TERKINI :

Tuesday, September 16, 2014

Sampai malu mengaku ahli PAS?

Ahmad Lutfi Othman,

MUNGKIN saya terlalu memikirkannya, hingga terasa konflik dalaman PAS ekoran kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor begitu kritikal dan merasakan ia boleh membawa perpecahan serius dalam parti, namun keresahan itu rupanya turut dikongsi oleh lebih ramai khalayak dan aktivis.

Pastinya saya tidak keseorangan dikepung kebimbangan. Berjumpa rakan-rakan, hal sama yang disoal, malah ada kawan lama yang jarang bertanya khabar, tiba-tiba saja menghantar SMS: "Hang sebelah mana Lutfi, Anwar atau Haji Hadi?" Lama juga saya garu kepala yang tidak gatal ...

Tidak kurang pembaca yang menegur Harakah kerana memilih tajuk muka depan, PAS Hadapi Ujian Getir. Kata mereka, saya tidak bijaksana kerana seolah-olah mendedahkan masalah dalaman parti kepada masyarakat umum.

"Mungkin kerana salah urus, hal ini sudah menjadi serius dan tidak mustahil menjadi lebih parah. Jadi, semua pihak dalam parti mesti tulus mencari jalan keluar," saya membalas. "Orang ramai sedang memerhati kita, dan kebanyakan mereka agak pelik dengan isu ini," tambah saya.

Jangan sampai tubuh parti Islam lain kalau berbeza pandangan, kata Mat Sabu

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (tengah) bersama Unit Amal semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini. Mat Sabu melarang ahli PAS menubuhkan parti Islam lain walaupun terdapat perbezaan pendapat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (tengah) bersama Unit Amal semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini. Mat Sabu melarang ahli PAS menubuhkan parti Islam lain walaupun terdapat perbezaan pendapat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu melarang mana-mana ahli PAS menubuhkan sebuah lagi parti berteraskan Islam sekalipun mereka berbeza pandangan.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sesebuah pertubuhan.

"Jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam kalau beza pandangan.

"Bukan kita tolak, nak tubuh NGO tidak mengapa, bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini.

Umno mahu Pakatan pecah, bukan UG

ZULKIFLI YAHAYA | 16 September 2014.

Kerajaan Perpaduan (UG) adalah istilah yang popular muncul dalam krisis Menteri Besar Selangor. Sama ada ia sekadar suatu sindiran atau tuduhan, akhirnya UG terbina dalam persepsi sebahagian masyarakat bahawa krisis yang berlarutan ada kaitan dengan isu UG.

Konsep UG pernah diperkatakan pada awal 2009 dalam. Ada cadangan tidak rasmi dalam PAS supaya difikirkan penyelesaian masalah negara melalui Kerajaan Perpaduan. Sistem demokrasi di Indonesia dan Malaysia adalah berbeza. Apapun asasnya ialah demokrasi. Indonesia berjaya mewujudkan kerajaan perpaduan model mereka, apabila Presiden yang terlantik akan melantik menteri kabinet dari pelbagai parti. Idea itu yang berlegar di peringkat cadangan.

Gabungan UG ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar. Maka UG menjadi formula yang boleh diuji.

Jangan sampai Pakatan ditolak kerana krisis Selangor

Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu (kanan) dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menghadiri Muktamar Pemuda PAS ke-55  di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Suhaizan menyeru agar kepimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) mengambil langkah segera bagi memperkukukan kembali hubungan antara parti-parti dalam PR.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.
Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu (kanan) dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menghadiri Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Suhaizan menyeru agar kepimpinan tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) mengambil langkah segera bagi memperkukukan kembali hubungan antara parti-parti dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.

Pimpinan PAS tidak seharusnya memandang rendah krisis menteri besar yang berlaku di Selangor antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) kerana insiden itu bakal memusnahkan jalinan hubungan antara parti pembangkang itu.

Dalam ucapan dasarnya ketika Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor hari ini, Suhaizan berkata amat menyedihkan apabila hubungan yang disemai sejak beberapa tahun lalu kini hampir musnah.

"Kejayaan memperoleh 52% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu menunjukkan betapa tinggi penerimaan dan harapan rakyat Malaysia kepada PR untuk membawa suatu bentuk tatakelola baru ke arah Malaysia yang adil, saksama dan bersih.

Gambar beberapa orang Perwakilan Pemuda keluar dewan sewaktu Timb Presiden PAS berucap.




PAS mungkin hilang Kelantan jika gagal urus masalah dalaman

 Barisan kepimpinan Pemuda PAS di Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata masyarakat Kelantan dikenali dengan pemikiran politik yang kritikal dan mampu menolak sesiapa sahaja yang mereka rasakan tidak lagi layak untuk mentadbir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.
Barisan kepimpinan Pemuda PAS di Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata masyarakat Kelantan dikenali dengan pemikiran politik yang kritikal dan mampu menolak sesiapa sahaja yang mereka rasakan tidak lagi layak untuk mentadbir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014. 

Pemuda PAS melahirkan kekhuatiran parti Islam itu bakal kehilangan Kelantan seperti mereka kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sekiranya sekiranya masalah dalaman parti Islam itu tidak diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, penentangan yang berlaku dalam parti komponen Pakatan rakyat (PR) itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mereka berpecah kerana ruang perbincangan masih terbuka luas.

"PAS hanya bertahan satu penggal di Kedah seperti juga hanya mampu bertahan satu penggal di Terengganu dalam PRU ke-10. Sedangkan PR boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang.

Kumpulan pro-Hadi keluar ketika Mat Sabu berucap


Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen. [MK]

Dok kata PasMa nak jadi parti politik last timbul parti PAP...!!!

Parti politik baharu akan ditubuh

Zulkifli
GEORGETOWN - Sebuah parti politik baharu, Parti Alternatif Rakyat (PAP) akan ditubuhkan sebagai suara ketiga rakyat selaras dengan ideologi memartabatkan jati diri, hak dan kepentingan rakyat Malaysia.

Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd Noor berkata, pihaknya telah menghantar permohonan mendaftarkan parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam dan masih menunggu kelulusan.

"Selepas mendapat kelulusan daripada ROS, kami akan melancarkan parti baharu ini di Kuala Lumpur. Sementara menunggu kelulusan itu, kami akan patuh arahan pihak ROS yang boleh dan tidak boleh kami lakukan sehingga disahkan mendapat sijil rasmi kelak," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan penubuhan jawatankuasa penaja PAP di sini, hari ini.

Beliau berkata penubuhan parti baharu yang berlandaskan ideologi liberal demokratik itu juga berhasrat untuk mempersiapkan calon bertanding pada PRU14, kelak.

Live Muktamar PEMUDA PAS di Johor [Video]

Bekas pensyarah UIA dilantik PM Turki


Ahmet Davutoglu  
Ahmet Davutoglu
 
AHMET Davutoglu bukan nama asing di Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Turki pada 28 Ogos 2014 lalu sedikit sebanyak membanggakan Malaysia kerana beliau pernah bergelar pensyarah Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa. Bergelar Perdana Menteri Turki ke-26 beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar pada 2009 berupaya memulihkan pengaruh serantau Turki dengan membina semula hubungan dengan Israel selepas serangan MV Mavi Marmara pada 2009.

Jasa

Perdana Menteri yang terkenal dengan sifat sederhana ini juga secara aktif terlibat dalam proses damai ketika perang saudara di Syria dan Libya. Beliau juga menyelesaikan beberapa isu pertikaian Cyprus dan terlibat secara langsung dalam konflik serangan Israel-Gaza baru-baru ini.

Selain itu, beliau merupakan antara pemimpin dunia dengan lantang mengutuk kegiatan Negara Islam (IS) di Iraq.

Sebelum menjadi Menteri Luar, Davutoglu berkhidmat sebagai ketua penasihat kepada Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan menjadi Ahli Parlimen Konya pada 2011.

Sempena Hari Malaysia, Pak Lah akhirnya buka blog

Laman web mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Gambar diambil dari laman web, 16 September, 2014.
Laman web mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Gambar diambil dari laman web, 16 September, 2014. Sempena Hari Malaysia ke-51, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya membuka blog peribadinya bertajuk 'Pak Lah' untuk melontarkan pandangannya tentang isu semasa negara.

Abdullah terkenal dengan gelaran Pak Lah dalam catatan pertamanya "Erti kemerdekaan dan perpaduan", mengulas tentang isu perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

"Sikap toleransi dan saling menghormati di antara satu sama lain sudah berkurangan.

"Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tidak terbatas.

"Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum," kata perdana menteri kelima itu di www.paklah.net.

Abdullah berkata melihat kepelbagaian masyarakat kini dianggap sebegai perbezaan sehingga dibiarkan melarat kepada perbalahan yang tidak terbatas.

Siapa yang mencadangkan GST sebenarnya nie, Najib kata Anwar.. Anwar kata Daim..!!

Bila berdepan dengan kemarahan rakyat akibat GST, Umno tuduh kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mula-mula cadangkan GST semasa menjadi Menteri Kewangan.

Semak balik ucapan belanjawan Dato' Seri Anwar Ibrahim tahun 1992.

GST mula-mula disebut oleh Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan sebelum itu.

Apabila menjadi Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerangkan bahawa oleh kerana kewangan negara yang baik, tidak perlulah dilaksanakan GST kerana banyak syarat perlu dipenuhi sebelum GST boleh dilaksanakan agar tidak membebankan rakyat.

Zaman sekarang di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak, keadaan sudah terbalik. Apa jadi pun tak penting asalkan GST dilaksanakan!

Akta Hasutan Ibarat Lembu Liar - Hanipa Maidin

OLEH :MOHAMED HANIPA MAIDIN

Akta Hasutan sudah lama wujud di negara ini sejak wujudnya penjajah di negara ini.Tetapi mengapakah kali ini bantahan ke atas Akta ini begitu lantang didengar sehingga wujudnya satu gerakan bernama "GHAH" bagi menuntut penghapusan Akta draconian ini ? Sudah tentu ada sebab tertentu yang mendorong penentangan lantang itu .

Sebabnya terlalu jelas. Akta Hasutan itu kini sedang menggila ibarat lembu liar yang tidak dapat dikawal. Yang lebih malang para pengawal Akta yang sedang menggila ini juga adalah orang gila -mereka yang gila kuasa ! Undang undang ibarat pisau -manfaat atau mudarat pisau itu bergantung siapa yang pegang dan gunakan pisau itu !

Saya tidak terfikir penggubal Akta ini terfikir Akta ini akan digunakan kepada seorang profesor undang undang yang bidangkuasanya memberi pendapat undang undang. Jika seorang profesor undang undang didakwa di bawah undang undang kerana memberikan pendapat tentang undang undang maka di manakah lagi kita boleh mengharapkan Akta ini dan pengawal Akta ini masih lagi di garisan kewarasan ?

Saya juga tidak fikir penggubal undang undang ini boleh terfikir tangan undang undang ini terlalu panjang sehingga seorang khatib yang berkhutbah Jumaat juga akan disiasat di bawah Akta ini. Sejak bila pula bidangkuasa polis dilebarkan hingga ke urusan dalam masjid ?

PAS sekarang Perjuangan Untuk Parti Atau Perut Kroni? - dalam ULASAN GB

dari Greenboc


Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Pentas kedua forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semakin terbuka dan lantang mengkritik tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor, sekaligus menyebabkan krisis menjadi bertambah rumit.

Ahli panel, bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff secara berterus terang menuding jari kepada kegagalan Hadi berfungsi sebagai presiden parti sehingga menyebabkan pemimpin PAS kini bertelagah sesama sendiri.

Merujuk kepada peranan presiden dalam Perlembagaan PAS, Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berkata Hadi sepatutnya bertindak menjamin perpaduan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, sebaliknya membuat keputusan secara peribadi di luar mesyuarat.

"Ini adalah kegagalan presiden. Kalau beliau seorang ketua yang betul beliau patut jaga AJK PAS Pusat supaya apa-apa jua langkah perlu diambil bagi menjamin perpaduan AJK PAS Pusat, tetapi adakah AJK PAS Pusat bersatu sekarang?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...