAHADILY 24/9/2014

Insyaallah PAS akan menang w.pun tipis

PAS lihat peluang makin tipis di P Kubor

PAS melihat peluangnya untuk menang dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor makin tipis kerana pengundian esok akan berlangsung pada hari bekerja.

Walaupun kerajaan negeri sudahpun mengumumkan esok sebagai hari cuti peristiwa, PAS melihat bahawa tarikh tersebut menghalang kira-kira 20 peratus pengundi luarnya untuk pulang mengundi.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengharapkan kumpulan pengundi untuk memberi sokongan pada mereka, ekoran persaingan sengit yang dihadapinya sepanjang kempen  ini.

"Logiknya, pengundi akan berkurang sebab pengundi luar mungkin tidak akan pulang kerana selepas ini akan raya haji, pengundi (perlu) balik ke kampung dua kali.

"Undi ini bukan pulang ke kampung untuk melancong, takkanlah dalam masa singkat ini sahaja perlu pulang ke kampung tiga kali?

"Sebab itu kita minta pada mereka kalau boleh balik juga," kata naib presiden PAS itu.

Hasan Ali al-Jati - dulu bukan main ko fitnah dia berkongsi isteri, hari nie ko hulur tangan untuk bekerjasama pula



Siang tadi kemain lagi ko yer... Tak malu dan tak segan menganjingkan diri mengampu! masa ko nganjing dia dahulu tak ingat dunia dah ko sampai cerita fitnah dalam kain pon ko bantai dia....

tetiba hari nie ko muncul hulurkan tangan perdamaian demi Islam pula tu... masa ko dok nganjing dahulu tak ada pulak ko ingat Islamnya.... Hasan oh Hasan......

http://www.astroawani.com/news/show/jati-sedia-kerjasama-dengan-azmin-hasan-ali-44575

4 Exco PAS - Penyelamat PR atau penyelamat TSKI?

banner yang berlegar di fb
Bagi aku disebabkan sokongan depa tu la krisis ni berlanjutan sampai begini lama.. bila depa bertegas teruskan sokongan kpd tski bermakna depa memilih utk bersama adun/mb yg tak berparti, maknanya depa bukan pertahan PR tapi pertahan tski yg tak berparti.. bila dah mcm tu mai kot mana pulak depa berempat tu hero? tak pelik bin ajiab ka..

aku rasa kalau empat exco ni tak sokong tski, lama dah dia tu hanyut.. bila dia dah hanyut, nak tak nak sultan kena lantik MB baru dari PR yg sah2 dah ada majoriti.. tak mungkin tski blh lantik exco dari kalangan BN utk bentuk kerajaan hanya dgn sokongan 13 adun sedangkan PR ada 43 adun? tak kan sultan tak reti kira mana lbh ramai antara 43 dgn 13 kot?

Audio : Kenapa kini PAS huru-hara & siapa dalang disebalik semua ini berlaku..?

Rakaman Audio Ucapan Ust Taib Ahmad (Setiausaha PasMa) sewaktu perjumpaan PasMa yang pertama kali di KB...

Anda dengarkanlah apa yang dikatakan oleh beliau dalam perjumpaan tersebut... anda dengarlah kenapa PAS semakin huru-hara sekarang ini dan anda dengarlah siapakah Master-Mind di sebalik semua ini berlaku...

Selamat mendengar...!!! 





Admin Syssss..!!
http://syssss.blogspot.com

Pemimpin Utama PKR, DAP belum nampak lagi di Pengkalan Kubor..!!



Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hanya tinggal tiga hari namun pemimpin tertinggi DAP dan PKR masih belum kelihatan untuk membantu PAS melawan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, PAS menampilkan pemimpin parti dan beberapa pemimpin PKR seperti Naib Presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad meraikan calon pada minggu lalu.

Senario di Pengkalan Kubor berbeza jika dibandingkan dengan PRK Teluk Intan yang melihatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengambil bahagian dalam pelbagai ceramah bagi melonjakkan nama calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud seminggu sebelum hari pengundian.

Hubungan tiga parti dalam PR mula berkocak sejak PRK 31 Mei itu disusuli dengan kemelut jawatan menteri besar Selangor yang melihatkan perbezaan pandangan daripada PAS.

Membungkam Persepsi - Geng Kuala Kedah tetap Kuala Kedah

KUALA KEDAH TETAP KUALA KEDAH.

http://cache.travelfish.org/b/assets/images/galleries/location/opti2013/513_img.jpgItulah yang ditulis oleh Dr Riduan Md Noor melalui FBnya pada 19 September yang lalu, saya yakin Kuala Kedah yang beliau maksudkan adalah PAS Kawasan Kuala Kedah, saya juga yakin beliau keluarkan ungkapan itu merujuk kepada teguran perwakilan Kuala Kedah dalam muktamar pada hari tersebut terhadap perbahasan gaya doa yang telah disampaikan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan, saya juga yakin ungkapan ini keluar kerana beliau selaku Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia telah ditegur oleh perwakilan pemuda Kuala Kedah kerana menerima usul tergempar yang membawa makna dan maksud yang sama dengan satu usul yang telah diterima tanpa bahas, seolah olah ada sesuatu yang amat perlu dizahirkan melalui usul tersebut. Ungkapan tersebut juga saya yakin lahir kerana pelbagai "kata tak sedap" yang telah dilemparkan kepada PAS Kuala Kedah.

Antara senarai panjang "pandangan serong" dan "tuduhan" kepada PAS Kuala Kedah adalah; bughah, suka melawan, tak wala, ada agenda sendiri, besar kepala, kumpulan syiah atau cenderung syiah dan yang paling besar pada waktu ini penyebab kepada kekalahan PAS dan Pakatan di Kedah, semua pandangan serong ini menyebabkan ramai membuat kesimpulan "biasalah Kuala Kedah!" apabila ada apa apa isu yang berkait dengan Kuala Kedah, hatta ada di kalangan pimpinan pusat tak sudi menerima jemputan berprogram kerana dianjurkan oleh PAS Kuala Kedah. Demikianlah penangan pandangan serong yang dibina terhadap PAS Kuala Kedah.

Tiada wang pun kita boleh bantu bina Sekolah Tahfiz ini

"Kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan kewangan, sumbangan tenaga untuk membina sekolah tahfiz ini juga amat dialu-alukan. Pihak sekolah tahfiz mengalu-alukan sukarelawan dalam kerja pembinaan di tapak projek ini terutama mereka yang ada pengalaman asas dalam pembinaan samada sebagai tukang simen, tukang kayu, tukang besi atau sebagai pekerja am.

Pembinaan sekolah tahfiz di Kg Bongek, Jln Chengkau-Pulau Mampat, Rembau kini sedang giat dijalankan. Kos pembinaan sekolah tahfiz ini dijangka sekitar RM 200,000 sahaja. Kini diperingkat membina tapak bangunan.

Kepada mereka yang ingin menderma besi binaan, simen, batu bata, pintu, tingkap, cat serta lain-lain bahan untuk pembinaan sekolah tahfiz ini sila hubungi Pengetua sekolah ini Ustaz Septian 0132646001 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke Akuan Maybank 562843505815 (TARB ALGONTORY).
Atau boleh melalui saya sendiri, Rozmal bin Malakan Tel/Whatsapp 012-2267406 .

Lokasi sekolah tahfiz ini ialah berhampiran lebih kurang 1 km dari pekan Chengkau, tepi jalan Chengkau-Pilin. Sekolah Tahfiz ini juga mempunyau cawangan di Puncak Alam, Selangor.

Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz ini http://tahfizalgontory.blogspot.com

Nik Aziz berpesan sekali lagi, Jangan jatuh lubang sama dua kali

Nik Aziz: Jangan jatuh lubang sama dua kali

Nik Abdul Aziz Nik Mat
PENGKALAN KUBOR - Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini berpesan kepada pengundi di PRK Dun Pengkalan Kubor supaya mengundi parti yang memperjuangkan Islam sebagai pilihan mereka.

Nik Aziz berkata, manusia akan mati dan akan berdepan dengan kehidupan selepas kematian, iaitu akan berdepan dengan ALLAH, jadi setiap perbuatan yang dibuat di muka bumi akan disoal ALLAH di akhirat nanti.

"Kita akan mati, ingat balasan selepas kematian nanti. Bangsa Melayu tiada makna jika tiada Islam."

"Jadi ingat  pasal pemilihan pemimpin juga ALLAH akan soal," katanya pada ceramah Pas di Pengkalan Kubor malam ini.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata Umno bertindak melupakan kawannya apabila parti itu senang dan selesa.

"Dahulu ketika zaman Tun Abdul Razak sayalah orang yang menyokong pergabungan tersebut (kerajaan campuran BN, Pas).

"Waktu itu, Pas terbahagi kepada empat sebab marah dengan tindakan saya iaitu dari Hamim, Berjasa, Bebas, Bersatu.

"Tetapi saya tetap sokong gabungan tersebut, tetapi apabila dia selesa dia tendang kita.

"Tetapi apabila dia tidak senang dia pujuk kita masuk dia balik selepas (PRU13 lalu).

"Jadi satu sahaja yang kita perlu ingat, Nabi ajar jangan jatuh dua kali dalam lubang yang sama," katanya.

Ke arah Langkawi lestari 2016

Sebahagian daripada pemandu-pemandu kereta sewa dan teksi wanita yang menjadi duta dan rakan PPSPPA untuk melestarikan Langkawi.  
Sebahagian daripada pemandu-pemandu kereta sewa dan teksi wanita yang menjadi duta dan rakan PPSPPA untuk melestarikan Langkawi.

PANTAI CHENANG - Matlamat untuk menjadikan Pulau Langkawi ke arah bersih dan indah dimulakan dengan kempen kesedaran Anti Litter peringkat negeri Kedah yang dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, perancangan ke arah kelestarian pulau ini akan mengambil masa setahun dari sekarang.

"Kempen yang berterusan akan dijalankan bagi memberi pendidikan kepada penduduk serta pelancongan mengenai perlunya menjaga kebersihan,” katanya pada sidang media.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...