TERKINI :

Saturday, September 13, 2014

Apabila Orang UMNO sendiri mengatakan UMNO simpan "BIAWAK HIDUP"


Presiden PAS sedar realiti, separuh ahli adalah reformis

Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, ucapan Hadi di Marang meminta pengkritik beliau dalam parti agar menubuhkan parti serpihan amat mengejutkan.

Islam tidak menggalakkan perpecahan jemaah. Apatah lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak toleran sama sekali dengan kritikan.

Penyokong bawahan PAS tidak dapat menerima seorang presiden yang tidak boleh ditegur sedangkan sahabat nabi khalifah Umar r.a ketika bertanya adakah sahabat akan menegurnya jika beliau berpaling dari perjuangan Islam, lalu seorang sahabat menghunus pedang dan berkata pedang itu akan menegur Umar. Umar bersyukur kerana beliau akan sentiasa dipantau sahabat. Hadi sebaliknya meminta pengkritiknya keluar parti dan menubuhkan jemaah lain.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya.

Nakhaie tinggalkan Umno, puak UG gantikan beliau?

Bekas Naib Presiden PAS yang mentertai Umno, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti nasionalis Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing.

Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu apabila meninggalkan PAS pada 1989.

"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.

"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.

"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, “Saya bukan Umno lagi” dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.

Felda sedang mengusahakan IKAN "ALIEN" di Kuala Tahan

Andansura (tengah) bersama (dari kiri) Syed Abdul Rahman, Zakhwan, Yohanis dan Youslydi menunjukkan poster ‘Yes To Kelah, No To Sturgeon’.

TEMERLOH: PAS Pahang mendesak kerajaan negeri menangguh atau menghentikan segera projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut sehingga diselesaikan pelbagai persoalan.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS negeri, Andansura Rabu dalam sidang media di sini, semalam berkata pelaksanaan projek yang diusahakan oleh Felda Global Venture Holding (FGV) bersama sebuah syarikat dari Korea Selatan itu tidak melalui prosedur yang sepatutnya iaitu proses penilaian impak alam sekitar (PDE).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah berkata, PAS bimbang projek tersebut bakal menyebabkan kemusnahan alam sekitar, ekosistem serta flora dan fauna di kawasan yang telahpun diwartakan sebagai Taman Negara dan Pusat Biodiversiti Negara itu.

“Bayangkan kedudukan tapak projek terlalu hampir dengan kawasan sensitif yang diwartakan sebagai Taman Negara iaitu pusat pelancongan utama negara. Jarak lokasi projek hanya kira-kira 40 meter daripada Sungai Tembeling.

Kekalkan Khalid, sambil dipantau oleh Presiden PAS..!!

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/02/Nik-Nazmi1.jpg 

RENTETAN PERTEMUAN PEMUDA PAKATAN DENGAN PRESIDEN PAS

Saya ingin merakamkan penghargaan AMK kepada Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS kerana kesudian beliau bertemu saya bersama-sama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat pagi Jumaat 12 September yang lalu.

Suhaizan juga telah memberi maklumat ringkas tentang pertemuan tersebut kepada portal Malaysian Gazette.

Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dipersetujui Pemuda Pakatan dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan berikutan isu Menteri Besar Selangor.

Cuma yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid.

Pakatan perlu ubah rasa tidak selamat pengundi Melayu, kata pakar politik

OLEH LOOI SUE-CHERN


Kelemahan Pakatan Rakyat (PR) ialah gagal menangani rasa tidak selamat di kalangan pengundi majoriti masyarakat Melayu sementara lawan mereka berjaya menggunakan simbol seperti Islam, kesultanan dan hak keistimewaan Melayu untuk kekal berkuasa, kata pakar politik dalam satu forum semalam.

Dr Wong Chin Huat berkata PR perlu mengambil berat sentimen masyarakat Melayu jika mahu berjaya dalam pilihan raya umum depan.

"Seperti di Selangor, PR perlu berfikir cara membantu kaum Melayu mengikut cara berbilang kaum.

"Mereka perlu yakinkan Melayu akan mendapat faedah (dengan menyokong PR). Jika tidak mereka akan sukar dapat sokongan," katanya.

Bercakap semasa forum "Kuku Besi: Malaysia's Freedom at Stake" di Komtar, Pulau Pinang, Wong berkata sentimen kaum Melayu diacah dengan persepsi bagi menggambarkan Islam, kesultanan dan hak keistimewaan mereka terancam.

Beliau berkata kumpulan seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Perkasa membuat provokasi sentimen tersebut manakala Umno pula berlagak seperti pembela kepada isu melibatkan Islam, kesultanan dan Melayu.

Pemain Import Kedah, Mehmet sedia angkat kaki?


WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.
September 13, 2014

Mehmet sedia angkat kaki?
STATUS Facebook penyerang import Kedah, Billy Osman Mehmet kini jadi perhatian peminat apabila pemain itu mengakui sedang melihat dan menimbang beberapa tawaran dari pasukan lain untuk saingan 2015, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Penyerang kelahiran London ini mula menjadi perhatian pasukan besar selepas membuktikan penyudahnya cukup tajam, malah bertanggungjawab untuk membawa Lang Merah mara ke kelompok lapan terbaik Piala Malaysia 2014.

Walaupun begitu sumber dalaman Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberitahu pihaknya sedia maklum dengan perkara berkenaan dan akan cuba berusaha untuk memastikan Billy terus kekal di Kedah.

Kemelut itu juga turut mendapat perhatian Ketua Pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari yang meminta penyokong bertenang dan menyerahkan kepada pengurusan untuk menyelesaikan perkara tersebut sekiranya ada.

Hadi mahu ‘muafakat’ yang selesaikan masalah, kata Suhaizan

Oleh Mohd Farhan Darwis

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat semasa wawancara khas di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 9 September. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 13 September, 2014.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu pertemuan dan muafakat yang dianjurkan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR mampu "menyelesaikan masalah" dan bukannya "muafakat yang tidak membuahkan hasil", kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan berkata dalam pertemuan Pemuda PR bersama Hadi semalam, presiden PAS yang kini menerima tekanan dari parti komponen dan dalaman PAS turut menyatakan persetujuan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PR bagi menyelesaikan kemelut yang berpunca daripada tindakan mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

"Kita dapat maklum balas presiden apa masalah yang dihadapi, mengapa ambil tindakan sebegitu, tetapi kita tidak boleh dedahkan," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur semalam.

"Presiden (Hadi) tiada masalah, tetapi beliau kata hendaklah muafakat yang menyelesaikan masalah, kalau tidak, tidak guna juga," kata Suhaizan.

Gambar Ustaz Azhar Idrus di Pondok Ar Rahmaniah Tuan Guru Haji Salleh Sik

Pembohongan dan pengkhianatan UMNO tentang sejarah Perjuangan Menuntut Kemerdekaan


http://www.timeout.com/penang/uploadfiles/image/Features/attractions/Original/aroundtown_merdeka.jpg
Mulai muak dengan pembohongan yang berterusan UMNO terhadap sejarah sebenar perjuangan menuntut kemerdekaan tulen tanahair dari belenggu penjajahan British dan anak-anak didik mereka dari kalangan pimpinan parti PEKEMBAR.

Tiada dalam sebarang catatan sejarah UMNO pernah menentang penjajah British! Yang ada hanya sekelompok bangsawan Melayu menentang penubuhan Malayan Union kerana takut kehilangan pengaruh dan kuasa mereka ketika itu!! Pejuang Kemerdekaan Melayu tulen ditangkap, disiksa dan dipenjarakan oleh British dan disambung semula oleh UMNO dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri! terlalu ramai jiwa syuhada yang gugur, tidak kurang juga yang menderita secara mental dan fizikal akibat kezaliman yang berterusan hingga ke hari ini.

Tiada satupun catatan sejarah yang pernah menukilkan mana-mana pimpinan UMNO ditangkap atau dipenjarakan kerana menuntut kemerdekaan! yang ada hanya segelintir pimpinan UMNO dituduh sebagai penganjut fahaman komunis oleh pimpinan UMNO sendiri dan dipenjarakan dibawah ISA kerana mereka merupakan ancaman terhadap faktor dominan dan penguasaan kelompok bangsawan di dalam pimpinan UMNO!

Tolong hentikan pendustaan yang berterusan ini demi masa depan anak bangsa..

SUMBER : KLIK SINI

Lagi Kerap Mahathir Nafi, Lagi Bahaya Kedudukan Najib

oleh Shahbudin Husin, 


Sejak Mahathir Mohamad mengumumkan beliau menarik balik sokongannya terhadap Najib Razak, sehingga ini sudah dua kali beliau menyebut mengenai perletakan jawatan Perdana Menteri tetapi kemudian menafikan tindakannya mempunyai maksud sedemikian.

Kali pertama, sehari selepas menulis di blognya mengenai pendirian terbarunya itu, Mahathir mengulas bahawa tindakannya itu bukanlah bertujuan memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi hanya sebagai teguran dan tidak setuju dengan beberapa polisi yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Dua hari lalu pula, ketika ditanya apa yang akan dilakukannya jika masih menjadi Perdana Menteri ketika ini, Mahathir secara sinis berkata, beliau akan meletakkan jawatannya.

Berikutan jawapan spontan itu menimhulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran, Mahathir semalam sekali lagi membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri meletakkan jawatannya.

Pandang serius kenaikan harga rumah - Nasrudin Tantawi


NASRUDIN HASAN
13 September 2014


1. ISU kenaikan harga rumah semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Peningkatan harga rumah pada suku pertama tahun ini kepada RM276,000 seunit membuktikan kebimbangan tersebut.

Meskipun lonjakan kenaikan tersebut secara relatifnya lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun paras harga itu melebihi paras kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

2. Tambahan pula, laporan Indeks Harga Rumah daripada firma penyelidikan Global Knight Frank yang dibentangkan pada Jun 2014 yang lalu menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi sepanjang suku pertama tahun ini dengan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Proses penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor ditutup - 3 Penjuru




Calon PAS bersama kepimpinan PR..


Calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini bersedia di pusat penamaan calon bersama dua orang pencadang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 September, 2014. 

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Barisan Nasional (BN) dan PAS sekali lagi akan berdepan seorang calon Bebas.

Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kini bersedia di pusat penamaan calon bersama dua orang pencadang.

Pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi dan kini ketiga-tiga calon sudah bersedia di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, ditutup pada 10 pagi ini.

Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli, mengumumkan penutupan proses penamaan calon dan akan mengisytiharkan nama calon yang bertanding pada PRK 25 September itu dalam tempoh 30 minit lagi.

Proses itu bermula 9 pagi ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...