TERKINI :

Friday, September 5, 2014

PKR Perlu Calonkan Azmin Secara Rasmi

Shahbudin Husin, 


PKR dilaporkan sudah menerima jawapan daripada Istana Selangor malam tadi berhubung pencalonan jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Dalam jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution malam tadi juga tetapi kemudiannya ditarik balik atas alasan ada beberapa maklumat lain perlu dimasukkan, sesuatu yang jelas ialah Sultan Selangor tetap mahukan PKR menamakan lebih daripada seorang calon untuk baginda membuat pilihan.
PKR dan DAP sebelum ini hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail manakala Pas pula sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali akan mengemukakan dua nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat pada 17 Ogos lalu.
Jawapan daripada Istana yang dilapor mahukan PKR mengemukan dua nama memberi pelbagai maksud. Pertama, ia mungkin bererti baginda menolak Dr Wan Azizah dan mahukan calon lain. Kedua, mungkin Sultan belum menolak nama Dr Wan Azizah tetapi sekadar mahukan PKR mematuhi titah baginda sebelum ini yang mahukan setiap parti mengemukakan dua nama.

Presiden Pas ikrar afidavit di mahkamah berkaitan saman calon PKR dengan pil kuda

Presiden Pas ikrar afidavit

Abdul Hadi (dua kanan) bersama penyokongnya ketika hadir ke Kompleks Mahkamah, di sini, semalam  
Abdul Hadi (dua kanan) bersama penyokongnya ketika hadir ke Kompleks Mahkamah, di sini, semalam

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengikrarkan afidavit di Kompleks Mahkamah di sini, semalam, bagi menyokong satu permohonan yang akan diserahkan kepada peguam Mohd Shamsul Mat Amin, bekas calon Bukit Besi, berhubung kes saman RM2 juta terhadapnya.

Abdul Hadi hadir bersama peguam Saifuddin Othman dan beberapa penyokongnya. Namun, isi kandungan permohonan itu masih dirahsiakan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya.

AKTA HASUTAN 1948 : Apabila SHAHIDAN KASSIM kantoi dengan NAJIB..!!




Bolehkan PRESIDEN PAS di ambil tindakan tatatertib mengikut perlembagaan PAS..?

http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/07/pas.jpg
Majlis Syura Ulama beri contoh tak baik pada PAS
Bismillahirrahmanirrahim.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) dalam mesyuarat 17 Ogos 2014 memutuskan seperti berikut :

a) Sebagaimana yang dipertegaskan sebelum ini, PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

b) Empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

c) PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor. Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah (1) YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), dan (2) YB Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR).

Keputusan tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan dibaca di dalam sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Keputusan ini tidak pernah dibatalkan atau dipinda pada bila-bila masa walaupun JKPP bermesyuarat sekali lagi pada 25 Ogos 2014 di mana dalam mesyuarat sudah diputuskan keputusan 17 Ogos 2014 kekal dan seterusnya menyerahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku Sultan untuk memilih siapa pengganti menteri besar Selangor.

Jangan terlebih campuri urusan PAS - Naib Presiden

HARAKAHDAILY |

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily Hari ini.

Beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.

Penganalisis: Cara politik Pas 'ketinggalan'

Dr Mohammad Agus Yusoff  
Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Antara MAJLIS SYURA & MUKTAMAR, Siapa lebih berkuasa dalam PAS?

http://4.bp.blogspot.com/_AF9du5kZ_Rk/TF2LSxVtMSI/AAAAAAAAAP0/f6NKiE7rbbk/S305/bendera-pas.jpg

KEKUASAAN TERTINGGI DI DALAM PAS MENGIKUT PERLEMBAGAAN.
15 August 2014 at 12:09 | Zulhazmi At-Takanan

SIAPA LEBIH BERKUASA DI DALAM PAS, MUKTAMAR ATAU MAJLIS SYURA ULAMAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN PAS.

Rujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Peruntukkan Fasal 7 (1) ini mempunyai dua (2) aspek iaitu :-

a) Berkaitan Hukum rujukan tertinggi iaitu Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul (Hadith), Ijmak Ulamak serta Qias yang terang dan nyata.

b) Berkaitan kekuasaan PAS iaitu Muktamar Tahunan.

Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.

Fasal 7 (2) juga jelas bahawa segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.

Itu jelas.

Apa pula kedudukan Majlis Syura Ulamak (MSU)?

MSU ditubuhkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang telah meminda Perlembagaan PAS dengan memasukkan Fasal 8 iaitu Majlis Syura Ulamak.

Che'GuBard & SAMM berjumpa Ahmad Maslan di Pej Kem. Kewangan Putrajaya

Sesi selepas diskusi cadangan Belanjawan 2015 dan kenyataan penuh SAMM selepas pertemuan SAMM telah diberi ruang untuk satu sesi bertemu Kementerian Kewangan bagi membentangkan cadangan anak muda akar umbi menjelang Buget 2014.

Maklumat Sebelum Ini :


5 Sept 2014 (esok) 11.45pg
Ting.11, Pejabat Kem.Kewangan, Putrajaya

che'GuBard bersama deligasi SAMM akan membentangkan cadangan dan bertukar pandangan dihadapan YB Dato Ahmad Maslan dan Pegawai2 Kementerian Kewangan.

Sidang media 12.15 tghari. Semua media dijemput.
Pertanyaan 0129781707


Kronologi LANGKAH KAJANG untuk menukar MB Selangor dari mula hingga ke hari ini..!!

http://mk-cdn.mkini.net/793/ff2de79ebb8a7ecd8c648bf2459ab988.jpg

27/2 dengan perletakkan jawatan ADUN KAJANG....dan anwar diangkat jadi calon...tetiba kes mahkamah beliau diawalkan dan beliau didapati bersalah maka diganti dgn Azizah...

23/3 Azizah menang PRK DUN KAJANG

21/7 PKR umum Azizah akan ganti Khalid lalu depa pie tanya PERSETUJUAN PAS & DAP macamana boleh terima atau tak...?

25/7: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

01/8: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

01/8 : PAS sekali lagi menegaskan parti itu tidak pernah menyatakan persetujuan terhadap keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu hanya menerima maklum cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Katanya, pendirian parti hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 10 Ogos ini yang dijangka dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahkamah putuskan Beng Hock tidak bunuh diri

Keluarga dan rakan mendiang Teoh Beng Hock dalam satu majlis memperingati kematiannya, baru-baru ini di Kuala Lumpur. Gambar fail The Malaysian Insider.
Keluarga dan rakan mendiang Teoh Beng Hock dalam satu majlis memperingati kematiannya, baru-baru ini di Kuala Lumpur. Gambar fail The Malaysian Insider.
Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Teoh Beng Hock 5 tahun lalu, dengan memutuskan “seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya”.

Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer menyampaikan penghakiman berasingan.

Mah berkata, koroner dan Mahkamah Tinggi khilaf dalam undang-undang yang digunakan hingga menyebabkan kesilapan bukti.

Katanya, sepatutnya ialah keseimbangan kemungkinan dan bukan melampaui keraguan munasabah, menambah seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya.

Keputusan yang tidak ada duluan itu mungkin memaksa polis membuka semula siasatan kematian Teoh.

Sampai PENGARAH KASTAM pun rasuah, apa nak jadi dengan Malaysia..!!

Operasi SPRM: 24 termasuk 12 pegawai Kastam ditahan, 207 akaun dibekukan

Susulan pemantauan selama lebih setahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket terbesar penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion.

Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion.

Semalam, SPRM membuat tangkapan ke atas seramai 24 individu termasuk 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat. Selebihnya merupakan 12 anggota sindiket dan mereka ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pegawai-pegawai Kastam yang ditahan berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah seorang darinya adalah pengarah negeri.

Dua daripada mereka merupakan "Datuk".

“Hasil operasi besar-besaran ini, SPRM telah merampas dan menyita wang rasuah bernilai lebih kurang RM3 juta, 207 akaun bank milik individu dan syarikat dibekukan, 10 kenderaan mewah yang disyaki hasil wang rasuah, gudang arak dan rumah kedai. Nilai sebenar masih tidak dapat diperolehi,” kata beliau pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Kesemua mereka ditangkap di kawasan Lembah Klang dan Ipoh, Perak. SPRM mengesyaki wujud elemen rasuah melibatkan pegawai-pegawai agensi penguat kuasa.

Royalti: Rakyat usah tertipu helah Umno

ASLANI M | 04 September 2014.

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan termasuk pengundi di Pengkalan Kubor tidak seharusnya tidak tertipu mainan silap mata pemimpin Umno yang berterusan menafikan wang royalti hasil petroleum.

Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman berkata, apa yang diperjuangkan rakyat Kelantan ialah royalti dan bukannya wang ihsan yang tidak mempunyai sebarang asas perundangan.

“Kami rakyat ada maruah yang bukannya mengharap belas ihsan semata-mata. Apa yang kami perjuangankan adalah jelas mengikut undang-undang dan perjanjian.

“Jika kerajaan pusat memberi wang ihsan berapa puluh juta sekali pun, ia tidak akan menjejaskan perjuangan rakyat Kelantan menuntut hak sebenar,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, wang ihsan berjumlah RM50 juta setahun bakal dikongsi bersama Majlis Agama Islam Kelantan.

Akta Hasutan 1948 - Apabila MENTERI menipu & NAJIB pelupa..!!!

Anda dengar sendirilah video, apa yang dikatakan oleh NAJIB ini dan bandingkan dengan apa yang dikatakan oleh MENTERI pula...



Sumber : KLIK SINI

Pemuda Pakatan Rakyat - Siapapun calon Pengkalan Kubor , yang penting Umno ditewaskan

KOTA BHARU: Pemuda Pakatan Rakyat tidak mahu isu calon pada Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor menjadi masalah kepada kerjasama antara PKR dan PAS.

Bagi mereka, parti mana sekalipun yang dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk bertanding di situ, mereka akan memberi sokongan penuh.

Penegasan itu dibuat Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Baharuddin ketika mengunjungi Pemuda PAS Kelantan semalam.

"Soal calon yang bakal bertanding sama ada dari PAS atau PKR tidak penting, kerana sasaran sebenar yang perlu dikalahkan ialah Umno dan BN.

“Saya yakin majlis pimpinan Pakatan Rakyat, Majlis Presiden akan membuat keputusan yang terbaik demi memastikan kemenangan calon Pakatan pada PRK nanti,” ujarnya.

Mustafa dan Saifuddin elok berundur dari menjadi S/Usaha Agung..!!

SUSUPAN PAGI                                                                                    

Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung kemelut dalam politik di Selangor sungguh tidak menggambarkan profesional mereka sebagai jurucakap parti. Kebusukan kemelut di Selangor menjadi bertambah hanyir dengan kenyataan-kenyataan mereka yang tidak konsisten, mengelirukan dan penuh dengan sifat "belut menjadi keli, keli menjadi belut" atas berkepentingan sendiri.
Mustafa Ali
Saifuddin Nasution Ismail
Saya tidak mahu merujuk kepada kenyataan atau sikap mereka sebelum ini yang saya rasa sudah dirasai oleh semua orang, tetapi mengambil dengan apa yang terbaru mereka lalukan. Kenyataan dan sikap mereka menjelaskan atau memberi gambaran siapa mereka sebenarnya.

Misalnya kenyataan Saifuddin Nasution Ismail mengenai surat daripada Istana Selangor sangat memalu dan mencurigakan.

Sebaik pihak PKR menerima surat dari istana itu Saifuddin membuat kenyataan (tafsiran) yang Sultan Selangor tidak menolak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik menjadi MB Selangor. Mustahil beliau tidak menatap isu surat berkenaan dan memahami isi kandungan.

Sebagai seorang Setiausaha bukan sahaja harus nampak bijak tetapi perlu benar-benar bijaksana. Beliau juga perlu cekap dan mempunyai sedikit ketelusan berbanding dengan orang lain. Sebab Setiasauaha adalah nadi kepada organisasi. Kenyataan atau kata-kata yang keluar dari rahang Setiausaha Agung ia menggambarkan kata-kata rasmi dan arahan daripada parti.

Nama Calon MB : Ada "HANTU" dalam PAS buat kerja tanpa menggunakan keputusan mesyuarat..!!

MB Selangor: PAS Pusat terpinggir dalam pencalonan terbaru, kata Mat Sabu

PAS Pusat tetap dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pada 17 Ogos untuk mencalonkan presiden dan timbalan presiden PKR dalam krisis menteri besar Selangor, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Gambar fail The Malaysian Insider.
PAS Pusat tetap dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pada 17 Ogos untuk mencalonkan presiden dan timbalan presiden PKR dalam krisis menteri besar Selangor, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Mohamad berkata, perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

Awas Dengan Kemunculan 'Golongan Baru' Dalam PAS - Khalid Samad

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2014/01/c.jpg
Bagi saya, sebagai seorang yang telah berada dalam PAS selama 30 tahun lebih, saya melihat PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah di hadapi sebelum ini. Saya sebenarnya lebih selesa berhujjah dari melabel mana-mana kumpulan sekalipun. 

Walaubagaimanapun saya terpaksa berbuat demikian setelah melihat munculnya golongan baru, yang tidak diketahui secara tepat kefahaman mereka berhubung kaedah dan pendekatan perjuangan PAS dalam membawa mesej Islam. 

Mereka merupakan muka baru yang muncul kebelakangan ini, iaitu pada tahun-tahun akhir 90an dan awal 2000. Tindakan mereka dilihat tersusun dan mengikuti strategi tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu.

Matlamat disebalik strategi yang sedang dilaksanakan adalah supaya pendekatan inklusif yang diguna-pakai sekian lama oleh PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama' akan ditukar dengan pendekatan yang lebih syadid dan tertutup. Ke arah tercapainya matlamat ini maka beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka. Saya menamakan strategi ini ‘Langgar Golongan Profesional’.

LANGKAH PERTAMA STRATEGI ’LANGGAR GOLONGAN PROFESIONAL’

Langkah pertama mereka adalah menaikkan panji 'kepimpinan ulama' yang mana maksud dan tafsirannya adalah terpesong dari kefahaman asal golongan yang memperjuangkannya, termasuk diri saya sendiri.

Matlamat dari kefahaman asal tercapai dengan penubuhan Majlis Syura Ulama yang memantau perjalanan Parti untuk menentukan parti tidak terkeluar dari landasan syariat. Kefahaman ini memberi ruang yang begitu luas bagi semua yang ingin memperjuangkan Islam untuk menyertai PAS dan berperanan diperingkat perlaksanaannya, termasuk golongan profesional dan aktivis masyarakat. Maka cogan-kata "gandingan ulama' dan profesional" sering kedengaran pada zaman itu.

PAS Pahang cari Mohd Shaiful yang jadi kepala demontrasi tempohari..!!

TEMERLOH: "Jika mereka 'gila publisiti' dan nak 'wang segera' carilah jalan lain, bukan dengan menyamar sebagai ahli PAS," Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berhubung tindakan sekumpulan 20 orang yang mendakwa ahli PAS mengadakan demo di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebagai membantah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan isu Menteri Besar (MB) Selangor, Isnin lepas.

Kumpulan pemuda yang diketuai Mohd Shaiful Abdullah itu mendakwa mewakili rakan politik dari Rompin, Kuantan, Kuala Lipis, Temerloh dan beberapa kawasan lain di negeri ini yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Saya dan rakan-rakan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lelaki ini (Mohd Shaiful). Ingat, teknologi sekarang menyebabkan dunia semakin sempit, identiti anda akan diketahui juga nanti,” ujar Suhaimi lagi.

Beliau mengesahkan kumpulan itu bukan ahli PAS tetapi pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan tertentu.

Raih syurga dengan sedekah

Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR

SEDEKAH merupakan pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada insan yang memerlukan. Ia dilakukan untuk meraih keredaan dan ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah ta'ala. Sedekah juga menjadi salah satu amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana amalan-amalan sunat yang lainnya.

Islam bukan sahaja mengajar kita mendekatkan diri dengan-Nya melalui amal ibadah yang khusus seperti solat dan berpuasa. Islam juga mendidik kita mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui amal kebaikan kepada sesama manusia antaranya dengan bersedekah. Allah SWT menyeru hamba-hamba-Nya untuk bersedekah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya menjelaskan maksud ayat ini bahawa Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk menginfakkan sebahagian daripada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada jalan kebaikan. Ini tidak lain agar ia menjadi pahala sedekah itu tersimpan di sisi Allah SWT. Ini kerana apabila tibanya hari akhirat kelak, semua harta yang melimpah ruah tidak ada nilainya lagi. Seseorang tidak mungkin dapat menebus kesalahan dirinya ketika hidup di dunia meskipun dengan harta yang memenuhi bumi.

Nilai pemberian

Sedekah tampak remeh di mata sebahagian masyarakat namun di sisi Allah ia amalan yang begitu besar ganjarannya. Mungkin sahaja nilai pemberian kita itu kelihatan kecil di mata, namun ia mampu membuahkan pahala yang tak terhitung banyaknya. Allah SWT menyebutkan secara ringkas gambaran pahala mengeluarkan harta di jalannya dengan firman-Nya yang bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (al-Baqarah: 261)

Kadang-kala keengganan untuk bersedekah atau mengeluarkan harta di jalan Allah bukan disebabkan kerana tidak punya harta tetapi disebabkan perasaan takut harta yang dimiliki berkurang, rugi dan pelbagai sangkaan buruk yang dibisikkan oleh syaitan. Gambaran ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut), sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya. (al-Baqarah: 268)

#PENULIS sedang mengikuti Pengajian Islam Kontemporari di Kuliyyah Islamiyyah 'Alamiyyah, Gombak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...