TERKINI :

Thursday, September 11, 2014

KRISIS MB SELANGOR - Siapa ikut perlembagaan, siapa ikut suka aku..!!!

SEKARANG yang majoriti ialah (DAP 15, PKR 13, PAS 2 = 30) dan mereka sepakat mencalonkan DSWA. Ini yang berhak duduki kerusi Menteri Besar Selangor ikut perlembagaan. Titik.

PAS asalnya punya 15 orang DUN tetapi 2 menyokong PR, maka tinggal 13 orang. Tidak majoriti. Titik.PAS telah menghantar 3 nama mewakili 13 DUN dan ini SALAH dari segi perlembagaan sebab bukan majoriti.Kenapa PR (DAP15, PKR13 2 =30) tidakmenghantar lebih dari 1 atau 2 dan itu sebenarnya akan kita lihat siapa paling berkuasa, sama ada Sultan atau Perlembagaan. Kita akan lihat apa sudahnya nanti.

Raja berperlembagaanmakna Raja kena akur apa yang dicatat dalam perlembagaan dan tidak boleh melakukan diluar perlembagaan. Ini kita harus fahami dan ramai salah tafsir meski diakui maha tahu tetapi hakikatnya tidak.Jika Sultan melantik salah satu dari 3 calon yang dicadang mewakili 13 orang, jelas itu amat bertentangan dengan perlembagaan tubuh negeri Selangor dan itu jelas MELANGGAR PERATURAN.

Berdasarkan keadaan ini, maka meski sultan dikata ada kuasa dan Sultan berhak melantik parti tak majoriti, maka sebaik tak perlu ada election dan akur saja apa mahunya sultan dan itu lebih baik tidak membazir.

Dalam perlembagaan tubuh kerajaan di seluruh Negeri di Malaysia, yang menang majoriti meski kelebihan satu berhak menubuhkan kerajaan kecuali 50-50 barulah Sultan menentukannya sendiri dan 13 orang dari PAS tidak boleh dan salah. Ini hakikatnya.PAS menghantar nama mewakali 13 itusekadar tanda taat dan setia sama raja berperlembagaanatas arahan sultan, tetapi PAS tahu 13 orang itu sultan tidak berhak melantiknya.Apa yang diharapkan?Katakanlah BN12 membantu menjadi PAS 13 dan Khalid menjadi 26DUN, pun tidak boleh sebab 30 lawan 26 tetap 30 juga yang majoriti. Nampak?

Dulunya PAS mengharapkan tiada yang lari bermakna 15PAS BN12=1 menjadi 28 dan itu bermakna 28 PAS/BN/Khalid lawan 15DAP 13PKR menjadi sama 28 lawan 28 dan dalam keadaan ini sultan berhak memilih dariYB mana ia mahu menduduki kerusi MB, itupun setelah parti bersetuju.Perancangan PAS(mungkin) menjadi rosak bila dua YBnya menyokong DSWA. Jelas?Lalu apa selanjutnya? Barangkali Sultan serba salah dan malu terkeluar kata BIADAP tidak boleh tidak MB sekarang ini ada pilihan akhir iaitu hantar surat cadangan bubar dewan dan sultan bersetuju, maka itu SAH dari segi undang2 tetapi kerajaan kena belanja RM50 juta.

Selanjutnya apa?Kalau BN PAS Khalid menang melebihi 28 kerusi, maka itu dikira selesai meski nyawa2 ikan, tetapi jika DAP/PKR memenangi lebih dari 28 kerusi, ceritanya akan sama juga tetap mereka cadang DSWA jadi Menteri Besar dan keadaan ini akan terus menjadi krisis.Tindakan lain lagi?Jika sama juga berlaku dan kemungkinan akan berlaku DARURAT /KRISIS PERLEMBAGAAN kiriman kerajaan BN dan ini memang menjadi idaman seperti yang pernah berlaku di Kelantan di tahun 70an kesan undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Ramai yang berhujah di kalangan kroni/macai tidak tahu keadaan ini dan mereka hanya asyik nonton TV dan membaca utusan yang mengulas hanya menyebelahi sebelah pihak dan tidak menyentuh seperti yang saya perkatakan di atas.

Mahathir mendiam diri kesan tahu keadaan ini dan orang DAP/PKR terdiri dari penguam2 yang bijak dan nampakkeadaan ini dan itu sebab 30 dun berkenaan hanya menghantar 1 orang calon dan mereka tahu 3 calon yang mewakili 13 PAS tidak sah dari segi hukum.Inilah keadaan yang ramai tidak tahu tetapi ramai pengulas, pakar komen menghujah membabi buta seolah mereka benar.

ISMAILY BUNGSU 8hb Sept, 2014

PasMa boleh jadi pemangkin perpecahan dalam PAS

Oleh Zulkifli Yahaya

Tiba-tiba muncul sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernama PasMa, singkatan dari Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia. Maka 'PasMa' pun buat seketika menjadi wirid paling banyak disebut, di seluruh negara, khususnya di kalangan peminat dan pemerhati politik tanah air.

Belum sempat pemimpin nombor satu PasMa sebenar membuat apa-apa kenyataan berhubung, senarai 'jawatankuasa lengkap' PasMa tersebar ke seluruh negara, siap dengan Mursyidul Amnya sekali.

Keesokan harinya, 'Mursyidul Am' serta beberapa orang yang disenaraikan dalam kepimpinan PasMa membuat penafian. Seorang demi seorang mengaku tidak tahu menahu. Demikianlah larisnya pasaran khabar angin dan fitnah yang melanda negara sekecil Malaysia ini. Lebih laju berita dari berlakunya peristiwa.

Kemudian muncullah Presiden PasMa sebenar, Datuk Phahrolrazi Zawawi menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menafikan andaian bahawa kehadiran NGO itu, walaupun ditubuhkan oleh ahli PAS, adalah untuk menentukan kepimpinan parti itu dalam pemilihan parti.

"Saya menafikan (dakwaan itu) bahawa kita mahu 'melanggar presiden', untuk menjatuhkan presiden. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.

"Jatuh bangun presiden dan (anggota) jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.

"Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan," katanya.

Muncul pula Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man melarang ahli-ahli PAS menyertai PasMa. "...jika NGO itu muncul sebagai sebuah parti politik," tegasnya. Memanglah, dalam mana-
mana parti politik pun tidak akan membenarkan berlakunya dwi keahlian. Tidak boleh berpoligami dalam politik.

Tapi jika NGO itu bukan parti politik dan sememangnya PasMa bukan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, bagaimana? "Ahli-ahli PAS tidak dilarang menyertai mana-mana NGO, bahkan dalam PAS pun terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan," ujar Naib Presiden PAS itu.

Polemik, wajar atau tidak ahli-ahli PAS bergerak aktif dalam NGO sebenarnya sudah lama diperkatakan. Kesimpulannya pun sudah lama dibuat, iaitu ada masa ianya wajar dan ada ketikanya, tidak. Ada NGO yang ditubuhkan di bawah Pemuda atau seketeriat khas mana-mana entiti dalam PAS. NGO tersebut perlu melapor terus kepada PAS. Ada juga yang dipimpin hanya didominasi oleh anggota atau penyokong PAS tetapi tiada dalam kawalan PAS. Ada NGO yang langsung tiada kena mengena dengan PAS tetapi sering mengambil sikap menyokong PAS dalam kebanyakan isu.

Kebanyakan NGO yang disebutkan itu bertindak sebagai badan pendesak. Mereka lebih fokus memperjuangkan isu-isu tertentu seperti tuntutan masyarakat Felda, tuntutan royalti, tuntutan kenaikan harga padi dan getah, tuntutan pemulihan demokrasi, desakan pemansuhan akta-akta tidak wajar dan sebagainya. Kehadiran NGO tersebut tidak pernah dipertikaikan dalam PAS dan dianggap wajar. Dari aspek politik, ia membantu PAS.

Ada juga NGO yang ditubuhkan dengan maslahah untuk memudahkan hubungan dengan masyarakat yang tidak berani terbabit dengan PAS secara langsung. NGO berorientasikan rekreasi, sukan dan aktiviti belia telah berjaya menjadi perantara mendekatkan masyarakat dengan PAS. Itu pun tiada masalah.

Bagaimana dengan NGO yang berorientasikan kebajikan? "Tidak ada keperluan sebab dalam PAS ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata Tuan Ibrahim apabila diajukan soalan oleh wartawan berkaitan PasMa kononnya sebuah NGO kebajikan. Sebetulnya, begitu. Tidak perlu ada NGO berorientasikan kebajikan dipelopori oleh PAS. Biarlah semua rakyat jelata tahu bahawa PAS yang sentiasa bersama rakyat menjuarai isu-isu kebajikan. Dari segi mekanisme supaya teratur dan selaras, urusan kebajikan dalam PAS itu diorganisasikan seperti Unit Amal atau Nisak.

Masyarakat umum tahu bahawa Unit Amal itu PAS.Jika semua ahli PAS menggerakkan lajnah kebajikan di semua peringkat, aktiviti kebajikan diperkasakan sambil mempamerkan imej PAS maka sokongan masyarakat terhadap jamaah Islam ini akan bertambah. PAS akan dihormati semua peringkat yang pernah menerima sentuhan kebajikannya. Maka tidak perlu lagi NGO kebajikan diwujud di bawah PAS. Tiada maknanya orang kenal NGO tersebut tetapi tidak kenal PAS. Maka dalam soal ini saya bersetuju dengan Dato' Tuan Ibrahim bahawa tidak perlu NGO kebajikan dalam PAS kerana Lajnah Kebajikan sudah memadai.

Bagaimana dengan NGO yang berorientasikan politik yang diwujudkan oleh ahli-ahli PAS? Lagilah tiada keperluan kerana PAS itu sendiri adalah parti politik. Lebih aula kita memperkuatkan PAS itu sendiri melalui tanzim sedia ada dalam PAS. NGO, sampai bila-bila pun akan dianggap 'pihak luar' parti. Mudarat terhadap kewujudan NGO seperti ini ialah ia boleh mencetuskan polemik dalaman, prasangka dan mengundang perpecahan.

Soalan cepumas ialah apabila muncul pertanyaan "PasMa itu NGO yang berorientasikan apa? Wajarkah ia diwujudkan?". Nampaknya dari awal PasMa sudah mempamerkan wajah politik, menganjurkan forum-forum politik. Kepimpinannya adalah terdiri dari anggota-anggota PAS. Malah Presidennya adalah tokoh yang masih aktif memimpin PAS Kawasan dan menjadi wakil rakyat.

Dari awal juga PasMa dilihat sebagai sebuah kumpulan dalam PAS, yang buat masa ini, cenderung untuk tidak bersama Presiden. Jika demikian, maka saya berpendapat PasMa tidak perlu wujud. Saya tidak bermaksud ia diwujudkan dengan tujuan untuk mengkhianati PAS tetapi ia ia boleh jadi pemangkin perpecahan dalam PAS apabila dari awal kewujudannya imejnya telah 'dijenamakan'.

Dr M: Saya dulu pun beri satu nama saja

Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tun Mahathir Mohamad dilihat bersetuju dengan pendapat musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana.

“Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan," kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun, Mahathir tetap tidak melepaskan peluang "mengenakan" Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar (atas).

Beliau berkata keadaan itu berlaku mungkin kerana mereka telah "menjengkelkan" sultan Selangor.

Tahaluf siyasi retak dengan 'Langkah Kajang'


KUALA LUMPUR - Ibarat retak menanti belah, begitulah gambaran hubungan kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP, ekoran kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sehingga menjejaskan jalinan kerjasama pakatan.

Di atas kertas, mencipta satu gerakan untuk menukar Menteri Besar Selangor nampak cukup mudah tetapi realiti dan hasilnya menimbulkan kemelut yang tidak kesudahan dan ketidakstabilan politik.

Kemelut ciptaan PKR, yang bermula dengan pilihan raya kecil Dun Kajang pada Mac lepas, mengheret kedua-dua rakan sekutunya untuk sama-sama 'mengambil bahagian' dalam permasalahan ini.

Kulim - Tanda tanya tindakan seorang wanita tiba-tiba mahu menarik semula laporan polis terbongkar

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2014/07/jenayah-gmbr-hiasan-32.jpgKulim: Tanda tanya tindakan seorang wanita tiba-tiba mahu menarik semula laporan kehilangan anak lelakinya berusia lima tahun terjawab berikutan penemuan mayat kanak-kanak terbabit di ladang kelapa sawit di Bukit Selambau, Sungai Petani, dekat sini, awal pagi semalam sejurus penahanan teman lelakinya, kelmarin. 

Sebelum itu, wanita berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak berkenaan pada 11 Ogos lalu di Balai Polis Sungai Karangan, di sini, bagaimanapun menarik semula laporan pada 5 September lalu kerana mendakwa anaknya berada dalam keadaan sihat bersama teman lelakinya berusia 40-an. Difahamkan, mangsa yang juga anak tunggal dipercayai dipukul lelaki terbabit kerana menimbulkan rasa kurang selesa kepada suspek disebabkan kerap menangis.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di tepi pokok kelapa sawit di ladang berkenaan tiga kilometer dari jalan utama oleh pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kedah yang melakukan pencarian jam 1 pagi.

Azmin punca kemelut MB Selangor berpanjangan

Chegubard serang Azmin, dakwa punca kemelut MB Selangor berpanjangan

BEKAS Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar kecil) 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa kegilaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 'melobi' jawatan Menteri Besar Selangor punca kepada masalah itu kini semakin bercelaru dan PKR tidak dihormati rakan sekutunya.

Dalam penulisan di blog dan Facebooknya hari ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut menyifatkan tindakan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahliannya oleh PKR.

"Lobi Azmin yang nak jadi MB akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan Istana, malah sahabat sendiri," katanya.

KERTAS SOALAN UPSR BOCOR - Menteri Harus Letak Jawatan


KERTAS SOALAN UPSR BOCOR??

Gegak gempita seluruh Malaysia berkaitan kebocoran kertas soalan Sains UPSR. Perkara tersebut kemudiannya diakui sendiri oleh Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Bermula dengan kebocoran kertas Sains UPSR kemudiannya diikuti pula dengan kebocoran kertas Bahasa Inggeris yang diakui oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. Sebenarnya kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR ini bukan untuk subjek-subjek yang tersebut tetapi maklumat yang diperolehi mengatakan bahawa terdapat kertas-kertas soalan lain juga turut bocor.

Ini baru di peringkat UPSR belum melibatkan peperiksaan lain yang akan datang termasuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan dilalui oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3.

Benarkah Azmin sedang dok pulun nak jadi MB Selangor..!!

13 ADUN PAS dan DAP TOLAK AZMIN. SUDAH JELAS PERMAINAN KAMU.

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/05/Azmin_Ali.jpg
Hentikanlah kerja-kerja mengadu domba di belakang tabir. Kerja-kerja memecah belahkan PKR, PAS dan PR akan terhenti dengan sendiri apabila Azmin berhenti melakukan kerja-kerja mengadu domba untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Seluruh pelusuk tanahair sudah mengenal pasti. Mengapa perlu sampai ke tahap ini.? Rakyat dah bosan dengan isu Selangor yang telah menelan masa yang lama.

Catatan Pagi - 11 September 2014

Sila baca tulisan ini dengan latar kejadian permulaan dimana pemecatan DSAI dari TPM secara hina oleh Dr. Mahathir kerana konspirasi melibatkan keluarga kakitangan yang sangat rapat dengannya.

PKR kelihatan seperti parti yang anggota bawahnya tidak ada disiplin kerana bebas menggunakan media menyerang parti. Selain inilah cabaran yang harus diterima sebagai parti muda di era internet dimana maklumat tersebar segera dan semua boleh memberikan input secara bebas.

Punca ekonomi merosot didedahkan oleh Gabenor Bank Negara

Ketidaksamaan punca pertumbuhan ekonomi merosot

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/01/Bank-Negara-Zeti-Akhtar-Aziz.jpg
MESKIPUN kestabilan dan pertumbuhan semakin pulih di banyak negara di dunia, pertumbuhan ekonomi akan mula merosot apabila berlaku ketidaksamaan dan jurang pendapatan yang melebar, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata pengalaman menunjukkan bahawa krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi meningkatkan kitaran kemiskinan dan isi rumah miskin dianggarkan kehilangan lebih 10 kali pendapatan mereka berbanding isi rumah purata.

"Justeru itu peranan keterangkuman kewangan menjadi semakin besar sebagai kaedah untuk menambah baik kehidupan dan sebagai kaedah untuk mengukuhkan daya tahan kewangan daripada kelemahan," kata Zeti dalam ucap tama beliau di Forum Dasar Global Perikatan bagi Rangkuman Kewangan (AFI) 2014 di Trinidad and Tobago pada 9-11 Sept yang bertemakan "Global Partnerships, National Goals, Empowering People."

Teks ucapan beliau dikeluarkan kepada Bernama oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Keterangkuman kewangan menyediakan peluang untuk menabung bagi masa depan, melabur dan menjana pendapatan dan sebagai perlindungan daripada keadaan yang sukar, katanya.

Orang TUA punya PASAL bagi 'bocor', budak-budak kena tanggung beban..!!

KERTAS PEPERKSAAN UPSR BOCOR


Saya terkejut apabila mendapat tahu kertas mata pelajaran Sains bagi UPSR bocor dan dikesan tersebar luas di laman sosial.

Mengapa Lembaga Peperiksaan cuai dalam meningkatkan tahap kerahsiaan soalan? Mengapa soalan peperiksaan berterusan bocor dari dulu hingga sekarang? Di mana silapnya dengan pengurusan peperiksaan ini? Di mana sikap amanah mereka yang dipertanggungjawabkan menguruskan soalan peperiksaan ini?

Ketahuilah kebocoran ini boleh menyebabkan anak-anak hilang tumpuan untuk menghadapi peperiksaan seterusnya. Ketahuilah kebocoran ini boleh menyebabkan anak-anak, ibubapa dan guru-guru hilang keyakinan kepada sistem peperiksaan kita.

Kasihan saya melihat anak-anak terpaksa melalui keperitan ini hanya kerana adanya manusia tidak bertanggungjawab membocorkan soalan ini. Marah saya kerana anak-anak terpaksa melalui pengalaman ini hanya kerana kecuaian pengurusan peperiksaan kita.

Kelu saya tidak terkata. 

Ini hanya ceret-beret dalam PAS, selepas baik dan pulih ia kembali bersih dan sihat semula

Ada parti-parti sedang bermasalah, ada yang sedang tercari-cari masalah
oleh Aspan Alias


Setiap pihak parti sedang berbelah dan berbalah-balah menghadapi masalah masalah masing-masing. UMNO bermasalah, PKR lagi bermasalah, DAP sedang mencari masalah dan tidak kita ketahui apa terjadi kepada MCA dan Gerakan. Samada MCA dan Gerakan masih ada masalah atau masih berfungsi kita tidak tahu kerana tiada lagi kedengaran hal parti-parti itu. PAS sedang bermasalah kerana sebahagian dari barisan pimpinannya lebih setia kepada parti-parti rakannya dari Pakatan Rakyat dan bukannya kepada perjuangan dan kepimpinan parti mereka anggotai.

Sekarang semua pihak sepatutnya sedang melakukan introspeksi dan melihat ke dalam dan bukannya melihat jauh keluar mencari kesalahan pihak lain. PAS sudah tegas ingin menyelesaikan masalah mereka dengan serius dan sedang dibantu oleh mereka yang tidak setia kepada parti itu sendiri secara natural. Dengan kejadian di Selangor parti itu sudah dapat mengenal pasti mana-mana dikalangan pemimpin mereka yang lebih setia kepada DAP dan PKR.

Presidennya TGHA telah dengan lantang berpendirian tegas dalam isu Menteri Besar Selangor dan tidak menghalang jika ada dikalangan pemimpin parti itu untuk keluar parti. TGHA telah berkata PAS sudah lali dengan kejadian ini dalam enam puluh tahun usia parti itu. Malahan blog ini berpendapat yang kejadian seperti ini mempunyai hikmah kerana dengan sendirinya toksik-toksik dalam parti itu keluar seperti toksik seorang yang sedang menghadapi ceret-beret. Selepas ceret-beretnya baik dan pulih tubuh PAS itu akan kembali bersih dan sihat untuk terus berjuang bagi mencapai matlamatnya.

UPSR - Kertas soalan Bahasa Inggeris pula bocor


UPSR Bocor
PUTRAJAYA - Selepas kertas soalan Sains dilaporkan bocor semalam dan peperiksaan ditunda 30 September ini, calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas bagi subjek Bahasa Inggeris 1 dan 2. 
 
Hal ini kerana berlaku kebocoran pada kedua-dua kertas soalan berkenaan, umum Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi.

Bekas mufti sindir Langkah Kajang

 
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen sinis dengan menyatakan nama Kajang tidak lagi diingati mengenai keenakan satenya tetapi membayangkan maksud "sebuah kegagalan".

Sindiran tokoh agamawan itu dipercayai merujuk 'Langkah Kajang' yang dicatur PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudiannya mencetuskan krisis pentadbiran dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat.

"Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

"Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

Demi menghalalkan perbuatan Hj Hadi, Ulamak PAS mula bertafsir seperti Ulamak UMNO..!!

Zulhazmi At-Takanan


Aku ada terbaca suatu kenyataan berbunyi begini :

Naib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mahfodz berkata, arahan mahupun tindakan presiden parti itu haruslah ditaati dan diikuti oleh setiap ahli PAS.

"Jadi, apabila berlaku perselisihan pendapat tadi sama ada hendak mengikut keputusan mesyuarat 17 Ogos atau presiden, maka mengikut al-Quran dan sunnah presiden wajib diikuti dan ditaati," ujarnya.

"Berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu taati Allah SWT, Rasulullah serta pemimpin di kalangan kamu."

"Maknanya ahli-ahli PAS kena patuh kepada arahan presiden yang telah hantar nama pada tuanku dengan walaupun berbeza dengan apa yang dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat," jelasnya.

Jika benar inilah yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, aku berasa amat sedih sekali kerana beliau mentafsirkan ayat tersebut dengan khilaf. Aku mohon sembah derhaka ke atas kenyataan tersebut. Aku bukan pakar dalam bidang agama dan aku tidak pakar dalam mentafsirkan al-Quran tetapi aku membaca dan juga mengaji.
Aku rujuk kepada tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam KERTAS KERJA MESYUARAT 7/2005 bertajuk "PERANAN MAJLIS SYURA ULAMAK DAN JAWATANKUASA PAS PUSAT DALAM PRINSIP NUSUS SYAR’IAH DAN PERLEMBAGAAN PAS".

Tujuan Sebenar PasMa Ditubuhkan Terbongkar..

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah mengesahkan bahawa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) disahkan hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Pihak kami tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966,” kata beliau.

Terdahulu, PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PasMa diketuai oleh Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.

Wan Rosdi calon Pas di Pengkalan Kubor?

Wan Rosdi Wan Ibrahim
KOTA BHARU - Setiausaha Pas Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim adalah nama yang disebut paling layak menjadi calon Pas bagi PRK Dun Pengkalan Kubor.

Menurut sumber dalaman Pas, pemilihan Wan Rosdi itu dilakukan setelah calon yang diura-urakan sebelum ini, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menolak dan mahu calon tempatan diberi peluang.

"Pada asalnya nama Kamaruddin ke hadapan, namun dia menolak dan menyarankan calon tempatan. Oleh itu, Wan Rosdi yang juga Penyelia Dun Pengkalan Kubor merupakan calon yang terbaik memandangkan dia penduduk tempatan, selain mesra dengan masyarakat setempat,” katanya, semalam.

Dalam pada itu Kamaruddin ketika dihubungi mengucapkan terima kasih kepada ahli Pas yang menyuarakan hasrat untuk mencalonkan beliau.

Akhirnya Mukhriz mengalah & Kuin kembali ke Kuala Ketil

oleh Zulkifli Yahaya



PROGRAM pertama Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selepas kerajaan negeri bertukar tangan ialah memindahkan semula pusat pentadbiran dari kampus induk di Kuala Ketil kembali ke tapak asal yang sempit di Mergong.

Sebaik kampus induk Kuin dirasmikan pada Disember 2012 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pusat pentadbiran institusi pengajian yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil.

Semua kuliah pengajian Kuin juga turut dipindahkan secara berperingkat. Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai masalah kerana asrama pelajar belum sempat disiapkan namun akhirnya masalah tersebut diatasi dengan pelbagai usaha.

Ditakdirkan Pakatan Rakyak tumbang dalam PRU14, maka pentadbiran Kuin pun bertukar tangan selepas rektornya Prof Dr. Mohd Jamil Othman melepaskan jawatan.

Pemangku Rektor kemudian diserahkan kepada Dato’ Che Barni Mohd Nor, seorang yang bukan dari latarbelakang pengurusan akademik.

Syukur Alhamdulillah.. GST inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat..!!

Masanya tepat untuk laksana GST


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang lebih cekap bagi menggantikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lemah, tepat pada masanya, kata menteri dan timbalan menteri.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata pelaksanaan cukai baharu itu sudah lama dirancang.
  
"Perdana Menteri berkata beliau akan memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat menerusi tambahan RM300 untuk BR1M bagi golongan kurang berkemampuan serta pengurangan cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan pertengahan," katanya kepada Bernama.
  
Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penerangan Perdana GST di sini hari ini.
  

Konvensyen PAS Kedah pd 13 September 2014


Jom pekena cendol, cenlut, cengong, cenlutgong, cendi, cenbu, cenpai, cenyan, cenlutnyan dan cenlutgongyan

Nama pelik, namun pikat selera

Suhaimi (kiri) dan sepupunya, Roshidan Rusli (kanan) menunjukkan cenpai dijual mereka.  
Suhaimi (kiri) dan sepupunya, Roshidan Rusli (kanan) 
menunjukkan cenpai dijual mereka.

  Cendol yang dijual serendah RM2.
ALOR SETAR -  Belum cuba, belum tahu! Meskipun nama hidangan kedegaran agak pelik, namun keistimewaan 10 jenis cendol di gerai Olala Mempelam, di Mergong, sukar ditolak penggemar minuman kegemaran ini.

Pemilik gerai, Suhaimi Shuib berkata, idea menghasilkan aneka jenis cendol diperoleh bapa mertuanya, Shuib Harun, ketika dia mengunjungi bandaraya Melaka tidak lama dahulu.

“Jadi, apabila balik. Ayah mencampurkan belbagai bahan perasa untuk mencipta resepi baru dan unik, namun masih enak untuk dinikmati pelanggan.

“Antara cendol, cenlut, cengong, cenlutgong, cendi, cenbu, cenpai, cenyan, cenlutnyan dan cenlutgongyan. Nama hidangan diperoleh hasil gabungan bahan perasa,” katanya.

Banjir: JPN Kedah sedia kenderaan bawa calon UPSR


ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menyediakan kenderaan untuk membawa calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ke 571 pusat peperiksaan di seluruh negeri, sekiranya mereka terlibat dengan bencana alam seperti banjir.

Pengarahnya, Datin Azuyah Hassan berkata kemudahan itu disediakan oleh pihak JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memastikan calon UPSR tidak tercicir daripada hadir menduduki peperiksaan.

"Kita telah buat persiapan ini sebelum bermulanya peperiksaan itu semalam, sebagai persediaan kita untuk hadapi sebarang kemungkinan bencana alam seperti banjir," katanya kepada pemberita ketika melawat calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Katanya pihaknya turut bekerjasama dengan agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu membawa calon terlibat untuk menduduki peperiksaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...