TERKINI :

Wednesday, September 10, 2014

PKR dan DAP tidak belajar daripada P Ramlee

Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Banir Munir hari ini membolehkan mereka yang mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor ranap tersenyum puas sendirian sambil mengelus-eluskan dada dengan penuh kelegaan. Kenyataan Banir Munir itu sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang mahu melihat kerajaan Selangor "berkucar wak yah".
Atas kebijaksanaan Raja boleh dijadikan kuda.
Umpama buaya yang menanti bangkai hanyut, musuh Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan yang negatif buat Pakatan Rakyat, khasnya PKR dan DAP oleh Mohamad Banir itu.

Hari ini pejabat Sultan Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan yang pedih terhadap PKR dan DAP, berhubung dengan tindakan kedua-dua parti berkenaan yang menghantar hanya satu nama sahaja untuk diangkat menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim.

Sultan telah mengutuskan surat meminta kedua-dua parti itu termasuk Pas menghantar lebih daripada satu nama, bagaimana kedua-dua parti itu engkar dan tidak sedia mematuhi kehendak sultan. Keenggan itulah maka parti itu dianggap engkar dan derhaka.

Isu 2 Adun PAS : Siang tadi Nik Abduh Kata mereka pengkhianat, mai malam ada pulak kata hero..!!

Dua Adun Pas Adalah HERO Sebenarnya

http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2014/08/Adun-PAS-2.png
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menghangatkan lagi suhu politik mengenai kemelut di Selangor yang sudah berlarutan sekian lama dengan mendakwa pengkhianat sebenar dalam isu ini ialah dua Adun Pas, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak memberi sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, pengkhianatan kedua-dua Adun itu telah memulakan kerosakan kepada kestabilan dalam Pas.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyifatkan tindakan PKR menerima pengkhianatan dua Adun berkenaan serta mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh kedua mereka adalah juga pengkhianatan PKR kepada semangat setiakawan dengan Pas.

Sambil menyokong tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh Haji Hadi Awang dalam kemelut Menteri Besar Selangor ini, Nik Abduh mengatakan bahawa segala yang dilakukan oleh Presiden Pas itu adalah selepas pengkhianatan dilakukan kepada Pas terlebih dahulu.

Soalnya benarkah Shaari dan Hasnul itu pengkhianat dan apakah yang berlaku kepada politik Selangor ketika ini jika tanpa adanya keberanian kedua-dua Adun berkenaan?

Wanita Pakatan gesa duduk bincang

Wanita Pakatan hari ini mendesak ketiga-tiga parti dalam gabungan itu duduk semeja membincangkan "penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat" bagi krisis itu.

"Prinsip-prinsip bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui selama ini perlu dihormati dan dipatuhi bagi memastikan kelangsungan kesepakatan rakyat selari dengan tekad kita bahawa Pakatan harapan rakyat," kata ketiga-tiga pemimpin wanita Pakatan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.

Tegur NAJIB RAZAK lagi mudah dari menegur HADI AWANG..!!

http://assets.nst.com.my/images/articles/3006news23.transformed_0.jpg 

Lihatlah bagaimana NAJIB menerima teguran dan memperbaiki apa yang ditegur keatasnya... dan lihatlah bagaimana keadaan HADI AWANG apabila ditegur...habis keliling kelalng beliau bangun mempertahankan tindakan beliau walaupun hakikatnya hanya segelintir sahaja yang masih mempertahankan apa yang diperkatakan oleh HADI itu....

Walaupun mantan PM yang menegurnya NAJIB relax and cool sahaja menerima teguran tersebut...sedangkan lihatlah HADI...walaupun beberapa pihak menegur termasuk LAJNAH UNDANG-UNDANG PAS mengatakan apa yang dilakukan oleh PRESIDEN itu melanggari PERLEMBAGAAN namun masih ada pihak-pihak dengan lantang mempertahankan tidakan tersebut walaupun ia kelihatan menyonsang arus....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hikmah di sebalik teguran pada PM
IBRAHIM ABDULLAH

SEJAK kebelakangan ini, mereka daripada kalangan rakyat dan pihak atasan telah banyak mengkritik dan bahkan menegur pucuk pimpinan pemerintahan dalam negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin turut menegur kepimpinan PM dan tidak menganggap semua itu sebagai menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Rakyat "BORING" dengan hasil kajian Pendapatan Seisi Rumah RM5900 yang diumum menteri

Kajian pendapatan tidak tepat?


ABDUL WAHID OMAR

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang meningkat sebanyak RM900 berbanding tahun 2012 sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mendapat maklum balas kurang memuaskan daripada orang ramai.

Menerusi platform laman sosial, mereka mempersoal peningkatan hasil daripada kajian tersebut kerana didakwa tidak menggambarkan realiti sebenar pendapatan isi rumah rakyat di negara ini yang rata-rata masih berdepan dengan isu kos sara hidup tinggi.

Meskipun kajian itu berlandaskan fakta, seorang pelayar laman sosial yang hanya dikenali Kentel berkata, kerajaan khususnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) sepatutnya meneliti secara terperinci pendapatan isi rumah di kawasan Pantai Timur Semenanjung terlebih dahulu.

"Bosanlah dengan kajian-kajian mereka ini. Cuba buat kajian di Kelantan, Pahang dan Terengganu, buat di kawasan pedalaman dan tengok berapa banyak sebenarnya pendapatan isi rumah mereka," katanya sebagaimana dipetik di sini hari ini.

Nasib politik Selangor di hujung jari 40 ribu anak muda atas pagar, BUKANNYA penyokong tegar parti..!!

bahagian 1 – Nazri Noor

Setelah menang mengejut dan merampas Selangor dari Barisan Nasional pada PRU12, Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya mempertahankan kemenangan di Selangor pada PRU13 dengan lebih bergaya dengan memenangi 44 dari 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara teori, berbekalkan hampir 80% kerusi DUN dan 57% undi popular, negeri Selangor boleh dikira sebagai satu margin yang selamat untuk PR untuk satu generasi akan datang. Di atas kertas.

Satu pencapaian yang terbaik dalam sejarah dan agak mustahil untuk dikekalkan, apatah lagi untuk di tambah. Tambahan lagi dengan pelbagai konflik dalaman yang tak kunjung reda.

Siapa yang mengekalkan PR?

Mudahnya, pada PRU13, dari hampir 1.8 juta rakyat Selangor yang keluar mengundi, PR berjaya menarik sejumlah 1.05 juta undi, melalui semua kerusi yang ditandingi secara 1 lawan 1 bertembung BN (kecuali beberapa kes kacau daun di Kota Damansara dan Semenyih) berbanding undi BN sebanyak 700 ribu.

Hadi, Tuan Ibrahim & Geng Ustaz, Janganlah ditakutnya akan PasMa tuu..!!!

Jangan prejudis kepada PasMa
Oleh Mohd Sayuti Omar

Kehangatan dan sambutan membanggakan terhadap forum "Pas Campur Umno: Ke mana halatuju", anjuran Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) memberi gambaran satu gelombang atau kebangkitan baru dalam dunia politik negara ini akan berlaku. Walaupun jumlah kehadiran malam tadi sekitar 1,000 orang, tetapi ia sudah mencukupi untuk memberi isyarat penting kepada Pas terutamanya mereka yang cuba menjatuhkan Pas dari landasan yang sedang bergerak kini, Pakatan Rakyat.

Kalau forum itu tidak diriuhkan dengan pembatalan dan sabotaj pihak tertentu, saya yakin jumlah yang hadirnya lebih ramai. Begitu juga kalau lokasi forum itu diadakan ditempat lebih kondusif dan lebih luas, pasti jumlahnya melebhi 1,000 orang.

Satu gambaran yang tampak mereka yang hadir terdiri dari pelbagai kaum, peringkat usia dan juga latar belakang. Minat orang ramai itu juga memberi petanda kemunculan PasMa itu dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu.

Nik Abduh - Siapa sebenar pengkhianat dalam Pas?


Parti PAS
PRESIDEN Pas dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada Pas. Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada dua gerangan yang saling berkerjasama;

1) 2 pengkhianat daripada Adun Pas yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan Pas dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua Adun Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan Pas.

Akhirnya tugas Kapal Selam Scorpene terdedah tapi bukan di kawasan ESSCOM

Scorpene laksana 4 tugas sehari


ABDUL Aziz Jaafar (dua dari kiri) berbual sesuatu dengan delegasi asing selepas merasmikan Persidangan Kapal Selam Asia Pasifik di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

KOTA KINABALU 9 Sept. - Kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bukan aset beku sebaliknya aktif melaksanakan empat operasi dalam sehari bagi menjaga kedaulatan dan mengawal perairan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, meskipun tidak dapat mendedahkan bentuk operasi yang dilaksanakan, aset tersebut tetap berperanan melakukan rondaan di perairan Sabah dan Sarawak termasuk di kawasan pertikaian.

Menurutnya, aset utama yang menjaga perairan negara itu juga mampu bertindak sebagai benteng pertama dalam menangkis sebarang ancaman dan kemungkinan sekiranya terdapat serangan dari laut.

"TLDM sentiasa mengoptimumkan segala aset yang dimiliki demi menjaga kepentingan dan kedaulatan negara pada setiap masa termasuk keupayaan dua kapal selam negara dalam melaksanakan tugasnya di perairan negara.

Langkah Kajang gerak sumbang pembangkang sampai pemimpin pun 'nampak bodoh'

Oleh Juhaidi Yean Abdullah

Lebih setahun dirancang dan setelah berbulan-bulan berkrisis, akhirnya nasib Langkah Kajang berada di tangan Sultan Selangor. Kerana melanggar titah Sultan dan menghantar hanya satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor dua hari lalu, PKR bakal berdepan kemelut lebih panjang.

Krisis ini juga mungkin berakhir dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya terpaksa diadakan. Arkitek Langkah Kajang, Rafizi Ramli, pasti tidak terfikir bahawa perancangan menaikkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor tergelincir begitu jauh daripada matlamat asal.

Pelan yang difikirnya bagus, hebat dan terperinci akhirnya meninggalkan kerosakan, keburukan dan kemusnahan yang pelbagai dan mendalam kesannya.

Yang pasti, Anwar tidak akan menjadi Menteri Besar. Calon penggantinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pun belum pasti. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipecat sebagai bendahari dan ahli PKR. Beberapa pemimpin PKR juga sudah keluar parti. Kerana terlalu tumpu kepada usaha rampas kuasa di Selangor, urusan pemilihan parti menjadi medan perang puak-puak dalam PKR. Imej pemimpin dan parti berada pada tahap paling rendah dalam tempoh 15 tahun.

Suhaizan : Semoga adanya cahaya dihujung terowong gelap ini....

Krisis MB Selangor ini besar cabarannya. Benar kata Tuan Guru Presiden, ada yang mabuk kerananya. Hasilnya berlakulah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Parahnya bila muncung senapang dihalakan sesama sendiri sedang rakyat menyaksikan dengan hati yang luluh.

Saya yang dari awal cuba mengambil pendekatan agar tidak terjebak terlalu jauh dalam krisis ini turut dipandang serong sesetengah pihak kerana kononnya tidak mempertahankan Tuan Guru Presiden. Langkah yang saya dan pemuda ambil adalah demi kelangsungan perjuangan masa hadapan. Agar masih ada pihak yang dapat menyatukan kembali disaat gelora ujian sampai penghujungnya nanti. Jesteru saya lebarkan jurang perdamaian ini kepada pemuda Pakatan Rakyat.

Doa Tuan Guru Presiden diawal ucapannya di Terengganu baru-baru ini memberi satu mesej jelas betapa beliau turut tersepit dengan krisis ini. Sewaktu saya dan beberapa sahabat pimpinan pusat menziarahi beliau melahirkan kebimbangan tentang krisis ini, beliau menyatakan dirinya jauh lebih bimbang dan sedang merancang penyelesaian terbaik.

MP: PAS tiada niat terkinja-kinja dengan Umno

 
Ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai niat atau hasrat untuk "terkinja-kinja" bersama dengan Umno sepertimana andaian pelbagai pihak.

Mengakui wujud usaha memecahkan PAS dari dalam, Dr Mujahid menegaskan berdasarkan pengalaman dan sejarah, ahli yang menjadi agen Umno dalam parti "akan mengakhiri karier" politik mereka dalam parti itu jika berbuat demikian.

"Saya tidak menafikan bahawa hari ini Umno menggunakan taktik untuk memecahbelahkan PAS. Saya menyatakan PAS berdiri teguh menentang usaha untuk merosakkan PAS dari dalam.

Inilah dia calon BN pilihan pendududk di DUN Pengkalan Kubor

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merupakan calon BN pilihan penduduk di DUN Pengkalan Kubor.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), sebanyak 35 peratus daripada 507 responden penduduk tempatan mahukan Asyraf.

Hasil kajian itu, Umcedel berkata, kriteria yang dicari oleh penduduk daripada calon ialah calon itu perlulah mesra dan prihatin dengan kebajikan pengundi.

Kriteria lain yang diingini pengundi ialah calon mestilah orang tempatan (27 peratus), mempunyai pendidikan agama (25 peratus), dapat membawa pembangunan (12 peratus) dan memiliki pelajaran tinggi (enam peratus).

Asyraf mempunyai pendidikan agama serta merupakan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

AMK menyatakan sokongan 100% terhadap calon PR dari PAS di Pengkalan Kubor

Assalamuallaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa Amk sekeras kerasnya menafikan apa yg telah tersebar di dalam media baru terutama fb berkenaan Isu PRK Pengkalan kubur.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu sama sekali tidak dikeluarkan Oleh Amk.

Atas semangat PAKATAN RAKYAT kami menyambut baik keputusan pucuk pimpinan untuk memberi laluan kpd PAS meletakkan calon mereka untuk bertanding di PRK N01 Pengkalan Kubur .

Maka dengan ini,kami AMK menyatakan sokongan padu serta komitmen 100% terhadap calon Pakatan Rakyat.

Tidak timbul sebarang isu ketidakpuasan hati.

Mohon supaya tidak mudah terpedaya dgn cubaan utk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Harap maklum

ALLAHUAKBAR!
Roslan hj Ismail
Amk Kota Bharu

Zaman PR dulu sewa murah sangat, mai BN alhamdulillah sewa dah naik sampai RM200

http://4.bp.blogspot.com/-0-lGQgWfFKU/VA7Juy68dgI/AAAAAAAAKWw/y5bDu5Ic8B8/s1600/IMG_104039213183800.jpeg 

LINK INFO 

Laporan awal MH17 ada input daripada Malaysia

MH17
KUALA LUMPUR - Laporan awal siasatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 mengandungi input daripada pasukan penyiasat Malaysia yang menjalankan usaha mencari di lokasi nahas di timur Ukraine.

Dokumen itu, yang disediakan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), menyatakan para penyiasat Malaysia mengemukakan gambar dan laporan mengenai siasatan di tapak nahas selepas tragedi 17 Julai, yang mengorbankan semua 298 orang yang berada di dalam pesawat itu.

"Siasatan itu dijalankan atas inisiatif sendiri antara 22 Julai dan 24 Julai, 2014. Maklumat yang diterima digunakan dalam siasatan Lembaga Keselamatan Belanda," kata laporan itu.

Laporan 34 muka surat itu mengandungi maklumat awal siasatan terhadap nahas membabitkan pesawat B777-200 Malaysia yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

"Romeo November Delta, Malaysian one seven" menjadi transmisi radio terakhir dari MH17

Transmisi radio terakhir MH17

mh17

KUALA LUMPUR - Transkrip komunikasi radio dan telefon pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menunjukkan "Romeo November Delta, Malaysian one seven" menjadi transmisi radio terakhir daripada kokpit pesawat itu, yang terhempas pada Julai lepas.

Transmisi berikutnya menunjukkan para pengawal trafik cuba berkomunikasi dengan pesawat itu, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 298 orang, tetapi gagal.

Transmisi radio terakhir oleh anak kapal direkodkan pada jam 13.19:56 UTC (waktu universal selaras) dan berakhir pada jam 13.19:59, menurut laporan awal mengenai nahas 17 Julai itu yang dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda hari ini.

"Sejurus selepas jam 13.20, radar (awasan kawalan trafik udara)  Ukraine dan Persekutuan Rusia terputus hubungan dengan pesawat itu," kata laporan itu.

UUM sasar sertai kelompok lima universiti elit

Universiti Utara Malaysia (UUM) SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) kini pada kedudukan yang baik untuk berada dalam kelompok lima universiti elit di negara ini pada tahun hadapan dari sudut penyelidikan ilmiah.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, universiti itu giat memperkasakan skop penyelidikan dengan tumpuan diberikan ke arah ‘research outcome’.

Beliau berkata, UUM merupakan sebuah universiti berteraskan sains sosial dan pengurusan, dan tidak mempunyai jurusan santifik seperti universiti-universiti lain yang menyukarkannya untuk bersaing.

"UUM kini menduduki tangga teratas dalam kajian ilmiah mengenai bidang pengurusan dan antara yang terbaik di Malaysia dalam bidang teknologi maklumat,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi, Penyelidikan dan Penerbitan (AIPPen’14) di sini, hari ini.

Dua lagi PAWE dibina di Kedah

Oleh OPAT RATTANACHOT

KULIM 8 Sept. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan membina dua lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di negeri ini bagi meningkatkan keberkesanan menjaga kebajikan golongan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Mas­yarakat, Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, setakat ini, Kedah hanya mempunyai tiga pusat seumpama itu iaitu di Sungai Kob di sini, Sungai Petani dan Bandar Baharu.

Katanya, penubuhan pusat ber­kenaan dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi sebagai pusat sehenti bagi mengumpul golongan warga emas, di samping memastikan mereka berinteraksi di antara satu sama lain di situ.

"Setakat ini, seramai 2,300 warga emas telah mendaftar sebagai ahli di PAWE tersebut. Pusat ini menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah kelas tazkirah mingguan, membaca al-Quran, memasak dan kraf tangan serta aktiviti pertanian.

Sejak bila Pas percaya demokrasi?

RIDHUAN TEE ABDULLAH



SEKIAN lama saya mengenali dan mengkaji Pas, parti ini hanya percaya kepada sistem Islam bagi mewujudkan negara Islam. Demokrasi selalu dilabelkan sebagai sistem kafir atau thaghut (melampaui batas/menyesatkan).

Dalam sistem, Pas sentiasa meletakkan Majlis Syura (ulama) pada hierarki yang tertinggi seperti mana tuntutan Islam itu sendiri. Tiba-tiba dalam kes MB Selangor, Syura Pas mula diketepikan.

Keputusan Syura Pas tidak lagi mengikat. Mereka lebih percaya pendapat majoriti, termasuk Muslimat Pas yang menyokong ultra kiasu menjadi MB Selangor. Walaupun ia dinafikan, ultra kiasu lebih cekap dengan mengeluarkan kenyataan terlebih dahulu. Muslimat Pas terperangkap.

Apa sudah jadi dengan Pas? Sejak bila Pas ‘beriman’ kepada sistem demokrasi? Bukankah sejak dahulu Pas mengatakan ia sistem kufur? Mereka yang menerima sistem demokrasi adalah kafir. Penyertaan Pas dalam pilihan raya adalah sebagai wasilah, bukan matlamat atau merelakan demokrasi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...