TERKINI :

Wednesday, September 17, 2014

Muktamar Pemuda: Lima usul dibahas, dua diterima

MUHAMMAD FAIZAL | 17 September 2014.

KOTA TINGGI: Sebanyak tujuh usul diterima pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-55 pada kali ini yang berlangsung di Dewan Choon Moi.

Daripada tujuh usul tersebut dua darinya diterima tanpa dibahas iaitu usul dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Ketereh yang meminta semua pihak dalam Pemuda PAS dipelbagai peringkat memberi sokongan terbuka dan berdiri dibelakang kepimpinan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu usul daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh turut diterima tanpa bahas yang memberi sokongan dan mandat kepada Majlis Syura Ulama untuk mengkaji dan membuat penilaian semula terhadap Tahlul Siyasi ini sama ada peringkat ini menguntungkan atau merugikan PAS dan Islam.

Sementara itu lima usul akan dibahas membabitkan soal organisasi, antaranya usul daripada Dewan Pemuda PAS Sri Gading yang meminta agar tindakan tegas diambil Jawatankuasa tertib PAS Pusat terhadap pelaku-pelaku displin di dalam PAS.

Tak timbul Dewan Ulamak mahu Khalid kekal lagi

KULAIJAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa.

"Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia.

"Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi.

"Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang ini.

Pilihan raya Indonesia: Pengajaran kepada parti Islam, PAS dan Malaysia

Amin Iskandar

http://1.bp.blogspot.com/-Kl77zPxO9LA/Uw59_1uQriI/AAAAAAAAAus/jfVkxo-GKN8/s1600/Pemilu+2014+Apps.jpgPilihan Raya Legislatif 2014 yang baru selesai memberikan pengajaran besar kepada parti-parti Islam Indonesia apabila kesemuanya hanya mendapat kurang daripada 10% kerusi berdasarkan keputusan pengiraan pantas (quick count) yang diadakan oleh beberapa lembaga dihormati.

Lembaga seperti SaifulMujani, Lembaga Survei Nasional dan Lingkaran Survei Indonesia mendapati parti Islam seperti Partai Keadilan Sejahtera (PKS) hanya mendapat (6-7%), Partai Amanat Nasional (PAN) (7-7.5%), Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) (8.5-9%), Partai Persatuan Pembangunan (PPP) (6-7%), dan Partai Bulan Bintang (PBB) (1-1.5%).

Selepas mendapat keputusan buruk, kelima-lima parti Islam ini bertemu di Jakarta bagi membincangkan pembentukan gabungan.

"Kalau semua parti Islam bersatu, jumlah sokongan sudah sampai 31%. Ini melayakkan kita mengajukan calon presiden," kata anggota Majlis Syura PKS, Refrizal, di Jakarta seperti dilaporkan Kompas.

Undang-undang pilihan raya Indonesia mensyaratkan sesebuah parti untuk mendapat sekurang-kurangnya 20% sokongan sebelum layak mencalonkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.

Mahkamah arah Papagomo bayar RM300,000

Oleh Hafiz Yatim (MK)

Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai penulis blog kontroversi Papagomo.

Mahkamah oleh itu menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan dirinya adalah Papagomo.

Keputusan hari ini dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Ma'arop.

Kecil hati dengan Anwar punca Hadi beza pendirian, kata perwakilan Pemuda PAS

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Perwakilan Pemuda PAS Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 September, 2014.
Perwakilan Pemuda PAS Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi membahaskan ucapan dasar ketua Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 September, 2014.

Kecil hati dengan perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata perwakilan Pemuda PAS.

Perwakilan Pemuda PAS dari Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi berkata, sebagai ahli, dan penyokong, keputusan Hadi itu seharusnya disokong kerana presiden PAS itu lebih mengenali Anwar.

Nur Azariza berkata keputusan dibuat Hadi adalah disebabkan reaksi kepada beberapa keputusan Anwar yang membelakangkan konsensus PR.

"Hadi kenal Anwar berpuluh tahun dulu, siapa kita hendak persoalkan," katanya, ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Kota Tinggi, Johor hari ini.

"Hadi kecil hati banyak dengan Anwar apabila Anwar umum perkara yang tidak menerima konsensus PR.

"Anwar lakukan beberapa keputusan seperti Langkah Kajang tanpa konsensus PR," katanya di depan perwakilan dan pemerhati muktamar tahunan ke-55 sayap parti Islam itu.

"Reaksi Hadi adalah hasil perbuatan rakan kita,” katanya.

Pasma tak keruhkan hubungan

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - “Saya tak pernah terima teguran dari pemimpin Pas pusat berhubung kecelaruan yang timbul hingga wujud persepsi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) bakal menggantikan Pas dalam PR,” tegas Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun, katanya, pada awal penubuhan Pasma tercetus sedikit kontroversi, namun percaya kekeliruan itu kini sudah jelas terutama selepas Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan tidak melarang ahli parti itu menyertai Pasma.

“Kami tidak ada cadangan untuk ubah status Pasma kepada parti politik, Pasma kekal bergerak atas platform NGO,” katanya, selepas majlis Dialog Bersama Pasma: Pas Keluar Pakatan, Mimpi Jadi Realiti?, hari ini.

Mengulas mengenai tajuk forum yang seringkali dianggap ‘panas’dan menyentuh isu sensitif dalam pakatan pembangkang, Phahrolrazi berkata, tajuk forum dipilih berkisar kepada keadaan politik semasa dan perkembangan terkini dalam PR.

Mahathir, Pak Lah Bertembung Semula?

http://www.ammboi.com/wp-content/uploads/2013/08/tun-dr-mahadhir-vs-tun-abdullah-mahathir-vs-pak-lah.jpg
Ketika menyerahkan tampuk kuasanya kepada Najib Razak pada 2009, apabila ditanya perancangannya selepas bersara, Abdullah Badawi atau Pak Lah sambil ketawa ada menyebut, "yang pasti saya tidak akan membuka blog." Jawapannya pada waktu itu jelas menyindir Mahathir Mohamad yang aktif menulis di blog untuk memberi pandangan mengkritik mengenai politik negara dan isu semasa sebaik bersara.

Pak Lah pada waktu itu berpendapat apabila beliau telah bersara dan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, beliau tidak mahu lagi mencampuri urusan pentadbiran parti dan juga kerajaan.

Namun janji Pak Lah untuk tidak membuka blog nyata tidak bertahan lama apabila mula 16 September 2014, sempena sambutan Hari Malaysia, bekas Perdana Menteri itu mengumumkan beliau kini sudah mempunyai blog sendiri "Pak Lah" dengan artikel pertamnya bertajuk "Erti Kemerdekaan dan Perpaduan".

Panas.. DEWAN ULAMAK tetap mahu Khalid jadi MB sedangkan Presiden Pas hantar nama ke Sultan tiada nama Khalid

Dewan Ulama tetap mahu Khalid kekal MB

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yaakob berkata sayap tersebut memutuskan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai menteri besar Selangor dan menegaskan pertukaran menteri besar adalah tidak perlu.

Beliau yang juga menteri besar Kelantan menegaskan perkara itu dalam teks ucapannya di Muktamar Dewan Ulama hari ini dalam konteks segala keputusan politik sama ada dalam Pakatan Rakyat yang berasaskan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias.

"Dewan Ulama PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu dikekalkan pada jawatan kerana Islam menekankan beban pembutian setiap kesalahan ke atas si penuduh dan selagi mana tidak dibuktikan maka yang tertuduh hendak lah dikekalkan sebagai tidak bersalah," teks ucapannya dipetik.

Teks ucapan tersebut diedarkan kepada petugas media yang membuat liputan di dewan IOI Palm Villa Golf and Country Club, Kulaijaya, Johor.

Ahmad yang juga persuruhjaya PAS Kelantan bagaimanapun tidak membacakan perkara itu dalam ucapannya.

Dalam teks ucapannya juga, beliau yang juga ADUN Pasir Pekan berkata sayap parti yang dipimpinnya itu tidak mempersetujui peletakkan jawatan ADUN Kajang sewenang-wenangnya.

Segelintir Pemuda Pas main politik Pasar Payang

Mohd Sayuti Omar,

ULAS KEJADIAN                                                                                             

Bercerita perihal parti politik Malaysia khasnya apa yang berlaku dalam parti agama, (Pas) ada sedikit keterbalikan. Sebagai satu-satunya parti agama yang dapat melangsungkan hayatnya, Pas seharusnya berusaha mengukuhkan jati diri dan meningkatkan martabat dirinya untuk diyakini oleh umum.
Vest dibanggakan tetapi ia satu tindakan bodoh.

Sehubungan itu Pas perlu menampilkan kebijaksanaan dalam berpolitik bukan merendahkan nilai siasahnya kepada tahap longkang apa lagi menyebabkan orang terkeliru apakah begitu agama (Islam) itu. Janganlah hendaknya Pas menggunakan agama untuk mencemarkan kemurnian agama.

Semacam berlaku kontradik dalam hal ini kerana parti-parti lain yang tidak menganggap mereka parti agama lebih dilihat berwibawa, punyai sistemetik yang kemas dalam parti. Disiplin ahlinya juga terpuji dan sekaligus mampu menjadi peraih kepada sokongan.

Tolak PKR yang berkecamukan "berkekah" dalam pemilihan lalu, Umno, DAP, MCA maupun Gerakan sedang membina maruah parti dengan baik. Mereka berusaha mengemaskan oraganisasi parti untuk dilihat mempunyai martabat dan disiplin yang tinggi bagi mengapai kejayaan masa depan lebih gemilang.

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan

 
  Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi "suasana politik yang gawat" pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...