TERKINI :

Saturday, September 6, 2014

Jika PKR muka tak malu bertandinglah di PRK PENGKALAN KUBOR

Beri peluang calon Pas bertanding

Parti PAS
PENGKALAN KUBOR - Penyokong Pas mendesak pimpinan PR supaya memberi laluan kepada Pas meletakkan calonnya bertanding pada PRK Dun Pengkalan Kubor dalam misi menawan kubu BN itu.

Bagi mereka, hanya calon Pas yang mampu merampas kerusi Dun berkenaan berikutan kemerosotan PKR yang kalah dua penggal berturut-turut pada PRU 2008 dan 2013.

Wan Abdullah Wan Ahmad, 67, berkata, bagi peluang kepada calon Pas untuk bertanding kali ini kerana hanya calon Pas yang berwibawa menawan kubu BN di Dun Pengkalan Kubor.

“Jika calon PKR diletakkan di kerusi Dun Pengkalan Kubor ini, saya tidak akan memberi sokongan,” katanya.

Bagi Rozali Mohamad, 61, kerusi Dun itu wajar diberikan kepada Pas berikutan kekalahan dua penggal PKR di Dun ini.

Apakata ambil KHALID IBRAHIM jadi CEO MAS..!!

Abdul Khalid Ibrahim calon terbaik pulihkan MAS

Khalid Ibrahim
PENGAMBILALIHAN Guthrie oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang telah dirintis oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.

Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor.

Guan Eng mintak nak UMNO Penang buktikan PPS dapat bajet RM1.5b, jika benar dia akan letak jawatan

Guan Eng nafi salur RM1.5b untuk PPS

 
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan.

"Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?

"Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.

PKR dan DAP yang minta PAS pujuk Ku Li, kata Hadi

Bukan PAS yang jumpa dan ajak Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gambar fail The Malaysian Insider.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Sebelum nie MUKTAMAR PAS di "permainkan", kini tiba giliran PESTA KLUANG pula..!!

Tunda kelulusan Pesta Kluang atas alasan politik

KLUANG: Pesta Kluang dianjur oleh parti politik, demikianlah alasan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) untuk melengah-lengahkan proses kelulusan permohonan tapak Pesta Kluang, anjuran Pusat Komuniti Kluang (KCC).

Perkara tersebut telah menyulitkan kerja-kerja persediaan awal KCC dalam menjayakan Pesta Kluang yang akan berlangsung tidak sampai 10 hari lagi dari sekarang.

Walaupun KCC telah menyerahkan surat pemohonan kepada MPK dan telah melakukan pelbagai susulan sepanjang tiga bulan terakhir ini, namun masih gagal mendapat kelulusan.

Adun Mengkibol, Tan Hong Pin berkata, pihak penganjur telah menyerah pemohonan kelulusan kepada MPK pada 24 Jun 2014 yang lalu, tetapi permohonan tersebut tidak mendapat respons yang positif.

“Keadaan ini ternyata telah mensia-siakan masa kami. Walaupun saya telah hadir untuk berunding dengan MPK, pegawai MPK mencadangkan agar kami tidak menggunakan premis MPK dengan alasan kami adalah dari organisasi parti politik pembangkang.

Lagi RM180juta dilaburkan untuk mengesan #MH370

Malaysia, Australia akan sumbang AU$60 juta untuk kesan pesawat MH370

Presiden Australia Tony Abbott menyatakan komitmen untuk menyumbang AU$60 juta (RM180 juta) dalam usaha mengesan lokasi pesawat MH370 dengan menggunakan teknologi paling canggih yang ada pada sidang media di Putrajaya, hari ini. – Gambar Reuters, 6 September, 2014.
Presiden Australia Tony Abbott menyatakan komitmen untuk menyumbang AU$60 juta (RM180 juta) dalam usaha mengesan lokasi pesawat MH370 dengan menggunakan teknologi paling canggih yang ada pada sidang media di Putrajaya, hari ini. – Gambar Reuters, 6 September, 2014.

Malaysia dan Australia menyatakan komitmen untuk masing-masing menyumbang AU$60 juta (RM180 juta) dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai "berakhir" di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada fasa baharu pencarian di dasar laut bagi pesawat itu di kawasan terpencil lautan itu.

"Ia akan menggunakan teknologi paling canggih yang ada," katanya dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pejabat perdana menteri Malaysia itu di Putrajaya hari ini.

Hadi dedahkan kenapa beliau tidak terima Wan Azizah jadi MB Selangor

Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.

“Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

“Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan,” kata Abdul Hadi lagi.

Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.


Hadi guna kuasa "budi bicara" sendiri hantar 3 nama kepada Tuanku

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpegang kepada pendirian bahawa tindakannya memberi nama calon menteri besar Selangor tanpa merujuk kepada Jawatakuasa PAS Pusat adalah benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2014.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpegang kepada pendirian bahawa tindakannya memberi nama calon menteri besar Selangor tanpa merujuk kepada Jawatakuasa PAS Pusat adalah benar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan beliau menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan perlembagaan PAS ketika menghantar nama calon menteri besar Selangor baru-baru ini.

"Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan.

"Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden," kata Hadi.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam sesi taklimat khasnya dengan ahli dan pemimpin PAS Terengganu di sebuah dewan terbuka di perkarangan Masjid Rusila pada Khamis.

PasMa mungkin jadi pencetus parti baru

 
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.

"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah,” katanya kepada Malaysiakini.

Abdul Hadi yang kurang diplomasi dalam isu ada parti baru akan ditubuhkan dari serpihan PAS

KEROPOK LEKOR

Sejak kelmarin berkicauan berita kononnya akan wujud sebuah parti baru yang akan menjadi alternatif kepada Pas. Siapa empunya cerita dan menjadi tukang bari walahualam. Tetapi kemunculan berita wujud parti baru itu bertunas apabila apa dinamakan satu pertemuan di Kota Bharu pada 31 Ogos lalu. Pertemuan itu bertujuan menubuhkan, atau mengistyharkan penubuhan sebuah NGO bernama PasMa. Sedap juga namanya.

Tujuan penubuhan PasMa adalah sebagai menjadi penghalang kepada usaha pihak-pihak tertentu daripada membawa Pas bekerjasama dengan Umno. PasMa dikatakan akan jadi benteng kepada usaha itu. Kenapa sampai perlu ada PasMa dan kenapakah perlu dihalang?

Apabila diwujudkan sebuah Ngo menjadi penghalang ertinya ada usaha gigih tanpa jemu dan penat lelah untuk membawa Pas berkerjasama dengan Umno. Penubuhan PasMa itu mendedahkan bahawa Pas dalam berkucah dan berbalah dan mengesahkan Pas sedang dievolusikan.

Bukan maksud saya hendak menceritakan fasal PasMa ini, tetapi ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang apabila menjawab pertanyaan berhubung dengan kewujudan PasMa yang didewa-dewakan menjadi parti alternatif kepada Pas itu. Saya perlu menjelaskan sebab kenyataan presiden Pas itu tidak melambangkan ianya suatu pandangan profesional.

Cukup-cukuplah, kuatkan PAS, Pakatan

ZULKIFLI YAHAYA | 05 September 2014.

SUASANA sangat tidak menggembirakan para pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara apabila kita dipaksakan dengan satu babak konflik politik yang berpanjangan.

Seluruh mata bertumpu kepada karenah para pemimpin Pakatan. Isu besar di mata rakyat bukan siapa layak jadi Menteri Besar Selangor. Tidak juga isu berkaitan para pemimpin Pakatan, sikap, ketegasan, toleransi atau apa-apa yang berkaitan dengan hukum hakam. Di mata rakyat, isunya ialah keupayaan Pakatan mengurus konflik. Ahli akademik tidak perlu membuat kajian lapangan untuk mencerap berjaya atau gagal Pakatan mengurus konflik. Dengan sebelah mata kasar, semua pihak boleh membuat kesimpulan berasaskan persepsi bahawa konflik telah gagal diurus! Tempoh mengurus konflik telah melepasi tarikh luput.
Musuh politik Pakatan, BN sangat berharap konflik ini terus berpanjangan. Mudah mereka memberitahu rakyat, “Tengok, baru perintah negeri sudah kelam kabut, macam mana nak perintah negara.” Persepsi itu mampu terpahat kukuh di pemikiran rakyat kerana ia berserta bukti.

Bahaya yang menanti ialah persepsi itu yang akan dibawa ke hadapan untuk diterjemahkan di peti undi dalam pilihan raya.

Buku pengkaji Perancis dedah kaitan Pekida dengan Umno

Buku terbaru ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan seperti Pekida wujud untuk membantu Umno terus berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.
Buku terbaru yang ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan berasaskan kaum seperti Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah SeMalaysia (Pekida) wujud untuk memberi bantuan kepada parti pemerintah Umno supaya terus berkuasa.

Dalam buku berjudul "Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People", pengkaji politik Sophie Lemiere menulis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pekida khususnya adalah ‘militan sukarela’ di mana tindakan dan arah tuju mereka demi kepentingan parti pemerintah.

Lemiere menjelaskan militan sukarela ini ialah percaturan rahsia politik di mana watak politik - sama ada parti politik, kerajaan atau ahli politik - menugaskan individu atau kumpulan mengambil sesuatu tindakan demi kepentingan mereka sendiri.

Tindakan tersebut boleh jadi sah atau tidak sah, berbentuk sokongan, atau demonstrasi atau mungkin juga menggunakan kekerasan.

Buku tersebut, kompilasi karangan pelbagai penulis dan Lemiere berperanan sebagai penyuntingnya, mengandungi satu bab yang ditulisnya sendiri iaitu bertajuk "Gangsta and Politics in Malaysia".

Inilah sebabnya TG Hadi boleh pie kawteem dengan Azmin..!!

'Tawaran pada Azmin kerana PAS takut dikhianati'

 
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata, presiden parti itu membuat tawaran kepada Azmin Ali untuk menyertai PAS kerana bimbang PKR akan melakukan “pengkhianatan lebih besar” kepada parti Islam tersebut.

Jelasnya, Hadi bimbang PKR akan membentuk kerajaan baru di Selangor tanpa penyertaan PAS.

Katanya, menurut kaca mata Hadi, keadaan itu mungkin berlaku apabila presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah membentuk kerajaan baru melalui sokongan majoriti 30 ADUN, termasuk dua wakil rakyat PAS.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini, Khalid berkata jika keadaan itu berlaku, ia bakal mengundang kemarahan orang Melayu apabila terbentuk "kerajaan Melayu minoriti" di Selangor.

"Kalau dia (ADUN PAS) sanggup mengkhianati atau PKR sanggup mencuri ahli PAS (ADUN) untuk nak cukup 30 ahli, maka beliau khuatir pengkhianatan yang lebih besar berlaku...

Nama Pun Berpakat - Mesti ada yang setuju dan tidak setuju

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

[Video] Presiden PAS : Dialog & Penjelasan Isu Terkini di Rusila

siri 1


siri 2


Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

PAS dulu sikit-sikit Tunggu Mesyuarat, kini keputusan main langgar & pakai dalam gelap aja..!!

Dulu Sikit-Sikit Tunggu Mesyuarat, Akhirnya Keputusan Dalam Gelap Juga Dipakai

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/pas_mesyuarat.jpg
Tembelang dan isi hati sebenar Pas dalam isu pencalonan Menteri Besar Selangor semakin terserlah. Jika dulu Pas kerap membuat U turn setiap kali bermesyuarat, kali ini Pas main langgar saja dengan mengemukakan calon-calon Menteri Besar sebagaimana yang diminta oleh Sultan Selangor tanpa sebarang mesyuarat.

Senarai calon yang dikemukakan tanpa mesyuarat itu pula sampai dua kali. Kali pertama, sebagaimana yang dilaporkan oleh banyak media, senarai tiga calon itu dikemukakan terus melalui pejabat Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengandungi nama tiga Adun Pas iaitu Iskandar Samad, Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Senarai kedua, juga dihantar melalui pejabat Haji Hadi ialah Dr Idris Ahmad dan Yaakob Sapari daripada PKR dan Iskandar Samad daripada Pas sendiri.

Kalau dulu sikit-sikit tunggu mesyuarat baru hendak buat keputusan. Dalam isu Menteri Besar ini saja sudah banyak kali Pas bermesyuarat, malah ketika Majlis Pimpinan PR memutuskan hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dihantar kepada pihak istana sedangkan nama Azmin turut dicalonkan sama, seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki telah menyelar wakil Pas dalam Majlis Pimpinan PR itu sebagai "ayam daging" kerana bersetuju tanpa banyak soal dengan ketetapan itu sedangkan menurut beliau, mereka sepatutnya menangguhkan dahulu sehingga Pas bermesyuarat sekali lagi mengenainya.

Muslihat politik PAS tidak boleh diterima

Tidak diketahui siapakah yang menjadi dalang sehingga terlepasnya satu surat yang tidak diketahui oleh kepimpinan tertinggi PAS mencalonkan nama Iskandar Samad, Sallehen Mukhyi dan Yunus Hairi sebagai MB baharu Selangor.

Media hanya diberitahu surat itu dihantar melalui seorang Exco Pemuda PAS bersama seorang kerabat diraja Selangor. Surat tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin kanan PAS sehingga surat kedua dihantar secara rasmi mengandungi nama Dr Idris Ahmad, Dr Yaakob Sapari dan Iskandar Samad sebagai calon MB.

Masalahnya, surat pencalonan MB pastinya ditandatangani oleh Presiden PAS Hadi Awang supaya ia sah dan boleh dipertimbangkan sultan. Adakah Hadi terlibat dalam menandatangi surat pertama itu? Jika terlibat maka kewibawaannya dalam parti telah hancur.

Pada 17 Ogos, dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Hadi sendiri mencadangkan nama Wan Azizah dan Azmin. Sewajarnya Hadi berpegang pada janji untuk menamakan mereka berdua sebagai calon MB. Namun apabila nama kedua-duanya diganti dengan nama lain maka Hadi telah melanggar janji.

Peristiwa besar ini menambah kecurigaan rakan PR terhadap PAS. Adakah PAS sengaja ingin mencetuskan kekecohan agar komponen lain memecat parti itu dari PR?

Kerajaan PAS-Umno di Selangor, tapi Umno buli PAS di Johor

Puak Unity Government (UG) dalam PAS yang ingin menubuhkan kerajaan campuran PAS - Umno di Selangor harus sedar diri sebelum terlambat.

Sebelum ini, mereka menganggap bersekutu dengan Cina DAP dan Melayu PKR tidak mendatangkan kebaikkan. Oleh itu, apabila berlaku krisis kepimpinan di Selangor puak UG berpendapat adalah lebih baik mereka bersekutu dengan Umno bagi meneruskan kerajaan MB Khalid Ibrahim di negeri itu.

Puak-puak ulama yang sering kali diingtakan oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz agar jangan dipatuk dua kali ini kelihatannya seronok untuk dipatuk berkali-kali.

Kali ini Umno Johor telah mematuk mereka. PAS mencuba untuk bermuktamar di Johor dengan harapan Umno akan  berlembut kerana mereka berjasa menyokong Khalid Ibrahim di Selangor. Dengan berlanjutannya kemelut politik Selangor, Umno berjaya mengkayakan kroni di Selangor menerusi pembinaan loji Langat 2 dengan kos RM2 – RM5 bilion.

Hentikan perbelanjaan mengarut & melampau demi selamatkan MAS

Menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerja MAS tidak akan menyelesaikan masalah selagi syarikat tersebut tidak ditadbir oleh pengurusan yang betul.
mas_khazanah_300
PUTRAJAYA: Penyatakan pandangannya tentang isu MAS, aktivis terkenal, Chegubard mengatakan bahawa syarikat ini adalah sumber bagi kelompok tertentu dalam meraih kepentingan.

“Sebab itu akhirnya, MAS ini akan tetap diselamatkan juga. Macam mana nak selesai, kalau tender katering MAS untuk tempoh lebih 30 tahun, mereka tekan harga sehingga RM 45 ( satu hidangan). Pernah satu ketika dahulu, seorang chef terkenal menggelarkan nasi lemak MAS sebagai nasi lemak telanjang.

“Disebabkan perbelanjaan melampau sebegini, saya rasa ia perlu dihentikan segera. Baru kita boleh selamatkan MAS.

“Kamu buang 6,000 pekerja MAS, ia tidak akan menyelesaikan masalah selagi MAS tidak ditadbir oleh pengurusan yang betul,” katanya.

Pemimpin pun dok jaga tokey aja, mai rakyat marhain kat bawah sapa pun tak peduli

KERAJAAN TAK KISAH KESUSAHAN RAKYAT BAWAHAN
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

"TPM gesa penggiat industri getah peluas pasaran"

1) Cakna sungguh TPM kepada penggiat industri getah. Suruh perluas pasaran bagai... Penggiat industri getah ini siapa? Tentulah pengilang produk berasas getah, syarikat-syarikat yg memasarkan barangan berasas getah, pelabur-pelabur yang makan tidur atas keuntungan jualan getah dan sebagainya.

2) Sudah tentu 'penggiat industri getah' bukan bermaksud penoreh getah. Penoreh getah nak perluaskan pasaran kepada siapa? Penoreh rata-rata mengeluh dengan harga getah yg rendah. Orang tengah dan para penggiat industri getah dapat meraih untung berganda dengan harga getah yg rendah. Tiada masalah pun untuk meluarkan pasaran.

3) Inilah dasar kerajaan yg mengabaikan kesusahan rakyat bawahan. Petani, penoreh getah, nelayan yg bekerja kecil-kecilan ini tidak dipandang, sebab tidak memberi untung kepada negara. Mereka ini kalau tak bayar cukai pun kerajaan tak hairan... (tapi dipaksa bayar cukai juga).

Awas !! Kerang beracun..boleh mati jika makan..

Kerang sekitar Pelabuhan Kuantan dicemari toksin, boleh sebabkan kematian

http://yhu2nk401.files.wordpress.com/2012/12/kerang.jpg 

KUANTAN: Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang di sekitar Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelam, dekat sini mengandungi toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) yang boleh menyebabkan kematian kepada individu yang memakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas memakan tiram di pelabuhan itu pada 1 Ogos lalu.

Katanya, keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) per 100 gram.

Laporan awal siasatan MH17 disiar di laman web OVV

INFO KESIHATAN :
LAYARI www.safetyboard.nl untuk laporan awal MH17 mulai jam 4 petang.

KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan mengenai tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) akan disiarkan menerusi laman web agensi berkenaan, 9 September ini.

Ia boleh dilayari menerusi www.safetyboard.nl mulai jam 4 petang, waktu tempatan.

Belanda menjadi pihak bertanggungjawab dalam menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan yang dikatakan ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu.

Nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang dan kru termasuk 193 rakyat Belanda.

Sehingga ini, ramai yang mempertikaikan punca nahas dengan negara Barat meletakkan kesalahan itu kepada kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Russia, manakala Moscow pula menyalahkan Kiev.

Aduh... sakitnya kepala..!

Apabila sakit kepala, lebih-lebih lagi migrain menyerang, tidak banyak yang mampu dilakukan. Serangan migrain tanpa mengira tempat dan waktu pasti membuatkan segala aktiviti yang dirancang tergendala.

Punca migrain melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Dalam erti kata lain, ia berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami migrain adalah apabila timbul rasa berdenyut-denyut di sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan mata. Selain itu, pandangan akan menjadi kabur sehingga boleh menyebabkan pitam.
Tekanan fizikal atau emosi juga boleh menyebabkan migrain selain waktu tidur yang tidak teratur serta sering terdedah kepada asap rokok. Menahan lapar untuk jangka masa lama dan memakan makanan seperti coklat, keju, kopi atau jeruk serta makanan yang mengandungi MSG juga boleh menyebabkan serangan migrain.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...