TERKINI :

Monday, September 22, 2014

Provokasi Umno BN : Banner ceramah palsu PasMa di naikkan di Pengkalan Kubur...

Umno guna taktik provokasi melampau 


TUMPAT: Menjelang hari-hari terakhir pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Umno dikesan menggunakan senjata provokasi dengan menaikkan sepanduk dan risalah memburukkan PAS.

Hari ini bertebaran poster yang mendakwa calon PAS menawarkan minyak petrol percuma di semua stesen minyak di Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, taktik jahat itu tentunya dilakukan pihak musuh.

Beliau berkata, taktik kotor dianggap perbuatan begitu terdesak bagi memanaskan kempen PRK yang berada di penghujung.

“Saya berharap calon Umno yang dilabel berimej ustaz hendaklah menasihatkan jentera kempennya tidak menggunakan taktik yang bertentangan dengan ajaran agama,” katanya pada sidang media petang tadi.

Tahniah Azmin, 'tautkan yang belah, sambung yang putus dan tampal yang koyak'

YAB Azmin, penyambung kerja baik TS Khalid

Sah, Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Antarabangsa, yang juga Timbalan Presiden PKR Kebangsaan telah diperkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang dimangsakan oleh Anwar Ibrahim itu. Sekalung tahniah kepada saudara Azmin yang saudara akan memulakan tugasan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa besok, 23hb September.

Akhirnya terjawab sudah siapa yang telah ditentukan takdir untuk memikul tanggungjawab dan menyambung kerja baik yang telah diselenggarakan oleh TS Khalid Ibrahim sejak enam tahun yang lalu.

Dengan perlantikan Azmin Ali itu, maka jelas ia telah menggagalkan ‘Kajang Move’ yang diatur dan disusun oleh Anwar Ibrahim yang dinasihatkan oleh Penasihat Strategi PKR yang ‘famous’ itu.

Bagi Azmin perlantikan beliau itu tidak boleh diterima sebagai kemenangan peribadi tetapi di sebaliknya terimalah perlantikan itu sebagai satu tanggungjawab berat untuk meneruskan ketelusan pentadbiran negeri Selangor yang begitu baik di bawah TS Khalid Ibrahim dahulu.

Wan Azizah tarik diri, cadang Azmin di lantik MB Selangor

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/08/DR_WAN_AZIZAH.jpg
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden KEADILAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Khalid MB terbaik Selangor, kata Khusrin

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-mb-terbaik-selangor-kata-khusrin#sthash.Qkp8k86N.dpuf
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-mb-terbaik-selangor-kata-khusrin#sthash.Qkp8k86N.dpuf
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-mb-terbaik-selangor-kata-khusrin#sthash.Qkp8k86N.dpuf
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diraikan dalam majlis perpisahan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 22 September, 2014.

Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor terbaik yang mampu menjalankan pentadbiran negeri tanpa pengaruh politik.

Khusrin berkata, penjawat awam mudah bekerjasama dengan Khalid kerana polisinya jelas dan dasarnya yang telus sehingga hasilnya perolehan rizab naik RM3 bilion.

"Kerja 4 tahun dengan beliau cukup selesa, tidak ada campur tangan politik. Kita bebas buat keputusan mengikut dasar yang ditetapkan.

"Terima kasih atas tunjuk ajar dan didoakan semoga beliau diberikan kekuatan dan kita percaya beliau akan terus dikenang sebagai seorang menteri besar yang melakukan perubahan transformasi ke atas pentadbiran kerajaan," katanya pada majlis perpisahan Khalid di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Sambutan majlis perpisahan juga dilihat meriah apabila kakitangan kerajaan negeri mula dilihat turun membanjiri foyer SUK sejak pukul 4 petang sambil memegang bendera Selangor dan sepanduk "We love Tan Sri Khalid" dan "Tan Sri Khalid Terbaik".

Istana perkenan lantik Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana lebih kurang pukul 5 petang tadi.

"Sukacita dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan melantik Y.B Tuan untuk menjawat jawatan Dato' Menteri Besar Selangor berkuatkuasa mulai 23 September 2014." kata surat tersebut.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

Surat pelantikan daripada Istana

PAS mula bergerak ke arah garis keras

Tahniah diucapkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas visinya yang jelas dan jujur mengenai pendirian parti Islam pimpinan beliau itu.

Ucapannya semalam sebenarnya berita baik bagi rakyat Malaysia. Sudah terserlah kini, golongan yang dikatakan puritan, atau agamawan, perlu ditolak oleh mereka yang menyangka parti ini bersifat berbilang kaum dan agama.

Ia bukan lagi begitu. Ia sebuah parti Islam yang mahu menjadikan Malaysia negara Islam, diperintah di bawah undang-undang ketat bersifat puritan dan hukuman yang mereka harap dapat menghalang jenayah dan salah laku.

Pernah mereka menamakannya negara Islam berkebajikan, tetapi ia hanya samaran bagi apa yang Hadi mahukan selama ini – sebuah negara Islam.

Walaupun beliau berkata PAS tidak boleh dipergunakan oleh sesiapa pun untuk mencapai cita-cita mereka, Hadi tidak terkecuali dari memperalatkan Pakatan Rakyat (PR) bagi cita-citanya sendiri.

MB Selangor : Azmin selangkah sahaja lagi, Anwar tersenyum gembira...

dari Syssss..!!!

Takan Anwar nak beritahu 1 dunia dia nak lantik Azmin kerana Azmin dan Khalid
sedang bermusuhan.. jadi beliau divert isu ke Azizah..
Gambar Berlegar di Internate
Akhirnya cita-cita Dato Seri Anwar cuma selangkah sahaja lagi untuk direalisasikan....dengan tersebarnya spekulasi hari ini ialah Orang kuat no 2 PKR akan  di lantik MB Selangor...dari sumber istana..
Kemana lagi acuan acuan yang dibentuk olih dato sri anwar ini sudah sampai kemuncak perjuangan nya.....
Sebab itu dia bertanding dikawasan adun negeri.....dia mempunyai cita cita yang diajar oleh Dato Sri Anwar sejak pemecatan dato sri lagi..
orang ini lah paling setia dengan perjuangan parti..ganjaran telah diberi olih sultan selangor..sultan bijak menilai ..kerana mb ini azmin ali orang yang akan membenteras habisan adun umno yang bercita makan rasuah diselangor..

Fitnah BN RM12 billion makan tuan

KELANTAN PETRONAS
PENGKALAN KUBOR: Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memasang billboard yang menyatakan bahawa ‘RM 12 billion fitnah besar PAS’ memakan diri mereka sediri.

Pengarah pilihanraya PAS bagi PRK Pengkalan Kubor, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan BN meletakkan billboard itu sebenarnya memakan diri mereka sendiri kerana sebelum ini mereka menafikan hak tersebut kepada kerajaan Kelantan.

Sebelum ini kerajaan pusat menyatakan akan membayar 50 peratus kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan 50 peratus kepada rakyat menerusi pemberian wang ehsan sebagai ganti royalti.

“Dengan pengiktirafan tersebut jelas ternyata kerajaan pusat sebelum ini berbohong kepada rakyat Kelantan dengan menafikan hak mereka,” katanya.

MB Selangor: Apakah Azmin bernasib baik?

Mohd Sayuti Omar,

PENANTIAN PANAS                                                                                       

Sekiranya Sultan Selangor memberi perkenan kepada Mohamed Azmin Ali menjadi MB baru menggantikan Abdul Khalid Ibrahim semua pihak hendaklah memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
Azmin tetap berdoa untuk sesuatu yang baik bagi dirinya.
Sesiapa pun tidak perlu mempertikaikan pilihan itu. Pemilihan Azmin bukan sesuatu yang janggal, sebaliknya tepat apabila Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat dipenuhi untuk mengganti Khalid.

Perlantikan Azmin sebagai MB, sudah tentu dapat meredakan suasana politik di Selangor yang berkemelutan sejak beberapa bulan lalu. Baik PKR, Pas dan DAP perlu menamatkan segera kemelut itu sekiranya Pakatan Rakyat ingin terus diharap menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

Anggaplah perlantikkan MB nanti bagaikan "biduk yang lalu dan mempertautkan semula biambang" yang retak dan pecah.

Maklumat terbaru menunjukkan bahawa besar kemungkinan Adun Bukit Antarabangsa itu, bakal dilantik menjadi MB dan mengangkat sumpah memegang jawatan esok sekiranya ianya tidak dilintas biawak. Tunggulah hari keranat dan bukannya hari kiamat. [wm.kl.12:27 pm 22/09/14]

Usai muktamar di Batu Pahat, 'jangan ada pahat berbunyi'

MUHAMAD ADIB AZMAN

Usai bermuktamar di Johor, Sabtu, cukup cukuplah dengan apa yang berlaku sepanjang kita berkampung, berbahas, berbincang, bersetuju dan berbalah untuk kepentingan Islam.

Kalau ada perwakilan yang tidak puas hati mengapa "usul begini" dan "usul begitu" tidak diutarakan, sepatutnya orang yang menimbulkan polemik ini bertanya kepada dirinya sendiri, "mengapa aku sendiri yang tak usulkan perkara ni dalam muktamar peringkat kawasan dan negeri tempoh hari?". Sikap ini perlu diubah. Walaupun muktamar tahun ini mengambil tempat di Batu Pahat, janganlah terus "ada pahat yang berbunyi" selepas "rumah hampir siap".

Budaya label-melabel mesti terus dihentikan, agar ia selari dengan amanat ucapan dasar dan ucapan penggulungan ayahanda Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, meminta agar kita terus beristiqamah dalam perjuangan, menggunakan media sebagai medium dakwah agar tidak termakan dengan perang siber, tidak khianat dalam bersahabat dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, dan mempunyai pendirian kita yang sendiri iaitu mengambil Islam sebagai "ad-din", bukan sebagai "religion" seperti mana yang dipetik oleh Lord Reid dalam Perlembagaan Persekutuan, seraya memetik firman Allah Taala yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan Islam".

Sembang Bang Mat bab Perpecahan Pakatan Rakyat..!!

'Beli' hanya kiasan, tak semesti bayar duit

NAZRI ABDULLAH | 22 September 2014.


KUALA LUMPUR: Istilah beli yang digunakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dua Adun PAS di Selangor, tidak semestinya bermaksud dibayar dengan duit.

Sebaliknya ia hanya berbentuk kiasan merujuk kepada tindakan adun terbabit yang tidak merujuk pimpinan parti terlebih dahulu untuk menyertai rancangan politik parti lain.

"Bila sebut beli tak semestinya bayar dengan duit.

"Beli maruah diri, beli sokongan tanpa merujuk parti terlebih dahulu. Semua ini kiasan kepada beli," kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Presiden PAS membuktikan dua Adun PAS terbabit telah dibeli.

Dok sebar AKUAN BERSUMPAH PALSU yang ADUN PKR keluar parti pulak..!!

Suara Sri Andalas
PENAFIAN TERHADAP AKUAN BERSUMPAH YANG PALSU

Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku Ahli Dewan Negeri Selangor N.49 Seri Andalas telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah palsu "completely fake".

Akuan Bersumpah palsu tersebut dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baik saya serta bertujuan untuk mengeruhkan lagi isu perlantikan Menteri Besar yang kini cuba diselesaikan secara baik dan bijaksana.

Saya telah membuat laporan Polis pada hari ini dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa kemuka pengadilan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya mengambil tindakan undang-undang yang sesuai.


YB DR. A. XAVIER JAYAKUMAR
AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR N.49 SERI ANDALAS
http://xavierjayakumar.blogspot.com

KETUA CABANG KOTA RAJA
PARTI KEADILAN RAKYAT

Tahaluf siyasi: Rakyat mahu lihat PR terus utuh

HARAKAHDAILY | 22 September 2014.

KUALA LUMPUR: Rakyat menaruh harapan yang cukup tinggi untuk melihat sebuah Pakatan Rakyat (PR) yang utuh dan kuat untuk terus membela dan memartabatkan hak mereka.

Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengambil maklum pandangan serta kritikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat kelmarin dengan penuh keterbukaan.

Timbalan ketuanya, Dr Afif Bahardin berkata tahaluf siyasi atau kerjasama politik sewajarnya dilandaskan di atas nilai kebersamaan dan kepercayaan sebagaimana yang telah dipersetujui di awal pembentukan Pakatan Rakyat iaitu untuk memperjuangkan prinsip keadilan dan kebebasan di Malaysia dalam kerangka yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Maka sewajarnya semangat dan matlamat ini digarap dan dihidupkan semula demi memulihkan kembali hubungan dua hala yang kini kelihatan keruh di antara parti PAS, DAP dan Keadilan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rentetan beberapa isu sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 termasuk masalah pertindihan kerusi di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Kajang Move, hudud dan krisis pelantikan Menteri Besar Selangor telah mengakibatkan perbezaan pendirian di antara parti-parti bertukar menjadi krisis dan pergeseran terbuka sesama pemimpin.

MB Selangor : 60 peratus Azmin, 40 peratus Pas?

Isu MB Selangor

SOALAN yang sering bermain di fikiran setiap rakyat Selangor, iaitu siapa menteri besar yang baharu, akan terjawab hari ini, apabila pihak istana dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung nama pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, 10 pagi esok.

Ini juga memberi maksud bahawa tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sejak lima tahun akan tamat dan diteruskan oleh calon yang baharu.

Sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memaklumkan, Abdul Khalid mengakhiri tugasnya hari ini sebelum Majlis Angkat Sumpah menteri besar baharu, 23 September ini.
“Pejabat Menteri Besar juga dalam proses pengosongan. Tan Sri pun akan pergi bercuti dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Kesimpulan yang dibuat dari kehadiran sahabat ke Muktamar PAS ke 60

http://4.bp.blogspot.com/-L3ErZcSiQkM/VB536Zs2KMI/AAAAAAAAOyQ/LloLLYc8qd8/s1600/muktamar-pas-2014.jpg
DIANTARA FIKRAH HARAKIAH DAN HARAKAH FIKR (Gerakan Pemikiran).

PAS telah berjaya melahirkan ramai para pendakwah yang berkemampuan berdebat, para amilin yang sentiasa sanggup berkorban dan ulama "haraki" yang setia membawa fikrah "harakiah" yang dilaungkan oleh PAS.

Tetapi sayangnya, selepas 6 dasawarsa, PAS amat kurang melahirkan para pemikir dan pengkaji yang menyebabkan lambat berlaku "tajdid fikr" di dalam jamaah ini. Dakwah digerakkan dengan manhaj yang ketinggalan zaman bahkan lebih malang apabila ia langsung tidak berinteraksi dengan zaman.

Alangkah malangnya apabila ada orang yang mampu membentuk pemikiran, bahkan mereka sememangnya pengkaji dan pemikir dikesampingkan hanya kerana rekod "bekas" jemaah tertentu. Yang ruginya adalah PAS, tetapi PAS (baca sebahagian pemimpin yang tidak berinteraksi dengan zaman) tidak kisah kerana mereka ada senjata "wala" dan "jaga jemaah" yang akan menjadi "ketum" untuk melalaikan anggota jemaah.

Jambatan Tok Pasai Kuala Kedah di "GEMPUR"

Sarang dadah digempur

AADK bekerjasama dengan MBAS memadamkan nombor telefon dikhuatiri milik pengedar.  
AADK bekerjasama dengan MBAS memadamkan nombor telefon dikhuatiri milik pengedar.

KUALA KEDAH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar menggempur sarang dadah terbesar pada Program Jom Bersih di Jambatan Tok Pasai.

Bagaimanapun, tiada penagih kelihatan ketika serbuan dilakukan bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Setar, baru-baru ini.

Ketua Pegawai AADK Kota Setar dan Pokok Sena, Suria Azlina Shaarin berkata, 30 kakitangan AADK dan MBAS membersihkan bawah jambatan tersebut.

“Melalui pengalaman, kawasan berkenaan didapati kawasan hitam najis dadah. Malah, antara 60 hingga 70 penagih dadah tegar ditahan setiap kali operasi dilakukan.

“Lebih membimbangkan, nombor telefon dan harga barangan dipercayai milik pengedar dadah jelas terpampang pada dinding bawah jambatan berkenaan,” katanya.

KUALA NERANG - Hidup tanpa letrik & air selama 10 tahun, dah mati habih ka orang yang nak tolong keluarga nie?

10 tahun bergelap

Nor Azizan Ismail bersama keluarganya memerlukan bantuan bagi membiayai bekalan elektrik dan air di rumah mereka.  
Nor Azizan Ismail bersama keluarganya memerlukan bantuan bagi membiayai bekalan elektrik dan air di rumah mereka.

KUALA NERANG - Sebuah keluarga di Kampung Baru, Mukim Tualak, dekat sini tinggal dalam keadaan bergelap dan menggunakan pelita hampir 10 tahun berikutan tidak mampu membiayai perbelanjaan memasang bekalan elektrik serta air di rumah mereka.

Nor Azizan Ismail, 33, berkata, dia tinggal bersama isterinya, Anisah Rafzan, 39, dan tiga anak mereka yang berusia antara 13 hari hingga 12 tahun.

Menurutnya, dia hanya berniaga sayur-sayuran kampung secara kecil-kecilan di pasar Jitra dengan pendapatan sebanyak RM700 sebulan.

"Di dalam rumah seluas tiga meter lebar dan empat meter panjang inilah kami dapat berteduh tanpa bilik bagi menjalani kehidupan seharian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...