Gambar kenangan Mohd Lotfi semasa di Syria.
ALOR SETAR - Keadaan Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang dilaporkan koma selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria, semakin pulih.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di laman Facebook bahawa Ustaz Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan.

“Sehingga kini, saya belum terima apa-apa gambar atau lain-lain bukti yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya supaya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangannya,” katanya.