TERKINI :

Tuesday, September 23, 2014

Krisis Selangor ibarat Kereta = Body + Enjin + Tayar

oleh: bohlanamapapapun

http://4.bp.blogspot.com/-XiWL6PQ_KIE/UmTWsDciCVI/AAAAAAAANxs/bC3einVujvY/s1600/150741_442708675798842_889006361_n.jpg 

Daripada ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali. Saya rasa terpanggil mengarang secubit bingkisan dengan apa yang sedang berlaku sekarang; Syria dengan 'Unislamic State'nya, Yaman dengan Syiah Sunninya, Seoul dengan Pyong Yang dengan agenda nuklearnya, India dengan Pakistannya, US dengan dirinya sendiri, Jepun dengan kemajuannya, China dengan kebangkitan ekonominya, Algeria dengan permusuhan saudaranya, Malaysia dengan MHnya, UMNO dengan 2020nya, PAS dengan pakatannya, PKR dengan Azizahnya, DAP dengan Penangnya, aku dengan Dianya.

Semua isu di atas adalah isu sangat besar, besar, atau semua isu dia atas sangat kecil atau kecil. Atau semua di atas tiada isu langsung bagi kita, yang rasa 'what to do with me'? Apa-apa pun, besar kecilnya isu-isu di atas adalah bergantung sejauh mana hubungan 'aku dengan Dia'. Sejauh mana aku percaya padaNya. Sejauh mana aku beriman denganNya, dan sejauh mana ta qof wau ya aku kepadaNya. Kerana ALLAH tidak melihat kepada kekuatan atau kehebatan seseorang (baca sebagai partai), tetapi sejauh mana taqwa seseorang (partai) tersebut kepada Penciptanya.

Apa hubungkait projek tenaga Solar di Kedah dengan Rosmah bakal gembira?

Rosmah bakal gembira? 

1. Masa dok borak dengan sorang sahabat, pakar PV profesional lulusan B.Tech Electrical Engineering dan pemegang PG Certificate in Advance Solar Energy, terkeluarlah cerita pasal pembangunan loji janakuasa tenaga solar dengan kapasiti 50 megawat (MW) terbesar di Kedah.
2. Sahabat ni dok puji usaha kerajaan membangunkan teknologi tenaga solar di negara ini sebab kebanyakan negara dah mula usaha ke arah tu. Antaranya ialah negara jiran kita sendiri, Indonesia dan Burma.
3. Antara lokasi-lokasi penjana solar berkapasiti besar di Malaysia terletak di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu. Bagi penjana solar berkapasiti 8MW yang dibina di negara ini, jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.3 juta sebulan. Jadi berapa pula agaknya jumlah pendapatan yang mampu diperoleh melalui loji janakuasa solar berkapasiti 50MW di Kedah!!

Perang sebenar baru bermula di Pengkalan Kubor

Pada pusingan pertama berkempen, PAS dan BN dilihat sama hebat bagi memenangi hati pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Tempoh berkempen yang berbaki dua hari sahaja lagi dilihat makin meriah apabila bendera dan kain rentang parti masing-masing sudah membanjiri sepanjang jalan di Pengkalan Kubor.

Ketika tempoh seminggu terawal, kempen BN dilihat lebih menonjol berbanding PAS apabila parti itu menurunkan pemimpin besar negara ke kawasan yang mempunyai 24,039 pengundi itu.

Dengan kelebihan sebagai kerajaan persekutuan, BN menurunkan pemimpin serta barisan menterinya untuk menggempur lawannya PAS.

Antara yang dilihat konsisten hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga pengarah jentera BN di DUN itu.

Nasib PAS di tangan golongan sederhana

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.152467.1366533679!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/authors/ashukurharun_170a.pngPAS perlu bergerak maju ke depan, bukan undur ke belakang. Ini kerana sifat politik yang sangat dinamik ditambah dengan suasana sekeliling yang demikian cepat berubah, di mana menuntut PAS melakukan perubahan terutama dari segi pendekatan dan imej yang ditampilkan.

Jika tidak dilakukan segera perubahan ini – betapa sucipun perjuangan yang didukung PAS – nescaya ia akan ditinggalkan, malahan dilupakan dan ini tidak mustahil berlaku . Oleh itu, pimpinan dan pendukung PAS akan memikirkan dengan serius persoalan ini dan bertindak dengan cepat dan bijaksana ke arah membuat perubahan ini.

Dalam hal ini jangan ada kebimbangan seperti kata Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, iaitu betapa kita bertoleransi dan terbuka, namun kita masih tetap berada dalam orbit Islam.

Namun apa yang berlaku di Muktamar PAS ke-60 dan Muktamar Dewan Pemuda sebelumnya menghantar isyarat jelas PAS seperti ditarik untuk undur ke belakang.

Benarkah 2 ADUN PAS tersebut "BARUA"?

Ada satu artikel panjang yang mencheritakan kisah Yb Saari Sungip. YB Saari dikatakan khianat terhadap Parti.

"Tindakan membelakangi keputusan PAS menerusi Presiden dan Majlis Syura langsung tidak diambil perhatian apabila baiah atas Nama ALLAH."

Saja nak tanya...

Apa yang sebenarnya beliau membelakangi keputusan PAS menerusi Presiden dan Majlis Syura?

Setahu saya, beliau menyokong DS Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB sebelum MSU dan Presiden membuat keputusan apa-apa. Kemudian MSU membuat keputusan tidak setuju DS Wan Azizah sbg MB. Kemudian pula Presiden sendiri mencadang nama DS Wan Azizah sbg MB diselit sekali nama Azmin Ali sbg dua nama kepada Sultan, dalam keptusan mesyuarat JK Pas Pusat.

Malah MSU yg dikatakan berbeza dengan keputusan Presiden juga menafikan perbezaan itu atas alasan MSU bermesyuarat sebelum TSKI dipecat dari PKR. Sekarang tidak timbul lagi MSU menyokong TSKI.

PAS dan Khalid lah Yang Sebenarnya Pecat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi.!!

oleh Shahbudin Husin,

http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2014/08/khalid-ibrahim-exco-pas.jpg
Sebelum mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor semalam, Khalid Ibrahim masih sempat lagi membuat keputusan yang menggambarkan dendam di penghujung kariernya sebagai ketua kerajaan negeri iaitu menamatkan tugas Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Faekah Husin, CEO MBI, mesyuarat Exco terakhir yang dipengerusikan Khalid juga membuat keputusan menutup pejabat berkenaan dengan serta-merta bagi menjimatkan kos.

Sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan Anwar selama ini, Faekah juga mengatakan adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan menjaga ekonomi dan pelaburan kerajaan negeri.

Dengan keputusan itu, tidak syak lagi ramai yang beranggapan bahawa Khalid memang berdendam dan marah kepada Anwar. Beliau bukan setakat menamatkan khidmat, malah menutup terus pejabat bekas bossnya itu.

Presiden PAS Ucap TAHNIAH pada Azmin

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak terkilan kerana calonnya tidak dilantik menjadi MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 23 September, 2014.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak terkilan kerana calonnya tidak dilantik menjadi MB Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 23 September, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali atas pelantikan beliau sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau berkata Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, kini harus memikul amanah yang diberikan Sultan Selangor dan rakyat Selangor kerana pelantikan ini juga menyelesaikan isu pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tahniah kepada Azmin yang telah dilantik sebagai menteri besar Selangor dan kemelut politik di Selangor dapat diselesaikan dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

MB Selangor imamkan solat zohor di Masjid Klang Gate Baru Hulu Kelang selepas angkat sumpah

Imamkan 300 orang

Beliau memberi ucapan ringkas selepas mengimamkan solat Zuhur berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya, Masjid Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada jam 1.25 tengah hari tadi.

"Amanah ini bukan satu keistimewaan tetapi tanggungjawab yang cukup besar untuk mengangkat martabat orang Melayu-Islam khususnya.

"Saya harap dengan dokongan tuan-tuan saya dapat jalankan tanggungjawab ini dengan jujur dan ikhlas kerana akhirnya saya perlu menjawab pada Allah Taala.

"Jadi saya berharap sekarang adalah waktu untuk kita mula bekerja.

"Saya juga telah menerima akujanji dengan Tuanku Sultan Selangor untuk menjaga keharmonian di negeri ini," katanya dalam ucapan tersebut di hadapan kira-kira 300 orang menyertai solat Zuhur berjemaah diimamkan Azmin.

Satu kenduri kesyukuran menyambut pelantikan Azmin sebagai MB akan berlangsung pada bermula jam 2.30 petang ini di kediaman ibunya di kampung yang sama.

Azmin mengangkat sumpah sebagai MB baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di Istana Alam Shah Klang, pagi tadi.

Siapakah Azmin Ali..???


KUALA LUMPUR: Mohamed Azmin Ali dilahirkan pada 25 Ogos 1964 di Singapura.

Beliau memulakan pelajarannya di Sekolah Gurney Road (2) dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Setapak.

Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat dan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan Matematik.

Beliau berkahwin dengan Shamsidar Taharin, dan dikurniakan enam cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

Pada tahun 1987, Mohamed Azmin yang berusia berusia 23 tahun pada ketika itu dilantik sebagai pegawai khas kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika.

Kemudian beliau menjadi setiausaha sulit kepada Anwar apabila Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Azmin - EXCO baru seawal Jumaat nanti, serta kaji semula keputusan mesyuarat Exco terakhir bawah Khalid

 
Menteri besar Selangor yang baru, Azmin Ali menjangkakan bahawa barisan 
 ahli Exco baru Selangor akan mengangkat sumpah seawal Jumaat ini.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan wakil Pakatan Rakyat petang ini bagi membincangkan hal itu.

Katanya, butiran dari pertemuan tersebut dijangka akan dapat diselesaikan pada hari Khamis.

"Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini untuk melihat komposisi exco Pakatan Rakyat dan tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insya-Allah pada hari Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco yang baru dari Selangor," kata.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Akhirnya Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor

 
ADUN kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini.

Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang, pada pukul 10.42 pagi.

Mohamed Azmin, Timbalan Presiden PKR, mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.

Turut hadir isteri Mohamed Azmin, Shamsidar Taharin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

- Bernama

TESCO jual pinggan mangkuk tanda BONE CHINA yang diharamkan Majlis Fatwa

Gempar dan menjijikkan... TESCO XTRA SELAYANG jual pinggang mangkun BONE CHINA yang di fatwakan HARAM oleh MAJLIS FATWA KEBANGSAAN...

Sudahlah jualnya dengan cara tersembunyi iaitu meletakkan TANDA HARGA atas tulisan BONE CHINA jadi pembeli akan terpedaya dengan tektik ini...

Ikutilah pendedahan seorang pelanggan dengan lampiran fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa



Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)

DAP Sokong Azmin sambil meyatakan kekesalan keatas 4 Exco PAS

lim guan eng 

DAP menyokong penuh pelantikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetapi menyelar pengkhianatan empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Lim Guan Eng, keputusan menyokong Azmin dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi sebaik sahaja menerima berita daripada pihak Istana Selangor.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 memutuskan untuk menyokong kenyataan dibuat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan menteri besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor melantik Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor baharu," kata setiausaha agung DAP itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Habis semua kena 'GAME' dengan ANWAR dalam Isu MB Selangor



dari Blog Sysss..!!


Inilah Cita-Cita Anwar sebenarnya.....
Antara sebab ANWAR tidak mahu dilihat beliau ingin mengangkat AZMIN adalah sebab-sebab yang dinyatakan di bawah ini... Antara isu paling besar ialah AZMIN & KHALID sedang berseteru... dalam ertikata sedang berlaga antara satu sama lain...

Seandainya ANWAR angkat AZMIN sudah pasti beliua akan dilihat sebagai menyebelahi AZMIN dan juga berseteru dengan KHALID... jadi sekarang dalam strategi politik beliau, ANWAR telah divert isu ini kepada AZIZAH kerana beliau tahu AZIZAH tidak akan diangkat menjadi MB oleh ISTANA jadi apabila AZMIN diangkat oleh ISTANA maka tidak ada sesiapa yang boleh mempertikai dah akan perlantikan AZMIN....

Itulah ANWAR... tiada sesiapa mampu membaca politik beliau sampai PAS & DAP pun kelihatan tertunggu-tunggu apa akan berlaku seterusnya dalam critera ini....

Azmin, dulu ‘seteru politik’ Khalid, kini MB

SHAH ALAM - Mohamed Azmin Ali, yang bakal mengisi jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 pada Selasa adalah ahli politik yang paling lantang mengkritik pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dianggapnya lemah dan tidak cekap.

Kritikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sehingga sampai ke tahap beliau mendesak supaya Abdul Khalid dipecat daripada jawatannya.

Kementerian Ramai MENTERI dan KSU pun boleh 'BOCOR' ka??

PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN PARA MACAI UMNO.


Menteri 2 orang .. Timbalan Menteri 2 orang juga .. Tapi paling hebatnya Ketua Setiausaha Kementerian pun 2 orang juga ... satu-satunya kementerian dinegara ini mempunyai 2 Ketua Setiausaha Kementerian .. Kalau 2 menteri ada iaitu Menteri Kewangan I dan Menteri Kewangan II tetapi Ketua Setiausaha Kementerian tetap seorang.

Bukan saja struktur kementerian mencipta sejarah tersendiri negara tetapi peristiwa memalukan negara dengan pembocoran 4 kertas soalan UPSR sudah tercatit sebagai suatu rekod tersendiri negara.

Kalau dinegara Jepun atau Korea Selatan ... Omak Kau ingat kesemua peneraju utama Kementerian Pendidikan dah letak jawatan .. tetapi negara kita???? .. Yang dikatakan gantung tugas dengan serta merta tetapi dinafikan kemudiannya. [LINK]

Antara PKR, PAS & DAP siapa yang rugi walaupun kemelut Selangor dah berakhir

Walaupun Kemelut Berakhir, Pas Tetap Rugi

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/09/Hadi-PAS-Selangor-685x320.jpg
Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akhirnya sah menjadi Menteri Besar yang baru bagi negeri Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Beliau telah pun menerima surat perlantikannya dari Istana Selangor petang tadi dan akan mengangkat sumpah jam 10.30 pagi esok.

Perlantikan Azmin juga akhirnya diterima sebulat suara oleh PKR yang bermesyuarat petang tadi dan Majlis Pimpinan PR yang bermesyuarat malam ini juga menerima perlantikan itu, seiring dengan pengumuman Dr Wan Azizah untuk menarik diri daripada pencalonan. Ini bermakna sokongan 30 Adun juga turut berpindah kepada Azmin.

Dengan ini, berakhirnya kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan lalu. Penerimaan PR terhadap perlantikan yang dibuat oleh Sultan Selangor ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu agar mereka selepas ini boleh terus melangkah ke hadapan menunaikan janji-janji yang masih banyak tertunggak dan juga memajukan lagi negeri itu.

ALOR SETAR - Nasib Makam Kampung Pisang

Nasib Makam Kampung Pisang

Fatimah menunjukkan keadaan makam tertentu yang makin rosak.  
Fatimah menunjukkan keadaan makam tertentu yang makin rosak.

ALOR SETAR -  Makam Kampung Pisang, dekat sini, memiliki nilai sejarah tersendiri, namun kini dikhuatiri terbiar dipenuhi lalang dan semak samun.

Tinjauan mendapati, ada makam hampir roboh didakwa akibat tidak diselenggara baik, sekali gus kesudahan nasib beberapa makam akhirnya tinggal tanda tanya.

Penduduk, Fatimah Hamzah, 63, berkata, beberapa makam di kampung berkenaan dalam keadaan baik dan cantik sekitar 40 tahun dahulu.

“Kini, ia rosak akibat faktor tertentu. Adakala penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan makam ini, namun lalang tumbuh semula.

“Tak silap, ia milik keturunan diraja ataupun guru agama raja zaman dahulu. Malah, ada satu makam milik anak dara bangsawan masih kukuh hingga kini,” katanya.

Jalan Raya Gurun ke Pulau Bunting akan dibina dalam masa terdekat

Belum maklum kena pindah rumah

Tajul Urus (dua kiri) ketika melakukan tinjauan.  
Tajul Urus (dua kiri) ketika melakukan tinjauan.

ALOR SETAR - Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah telah mengadakan pertemuan bersama sebahagian penduduk di daerah Yan dan Kuala Muda bagi memaklumkan mengenai projek pembinaan jalan baharu dari Gurun ke Pulau Bunting, Yan.

Pengarahnya, Samsudin Bakar berkata, pertemuan itu turut melibatkan Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, pihaknya telah memaklumkan bahawa beberapa rumah mungkin akan terlibat bagi memberi laluan kepada pembinaan projek jalan tersebut.

“Pada peringkat awal ini, kita hanya boleh memaklumkan bahawa akan ada rumah-rumah yang terlibat dalam projek tersebut.

“Tetapi kita belum boleh mengumumkan rumah siapa yang terlibat kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...