TERKINI :

Saturday, August 30, 2014

Nasihat FATHUL BARI kepada ahli UMNO yang boleh dipakai juga oleh ahli PAS & PKR

Ahli perlu terima keputusan kepimpinan tertinggi

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari <br> Mat Jahaya
PEKAN - Semua ahli Umno perlu bersatu dan menerima setiap keputusan yang dibuat barisan kepimpinan tertinggi bagi mengelak berlaku perpecahan sehingga melemahkan parti.
 
Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata sebarang masalah dalaman juga perlu diselesai secara baik dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi sebelum membuat sebarang keputusan.
 
"Sukar untuk Umno meyakinkan mengundi jika masalah dalaman parti sendiri kita gagal atasi sehingga menyebabkan perpecahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pekan hari ini.
 
Sementara itu, Pemuda mengemukakan tiga usul, antaranya mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang sengaja mencetuskan provokasi di laman sosial serta sokongan penuh terhadap pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST). - Bernama

Apabila TG Nik Aziz bersuara untuk PAS mengubah ideologi

Bukan mudah ubah ideologi, tapi Pas yakin

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia pada masa kini menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

Menurut beliau, perkara itu sekali gus menolak Islam selaku cara hidup yang syumul dan lengkap.

"Dunia moden menyaksikan hampir tiada manusia yang diperhambakan secara fizikal namun wujud perhambaan dalam bentuk ideologi.

"Manusia menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.
"Lalu datanglah perhambaan dengan nama baru iaitu komunis, sosialis, sekular dan sebagainya. Hakikatnya, inilah perhambaan yang lebih teruk dalam kehidupan manusia," katanya yang dipetik melalui perutusan merdeka.

Jelasnya, perkara itu menjadi asas perjuangan Pas untuk memperkenalkan manhaj pentadbiran mengikut acuan Islam.

Umno, Pas ibarat 'Tom and Jerry'

 Mohamad Abu Bakar  
Mohamad Abu Bakar

SHAH ALAM – Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan Pas akan tetap disayangi Umno selagi parti itu tidak berkuasa.

Beliau mendakwa Umno akan mengelakkan saingan dengan Pas sekiranya Pas dilihat mampu menggoyahkan kedudukannya.
“Apabila menyebut tentang perhubungan antara Umno dengan Pas sebagai perhubungan antara ‘Tom and Jerry’, nampaknya begini. Sepanjang sejarah antara keduanya, ternyata Umno sayangkan Pas selagi Pas tidak berkuasa.

“Umno sayangkan Pas selagi Pas boleh dijadikan hujah untuk dia berlawanan dengan parti-parti lain. Tapi kalau Pas itu telah membesar mampu menggoyahkan kedudukannya, saingan itu ia akan elak,” katanya ketika sesi soal jawab pada Wacana Kemerdekaan Malaysia: Satu Penilaian Semula dari Perspektif Melayu/Islam, di Unisel hari ini.

Peringatan Untuk Najib - Lebih Separuh Sentimen Ahli UMNO Sokong Mahathir

Shahbudin Husin,
http://3.bp.blogspot.com/-MW8FL8sO8lQ/UL0aXLZFgwI/AAAAAAAAHo4/_7CpOPb0Hnc/s400/Mahathir+vs+Najib+66.jpg

Meskipun tindakan Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya merupakan pukulan paling berbisa kepada Najib Razak sepanjang lebih lima tahun pemerintahannya, Perdana Menteri masih lagi memikir-memikir apa langkah yang mahu diambil seterusnya.

Sambil enggan mengulas panjang mengenai beberapa kritikan Mahathir terhadapnya, Najib hanya menyatakan pemimpin UMNO menyokong barisan kepimpinan sedia ada, di samping menghormati Mahathir sebagai seorang negawaran kanan negara. Ia seolah-olah memberi maksud bahawa Najib tidak peduli dengan sebarang teguran selagi pimpinan UMNO bersama dengannya.

Beliau juga belum pasti sama ada akan menemui Mahathir secara peribadi atau tidak, sebaliknya hanya menyatakan tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian.

Tambah Najib lagi, "apa-apa kemungkinan boleh berlaku, tetapi kita anggap ini sebagai masalah dalaman parti dan harap dapat menguruskannya dengan sebaik-sebaiknya".

Reaksi Najib ini muncul setelah beliau dilaporkan memanggil Ketua-Ketua UMNO ke kediamannya untuk mendapatkan sokongan dan sebagai percubaan terus meminggirkan Mahathir yang mula tidak sehaluan dengannya.

N01 Pengkalan Kubur Detik Terbaik Untuk Bersatu

Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubur ialah pada 25 September 2014.

Pengerusi SPR berkata hari penamaan calon untuk PRK ditetapkan pada 13 September 2014 manakala pengundian awalnya pada 21 September 2014.

Solidariti Anak Muda (SAMM) melihat pilihanraya kecil kali ini merupakan waktu terbaik untuk Pakatan Rakyat kembali bersatu setelah melalui suatu fasa 'pergelutan' yang panjang.

SAMM memandang serius pergelutan yang berlaku kerana untuk melawan rejim yang zalim, kesepakatan yang jitu amatlah diperlukan. SAMM yakin Pakatan Rakyat mampu menyelesaikannya secepat mungkin. Ribut dan hujan pasti berhenti, mentari akan muncul lagi.

SAMM akan menyokong mana-mana calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat pada kali ini. Ini adalah pendirian SAMM dalam menentang kezaliman rejim BN.

PAS Selangor berkemungkinan kalah 10 kerusi jika p/raya diadakan semula tanpa bersama PR..!!

PAS jangan syok sendiri, 10 kerusi DUN hilang jika tinggalkan Pakatan, kata Mat Taib

Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Ogos, 2014.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.

Surat Terbuka Untuk LIM KIT SIANG : Selamatkanlah PAKATAN RAKYAT..!!

SURAT TERBUKA UNTUK LIM KIT SIANG
Zulkifli Sulong

Zulkifli adalah bekas Ketua Pengarang Harakah, Harakahdaily dan Siasah. Selepas 26 tahun bersama kumpulan Harakah, beliau kini bersama pasukan The Malaysian Insider sebagai Pengarang Analisis dan Rencana.

Saudara Lim Kit Siang yang dihormati. Pertama saya memohon maaf kerana tidak tahu apakah yang patut saya panggil saudara. Kalau mengikut budaya dan adab Melayu, saya sepatutnya memanggil saudara ayahanda atau sekurang-kurangnya pakcik kerana umur sudah hampir sama dengan arwah bapa saya.

Tetapi menghormati panggilan yang digemari dalam parti saudara, DAP, saya membahasakan diri tuan saudara.

Saya mula bekerjasama rapat dengan parti saudara, iaitu DAP pada 2000 lagi. Ketika itu, akhbar tempat saya bekerja Harakah dihadkan pengeluarannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada 2 kali seminggu ke 2 kali sebulan.

Sedangkan dalam masa yang sama DAP mempunyai empat permit iaitu Roket Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Melayu. Ini bermakna, Roket berhak diterbitkan 4 kali sebulan berbanding dengan Harakah hanya 2 kali sebulan.

Dalam pilihan raya umum pada 1999, DAP mendapat pukulan besar apabila ditolak pengundi ketika orang Melayu berpindah sepenuhnya kepada PAS ekoran tragedi mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS berjaya mendapat Kelantan dan Terengganu sedangkan saudara sendiri hilang kerusi Parlimen bersama mendiang Karpal Singh walaupun DAP dan PAS sama-sama dalam Barisan Alternatif atau BA.

Benarkah ada gelombang baru dalam ADUN PKR untuk angkat Azmin pula jadi MB Selangor.?

Apa yang tersirat di sebalik kenyataan Rafizi?

Rafizi  

PADA 17hb Ogos yang lalu, Pas membuat keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti kepada Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beberapa jam selepas itu di mesyuarat Pakatan Rakyat, PKR dengan bijaknya menyatakan bahawa Azmin akur dengan keputusan parti, maka meskipun Pas mencalonkan dua, tapi oleh kerana Azmin akur dengan keputusan PKR, maka hanya nama Wan Azizah sahaja yang tinggal. Itulah yang menjadi keputusan bersama Pakatan Rakyat.
Yang menarik semalam ialah tindakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan  meminta semua Adun PKR Selangor supaya membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Mengapa perlu membuat ‘permintaan’ sedemikian, sedangkan semua Adun PKR telahpun menandatangani surat akaun bersumpah untuk menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar?

Apakah PKR terbau ada Adun PKR yang tidak mahu akur pada surat akaun bersumpah tersebut sekiranya namanya diangkat sebagai calon Menteri Besar?

Pramugari MAS bertudung, antara harapan dan realiti

RAMAI berpandangan kerajaan perlu muhasabah berikutan tragedi malang yang melibatkan dua pesawat kepunyaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tahun 2014 ini.

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac sehingga sekarang masih menjadi misteri kerana seramai 239 penumpang dan anak kapal tidak dapat dikesan. Ketika tangisan pilu MH370 belum reda, negara diratapi pula dengan tragedi tembakan sebuah lagi pesawat negara iaitu MH17 di Ukraine.

Dalam tragedi 17 Julai lalu, pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dalam perjalanan dari Amsterdem ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.

Mula transformasi pramugari MAS bertudung

Mengingati tragedi itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Pengguna PAS Pusat, Normala Sudirman berkata kerajaan perlu melaksanakan transformasi ke arah mengembalikan imej dan reputasi MAS dengan beberapa pendekatan.

Pendekatan itu hendaklah ke arah kaedah yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi demi menjamin keberkatan dan produktiviti yang cemerlang dunia akhirat.

"Salah satu daripadanya langkah membenarkan pramugari dan kakitangan penerbangan bertudung menutup aurat dengan sempurna selain menghentikan hidangan arak kepada penumpang," katanya.

Apa kata lantik KHALID IBRAHIM jadi CEO MAS..!!!



Ust Ahmad Awang mendedahkan di MUKTAMAR ada "PIMPINAN PAS nak bersatu dengan UMNO"

Ini Jawapan terbaik PRESIDEN PAS berkenaan isu MB SELANGOR

Isu MB: Hadi hanya kata 'tiada maklumat'

Hadi Awang  
Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menjawab 'tiada maklumat' ketika ditanya media berhubung krisis menteri besar di negeri ini.

Beliau juga enggan mengulas lanjut dan menolak untuk ditemui media selepas memberi ucapan khas kemerdekaan pada wacana kemerdekaan di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel), di sini.
Menurut pegawai Pejabat Presiden Pas, Mohd Adram Musa, Abdul Hadi akan bermesyuarat bagi membincangkan isu semasa dalam masa terdekat.

Beliau tidak menolak soal PRK Pengkalan Kubor akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Syura Ulama.

"Beliau akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk bincang hal semasa.

Kritikan Dr M bukan tentang Umno, tetapi Putrajaya

Datuk Seri Najib Razak silap. Kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya dua minggu lepas dan tindakan bekas perdana menteri itu menarik kembali sokongannya bukan urusan Umno. Begitu juga sekiranya ada rasuah dan kegiatan membeli undi oleh pemimpin kanan Umno, ia tidak dinamakan politik wang dan harus ditangani oleh Umno.

Senarai aduan panjang Dr Mahathir terhadap Najib menyentuh secara langsung pentadbiran negara.

Ia tiada kaitan dengan sama ada pemimpin muda berbakat dibenarkan mengambil tempat dalam Umno atau mesyuarat bahagian berjalan seperti dikehendaki.

Kritikan Dr Mahathir disasarkan tepat kepada seorang pemimpin negara. Pada pandangannya, perdana menteri lemah dan tidak nampak isu yang dekat di hati kebanyakan rakyat.

Contohnya, katanya tindakan Najib memberi wang tunai kepada rakyat di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya memberi kelegaan sementara tetapi boleh membentuk satu budaya yang bahaya.

Dr Mahathir juga berkata hubungan antara kaum dan agama di negara ini berada di tahap membahayakan, lalu dia menyalahkan dasar Najib dan tiadanya tindakan diambil menangani keadaan terdesak itu.

Najib sanggup untuk berjumpa TUN untuk selesai masalah tapi kita dok hujah kat FB & BLOG

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung teguran bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.
  
"Apapun segala kemungkinan akan berlaku...harap ia berkesudahan dalam keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini.
  
Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian semasa menjawab pertanyaan sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir, yang menegur dasar pentadbiran beliau menerusi blog www.chedet.cc, baru-baru ini.
  
Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri Malaysia paling lama itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
    

Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia katakan Malaysia bukan merdeka yang sebenar

Hadi: Malaysia bukan merdeka yang sebenar

Hadi Awang  
Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kemerdekaan negara ini bukan yang sebenar ekoran masih terikat dengan sistem kehidupan dan bernegara penjajah.

Menurutnya, pemerintahan yang ada kini hanyalah sekadar penyambung misi dan visi penjajah tanpa mereka perlu berada di sini.

"Pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh Pas, 'Malaysiaku...Minda Merdeka' tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara sekarang.

"Kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang-undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri," katanya yang dipetik melalui perutusan kemerdekaan.

Patutlah PAS Bagi 2 Nama Calon MB Ke Istana Selangor..

Patutlah PAS Bagi 2 Nama Calon MB Ke Istana Selangor.. 
Ikuti Penjelasan AJK PAS Pusat

Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru."Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian.

Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.

Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau.

"PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.

Alor Setar - Awas, logo halal buatan sendiri


Antara produk kordial yang dikhuatiri menggunakan logo halal buatan sendiri.  
Antara produk kordial yang dikhuatiri menggunakan logo halal buatan sendiri.

ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengingatkan pengguna di negeri ini mengenai produk makanan menggunakan logo halal buatan sendiri.

Penolong Pengarah Penyelidikan (Unit Pengurusan Halal), Rosyadah Ramli berkata, sememangnya ada logo halal produk makanan dikesan ditulis sendiri pengusahanya.

“Meskipun, kebanyakan produk makanan mempunyai tanda halal, namun ada setengahnya didapati logo buatan sendiri. Isu ini kurang diberi perhatian mungkin kerana kesedaran dan maklumat pengguna berkaitan produk makanan logo halal buatan sendiri rendah,” katanya.

Katanya, pengguna perlulah bijak memilih produk makanan menggunakan logo halal diiktiraf agar tidak diperdaya pihak tertentu yang ingin melariskan perniagaan mereka.

“Jika mendapati produk makanan tertentu menggunakan logo halal tidak diiktiraf, sepatutnya pengguna tidak membeli produk itu,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...