TERKINI :

Monday, September 15, 2014

Debat bukan budaya kita?.. Najib bohong rupanya, Ahli MT UMNO sahkan!

DULU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terus mengelak apabila ditanya mengenai cabaran yang dikemukakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat.

Katanya debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

GST datang maka HARGA MINYAK NAIK... bagus sungguh undi NAJIB yang prihatin..!!

 

Najib diam membisu tetapi pegawai-pegawai Kastam telah nyatakan bahawa GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel.

Maknanya harga minyak naik lagi, tahniah BN dan rakyat Malaysia!

SAH HARGA MINYAK NAIK LAGI DENGAN GST

Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Apasal PAS gelabah : PasMa Tidak Boleh, ISMA Boleh..!!

PasMa & ISMA - Kenapa PAS mengelabah?

Aduhai rasa macam hendak tergelak gulin-guling sahaja tengok kelaku PAS sehari dua ini disebabkan kerana PasMa...
Macam-macam wahyu dah amanat diturunkan kepada AHLI PAS dibawah berkenaan NGO PasMa nie...
Presiden PAS dengan bongkaknya menghalau sesiapa yang nak buat Parti PasMa w/pun hakikatnya PasMa nie hanyalah sebuah NGO sahaja
Manakala Naib Presiden pula pada awalnya mengharamkan AHLI PAS terlibat dengan PasMa tetapi selepas itu manarik balik kenyataan tersebut selepas mengetahu PasMa hanyalah NGO sahaja
Kemudian datang pula MP Temerloh dengan teori kecurigaan pertubuhan PasMa nya....

Mahathir punya PASAL, PERKASA terpaksa jilat ludah sendiri..!!





Kalau ungkapan melayu malas ini dikeluarkan oleh cina dap ataupun dari mulut kalangan pemimpin PR, admin berani jamin PERKASA akan menggerakkan ahli-ahlinya untuk berarak, buat laporan polis.



PERKASA sudah pasti akan mengatakan jangan hina melayu. Tetapi ini Mahathir punya pasal tidak mengapa, kita anggap saja ini sebagai nasihat bapa kepada anaknya, kah kah kah kah kah kah kah, kah kah kah kah kah kah kah.



Pergila mabuk, faham sangat dah. Tapi baguslah juga lepas ini jangan nak mengamuk pula kalau orang lain katakan melayu malas.

PERKASA Selangor menganggap teguran yang dilontarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Melayu 'pemalas' sebagai "nasihat seorang bapa kepada anak".



NGO pendesak Melayu itu berkata teguran yang diberikan kerana beliau amat memahami ragam dan karenah rakyat setiap kaum ini berdasarkan pengalaman hidupnya.


PasMa tolak usaha jatuhkan Hadi dalam PAS

Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar, Perlis semalam. Gambar daripada Facebook Zokharnain Abidin.
Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar, Perlis semalam. Gambar daripada Facebook Zokharnain Abidin.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagaimana didakwa sesetengah pihak menjelang Muktamar PAS ke-60 di Johor minggu ini.

"Kami tidak akan campur. Itu terserah kepada perwakilan PAS sepenuhnya. Apa yang kami buat adalah memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan memperkasakan sistem dua parti di negara ini," kata Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Taib berkata demikian ketika kehadiran PasMa rancak diperdebatkan manakala programnya mendapat sambutan hangat di seluruh negara bermula dengan forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'

 
  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.

Singkir Presiden PAS : ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa.

 
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu.

Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa.

“Saya tak menafikan yang disampaikan oleh peserta-peserta. Apabila mereka bangun berucap, macam-macam cadangan dan kritikan keluar sebab memang PasMa menjadi satu wacana untuk penyokong Pakatan Rakyat memberi pendapat, kritikan dan sebagainya.

"Tapi kita bukan nak menentukan satu ketetapan. Kita beri pandangan, sama ada mereka setuju tak setuju dengan sesiapa pimpinan Pakatan, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.

Akhbar PKR Suara Keadilan papar krisis istana dirampas

 
Lebih 300 naskah akhbar rasmi PKR Suara Keadilan keluaran minggu lepas dilapor dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kedah baru-baru ini.

Menurut KeadilanDaily, versi atas taliannya, rampasan berlangsung di sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas.

Akhbar keluaran 189 itu antaranya mengetengahkan isu sekitar krisis menteri besar Selangor dengan laporan muka depan berjudul “Kekal satu nama, tidak berubah ”.

Ia dihias dengan gambar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail, yang juga calon batu menteri besar, merafak sembah sultan Selangor.

Muka depan Suara Keadilan juga memaparkan tajuk kecil berbunyi "Akta Hasutan: Muhyiddin Sahkan Najib Berbohong".

Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskhah Suara Keadilan bilangan 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra.

KeadilanDaily turut melaporkan reaksi wakil rakyat setempat dan pemimpin akar umbinya yang tidak senang serta mengutuk rampasan itu.

“Tindakan mereka merampas akhbar ini membuktikan ketakutan yang ketara apabila rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar pembohongan yang menjadi amalan kerajaan kini,” anggota parlimen Kuala Kedah Dr Syed Azman Ismail dipetik sebagai berkata.

Penoreh Parah : Harga getah dah tahap kronik, gula sekilo lagi mahal harga getah..

KENYATAAN MEDIA
PANGLIMA MALAYSIA


PANGLIMA MALAYSIA mendesak kerajaan supaya menyelesaikan masalah dan keruncingan harga getah dimalaysia secepat mungkin.harga terbaru getah sekarang ialah diantara RM1.65-RM1.85.Apa yg dapat dilihat sekarang ialah kerajaan cuba menyembunyikan fakta sebenar kepada rakyat.dengan kenaikan kos taraf hidup maka ramai penoreh2 getah menghadapi masalah kewangan yg cukup krtikal.termasuk bebanan hutang dan kos sara hidup.

kita tahu dan faham keadaan harga getah dunia menjunam disebabkan oleh tiada pembelian getah malaysia dari negara seperti china dan lain2 negara dengan alasan lambakan getah dunia begitu banyak.

Malaysia adalah negara yg terlibat bersama ITRC dan IRC ( International Rubber consortium ) tapi tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat yg terdiri dari penoreh2 getah.maka PANGLIMA mendesak kerajaan malaysia supaya meletakkan harga lantai RM4.00 bg membantu rakyat buat sementara waktu sementara harga getah dunia melambung tinggi.penjelasan ini merangkumi dan kiraan tepat keuntungan kerajaan dan rakyat.

Temuramah Eksklusif dengan Arwah Ust Mohd Lutfi sebelum meninggal dunia

Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi

Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi

KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman. 
 
Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.
 
Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu. 
 

Kita Hilang Nilai Produktiviti RM5.51 Bilion Setahun Akibat Kesesakan Jalan Raya


oleh Mat Rodi
 
APAKAH persamaan di antara Jakarta dan Toronto walaupun bandar-bandar ini berbeza kemajuannya?

Jawapannya ialah kedua-keduanya mengalami masalah kesesakan jalan raya dan mengakibatkan kerugian lebih RM9 billion setahun dari segi kehilangan produktiviti.

Bagaimana pula halnya di Malaysia? Kesesakan di ibu kota Kuala Lumpur masih belum separah di Jakarta atau di Toronto tetapi ini tidak bermakna negara kita tidak akan kerugian lebih RM9 billion dalam bentuk kehilangan produktiviti. Sebaliknya kita perlu berasa bimbang dan segera mengambil tindakan.


Toronto.

Mengapa?

Dengan lebih 680,000 kenderaan baru muncul di jalan raya setiap tahun, kadar bilangan kenderaan di Malaysia adalah antara tertinggi di dunia. Di sebalik rungutan dan rintihan harga kereta yang mahal, data menunjukkan sebaliknya.

Pada tahun 2004, jumlah kenderaan yang didaftarkan adalah sebanyak 537,000. Sepuluh tahun kemudian, jumlah ini bertambah pada kadar 12% setahun. Ini menjadikan secara puratanya bagi setiap 2.8 orang di Malaysia, mereka memiliki sebuah kenderaan.

Luahan Keluarga Ust Lotfi - Terima khabar gembira dalam duka

Keluarga Lotfi terima khabar gembira dalam duka

Mohd Zainon Ariffin  
Mohd Zainon Ariffin

ALOR SETAR - Ahli keluarga Mohd Lotfi Ariffin yang menetap di Kampung Tembak, Kuala Ketil, Baling menerima berita kematiannya di Syria dengan tenang dan reda.

Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, berkata, mereka sekeluarga dimaklumkan oleh seorang rakan Mohd Lotfi yang turut berada di Syria, tentang kematian Mohd Lotfi.

“Selepas solat Subuh, saya ke Madrasah Nurul Hidayah, Pondok Pengajian Islam yang diasaskan keluarga untuk mengajar kelas tambahan. Isteri menerima panggilan telefon berhubung perkara itu dan segera menyuruh anak, maklumkan pada saya,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendengar berita itu, dia berasa sedih namun pada masa sama gembira kerana  adiknya, pergi menemui Ilahi dengan cara yang diberkati.

“Sedih kehilangan anggota keluarga, terasa bagaikan suatu kekosongan dalam diri ini. Gembira kerana dia dapat capai apa yang dihajati sebaik menjejakkan kaki ke bumi Syria, berjuang ke jalan ALLAH memburu syahid. Saya bangga dengan pengorbanannya,” katanya.

GST Untuk Petrol dan Diesel: Bila Kerajaan Mahu Umum?

Jaminan Kerajaan Barisan Nasional kononnya perlaksanaan Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan melampau harga barang bakal menjadi satu mitos moden. Ia berikutan kegagalan kerajaan mengumumkan petrol dan diesel termasuk dalam senarai pengecualian GST.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat jangkaan awal bahawa GST menyebabkan kenaikan harga barang tidak mampu dikawal. Rakyat adalah mangsa kerana bukan sahaja tidak bersedia, malah tidak mengetahui betapa perbelanjaan mereka akan berganda khususnya selepas April 2015.

Apabila komoditi petrol dan diesel dikenakan cukai GST, kenaikan hampir 15sen seliter ini akan menjadi satu 'chain reaction' kenaikan harga barang yang merosakkan kuasa membeli rakyat Malaysia. 

Kerajaan BN Sambut Hari Malaysia tahun ini dengan pendaratan Askar Amerika

Kenyataan Media GAMIS
20 Zulkaedah 1435 bersamaan 15 September 2014

HARI MALAYSIA DISAMBUT DENGAN PENDARATAN TENTERA AMERIKA SYARIKAT

 

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana telah membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais bilateral di negara ini.

2. GAMIS meluahkan rasa kebimbangan dan kerisauan disebalik apa yang terjadi. Walaupun dimaklumkan oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia bahawa tujuan pendaratan mereka adalah untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia sungguh mencurigakan.

3. Pendaratan tentera Amerika ini juga sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) selama tujuh minggu.

Apabila Kerajaan BN Najib tidak percaya kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat di Kelantan

Nik Aziz persoal JPPK

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
 Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
TUMPAT - Kewujudan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) menjadi penyebab kerajaan negeri itu tidak menerima wang ihsan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penubuhan JPPK seolah-olah menunjukkan Kerajaan Pusat tidak percaya kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat di Kelantan.

“Duit itu bukan untuk saya tetapi untuk kerajaan negeri yang akan diuruskan setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri,” katanya di Kampung Genting, semalam.

Nik Abdul Aziz mendakwa Kerajaan Pusat tidak membuat pembayaran terus royalti kepada kerajaan negeri, tetapi kepada pihak lain.

Adakah idea PM Najib sedang disabotaj dari dalam kabinetnya sendiri..?

SAMM Desak PM Lihat EPU Di Bawah Wahid Omar

http://2.bp.blogspot.com/-y3-uPS65Ymo/U_yEs36dLhI/AAAAAAAAK_E/f0dNaaHTX5s/s1600/unnamed%2B(4).jpg

Pada 26 Ogos 2014 SAMM telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa program Rasionalisasi Subsidi idea Perdana Menteri telah disabotaj dari dalam kabinetnya sendiri. SAMM telah bertemu sekumpulan ahli korporat dan mendengar sendiri bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku dibeberapa peringkat Kerajaan khususnya di EPU.

Lebih parah lagi dikatakan penyalinan (penyaduran) kertas kerja ini berlaku sehingga mengakibatkan kelewatan dan kecelaruan dalam hendak memulakan pelaksanaan Rasionalisasi Subsidi.

Desakan dan persoalan berkenaan perkara tersebut nampaknya tidak mendapat respon Datuk Sri' Wahid Omar iaitu Menteri yang bertanggungjawab. Namun keberanian SAMM ke depan menyatakan perkara ini telah menyebabkan beberapa maklumat berkenaan kecelaruan dalam EPU terus disalurkan. sila klik untuk membaca lanjut

SAMM kali ini mendesak Perdana Menteri Malaysia agar turun dan melihat sendiri apa yang berlaku di EPU, terlalu banyak sangat kecelaruan dan kekeliruan berlaku. Terbaru ada beberapa ahli korporat sendiri mengeluh mengenai Projek runding terus. Sekarang ini ramai pihak keliru tentang kaedah yang digunakapakai apabila mahu melaksanakan projek kerajaan sama ada secara inisiatif swasta atau tender terbuka. 

Apa SOP Imigresen dan Pihak Berkuasa sampai macam nie punya 'bolos' penguatkuasaan kita?

KLIK SINI

50,000 warga China masuk Malaysia kemudian tidak keluar dari sini, di manakah mereka?

Ada puak tu asyik bising pasal blackout/bangla yang mereka reka sendiri.. Tapi soal berpuluh ribu warga China yang masuk dan tidak pulang ini.. Mereka tidak risau

Kita sedikit hairan bagaimana mekanisme SOP imigresen dalam menangani kebanjiran pendatang haram warga China

Ada yang kata pendatang haram itu banyak terlibat dalam sindiket pelacuran yang berleluasa di tempat terbuka

Jika benar dakwaan itu, taklah susah untuk dikesan dan tindakan boleh diambil..

Tak kurang juga yang mempersoal bagaimana rumah pelacuran boleh beroperasi hampir dengan pejabat pencegahan maksiat dan kongsi gelap?

Hmm... Macam mana tu?

Tatapan Bukan ratapan : Mengiringi PRK Pengkalan Kubor - Gendang dipalu, buah silat ditunggu

TATAPAN BUKAN RATAPAN: MENGIRINGI PRK N1 PENGKALAN KUBOR. GENDANG DAH DIPALU, BUAH SILAT DITUNGGU.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
19 ZULHIJJAH 1435H (SABTU) 14 SEPTEMBER 2014

Sejarah menkhabarkan kita Pasti tidak lengkap dan sempurna, sekiranya saya membincangkan sekilas lalu Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat sebagai Menteri Besar atau mantan MB Kelantan Darul Naim, kalau sejarah politik mendahuluinya menjawat senarai MB terdahulu tidak diangkat untuk pengetahuan anak-anak muda generasi 'Y'. Mereka dalam posisi ‘Y ‘ inilah yang sedang mencorakkan perjalanan politik negeri Kelantan dan Negara tercinta sekarang. Mereka membesar di Kelantan bagi mereka yang berusia 30 tahun, mereka ingat PAS sahaja yang membentuk kerajaan negeri dan Tok Guru nik Aziz bin nik Mat, menjadi sebati dan senonim dengan usia mereka membesar.

Justeru, merekalah inilah yakni generasi ‘Y’ yang akan mencorak menentukan pembentukkan kerajaan selepas PRU14 nanti untuk kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Ianya amat mencabar dan mendebarkan semua pemimpin parti politik dalam Negara kita. Dan debaran dan cabaran getir itu sedang dilalui oleh semua parti politik.Baik dalam komponan bN dan tidak terlepas hambatan dan himpitan yang melanda PR dan tiga parti yang bernaung didalamnya. Sampai saat ini ianya gagal untuk didaftarkan dipejabat ROS PR dengan simbul tunggal untuk menghadapi PRU14. Dimana silapnya? Jangan menuding kerana dek cending pemimpin.

ALOR SETAR - Istana Sepachendera bakal dijadikan muzium?

Keadaan Istana Sepachendera di Jalan Kampung Baru.
ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) mengusulkan Istana Sepachendera, di Jalan Kampung Baru, dekat sini dibangunkan menjadi Muzium Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Pengerusi Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, dia mengharapkan bangunan bernilai tinggi sejarah ini dibaik pulih semula kepada bentuk asalnya.

“Istana Sepachendera memiliki nilai sejarah tinggi kerana ia dibina khusus oleh Sultan Kedah ke-28 Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isterinya.

“Baginda memerintah dari 1882 sehingga 1943 dan membina istana untuk Che Sepachendera,” katanya

Beliau berkata sedemikian pada Mesyuarat Pemulihan Istana Sepahchendera di Muzium Negeri Kedah, dekat sini bersama Persatuan Kerabat Diraja, semalam.

Nak kena boh surat habaq baru pakat nak tolong, JKKK, Tok Penghulu & YB makan gaji buta ka?

Pondok buruk tempat berteduh

Milah tinggal di perkampungan Teluk Yu hampir 42 tahun.  
Milah tinggal di perkampungan Teluk Yu hampir 42 tahun.

Pondok usang yang beratap dan berdindingkan zink.  
Pondok usang yang beratap dan berdindingkan zink.

Keadaan tandas yang berada di luar rumah menyukarkan Milah, lebih-lebih lagi pada waktu malam.  
Keadaan tandas yang berada di luar rumah menyukarkan Milah, 
lebih-lebih lagi pada waktu malam.

TELUK YU - Dalam kerancakan pembangunan pelancongan dan penjanaan sumber ekonomi kepada negara yang mencecah berbilion ringgit di Langkawi, masih terdapat warga emas tinggal di rumah kecil dan usang di kawasan pantai Teluk Yu.

Milah Kasim, 80, tinggal bersendirian dalam sebuah pondok tanpa kemudahan asas seperti air dan elektrik.

"Nenek ada terima zakat RM420 setiap bulan, tapi tak berapa cukup, hari-hari Nenek belanja dalam RM10, kadang-kadang lebih, barang makin mahal,” katanya kepada Sinar Harian.

Ust Ahmad Yahaya - "Allahu Akbar! Moga dagang Ust Md Lotfi diterima Allah swt..."

Ucapan daripada Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah kepada asy-Syahid Ustaz Md Lotfi Arifin....


Di saat kini, setelah menerima berita perginya Assyahid Ust Md Lotfi Ariffin, ana masih mengingati, pada tarikh 7 Februari 2014 ana menghubunginya bagi memohon pada waktu itu untuk beliau mewakili Dewan Ulamak Pas Negeri Kedah ke Mesyuarat Ulamak Pas Pusat di Kuala Lumpur. Namun jawapan yang ana terima pada ketika itu... "Kat Istanbul lani....".

Selepas ana menghubunginya pada waktu itu, pada tarikh 23 Februari 2014 sekali lagi ana menghubunginya bagi bekerjasama dan menguruskan program Lajnah Tarbiyah Ulamak yang akan diadakan..dan jawapan yang ana terima daripada Assyahid Ust Lotfi..cukup ringkas tetapi sudah memberi maksud yang cukup jelas...katanya pada ketika itu.."Bumi Syam".





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...