TERKINI :

Sunday, September 21, 2014

Isu MB: Adakah Hadi sedang menegak benang basah?

Muktamar PAS ke 60 sewajarnya digunakan untuk mendamaikan suasana. PAS yang bertelagah dengan PKR seharusnya berdamai jika tahaluf siyasi mahu diteruskan. PAS tidak mahu meninggalkan Pakatan Rakyat. Oleh itu, tidak perlu lagi dipanjangkan perkara yang menyentuh pertelagahan kedua belah pihak seperti isu perlantikan MB Selangor, Langkah Kajang dan sebagainya.

Sebaliknya, Hadi meneruskan ketidakpuasan hatinya berhubung isu perlantikan MB. Mendakwa PAS perlu campurtangan kerana terdapat isu sultan dan menjaga agama di sebalik pertukaran MB itu.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu kita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Hadi.

Jangan sampai PAS dituduh retorik

BATU PAHAT: PAS digesa agar terus bersama rakyat dalam permasalahan yang mereka hadapi secara jujur sebelum dituduh sebagai retorik.

Pengerusi Lajnah Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, jika PAS berasa selesa dalam kedudukan sekarang tetapi mengabaikan rakyat yang memerlukan ia merupakan kegagalan.

"Kita sebenarnya gagal dalam perjuangan jika terus mengabaikan rakyat yang memerlukan perhatian kita terutamanya dalam soal kebajikan mereka.

"Jangan sampai kita dituduh retorik hanya sekadar cakap tetapi gagal pada pelaksanaannya," ucap beliau pada sesi penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke 60 tahun dekat sini, semalam.

Mazlan menekankan melalui lajnahnya itu akan terus memperjuangkan isu rakyat terutamanya membabitkan isu tanah rizab Melayu termasuk golongan peneroka dan Orang Asal.

Buktikan PKR 'beli' saya, kata Saari pada Hadi

 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.

Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

Kastam Oh Kastam, jawablah...!!!

Oleh ZULKEFLI HAMZAH
warungrakyat.mingguan@gmail.com

http://www.lamankerjaya.com/wp-content/uploads/2014/07/peperiksaan-online-penolong-penguasa-kastam.jpg
Dalam kejadian yang jarang-jarang berlaku, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp., Datuk Azhar Abdul Hamid meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang meragut tiga nyawa pekerja dari Bangladesh di tapak pembinaan MRT di Kota Damansara pada 18 Ogos lalu.

"Sebagai peneraju MRT Corp., saya mengambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ini tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya dalam sidang akhbar sehari selepas insiden itu. Walau bagaimanapun lembaga pengarah menolak hasrat Azhar itu dan beliau kekal sebagai CEO sehingga hari ini.

Sikap mengambil tanggungjawab seperti ditunjukkan oleh Azhar ini masih asing di Malaysia. Sebagai ketua, beliau menjawab kecuaian sehingga menyebabkan kematian dengan menawarkan peletakan jawatan, bukan menuding jari menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan leher sendiri.

Pada 12 September lalu sebagai langkah menjaga integriti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berikutan kebocoran kertas soalan UPSR, Pengarah Lembaga LPM, Dr. Naimah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta. Yang turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr. Wan Illiyas Wan Salleh sehingga selesai siasatan tentang kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 itu.

Janji pilihanraya punya pasal 1MDB boleh rugi RM1 bilion

1MDB boleh rugi RM1 bilion

 
Badan pelaburan kerajaan pusat, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) boleh rugi lebih RM1 bilion selepas tergesa-gesa membeli lebih 234 ekar tanah di Pulau Pinang tahun lalu lapor akhbar perniagaan, The Edge hari ini.

Menurut laporan itu, 1MDB telah membayar RM1.38 bilion untuk membeli beberapa plot tanah di bandar Air Itam, kubu kuat DAP, dalam perjanjian bersama beberapa ahli perniagaan yang rapat dengan BN untuk membina rumah kos rendah semasa kempen pilihan raya umum tahun lalu.

Tetapi dengan kemenangan lebih besar Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, 1MDB kini terpaksa menanggung beban milikan tanah yang dibeli dengan harga yang mahal itu.

The Edge turut melaporkan kira-kira 1,200 individu yang masih menduduki tanah yang dibeli 1MDB itu perlu diberi pampasan sebelum sebarang pembangunan boleh dimulakan.

Ke mana hala tuju ahli progresif dalam PAS?

ANALISIS OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 21 September 2014

Ahli PAS yang berbeza pendapat dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dituduh tidak wala' dan taat, pada muktamar yang berakhir semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.
Ahli PAS yang berbeza pendapat dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dituduh tidak wala' dan taat, pada muktamar yang berakhir semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 21 September, 2014.

Soalan sebenar selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang penuh hangat semalam bukan mengenai hala tuju parti itu, tetapi tindakan yang akan diambil ahli progresif dan liberal selepas ini.

Apakah mereka yang tidak setuju dengan cara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konservatif itu akan terus berdiam diri atas nama wala' dan taat kepada pemimpin, atau mengambil sesuatu tindakan.

Berbeza dengan kebiasaan pemimpin tertinggi parti melafazkan ikrar perpaduan dan kesatuan pada penutup persidangan, Hadi pada hari terakhir muktamar melontarkan cabaran kepada mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan beliau agar meninggalkan parti itu.

"Dalam jamaah (parti) hanya ada satu imam. Kalau nak jadi imam juga, cari tanah lain dan buat masjid lain," katanya ketika memberikan ucapan penggulungan semasa muktamar di Batu Pahat, Johor semalam.

Tenangkah S'gor selepas MB baru minggu depan?

 
Tenangkah krisis politik Selangor selepas lantikan menteri besar baharu Selasa ini?

Beberapa penganalisis politik berpendapat pakatan pembangkang perlu akur dan menerima secara terbuka apa juga keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memuktamadkan perkenan baginda siapa menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata krisis politik Selangor yang pakatan pembangkang sendiri cetuskan itu perlu dihentikan demi kelangsungan pembangunan di Selangor.

"Mereka harus menghormati keputusan muktamad sultan, sudah pasti sultan mahukan seorang menteri besar berkaliber, mampu membangun dan menerajui Selangor," kata pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Bernama.

Khamis lepas, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang, bagaimanapun nama menteri besar baharu itu tidak diumumkan lagi.

BARUA Itu Berhikmah..!

Oleh: Dr Azman Ibrahim

http://www.theconcertinconcert.com/wp-content/uploads/2011/12/GIG-BARUA-301211-SALA-MOVIE.jpg
Sekadar Gambar Hiasan
Kalau kereta accident, kemek sana-sini, maka untuk nak baik pulih, kena ketuk body kuat-kuat. Kalau setakat gosok dengan kertas tisu, habis seratus kotak tisu pun tak ke mana. Ketika ini, kaedah ketuk itulah dikira cara yang paling berhikmah untuk nak baiki body kereta tersebut.

Kalau satu anggota badan contohnya kaki pesakit diabetis dah buruk serta sel-selnya sudah mati dan tidak berfungsi lagi, menyimpannya akan merbahayakan nyawa tuannya, maka ketika itu keputusannya adalah perlu dipotong. Setakat kita sapu dengan losyen, ianya tidak bermakna lagi. Maka, potong kaki adalah cara yang paling berhikmah untuk nak mengubati masalah ini. Bukan bermakna bila doktor buat keputusan untuk potong, doktor tersebut sangat tidak berhikmah dalam merawat pesakit.

Seorang anak yang telah berusia 11 tahun, telah pelbagai cara nasihat dan suruhan dengan cara yang baik dilakukan supaya dia sembahyang tetapi tetap tak berjaya. Maka ketika itu Islam mengizinkan supaya dia dipukul. Maka ketika itu, pukul adalah cara yang paling berhikmah untuk mendidiknya.

Kalau ada orang yang susah nak makan nasihat, macam-macam cara tetap tak berkesan tetapi bila sekali kita kata “Kamu ni bodoh!” menyebabkan dia mula berfikir, ketika ungkapan “kamu ni bodoh!” adalah cara yang berhikmah.

Biar betul mamat nie mengatakan PAS mengadakan muktamar paling buang masa...!!

Muktamar PAS paling buang masa dalam sejarah terdekat - Wan Saiful

Muktamar PAS paling buang masa dalam sejarah terdekat - Wan Saiful
Wan Saiful Wan Jan melahirkan rasa kecewanya dengan muktamar PAS 
dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang paling membuang masa 
dalam sejarah terdekat.
KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang ‘paling membuang masa dalam sejarah terdekat’.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

“Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC,” kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

“Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Muktamar PAS: Siapa untung? Siapa rugi?, Siapa menang? Siapa kalah?

 http://malaysiagazette.com/sites/default/files/styles/iphoto/public/mgf_5234.jpg?itok=qbcpn_mx
Yang rugi setelah muktamar ini berahir tidak lain dan tidak bukan ialah PAS sendiri kerana mereka gagal menggunakan kesempatan bersidang untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi rakyat. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 telah melabuhkan tirainya pada petang Sabtu dengan berbagai cerita yang masih diperkatakan.

Buat pertama kali, Muktamar PAS diadakan di Johor, sebuah negeri yang dianggap kubu kuat musuh tradisi parti Islam itu, UMNO.

Seperti biasa, ramai yang mengikuti Muktamar PAS kali ini kerana ia berlangsung ketika kemelut politik di Selangor belum ada kesudahan, ketika teka-teki apakah parti Islam itu akan menerima jawatan menteri besar atau tidak belum terjawab.

Ramai menjangkakan muktamar kali ini akan 'panas' dengan isu jawatan Menteri Besar Selangor dan juga isu perbezaan pandangan beberapa pemimpin PAS dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama (MSU).

Paling teruk menjadi mangsa serangan perwakilan ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) kerana beliau merupakan pemimpin yang dilihat sering membuat kenyataan berbeza dengan pendirian Abdul Hadi dan MSU.

Ternyata, perwakilan yang terdiri dari kumpulan pro-ulama menggunakan pentas muktamar untuk 'melepaskan geram' terhadap Mat Sabu dan beberapa pemimpin lain yang dikatakan kumpulan profesional.

Parti mana menang di Pengkalan Kubor?

Mohammad Agus Yusoff

http://mk-cdn.mkini.net/795/7ac4ab6f75e9dc36a825c1f6adad1648.jpg
PARTI MANA MENANG DI PENGKALAN KUBOR?

Hasil penelitian ringkas saya, BN dalam laluan untuk menang.

Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR. Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi. Dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini.

Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs. ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang kacau. Maka, harapan mereka untuk melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur.

Bolehkah senario sekarang berubah? Boleh, dengan syarat ketua parti PAS, PKR dan DAP berceramah bersama di atas pentas yang sama di Pengkalan Kubor.

Begitupun jika ini berlaku, keterbatasan waktu yang ada tidak banyak merubah keadaan. Maka, UMNO bolehlah lega dengan senario ini.

Polis Kedah temui 7 raifel daripada warga Afrika

ALOR SETAR 20 Sept. - Kegiatan seorang lelaki warga Afrika Selatan yang menjadikan kapal mewah miliknya sebagai transit penyimpanan senjata api terbongkar dalam satu serbuan oleh pihak polis di jeti Kuah, Langkawi, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, polis menemui tujuh pucuk raifal jenis Bennelli Agro dipercayai buatan Itali dan pelbagai jenis peluru di dalam kapal mewah milik lelaki berusia 43 tahun itu.

"Polis menahan lelaki tersebut kerana menyimpan senjata api dalam keadaan yang mencurigakan dan turut ditahan ialah seorang wanita warganegara Thailand berusia 30-an yang dipercayai kekasihnya."Polis masih menyiasat kejadian ini dan mungkin senjata api tersebut dimiliki oleh pemilik kapal-kapal mewah lain dan lelaki tersebut menjadikan kapalnya sebagai tempat menyimpan senjata tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Menurut Ahmad, kedua-dua suspek tersebut ditahan reman sehingga 24 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...