Letupan kuat dari bedilan tentera Zionis di wilayah Gaza baru-baru ini.  
Letupan kuat dari bedilan tentera Zionis di wilayah Gaza baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar H. Al Agha berharap gencatan senjata di Gaza yang diumumkan pada malam Selasa dapat bertahan "untuk tempoh yang lama" dan keadaan tenang akan kembali di negara itu.

"Kami berharap Israel akan sedar makna keamanan dan menghentikan pembunuhan, hentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin," kata beliau kepada Bernama dalam satu wawancara.

Beliau juga berharap pemimpin Israel yang bertanggungjawab bagi kematian lebih 2,000 orang termasuk orang awan Palestin, sepanjang serangan besar-besaran ke atas Gaza, akan dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa.

Mereka harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Gaza, kata beliau.