TERKINI :

Sunday, August 31, 2014

57 tahun merdeka, pengisiannya masih tempang

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pengisian kemerdekaan negara ini sepanjang 57 tahun masih tempang dan gagal.

Beliau yang berucap pada sambutan ambang kemerdekaan semeana 40 tahun PAS Wilayah Persekutuan berkata, kerajaan masih gagal menjadikan negara ini dalam keadaan yang terbaik walaupun 57 tahun merdeka.

"57 tahun kita masih tempang, mana pengisian sebenar. Pentadbiran yang gagal sehinggakan sampai sekarang kita tidak mengetahui hak sebagai rakyat.

"Pada awal kemerdekaan kita memikirkan tentang pengisian, pembangunan negara dan hala tuju tetapi itu tidak berlaku sepenuhnya.

"Masa depan yang menyimpang dari asas merdeka yang betul," ucap beliau pada majlis yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Apa sewajarnya berlaku di dalam krisis MB Selangor ini

Oleh Aziz Bari

Saya yakin krisis Menteri Besar Selangor yang berlanjutan sehingga ke hari ini tidak akan berlaku sekiranya pihak-pihak yang terbabit – termasuk pihak Istana, ahli politik dan media – menurut langkah, iaitu undang-undang yang termaktub di dalam peruntukan serta semangat Perlembagaan.

Kita perlu ingat bahawa peruntukan ini menggunapakai konvensyen perlembagaan Westminter kerajaan British. Kerana itulah Suruhanjaya Reid memberitahu kita agar melihat kepada amalan berkurun lama di negara itu di dalam laporannya, yang dilampirkan bersama-sama deraf akhir Perlembagaan Persekutuan pada 1957.

Mari kita mulakan dengan meninjau undang-undang bagi perkara ini. Tetapi sebelum itu, kita perlu sedar bahawa Perlembagaan tidak wajar difahami secara harfiah (literal); ia perlu dibaca di dalam kerangka di mana demokrasi dan kedaulatan undang-undang diamalkan. Seperti juga terma berkenaan budi bicara Sultan melantik menteri besar – atau Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri di negeri-negeri tanpa Raja – tidak boleh dianggap kebebasan melakukan apa sahaja. Sebetulnya, Sultan hanya memiliki budi bicara sebenar jika sidang dewan undangan negeri (DUN) tidak pasti siapa calon bagi jawatan tersebut; sesuatu yang digelar ‘parlimen tergantung’. Dalam keadaan itu, DYMM Sultan boleh memohon nama-nama atau bercakap dengan ahli dewan undangan negeri (ADUN) secara langsung. Dan jika baginda masih belum pasti, Sultan boleh membubarkan Sidang DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya; untuk memberi rakyat peluang memilih kerajaan yang stabil bagi membantu baginda.

Dewan Ulama PAS Selangor lulus usul kecam Adun sokong Wan Azizah

Dewan Ulama PAS Selangor berhimpun di Klang hari ini. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, 31 Ogos, 2014.
Dewan Ulama PAS Selangor berhimpun di Klang hari ini. – Gambar Facebook Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, 31 Ogos, 2014.Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor hari ini dikecam Dewan Ulama negeri susulan keputusan mereka menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB).

Perkara tersebut diputuskan selepas usul dibuat dalam Muktamar Tahunan Ulama PAS negeri Selangor kali ke-26 yang berlangsung hari di Klang, hari ini.

"Muktamar sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti," menurut kenyataan dalam akaun Facebook Dewan Ulama hari ini.

Selain keputusan mengecam Adun Hulu Kelang dan Morib tersebut, Dewan Ulama negeri juga mendesak tindakan diambil ke atas mereka.

Muktamar PAS ke 60 : Macam nie punya hodoh kelaku pun ada lagi puak nak 'bercium' dengan UMNO

Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri danj Ketua-ketua Dewan.

 

Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. 

Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.

AJK PAS Pusat sudah malas 'gaduh' dengan Ust Hadi!

Oleh ABD RAHIM SABRI 

Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.

Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan "penolakan dari dalam" kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang "berang berbaur terkejut" dengan perkara itu.
 
Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas 'bergaduh' dengan Hadi.

Malah ada juga yang 'bersingsing lengan' dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema - diluah mati emak, ditelan mati bapa - ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.

Jangan Bebankan MAS Ke Atas Rakyat Jelata Lagi

A Kadir Jasin

Photo: Pakai berakhir di Lautan Hindi jugak laa 6billion tuuu...
Antara Contoh Siapa nak Selamat Siapa..??
LAPORAN media massa hari ini mengatakan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyemat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan.

Benarkah Islam sebagai agama yang tidak aman dan suka berperang?

Muhamad Mat Yakim

http://4.bp.blogspot.com/-hbzI1ZDPv7k/TmovBcX_ZFI/AAAAAAAADPI/RXD0vULNoVE/s400/lailahaillallah%2B%2525281%252529.jpg
Ada orang memperlekehkan Islam sebagai agama yang tidak aman, berperang dengan ambik logik, banyak negara Islam yang huru hara. atas sebab itu, Islam yang dipersalahkan. tetapi mereka tidak guna akal untuk fikir, apa yang berlaku di negara Islam siapa yang punya angkara.

1. Palestin - siapa yang bawa masuk Yahudi ke Palestin menerusi Deklarasi Balfour pada 1917 utk rampas tanah air orang Islam dan berikan kepada Yahudi. Siapa pun juga, apabila hak mereka dirampas, sudah jadi kewajipan untuk berusaha, berjuang hatta berperang untuk dapatkannya semula. Sudah terang siapa yang bersalah. Mengapa mahu menyalahkan Islam?

2. Iraq. Sebelum ini, Iraq negara yang aman dan hanya sesekali tercetus pertelingkahan. Selepas berakhir perang dengan Iran, rakyat Iraq hidup macam di negara lain. Tidak banyak kekacauan berbanding sekarang (kecuali di wilayah Kurdis) dan Saddam Hussein dapat memerintah negara yang 60 peratus Syiah dan cuma 40 peratus Sunni itu walaupun dia sendiri daripada minoriti Sunni. Terjadinya kekacauan hanya apabila Bush Sr masuk mengacau, kononnya untuk membela Kuwait yang dilanggar oleh Iraq pada satu malam. Bush Sr gagal dan apabila anaknya, Bush Jr ambil alih, dia sekadar mahu membelas dendam peribadi bapanya terhadap Saddam dengan mereka cerita WMD (weapon of mass destruction) yang sebenarnya tidak wujud. Sejak itulah, Iraq terus jadi huru hara sampai sekarang. Seorang pakar British, yang selepas menyiasat dan memberikan laporan profesional menyatakan tidak wujud WMD di Iraq seperti yang didakwa Bush Jr, ditemui mati tidak lama kemudian. Islam juga dipersalahkan.

Ini dia Geng Baling Kerusi dalam mesyuarat UMNO Pokok Sena semalam ..!!

Mukhriz Gagal : Acara Baling Kerusi Di Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena

mukhriz1

Selama ini pemilihan PKR sahaja yang biasanya berlaku keganasan baling kerusi dan sebagainya. Namun Mesyuarat Agung UMNO Pokok Sena telah memecah tradisi UMNO apabila keganasan telah dicetuskan oleh bekas Ketua Bahagian UMNO Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin yang dikatakan mengetuai kumpulan samseng dalam mesyuarat UMNO Bahagian tersebut untuk menyerang, membaling kerusi, menumbuk dan menampal senarai nama G7 yang ditampalkan di pintu masuk Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star jam 12:10 tengah hari tadi.

Mereka menggunakan alasan tidak berpuashati dengan senarai G7 kerana beranggapan ia telah diubah. Namun tindakan ganas kumpulan Ahmad Lebai Sudin tidak boleh diterima. Ianya amat bertentangan dengan budaya politik UMNO yang tidak mengamalkan keganasan.

Dari mana RM6 bilion untuk selamatkan MAS

MUHAMMAD FAIZAL | 31 Ogos 2014.

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sumber RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar kerajaan menjelaskan sumber kewangan tersebut agar diketahui oleh rakyat.

"RM6 bilion dari mana sumber tersebut diperolehi, kita mahu kerajaan perjelaskannya.

"Kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu telus dalam apa yang mereka lakukakan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap walaupun kerajaan mempunyai usaha untuk memulihkan MAS, namun dalam memberikan suntikan modal itu, harus diperjelaskan kerana melibatkan wang rakyat.

Enam isu penting di Pengkalan Kubur

PENGKALAN KUBUR 3                                                                   

25 September nanti rakyat Pengkalan Kubur akan mendapat wakil rakyat baru sebagai pengganti Allahyarham Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia di Zuanghuao, China 21 Ogos lepas. SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 13 September dan jika ada calon lebih daripada satu, pengundian akan dilakukan pada 25 September. Tempoh kempen selama 12 hari.
Ahmad dan Mustapa membawa imej politik baru.
Untuk sebuah pilihan raya kecil rasanya tidak perlu tempoh kempen selama itu kerana ia merugikan banyak perkara.

Mungkin untuk di masa hadapan SPR perlu mengkaji akan tempoh masa bersesuaian untuk menghadapi sesuatu pilihan raya kecil seperti Pengkalan Kubur. Dengan tempoh kempen lebih 12 hari itu ia banyak merugikan masa, tenaga dan juga kewangan. Sudah sampai masanya SPR mencerdikan pengundi dan merengkaskan kerja mereka sendiri.

Pilihan raya kecil dalam pengundinya berskala tidak sampai 50,000 boleh dilakukan dalam masa lima hari sahaja. Dengan meluasnya penggunaan IT, masalah publisiti hendak perkenalkan calon dan sebagainya tidak berbangkit lagi. Maklumat hari ini boleh dialirkan dalam masa beberapa minit sahaja berbanding dahulu mengambil beberapa hari.

Merdeka: Slogan dilaung PM tidak bawa maksud apa-apa

KUALA LUMPUR: Setelah 57 tahun Merdeka, Malaysia masih lagi merangkak dalam usahanya membina sebuah masyarakat yang harmonis tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Lim Kit Siang salah satu tweet menggunakan hashtag tersebut menulis, ‘seandainya iklan Merdeka itu benar, pastilah kerajaan tidak perlu membazir wang mempromosikan 1Malaysia’.

Setakat sekarang, katanya slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri ternyata sekadar penjenamaan, dan hakikatnya tidak membawa maksud apa-apa.

"Kita dapat melihat seolah-olah pendekatan pecah dan perintah warisan penjajah British masih lagi terjadi. Kita masih lagi terpecah-pecah dan tidak bersatu.

Ananda Krisnan tokey Maxis kena dakwa pertuduhan menyeleweng di India

Bekas menteri India dan hartawan Malaysia didakwa menyeleweng


DARI KIRI: Dayanidhi Maran, Kalanithi Maran, T. Ananda Krishnan

MUMBAI 30 Ogos - Polis Persekutuan India semalam memfailkan dakwaan terhadap bekas menteri dan adiknya serta seorang hartawan Malaysia berhubung kes penyelewengan dalam pengambilalihan syarikat telekomunikasi India oleh syarikat telekomunikasi Malaysia, Maxis pada lapan tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, dokumen pendakwaan yang difailkan di mahkamah New Delhi semalam menamakan bekas Menteri Telekomunikasi, Dayanidhi Maran, adiknya, Kalanithi Maran yang merupakan seorang hartawan India dan hartawan Malaysia, T. Ananda Krishnan serta pembantunya, Augustus Ralph Marshall antara suspek kes itu.

Dakwaan itu merupakan kes berasingan daripada skandal yang didakwa menyebabkan kerajaan India mengalami kerugian berbilion-bilion rupee ketika proses penjualan permit telekomunikasi pada 2008.

Pandangan Terbaik PJ PAS Kelantan mengenai kerusi Pengkalan Kubor

Pas-PKR tiada krisis pilih calon

Ahmad Yakob  

RANTAU PANJANG – Pas Kelantan yakin isu calon PRK Pengkalan Kubor boleh diselesaikan dengan baik dengan PKR tanpa berlaku perebutan.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama calon berkenaan hanya akan diumumkan selepas perbincangan oleh peringkat pimpinan.

Beliau berkata, keputusan hanya akan dirumuskan selepas perbincangan tersebut tetapi tidak menyatakan sama ada calon itu daripada parti Pas atau PKR.

“Tidak ada sebarang perselisihan untuk kerusi ini kerana keputusannya akan dibincangkan menerusi mesyuarat. Tiada tarikh ditentukan lagi tetapi saya jangkakan ia akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya selepas merasmikan Masjid Al-Musleh dekat Pusat Tarbiyyah Pas Rantau Panjang, semalam.

Ahmad mengakui Pas Kelantan belum membuat keputusan memilih calon bagi mengisi kekosongan kerusi itu.

Selagi sejarah Merdeka ditipu, Malaysia tidak akan ke depan

Amin Iskandar

Sebuah lori dihiasi dengan Jalur Gemilang sebagai simbolik kepada semangat cintakan negara.
Hari ini, genaplah 57 tahun rakyat Malaysia ditipu Malaya merdeka tanpa darah.

Selama 57 tahun juga kita diberitahu hanya Umno, MCA dan MIC sahaja yang membebaskan Malaya daripada penjajahan British.

Sedangkan, kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos, 1957 mempunyai kisah dan cerita yang lebih besar daripada itu.

Penjajah British tidak akan memulakan rundingan kemerdekaan dengan Tunku Abdul Rahman jika tiada perjuangan mengangkat senjata melawan mereka di Malaya.

Terlalu banyak darah yang sudah ditumpahkan dan nyawa yang melayang sebelum bendera Union Jack diturunkan di Dataran Merdeka 57 tahun lalu.

Gangster Budak Muar dalam Youtube sudah kena tangkap....

PETIKAN diambil dari video menunjukkan sekumpulan 
pelajar membuli seorang budak lelaki yang tersebar luas di laman sosial.
 
MUAR 30 Ogos - Tujuh lagi pelajar sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran klip video 'Bu­dak Kena Pukul di Muar' di Air Hitam, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua mereka berusia antara 13 dan 16 tahun ditahan susulan penahanan empat pelajar pada 27 Ogos lalu.

"Kami berjaya mengenal pasti beberapa remaja yang berada di lokasi ketika kejadian pukul berlaku di tepi kebun kelapa sawit di Air Hitam, 14 Ogos lalu. Mereka ditahan di rumah dan kawasan sekitar Air Hitam bermula 1 petang semalam. Kini jumlah keseluruhan yang ditahan bagi membantu kes tersebut menjadi 11 orang.

"Selain itu, kami berjaya merampas semua barang kes iaitu sebatang kayu panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian pukul berkenaan selain beberapa telefon bimbit yang digunakan untuk merakamkan kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena ada aksi "BALING KERUSI"

Baling kerusi dalam mesyuarat

Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir.  
Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir.
POKOK SENA - Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika perwakilan memulakan persidangan.

Kekecohan tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung.

Ketika perwakilan ingin meneruskan persidangan, mereka dikejutkan dengan sekumpulan perwakilan bahagian itu membuat bising dan bertekak, tanpa diduga membaling kerusi berdekatan.

Insiden itu kemudian dileraikan perwakilan dan anggota Rela yang hadir dan keadaan menjadi kecoh seketika sebelum kumpulan berkenaan keluar dewan.

Putrajaya punca Melayu jadi rendah diri

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2014.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2014. 

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan masyarakat Melayu menjadi hilang keyakinan dan rendah diri akibat daripada pendirian Putrajaya dalam menangani isu.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Musa berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.

"Putrajaya beberapa kali mengatakan mereka mensasarkan peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara kepada 30% pada 2020.

"Tapi, kerajaan tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila mengatakan pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini adalah 24%. Kita menipu diri sendiri apabila menunding jari kepada kaum Cina. Tiada yang sempurna," kata Musa.

Kembalilah ke pangkal jalan, pertahankan ketuanan Melayu..!!

Rohimi Nazmin

Dr. Fadhil Ghani
Kenyataan Exco Pemuda PAS, Dr. Fadhil Ghani dalam sebuah forum di Unisel baru-baru perlu didokong sekalian umat Melayu Islam di Malaysia ini.

Dengan pengakuan ini, kita bolehlah menarik nafas lega golongan muda dalam PAS sedar akan ancaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme yang semakin mengancam kedudukan Islam, Melayu dan Raja serta hak-hak Bumiputera yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sememangnya Umno diakui dari dahulu sampai sekarang amatlah lembik untuk kononnya mempertahan Melayu dan maruah Islam.

Ketegasan PAS suatu ketika dahulu dalam menegakkan syariat Allah di muka bumi Malaysia ini dan ketegasannya dalam mempertahan ketuanan Melayu merupakan ibarat rahmat Allah yang tak ternilai buat kita penetap asal Tanah Melayu yang merdeka daripada penjajahan ini. 
 

Rumah Guan Eng dibaling 'molotov cocktail'


Lim Guan Eng 
 
GEORGETOWN - Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn di sini pada kejadian kira-kira jam 11.48 malam tadi.
  
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah Ketua Menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.
  
Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia telah meletup dan terbakar selepas dibaling tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.
  
"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah Ketua Menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. - Bernama

Di Ambang Merdeka Penyokong Sarawak Merusuh Kerana Bola

 Sebuah kereta peronda polis dibakar penyokong Sarawak yang merusuh selepas tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan antara Sarawak dan Perak pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam tadi.

 Sebahagian penyokong Sarawak merusuh di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, malam tadi. - UTUSAN
KUCHING 31 Ogos - Sebuah kereta peronda polis menjadi mangsa kemarahan penyokong Sarawak selepas pasukan mereka tersingkir daripada Piala Malaysia setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan di Stadium Negeri di sini malam tadi, sekali gus mencemarkan kemeriahan negara menyambut sambutan Hari Kebangsaan Ke-57.

Beberapa penyokong kemudian pengsan apabila polis menembak gas pemedih mata untuk mengawal keadaan setelah penyokong enggan menurut nasihat agar bertenang.

Rusuhan mula tercetus sebaik perlawanan berakhir dengan sebahagian penyokong 'Ngap Sayot' bagai hilang kewarasan dan keadaan di dalam stadium mula menjadi huru-hara.

Mereka membaling botol minuman ke padang serta menjerit marah kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

RM1.9b untuk berhentikan pekerja MAS, kos lain?

KUALA LUMPUR: Untuk berhentikan pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sudah memerlukan RM1.9 bilion, apa halnya dengan kos-kos lain.

Demikian pertanyaan yang dilontarkan Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, hari ini.

Baginya, wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

"Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," tulisnya lagi.

Laporan media massa hari ini mengatakan MAS akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

Utusan Rugi lebih RM11juta Lagi untuk suku kedua 2014

Kumpulan Utusan Rugi Lebih RM11 Juta Untuk Suku Kedua 2014
 

Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, demikian lapor The Star.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan dari syarikat penerbitan yang dikuasai Umno itu lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas.

Kerugian bersih untuk setengah tahun bagi Utusan Melayu meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi penerbitan, pengedaran dan segemn pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 juta - yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas .

Merdeka bukan bebas sesuka hati

TOK PERAK

http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2014/08/aroundtown_merdeka.jpg
*HARI ini, 57 tahun dulu, bendera Union Jack diturunkan, digantikan – dan berkibar megah – bendera negara kita. Penjajah pergi, dan lahirlah sebuah lagi negara merdeka.

Dengan keringat, air mata, hatta darah, pengisian kemerdekaan ternyata tidak mudah. Pemimpin dan rakyat tanpa mengira keturunan, warna dan pegangan agama, sama-sama bertungkus-lumus, untuk mencapai apa yang kita nikmati sekarang.

Memang kemerdekaan bererti bebas. Tetapi kebebasan tidak sama sekali bererti kita boleh melakukan apa sahaja atas nama hak peribadi, tanpa mengambil kira hak masyarakat terbanyak.

Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, juga sesuatu yang terkeluar dari norma adat dan kehidupan manusia biasa. Mereka yang hendak bebas seratus peratus perlu hidup dalam gua, atau dalam hutan bercampur haiwan.

Maka padan mukalah dua orang model separuh bogel yang beraksi dalam kesibukan manusia di Ipoh, juga sekumpulan manusia yang bertelanjang bulat dalam pesta ‘Sukan Bogel Pulau Pinang 2014’. Mereka telah dihadapkan ke muka pengadilan, didenda dan dihukum penjara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...