TERKINI :

Sunday, September 7, 2014

Pelik Bin Ajaib : Pas Hantar Nama Hanya Suka-Suka Saja

Shahbudin Husin,

http://www.manxradio.com/uploadedImages/www/blogs/Breakfast_Show/Breakfast_Show/CROC%20DUCK.jpg?n=911

Jika ada parti politik yang paling pelik dan memeningkan kepala orangramai ketika ini, jawapannya pastilah tidak lain selain Pas atau nama penuhnya Parti Islam Semalaysia. Hanya dengan satu isu iaitu pertukaran Menteri Besar Selangor, Pas terus jadi kalut, keliru, banyak buat U turn dan masuk beberapa simpang tetapi akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan seolah-olah membiarkan kena langgar atau maki hamun dengan orang lain.

Bukan saja orang yang berada di dalam kenderaan Pas jadi pening kepala, bahkan mereka yang mengekor di belakang dan berada di sekeliling turut menepuk dahi dengan karenahnya.

Selain beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten sebelum ini sudah dianggap cukup menghairankan bagi sebuah parti yang membawa label Islam, tindakan Pas melalui Presidennya Haji Hadi Awang mengemukakan tiga nama calon iaitu dua daripada PKR dan satu daripada Pas bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya tentulah memperlihatkan Pas memasang angan-angan dan impian bagi jawatan tersebut.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu melalui keputusan Haji Hadi juga yang mendakwa beliau mempunyai kuasa berbuat demikian, beliau telah bertindak menghantar tiga nama yang kesemuanya daripada Adun Pas untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Naib Presiden PAS larang ahlinya sertai PasMA

 
Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli PAS tidak dibenarkan menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Dalam nada yang tegas, beliau berkata tidak ada keperluan untuk menyertai PasMa walaupun ia hanya bertaraf NGO dan bukan parti politik.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti.

"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik.

"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata beliau kepada wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Sudah ada Penyokong PR mula membuang sticker di kereta kerana kecewa dengan PAS

Kecewa Dengan PAS Terutama UG, Penyokong PR Tanggalkan Lambang PR Dari Keretanya


Seorang penykong Pakatan Rakyat hari ini telah mengoyak dan menanggalkan pelekatr Pakatan Rakyat yang berlambang tiga komponen parti PR dari cermin belakang keretanya kerana kecewa dengan sikap angkuh Parti islam SeMalaysia.

Menurut catatan di media sosial penyokong PR berkenaan:

Maka, akibat segelintir sikap ANGKUH Parti Islam SeMalaysia, especialy Team UG, pada hari ini, 07/09/2014 - ku tanggalkan semua simbol "PAKATAN RAKYAT" - Rashid Xxxxxxx.

Beliau dipercayai begitu kecewa dan terkilan dengan sikap Presiden PAS bersama penyokong-penyokong taksubnya yang tidak lagi menghormati malah mencemuh parti rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ramai yang menykong tindakannya dan dikatakan akan mengikut jejak langkahnya.

PAS tetap mahu kerusi MB..tapi...

PAS mahu kerusi MB tetapi belum masanya, kata Salahuddin
OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ingin kerusi menteri besar Selangor menjadi milik PAS dengan cara terhormat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ingin kerusi menteri besar Selangor menjadi milik PAS dengan cara terhormat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.

PAS memang berkeinginan kerusi menteri besar Selangor sekiranya berpeluang, namun masanya belum tiba untuk kerusi berkenaan yang kini menjadi milik PKR diambil alih parti Islam itu, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata, PAS mahukan kerusi berkenaan dengan cara yang betul dan mampu memberikan lonjakan kepada perjuangan parti rakan dalam Pakatan Rakyat itu.

"Kita buat keputusan, soal kerusi menteri besar kita serahkan kepada Sultan. Kita tidak akan tuntut jawatan itu.

"Jangan fikir saya tidak mahu melihat seorang menteri besar daripada PAS. Itu cita-cita kita.

Anwar mahu AZMIN, bukan AZIZAH sebagai MB Selangor..!!

Kami mendapat info mengatakan ANWAR sebenarnya inginkan AZMIN menjadi MB SELANGOR... namun mesyuarat MAJLIS PIMPINAN PKR telah bersetuju untuk mengangkat WAN AZIZAH disebab beliau merupakan PRESIDEN parti.. di samping ada beberapa orang dalam AJK tersebut tidak sebulu dengan AZMIN....

Namun ANWAR nie licik orangnya.. manusia yang kaya dengan strategi...Belaiu sebenar tidak mahu dilihat sebagai menggunakan kuasa diktator sebagai Ketua Umum PKR walaupun nama AZIZAH naik akan memberikan impak kepadanya dari musuh dan rakan politik yang akan mengatakan beliau NEPOTISMA sebab melantik ISTERInya sebagai MB Selangor...beliau tetap menerima cadangan MAJLIS PIMPINAN PKR. Sebab itu bila Nasrudin MP Temerlon cuit beliau bab nepotisma beliau enggan ulas...beliau sekadar senyum simpul sahaja...itulah ANWAR....

PasMa tangguh forum "PAS CAMPUR UMNO" esok..!!

Poster forum terbuka anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sepatutnya berlangsung malam esok. Ia terpaksa dibatalkan ekoran dua panel utamanya menarik diri. – Gambar The Malaysian Insider, 7 September, 2014.
Poster forum terbuka anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang sepatutnya berlangsung malam esok. Ia terpaksa dibatalkan ekoran dua panel utamanya menarik diri. – Gambar The Malaysian Insider, 7 September, 2014. 

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menangguhkan program forum terbuka mereka yang dijadualkan malam esok ekoran dua daripada tiga panel mereka membatalkan penyertaan di saat-saat akhir.

Setiausaha PasMa, Taib Ahmad dalam satu kenyataan ringkasnya kepada The Malaysian Insider berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan program forum yang dijadual di Dewan Himpunan Cina esok.

"Kami terpaksa menangguhkan program forum esok selepas dua panel forum kami menarik diri di saat akhir," kata Taib dalam satu kenyataannya.

Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik

Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata kepimpinan tertinggi seperti presiden boleh dilawan tetapi perlulah secara baik dan berhemah dan bukannya suka-suka.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Sallehen memberi komen keadaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang menjadi sasaran kritikan pihak tertentu termasuk daripada dalam PAS sendiri.

Beliau bagaimanapun menegaskan ahli PAS perlu bersabar menurut perancangan kepimpinan sekiranya ia mendatangkan kebaikan.

"Sabarlah jangan gelojoh. Bersabar. Nak kata apa katalah, kesabaran akan jadi kesuburan.

"Kalau presiden dimaki macam mana kita? Kita boleh lawan tapi perlu berakhlak.

"Cuma kita akur arahan parti. Siapa kita kalau tak ikut arahan presiden parti. sekarang baru nampak kebijaksanaan pimpinan kita," kata beliau dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

Jumud kitab & kegilaan akidah


Quran
DALAM sejarah Islam, terdapat banyak perbalahan kalangan sarjana membawa kepada menghukum individu lain dengan kafir dan sesat. Kita sepatutnya tidak menyambung segala krisis yang berlaku berlaku pada zaman yang lalu.

Kini di Malaysia muncul kelompok Ahbash yang menggunakan jenama Ahlus Sunnah wal Jamaah beraliran Ashairah.Mereka mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan jalur salafi yang beraliran Hanabilah (Hanbali). Pelampau Ahbash ini mendakwa itulah pegangan Ahlus Sunnah aliran Ashairah.

Di sebelah pihak salafi, muncul golongan daripada aliran Madkhali yang menyesatkan Ashairah dan semua aliran sufi secara pukal. Dunia Islam yang penuh dengan perpecahan ditambah dengan isu kafir-mengkafir dan sesat menyesat.


Apa beza 2 NGO ini...PasMa & Tautan Rahmat...???

oleh AnakKedah007



Apa beza 2 NGO ini...PasMa & Tautan Rahmat...dua-dua ditubuh oleh ahli yang berada dalam PAS... Jika PasMa salah kenapa Tautan Rahmat tidak salah? Sedangkan Matlamat mereka untuk lihat dan menarik sokongan rakyat di bawah sokong PAS & PR...

Jika NGO Tautan Rahmat dipengerusikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree [AJK Kerja Pemuda PAS Pusat] berlandaskan Dakwah dan Kebajikan manakala NGO PasMa diketuai oleh Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi [Adun PAS Pengkalan Kundur] menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

Habis apa masalahnya dengan NGO PasMa ini... sedangkan yang satu lagi semua boleh cool sahaja..  Jika kedua-duanya untuk kepentingan parti apa yang perlu dirisaukan..kenapa perlu dicop itu ini kepada mereka yang terlibat dalam NGO tersebut..

Cuba sama-sama bergandingan mencari sokongan untuk kejayaan PAS & PR sudah pasti yang akan yang akan mendapat limpah kerahmatan dari ALLAH ialah RAKYAT dibawah..itu yg sebaik-baiknya...

Kami malas nak bercerita bab anda kumpulan sana.. awak kumpulan ini...ini nak jatuhkan PAS.. ini geng Ustaz sahaja... sudah2lah jangan dilihat kesilapan orang sedangkan ekoq kita pun penu dengan taik....

Sumber : AnakKedah007

PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri

Mat Sabu: PAS akan tolak jika ditawar MB S'gor

PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak tawaran itu jika istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita tolaklah," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Poligami pun ada fiqhnya, inikan pula berpolitik

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF | 04 September 2014.

DALAM sesuatu permohonan poligami di Mahkamah Syariah, seringkali para hakim membawa perhatian mereka yang terlibat kepada kaedah-kaedah fiqh yang cukup lunak. Ia dilakukan sebagai menjustifikasikan sesuatu kebenaran wajar diberi atau sebaliknya.

Bukan setakat kes poligami, kaedah fiqh ini amat sesuai digunapakai dalam kehidupan sehari-harian termasuklah dalam hal-ehwal politik dan kenegaraan. Dalam pada kita mendepani sebarang kebuntuan atau hilang kekuatan untuk memantapkan keputusan, ia amat membantu agar sipemutus tenang dan bersedia melaksanakan keputusan yang dibuat.

Meneliti pelbagai kaedah fiqh ini, saya berpandangan wajar untuk dibiasakan dalam kemelut semasa mahupun yang mendatang. Sebagai pendokong agama yang maha sempurna, kita telah cukup rempah ratus untuk mengungkai setiap persoalan dan permasalahan.

Awas Pengguna di KEDAH, sindiket Koyak & Menang sedang berleluasa di sekitar negeri kita

Pengguna dinasihatkan supaya berhati2 dengan taktik penipuan peniaga yang berunsurkan Koyak dan Menang (dahulunya gores dan menang) yang sedang berleluasa di sekitar kawasan Alor Setar, Sungai Petani dan Jitra.

Jumlah penipuan adalah paling besar dalam sejarah sepanjang Persatuan Pengguna Kedah menerima aduan gores dan menang

Pihak kami telah pun mengadakan perjumpaan bersama KPDNKK dan PDRM bagi membincangkan jalan penyelesaian dan tindakan kepada syarikat yang terlibat.

maklumat mendapati syarikat ini berpengkalan di Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar, Kedah [SUMBER]

Dolak-dalik PAS bawa masalah lebih sekadar kebuntuan MB Selangor

Tindakan PAS yang tidak menentu sebagai sebuah parti bukan sahaja merumitkan krisis menteri besar Selangor, tetapi juga masa depan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.

Tindakan PAS yang berubah-ubah dalam kebuntuan krisis menteri besar Selangor tidak akan memberi kesan kepada calon yang akhirnya dipilih bagi jawatan tersebut, kata pemimpin PKR yang yakin angka akan menyokong mereka.

Impak terbesarnya adalah masa depan parti Islam tersebut yang bakal gelap jika Pakatan Rakyat (PR) gagal menyelesaikan kemelut ini.

Lebih penting lagi, jika PAS meneruskan tindak-tanduknya, parti tersebut akan sukar mendapat undi untuk calon dalam mana-mana pilihan raya, kata penganalisis politik.

Mengapa tindakan PAS tidak relevan

Sejak krisis menteri besar Selangor bermula lewat Julai apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, pemimpin PAS sudahpun mengambil beberapa pendirian yang menyebabkan rakan mereka, PKR dan DAP menggaru kepala.

Pada mulanya Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan akan mencalonkan dua wakil PKR bagi jawatan menteri besar dan menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon.

Tetapi sekarang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminggirkan pula keputusan partinya dan menamakan tiga calon lain, tidak satu pun daripada nama asal yang dikemukakan parti.

Sepanjang krisis ini, DAP dan PKR kekal dengan pendirian asal mereka dan menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon.

Ya Allah, tenangkanlah badai 'Kajang' ini, banyak kerja kami sudah tertangguh

Menanti 'badai Kajang' tenang

SYAHIR SULAIMAN | 07 September 2014.

"... Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah: 2)

Drama panjang

Tiada siapa menyangka kemelut yang pada asalnya hanya ‘ribut dalam cawan’ PKR sudah bertukar menjadi badai yang memabukkan seluruh negeri dan negara.

Apa yang bermula dengan perletakan jawatan Adun Kajang tanpa asbab munasabah pada 27 Januari 2014, disusuli dengan pilihanraya kecil Dun Kajang yang menelan belanja jutaan ringgit, masih berlarutan hingga masuk suku ketiga tahun 2014.

Skrip asal yang terkandung dalam dokumen Serampang Kajang – menghentikan sentimen perkauman dan agama di Selangor, Selangor negeri contoh model ke Putrajaya, menguatkan kubu Pakatan di Selangor, elak pengalaman Kedah, Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya – sudah melangkau ke episod perebutan kerusi Menteri Besar yang menggugat kestabilan kerajaan negeri, menggoncang konsensus Pakatan Rakyat, menghakis keyakinan rakyat, dan menongkah arus di hadapan istana.

Ketua tak perlu bermesyuarat, ia boleh buat keputusan sendiri - Nasrudin Tantawi

https://www.facebook.com/mkinibm/posts/10150603160794945

Musyawarah berasal dari kata Syawara yaitu berasal dari Bahasa Arab yang berarti berunding, urun rembuk atau mengatakan dan mengajukan sesuatu.Istilah-istilah lain dalam tata Negara Indonesia dan kehidupan modern tentang musyawarah dikenal dengan sebutan “syuro”, “rembug desa”, “kerapatan nagari” bahkan “demokrasi”. Kewajiban musyawarah hanya untuk urusan keduniawian. Jadi musyawarah adalah suatu upaya bersama dengan sikap rendah hati untuk memecahkan persoalan (mencari jalan keluar) guna mengambil keputusan bersama dalam penyelesaian atau pemecahan masalah yang menyangkut urusan keduniawian.

Saat ini musyawarah selalu dikait-kaitkan dengan dunia politik, demokrasi.Bahkan hal tersebut tidak dapat dipisahkan , pada prinsipnya musyawarah adalah bagian dari demokrasi, dalam demokrasi pancasila penentuan hasil dilakukan dengan cara musyawarah mufakat dan jika terjadi kebuntuan yang berkepanjangan barulah dilakukan pemungutan suara, jadi demokrasi tidaklah sama dengan votting.Cara votting cenderung dipilih oleh sebagian besar negara demokrasi karena lebih praktis, menghemat waktu dan lebih simpel daripada musyawarah yang berbelit-belit itulah sebabnya votting cenderung identik dengan demokrasi padahal votting sebenarnya adalah salah satu cara dalam mekanisme penentuan pendapat dalam sistem demokrasi. [wikipedia]

Adakah PAS alami KRISIS PERLEMBAGAAN, Nik Aziz kata ikut J/Kuasa, Hadi kata dia ada 'veto'

dari Sysss..!!

TUAN GURU MURSYIDUL AM SERAHKAN ISU MB SELANGOR 
KEPADA AJKPP(Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat minta Ikut Keputusan AJK PAS Pusat - Serahkan kepada AJK PAS Pusat membuat keputusan.

Hari ini Presiden PAS mengatakan beliau guna hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu.

Persoalan sekarang PRESIDEN PAS pula mengatakan beliau menggunakan hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu..

Ada perang dalam Umno?

Oleh Mohsin Abdullah

Ada yang menyamakan siri penangkapan dan pendakwaan hasutan yang berlangsung sekarang dengan Ops Lalang 1987. Setuju atau tidak terpulang. (Bagi yang kurang arif tentang Ops Lalang harap google).

Masa Operasi Lalang ramai yang kaitkannya dengan pergolakan dalaman Umno ketika itu. Walaupun itu tidak pernah dibuktikan, ramai yang membuat kesimpulan "bila orang Umno berperang orang lain akan menerima padah". Betul atau tidak, itulah persepsinya. Itu cerita lama.

Cerita baru ialah penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan ahli akademik. Adakah ini kerana Umno sedang berperang? (Jika "teori" 1987 menjadi sandaran).

Mungkin tidak adil untuk menuduh demikian. Buat masa ini. Kerana yang harus ditanya terlebih dulu ialah adakah Umno sedang berperang? Tidak ada tanda jelas yang menunjukkan ke arah itu.

Yang ada, "sekadar" teguran terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak. Semua sudah maklum apa yang diperkatakan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian. Bagi orang Umno itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai "perang" atau "pergolakan" dalaman. Setuju. Tetapi yang jelas, Umno tidak berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir berhubung tuduhan terhadap presiden mereka. Yang menarik ialah cara mereka menyatakan pendirian.

Disebalik kisah MB PAS pertama di bumi TranungKite


http://ilmuanmuda.files.wordpress.com/2010/12/terengganu.jpg
Terengganu adalah negeri pertama yang ditawan oleh PAS iaitu pada tahun 1959 apabila PAS telah menang di 13 daripada 24 buah kerusi DUN Terengganu sekaligus membolehkan PAS membentuk kerajaan di negeri ini. Walau bagaimanapun, kemenangan yang tipis ternyata membawa pelbagai kesulitan kepada PAS dalam melaksanakan pemerintahannya apatah lagi apabila wujud kesulitan seawal perlantikan Menteri Besar.

Walaupun menjadi kebiasaan untuk melantik ketua parti di peringkat negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu sebagai Menteri Besar, tetapi oleh kerana Ustaz Ahmad Azam Napiah bukan anak jati Terengganu maka wujud kesulitan untuk nama beliau diperkenankan oleh Istana. Ustaz Ahmad Azam adalah tokoh PAS yang berasal dari Perak dan dibawa ke Terengganu untuk memperkuatkan PAS negeri yang baru ditubuhkan pada tahun 1957. Beliau megambil-alih jawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu daripada Haji Mohd Asri Muda.

Dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu yang diadakan pada 24 Jun 1959, pengundian secara sulit telah dijalankan dengan dengan Ustaz Ahmad Azam (ADUN Jeram) mendapat 19 undi, diikuti oleh Haji Mohd Daud Samad (ADUN Setiu) sebanyak 3 undi dan Abu Bakar Mohd Salleh (ADUN Sura) mendapat 2 undi.

“Langkah Hadi” muncul meranapkan "Langkah Kajang"..

Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai “Langkah Hadi”, dilihat “mengingkari” keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

Relax Semua.. PAS sedang alami ceret beret sahaja sekarang nie..!!

Ceret-beret itu membersihkan sistem dalaman tubuh kita
oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/-tydUKNlEXzw/UgssWF_VdtI/AAAAAAAAExI/31AvW9QzfDE/s1600/IMG_0875.JPG
Sekarang kita dikhabarkan dengan berita penubuhan sebuah NGO yang dikatakan dianggotai oleh kumpulan liberal a.k.a Anwarisma dalam PAS. Tidak mengejutkan jika PASMA ini menjadi pertubuhan politik yang terhasil dari perbezaan dalam PAS . Lanjutan dari apa yang berlaku di Selangor semuanya telah terbongkar dan apa yang dikatakan kumpulan yang dikuasai oleh Anwar dalam PAS itu adalah benar dan betul.

Bagi PAS kejadian ini hanyalah kejadian ulangan yang telah berlaku kepada parti itu beberapa kali dalam sejarah parti itu yang kini berumur melebihi 60 tahun. Jika PASMA ini bertukar menjadi pertubuhan politik dari serpihan PAS itu, ia akan menjadi parti ketiga serpihan PAS. Terdahulu kita pernah mendengar nama-nama parti serpihan PAS itu seperti Berjasa dan HAMIM.

PAS akan tetap teguh kerana berkali-kali ia telah terbukti sebagai parti yang tidak mudah untuk dihapuskan, malah setelah beberapa kali kejadian seperti ini berlaku PAS telah menunjukkan yang ia adalah parti yang tetap di hati sebahagian besar rakyat yang beragama Islam dan Melayu.

Malahan serpihan kepada PAS nyata telah kehilangan sokongan ramai dan parti-parti serpihan itu kini hanya tinggal pada nama sahaja. Tidak kita ketahui samada parti-parti serpihan itu telah menghantar lapuran tahunan kepada pendaftar pertubuhan dengan sempurna. Diharapkan jika PASMA menjadi politik jangan lalai menghantar lapuran tahunan dengan sempurna walaupun tidak akan mendapat apa-apa tempat di persada politik tanahair.

Presiden Pas ada kuasa cadang nama calon MB

ABDUL HADI AWANG 
 
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Taman Hidupan Liar Langkawi jadi tumpuan

Oleh NORASHIKIN IDROS

LANGKAWI 4 Sept. - Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) yang juga dikenali sebagai Langkawi Bird Paradise yang terletak di Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah di sini sememangnya menjadi salah satu tempat tumpuan bagi pelancong yang berkunjung ke pulau legenda ini.

Tidak ubah seperti mini zoo, destinasi pelancongan ini menempatkan 200 spesies burung, 50 spesies haiwan yang dilindungi dan kira-kira 60 spesies haiwan yang biasa didapati di luar dan dalam negara.

Lokasinya yang terletak tujuh kilometer dari jeti Kuah dan kira-kira 30 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Matsirat menjadikannya destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

Ketua Bahagian Perhubungan Awamnya, Nur Hamzani Hamzah berkata, taman itu dirasmikan pada 24 Disember 2002 oleh Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain.

"THLL ini berkonsepkan mesra alam yang mana pengunjung boleh mendekati burung ketika berada di dalam sangkar gergasi kerana kebanyakannya telah dijinakkan oleh kakitangan kami yang terlatih," katanya ketika ditemui di Wildlife Park di Belanga Pecah, di sini baru-baru ini.

Alor Setar - Bergantung tabung oksigen nyawa kedua


Mohd Sofee terpaksa bergantung kepada tabung oksigen 24 jam sehari  
Mohd Sofee terpaksa bergantung kepada tabung oksigen 24 jam sehari

ALOR SETAR - Kehidupan seorang lelaki di Kampung Tengku, Jalan Putra di sini, kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tabung oksigen yang dianggap sebagai nyawa keduanya.

Mohd Sofee Mohamad Ismail, 37, berkata, dia tidak boleh berenggang lama daripada mesin bantuan pernafasan itu memandangkan menghidapi penyakit paru-paru kronik sejak 13 tahun yang lalu.

“Paling lama saya mampu keluar rumah tanpa tabung oksigen hanyalah lebih kurang sejam. Itu pun sentiasa perlu perhatikan jam supaya tidak terlebih masa.

“Kalau saya terlepas pandang masa ditetapkan, akibatnya saya tidak dapat bernafas. Andai mesin berhenti, sememangnya nyawa saya terancam,” katanya kepada Sinar Harian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...