TERKINI :

Friday, August 29, 2014

Jokowi tidak suka protokol

DATUK ABD. JALIL ALI

PADA 20 Oktober depan Indonesia akan mendapat pemimpin baharu, apabila Joko Widodo @ Jokowi diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden Ke-7 republik tersebut.

Beliau yang sejak beberapa tahun lalu menjadi Gubernur Jakarta telah memenangi pilihan raya presiden baru-baru ini.

Sinar Harian adalah antara media awal dari Malaysia yang diberi kesempatan untuk menemuramah beliau di pejabat Gubernur Jakarta, Rabu lalu. Dalam pertemuan lebih sejam itu Penasihat Eksekutif Editorial, DATUK ABD. JALIL ALI, bertanya banyak perkara, termasuk masalah pembantu rumah dan jerebu yang kerap mengeruhkan hubungan dua jiran.

Tanpa selindung dan amat terbuka Jokowi menjawab semua soalan, sambil menyatakan keyakinan bahawa hubungan Malaysia-Indonesia “akan menjadi lebih akrab dan bermakna.” Berikut ialah sebahagian intipati wawancara.

Sinar Harian: Walaupun Bapak memperolehi 53 peratus undi pada Pilihan Raya Presiden, ada pihak yang mempertikai keputusan tersebut, dan menuduh berlaku penipuan. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Bagaimana Bapak melihat situasi ini?

Jokowi: Saya merasa bahawa Pilihan Raya Presiden (Pemilu) sudah jujur dan adil. Komisi Pemilihan Umum (KPU) sudah melaksanakan tugasnya secara telus, yang memungkinkan pemerhati dari semua kalangan dapat memantau pusat-pusat mengundi. Keputusan dari semua pusat mengundi boleh disemak melalui internet.

Apa Kata Pas Calonkan Dr Wan Azizah, Balasannya PKR Pula Serah Pengkalan Kubor

Shahbudin Husin,

Perbalahan Pas dengan PKR mengenai calon Menteri Besar Selangor masih lagi berlarutan. Sementara isu yang sama melibatkan PKR dengan DAP sudah pun selesai dengan kata putus kedua-dua parti hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail saja, Pas masih lagi berpusing-pusing keputusannya.

Setiap kali bermesyuarat, hasilnya hanya membuahkan keputusan yang berbeza-beza.

Sehingga 3 September ini iaitu tarikh akhir yang diberikan oleh Istana Selangor, siapa calon yang bakal dinamakan oleh Pas seperti belum pasti dan masih kabur lagi.

Hari ini, di ketika Anwar Ibrahim sendiri meminta Pas mematuhi keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang menyetujui hanya satu nama dikemukakan kepada Sultan Selangor, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali bertegas mengatakan dua nama akan dikemukakan oleh parti itu untuk mengelakkan Sultan Selangor seperti dipaksa memilih hanya satu nama saja.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula segara membalas, kenapa baru sekarang Pas memikirkan soal memaksa ini sedangkan ketika bersetuju menghantar hanya nama Khalid Ibrahim saja kepada Sultan Selangor selepas pilihanraya umum 2013 lalu, Pas tidak pula memikirkan perkara yang sama.

Sementara Pas menyatakan ia masih mah kekal dalam PR, dalam masa yang sama, ia juga tetap tidak setuju hanya satu nama dikemukakan kepada Sultan Selangor dan tetap mahukan dua nama.

Arak dalam MAS: Ikhlaskah Pemuda Umno?

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH

GERAKAN Sokong Syariah (GESA) bersetuju dan memuji akhbar Sinar Harian Utara yang menyiarkan tajuk hadapannya berkaitan isu penerapa syariah dalam syarikat MAS.

Tajuk hadapan Sinar Harian Selasa 26 Ogos 2014 tertera “Henti Arak Tutup Arak” dan “Pemuda Umno minta MAS lakukan transformasi dengan terapkan elemen patuh syariah untuk tingkatkan imej penerbangan itu”.

Ini isu besar dan agenda besar semua pihak yang mengaku berjuang atas nama Islam dan syariat. Inilah obligasi yang perlu ditanggung di bahu masing-masing. Isu ini sebenarnya telah hangat dibahas sepanjang Ramadan yang lalu apabila kenyataan media Ustaz Tarmizi Sulaiman selaku Ketua Penerangan Dewan pemuda PAS Negeri Kedah dihentam dan dikritik teruk dalam Malaysiakini.

Hari ini Sinar Harian sekali lagi memetik kenyataan beliau iaitu “Menaiki pesawat MAS tidak membawa para penumpang merasai bahawa pesawat ini dikendalikan oleh sebuah negara yang saban tahun menganjurkan Musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam hal taranum al-Quran”. (Malaysiakini 21 Ogos 2014)

Kenyataan beliau dikatakan tidak kena tempat dan dihentam dahsyat tanpa mengira parti. Beliau dikatakan tidak mengenal sensitiviti masyarakat walaupun beliau turut memuatkan beberapa kenyataan tokoh yang menolak arak dalam MAS seperti pandangan Dr Asri Zainul Abidin, Dr Ridwan Tee serta Allayarham Abdul Ghafar Ketua Pramugara MAS.

Model bogel: Apa nak jadi dengan Malaysia?

HAMBALI AKRAM 

KEJADIAN dua model yang berpakaian menjolok mata sambil melakukan sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof, Ipoh pada 25 Ogos lalu amat mengejutkan.

Kejadian seumpama ini menunjukkan nilai moral dalam kalangan rakyat Malaysia semakin rosak dan merosakkan. Sebelum ini kita dikejutkan dengan penggambaran filem “Naked and Afraid” oleh produksi asing di hutan Belum, Perak.

Kemudian sekali lagi isu bogel timbul apabila sekumpulan “manusia” mengadakan aktiviti sambil berbogel di suatu kawasan pantai di Pulau pinang.

Tiga kejadian dalam tahun yang sama menggambarkan kepada kita bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan nilai kemanusiaan dalam masyarakat Malaysia.

Mungkin ada yang berpandangan bahawa ketiga-tiga kes itu terpencil dan hanya membabitkan segelintir orang. Namun saya berpendapat bahawa perbuatan ini perlu dicegah sebelum menjadi sesuatu yang biasa.

Mujurlah ketiga-tiga kejadian itu tidak membabitkan orang Islam Malaysia. Namun jika tidak disekat daripada sekarang, tidak mustahil akan berjangkit.

Saya juga percaya, agama lain juga tidak merestui perbuatan sedemikian.

Mufarakah yang menyusah orang lain

SUBKY LATIF | 26 Ogos 2014.

TIDAKLAH saya hendak membangkit dan memburukkan dua ADUN PAS Selangor yang bercadang mufarakah daripada jemaah Islam kita itu, tetapi sekadar hendak menyatakan bahawa pendirian yang pernah mereka nyatakan dalam saat krisis Embi negeri itu telah menyusahkan orang lain yang berada dalam PAS, yang mereka itu ada latar belakang sejemaah dengan keduanya.

Ramai mana? Tidak pula didaftarkan kerana PAS tidak perlu mangasingkan orang-orangnya dalam kelompok yang berbeza-beza. Mereka itu ramai. Asal ahli, berbakat dalam perjuangan, solat dan puasa adalah memadai dan boleh diberi kepercayaan. Dipercayai ada dalam semua tingkat parti.

PAS kira-kira hampir 30 tahun dulu kurang berminat dengannya sekali pun antaranya adalah anak dan menantu orang-orang PAS. Sekalipun PAS itu sudah setengahnya sejak sebelum mereka lahir, tetapi belum masa untuk menjadi PAS kerana belajar, mereka lebih dulu menjadi anggota kumpulan itu.

Sebagai keturunan orang PAS, tidaklah mereka membawa bendera Umno ke dalam rumah ibu bapa mereka, tetapi mereka sudah ada pandangan dan sikap lain terhadap perjuangan ibu bapa mereka. Sekalipun mereka menyertai PAS dan diberi amanah, tetapi jika bertembung program PAS dengan kegiatan kumpulannya, tiadalah mereka bersama PAS. Dan yang diberi amanah, kurang merancang kegiatan PAS dari mereka merancang kegiatan sendiri.

Kenapa pimpinan PAS tidak bersemuka dengan ANWAR, asyik dok tembak dalam fb sahaja..!!

UNTUK SEMUA PIMPINAN DI ATAS..!!

JIKA ANWAR SALAH DAN TAK BETUL TEGURLAH DIA.. MARAHLAH DIA JERKAHLAH DIA tapi tolong la jangan pakat dok lakukan semua tu di depan UMUM, cuba adakan pertemuan face to face takan tak boleh....

Macam ada sesetengah penyokong PAS menyalahkan ANWAR punca terjadi semua ini, jadi apa kata PIMPINAN PAS panggil ANWAR untuk berdepan dan berdiskusi serta berwacana serta berhujah apa yang tak kena dan tak betoi.... perbetulkan.. dakwahlah ANWAR supaya dia faham apa yang diinginkan

Nie dak.... semua pakat dok main bagi kenyataan di awang-awangan saja....beri kat wartawan, dok ketok papan keyboard luahkan kat fb dan blog.... tak bolehkah anda semua duduk face to face untuk berbincang...

Jika dah ANWAR buat kerja taik jadi takan kita yg bawa panji ISLAM dan bawa tittle alim ulamak nie nak buat kelaku taik sama...ISLAM tak ajaq taik dibalas taik rasanya....usulkan ada perjumpaan tertutup dan buatlah keputusan dalam perjumpaan tersebut....

Dua Contoh PAS akan bertambah kuat seandainya keluar PR..!!

 
 
Biar gambar menggambarkan kata-kata..!!
http://3.bp.blogspot.com/-Deu7ONbYuOw/UUp_YtHmYEI/AAAAAAAAJdY/xtWaFX1Qwv8/s1600/lidi.JPG

Cinta kita kepada diri, tanda cinta kepada masyarakat.. Cinta kita kepada masyarakat, tanda cinta kepada Malaysia.

MESEJ KEMERDEKAAN DARI USTAZ NOR AZMAN MOHAMAD

Tarikh 31 Ogos bakal menemui kita tidak lama lagi. Seperti biasa, sambutan gilang-gemilang bakal diadakan setiap tahun. Tanda meraikan kemerdekaan Malaysia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan juga diserikan dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, serta tazkirah kemerdekaan daripada tokoh-tokoh agamawan tanahair. Satu perubahan yang pastinya lebih mengesankan daripada sekadar konsert hiburan semata-mata. Ironinya, kita tidak mahu menjadi golongan ‘al-Mutarasimun’ seperti yang digambarkan oleh al-Ghazali iaitu menganjurkan majlis agama untuk acara-acara rasmi sahaja bukan pada penghayatan keseluruhan kehidupan.

Kemerdekaan sebuah negara adalah antara nikmat terbesar kurniaan Allah. Berapa ramai bangsa dalam dunia ini yang masih berjuang untuk mencicip nikmat kemerdekaan yang belum digapai. Masih ramai juga bangsa yang mendiami negara yang merdeka tetapi masih belum faham akan makna kemerdekaan. Makna pada diri, masyarakat, dan negara.

MINDA & JIWA MERDEKA

Kita dikejutkan dengan beberapa isu membabitkan kaum di Malaysia beberapa ketika ini. Satu perkara yang tidak sihat bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Wajar kiranya kita renung kembali, melihat sejarah awal Islam di zaman Nabi SAW. Baginda SAW diutuskan untuk membentuk umat manusia yang bersatu padu, bertoleransi, saling berganding bahu meneruskan kehidupan ke arah kesejahteraan dan keamanan sejagat.

“Inilah demokrasi. Apa yang nak dihairankan?” - Pimpinan Pakatan Rakyat

Krisis MB: PKR, DAP tegas Pakatan kukuh walaupun PAS tidak sehaluan
OLEH ANISAH SHUKRY

PAS terus dengan keputusan untuk menghantar lebih dua nama calon menteri besar Selangor sebagai mematuhi titah Sultan sementara DAP dan PKR bertegas hanya satu nama. Gambar fail The Malaysian Insider.
PAS terus dengan keputusan untuk menghantar lebih dua nama calon menteri besar Selangor sebagai mematuhi titah Sultan sementara DAP dan PKR bertegas hanya satu nama. Gambar fail The Malaysian Insider.

PAS terus mengambil keputusan bertentangan dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung kes menteri besar Selangor, tetapi PKR dan DAP meremehkan perkara itu dengan menggunakan 'proses demokrasi' sebagai alasan, mengecewakan penganalisis politik.

Hasrat parti Islam itu menamakan sekurang-kurangnya 2 calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membangkitkan persoalan tentang kemampuan PR kerana PKR dan DAP tetap bertegas mahukan hanya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisi jawatan tertinggi negeri itu.
“Inilah demokrasi. Apa yang nak dihairankan?” kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada The Malaysian Insider ketika ditanya mengenai perbezaan jelas pandangan ketiga-tiga parti.

“Inilah yang dinamakan proses perundingan. Perbezaan memang dijangkakan, tetapi kemudiannya kita kena capai satu titik persamaan,” katanya.

Pakatan sia-siakan peluang jika gagal tangani krisis MB, kata Musa Hitam

Pakatan Rakyat jangan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana gagal tangani krisis menteri besar di Selangor, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Ogos, 2014.
Pakatan Rakyat jangan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana gagal tangani krisis menteri besar di Selangor, kata bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Ogos, 2014.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kecewa dengan krisis dalaman PKR melibatkan jawatan menteri besar Selangor dan menganggapnya sebagai faktor menghancurkan kepercayaan rakyat.

Musa berkata, pembangkang sepatutnya menjadi kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar Barisan Nasional (BN).
"Saya mahu melihat pembangkang di mana mereka kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar kepada Barisan Naisonal," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.

"PKR mentadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan paling sukar untuk ditadbir di Malaysia, ia ujian kepada pembangkang.

"Saya secara peribadinya kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.

Mohon MAS henti saji arak & benarkan pramugari bertudung | PM tak ada kuasakah nak beri arahan?


Teladanilah anak kapal Royal Brunei Airlines yang berpakaian menutup aurat dan sopan. - Foto Internet  
Teladanilah anak kapal Royal Brunei Airlines yang berpakaian menutup aurat dan sopan. - Foto Internet

KETIKA ini negara dihujani dengan dugaan yang sangat menyentuh perasaan, tidak kira pihak yang terlibat mahupun masyarakat yang tidak terlibat. Tragedi MH370 dan MH17 memberi impak besar dan kesedihan ini menyelubungi rakyat Malaysia mahupun negara yang terlibat.

Setiap perkara yang berlaku pastinya sudah ditentukan ALLAH SWT dan sudah pasti ada rahsia di sebalik ujian ALLAH ini. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan pada sisi ALLAH jualah kunci-kunci semua yang ghaib." (Surah An-Anaam :59)

Kita harus mengambil sikap muhasabah diri dan jadikan apa yang berlaku sebagai iktibar untuk masa akan datang tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

Saya dengan ikhlas hati dan penuh rasa rendah diri ingin menasihati agar pihak Malaysia Airlines menghentikan tradisi menyajikan arak di dalam pesawat MAS. Pendapat saya, pihak MAS perlu mengkaji semula janganlah mengejar rating terbaik, maka arak diwajibkan di dalam pesawat.
Apa yang penting dalam mendapat rating terbaik adalah meningkatkan mutu perkhidmatan lain yang sedia ada. Antaranya cara layanan di dalam kapal terbang, hidangan makanan berkualiti, sistem keselamatan lebih ketat, serta memastikan semua sistem berjalan dengan lebih sistematik, cepat dan cekap.

AWAS!! Ubat Demam yang lama disimpan dalam peti ais bisa membawa maut

Dua beradik tersalah makan ubat demam
Wartawan Sinar Harian

http://1.bp.blogspot.com/_m1-HRkwuP3w/TMD2dfsJBRI/AAAAAAAAB98/C3Vxjgw2xzA/s1600/P1080106.JPG
Gambar Hiasan
KOTA BHARU - Dua beradik dikejarkan ke hospital selepas dipercayai tersalah makan ubat demam lama yang tersimpan di dalam peti sejuk rumah mereka di Kedai Lalat, di sini Selasa lalu.

Mangsa, Wan Muhammad Dhuha Wan Muhammad Azizi, 5, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak dua hari lalu dan mula sedar kira-kira 3 petang semalam.

Sementara itu, adiknya, Wan Nor Rahai, 2, ditempatkan di Unit Rawatan Khas (HDU) hospital sama.

Bapa mangsa, Wan Muhammad Azizi Wan Dollah, 33, berkata, kedua-dua anaknya demam selesema sejak beberapa hari lalu sebelum ibunya menyuapkan mereka sejenis ubat cecair yang tersimpan dalam peti sejuk untuk meredakan suhu badan mereka.

A B U : Asalkan bukan Ulama?

XIFU NASER

PM Najib telah dituduh lemah kerana tidak memberi keputusan muktamad dalam isu-isu penting negara. Najib diam diri banyak isu dan menyerah kepada kebijaksanaan NGO-NGO dan rakyat untuk membentuk arus.

Pakatan Rakyat sedang menghadapi krisis politik yang akan mengubah landskap politik negara. Tetapi Pas yang dipimpin oleh ulama juga memilih untuk berdiam diri dan menyerah keputusan politik kepada Sultan. Permainan ini digelar ‘passing the buck’.

Mungkin ada yang akan kata bahawa ini adalah strategi politik Pas tetapi adakah ini bermakna Sultan sendiri pun dijadikan alat politik Pas?

Kita setuju bahawa Sultan patut memilih siapa MB tetapi ini tidak bermakna Pas tidak boleh memberi kata putusnya. Bahkan pendirian Pas berubah-ubah dalam sekelip mata.

Lebih dua minggu lalu, Dewan Ulama memutuskan untuk memihak pada Khalid tetapi sekarang tidak memihak kepada siapa-siapa pula.

Setahun yang lalu semasa kempen pilihan raya, pelbagai dalil agama diberi untuk menyokong tahaaluf siyaasi dengan DAP sehingga Guan Eng digelar ‘Amirul Mukminin’.

Sekarang? Bagaimana pandangan rakyat terhadap mereka yang bergelar ‘ulama’ yang begitu cepat berubah pendirian? Bolehkah kita percaya kepada mereka lagi?

Gangster YouTube dalam kebun kelapa sawit ditahan


Skrin YouTube menunjukkan insiden itu.  
Skrin YouTube menunjukkan insiden itu.

MUAR – Tindakan seorang pelajar sekolah di daerah ini memuat naik rakaman buli dan pukul rakan sekolahnya di laman sosial YouTube dengan sebatang kayu memakan diri apabila empat remaja ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, remaja berusia antara 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah mereka di beberapa kampung dekat Air Hitam.

Menurutnya, video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu berlaku di tepi kebun kelapa sawit, di Air Hitam, dekat sini, pada 14 Ogos, kira-kira jam 5 petang.

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perebutan teman wanita. Seorang daripada suspek menghubungi mangsa memintanya pergi ke kawasan tersebut.

“Apabila mangsa sampai, suspek terus menolak dan kejadian pukul (mangsa) berlaku,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

PR Selangor : Orang suruh berdamai tak mahu, jadi gadohlah sampai puas....!!

ORANG SURUH BERDAMAI TAK MAU, GADOH LAA SAMPAI PUAS. PRU PON LAMBAT LAGI. NANTI BERBAIK SEMULA YER...
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) "Jika bersama Khalid al-Walid, kita akan menang. Tanpa Beliau kita akan kalah." Lalu Khalifah Umar memecat Khalid al-Walid untuk membuang syirik tanpa sedar ini. Kemenangan hanyalah ketentuan Allah, bukan disebabkan ketentuan manusia.

2) "Jika Khalid Ibrahim terus jadi MB, PR akan kalah PRU14 sebagaimana Kedah". Lalu Khalifah Anwar memecat Khalid Ibrahim kerana degil tidak mahu berundur. Perlu diingat, kekalahan juga adalah ketentuan Allah, bukan disebabkan ketentuan manusia.

3) "Jika bersama PR, PAS akan menang. Tanpa PR, PAS akan kalah". Lalu sekonyong-konyong mahu memecat PAS atau mahu PAS dipecat daripada PR, untuk mengukuhkan aqidah yg kemenangan hanyalah ketentuan Allah.

4) Sebetulnya Umar cherdik, Anwar belum tentu cherdik. Umar pecat strategist Khalid al-Walid, lalu menggantikannya dengan Abu Ubaidah, juga seorang yg berpengalaman dalam perang. Abu Ubaidah bukan calang-calang komander perang di zaman itu. Tentu tidak sama keadaannya apabila Khalifah Anwar memecat Khalid dan mahu gantikan dengan Wan Azizah. Khalid Ibrahim bukan Khalid al-Walid, dan Wan Azizah bukan Abu Ubaidah. 

[TERKINI] Bas GO KL yang besar gedabak dalam KL tu pun orang boleh curi sekarang nie..!!

Sila ambil maklum bahawa sebuah bas GO KL yang mempunyai nombor pendaftaran "BJL 7118" telah dicuri di Medan MARA.
29 Ogos 2014 sekitar 8:00pg

Sila ambil maklum bahawa sebuah bas GO KL yang mempunyai nombor pendaftaran "BJL 7118" telah dicuri di Medan MARA. Pihak S.P.A.D maklum dan melakukan operasi bersama agensi penguatkuasaan lain untuk mendapatkan bas ini. Sekiranya ternampak bas seperti di atas, sila laporkan kepada Hotline S.P.A.D 1-800-88-SPAD (7723). Terima kasih.

Punca kenapa PAS tetap nak hantar 3 nama calon ke Istana tersebar..!!

Punca Sebenar PAS Hantar 3 Calon MB Ke Istana Selangor Tersebar

PAS Selangor hari ini tetap dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana menteri besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Jadi kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri di Shah Alam, malam tadi.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad dan setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).

Ditanya bila PAS akan menghantar senarai calon menteri besar baharu kepada Istana Selangor, Mustafa berkata perkara itu akan dilakukan sebelum Rabu depan.

ISIL bertentangan Islam


Muhammad Salah ketika menyampaikan ceramah bertajuk Al-Quran The Eternal Guidance di Kumpulan Media Karangkraf, malam tadi. - Foto Sinar Harian  
Muhammad Salah ketika menyampaikan ceramah bertajuk 
Al-Quran The Eternal Guidance di Kumpulan Media Karangkraf, 
malam tadi. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Perjuangan yang dibawa kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL) jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana tindakan ganas yang dilakukan terhadap orang awam di negara berkenaan.

Mudir Islamic Center Of Victoria, Dr Muhammad Salah berkata, tindakan ISIL yang sewenang-wenangnya membunuh insan tidak berdosa sudah tentu akan memberikan perspektif buruk kepada agama Islam.

“Apabila tindakan mereka ini yang memperjuangkan sesuatu bukan berlandaskan al-Quran maka mereka telah melanggar hukum Islam itu sendiri dan tidak wajar untuk dicontohi.

“Mereka turut membunuh orang awam, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersama dalam perjuangan mereka. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan,” katanya pada sidang media sebelum menyampaikan ceramah bertajuk Al-Quran The Eternal Guidance di Dewan Sultan Muhammad Ke V Kompleks Karangkraf, malam tadi.


JITRA - Banjir kilat setiap kali hujan


Penduduk terpaksa mengharungi air yang melimpah ke jalan utama setiap kali banjir kilat berlaku.  
Penduduk terpaksa mengharungi air yang melimpah ke jalan utama setiap kali banjir kilat berlaku.

JITRA - Penduduk di Kampung Lubok Ipoh jalan Jitra - Bukit Wang, dekat sini, mengeluh setiap kali hujan berterusan yang mengakibatkan banjir kilat berlaku serta-merta.

Dalam kejadian semalam, hujan selama lebih empat jam itu menyebabkan jalan utama sepanjang empat kilometer dinaiki air antara 0.5 hingga 1.2 kaki.

Penduduk, Shaarin Osman atau lebih kenali sebagai Pak Long, 61, berkata, masalah itu sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu berikutan sistem perparitan yang ada tidak mampu mengalirkan air hujan.

Menurutnya, parit antara jalan utama kampung itu juga didapati tersumbat dengan mendapan tanah, sampah dan semak samun tanpa diselenggara pihak berwajib.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...