TERKINI :

Tuesday, August 26, 2014

Hanya satu nama dari PKR, DAP : Azizah

PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.
Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu nama pada masa itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor," kata mereka.

Dia buat lagi. Dr M ulang lagi.

Dulu Pak Lah. Sekarang Najib. Rentaknya serupa. Tarinya saja yang berbeza. Dulu dia kritik, dia hentam. Kemuncaknya dia isytihar keluar UMNO. Maka bertempiklah hulubalang dan dato bendahara UMNO, memujuk dan merayu. Tidak berganjak dia selagi Pak Lah masih bertakhta.

Akhirnya Pak Lah tunduk. Kerana Pak Lah sayangkan UMNO. Pak Lah dari keturunan orang baik-baik, tidak punya cita-cita tinggi melangit, begitu juga isteri tercinta. Pak Lah turun takhta dan anakanda tersisih beberapa ketika.

Dulu perancangan Dr M cepat terlaksana. Ada tangan yang sambut. Ada suara yang menyokong. Kritik bertukar gesaan pindah kuasa. Perbahasan hangat di bahagian, di kedai kopi dan di media massa. Ada orang yang sedia mengganti. Semua ahli sayang UMNO, sayang Dr M. Orang UMNO tak mahu Dr M terus merajuk, takut Dr M dilamar PAS seperti dulu-dulu. Itu yang Pak Lah kena ‘check-mate’ dan terpaksa akur dengan kehendak Dr M dibantu oleh seluruh UMNO.

Tapi kali ini percaturannya berbeza. Tiada ugutan keluar parti. Tiada suara sokongan sana sini. Yang ada cuma suara kecil dari seorang bekas menteri. Akhbar media perdana senyap dan sunyi. Menteri Dalam Negeri bersuara, Menteri Pertahanan mempertahankannya, dan ramailah menteri , Melayu dan Cina nyatakan taat setia kepada Najib. Zaman berbeza, cabaran berbeza, itu kata mereka. Paling akhir Timbalannya bersuara, kali ini tidak menyokong Dr M seperti waktu Pak lah, tapi memberikan sokongan padu kepada bosnya.

Kasi ajar 'pengantin bogel' tersebut..!!

‘Pengantin’ separuh bogel: MB mahu tindakan segera

Foto yang menjadi viral dikongsi melalui Facebook dan WhatsApp​  
Foto yang menjadi viral dikongsi melalui Facebook dan WhatsApp​
IPOH - Kerajaan negeri tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana perbuatan yang tidak menghormati adab dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry yang mengulas kejadian pasangan model dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran perkahwinan mereka di sekitar Jalan Sultan Yussuf, di sini, semalam berkata perkara itu dianggap satu perbuatan yang tidak akan diterima oleh rakyat.

Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa dan menjangkakan siasatan terhadap pasangan itu akan siap dalam tempoh waktu terdekat ini.

Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.

Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.

Saman salah guna kuasa: Abdul Khalid dan SPRM selesai luar mahkamah

KUALA LUMPUR: Saman yang difailkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan kerajaan, hari diselesaikan di luar mahkamah.

Abdul Khalid menyaman kedua-dua pihak itu kerana didakwa membayangkan bahawa beliau telah menyalahgunakan kedudukan atas kapasiti peribadinya dan penjawat awam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar yang dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom,  mewakili Abu Kassim dan kerajaan serta peguam Abdul Khalid, K. Muralidharan.

Zureen Elina memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu dan SPRM telah menyiarkan penjelasan terhadap video temu bual yang didakwa itu dalam laman webnya.

"Oleh itu Abdul Khalid menghentikan samannya," kata Zureen Elina sambil berkata mahkamah tidak menetapkan sebarang kos perundangan.

Transkrip petikan soal jawab Menteri Besar Selangor bersama wartawan

Khalid perjelas kenapa akhirnya letak jawatan
MUHAMMAD FAIZAL | 26 Ogos 2014.

SHAH ALAM: Berikut transkrip petikan soal jawab Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama wartawan selepas membaca kenyataan media Istana dan kenyataan medianya hari ini.

Wartawan: Adakan Tuanku menolak calok Pakatan Rakyat, Wan Azizah?

Khalid: Tak tolak, tapi Tuanku minta setiap parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS PKR dan DAP kemukakan dua nama untukk calon MB.

Wartawan: Masa yang diberikan untuk kemukakan nama tersebut?

Khalid: Dia (Istana) akan menulis surat selepas kenyataan akhbar ini, Pejabat Sultan akan tulis surat kepada PAS, PKR dan DAP untuk menyatakan permintaan Tuanku Sultan untuk cadangan nama-nama, besar kemungkinan ada tarikh ditetapkan.

Wartawan: Tan Sri tahu apa pandangan untuk menentukan siapa yang lebih layak?

Khalid: Biasanya pada saya istana mempunyai beberapa pandangan mereka yang layak untuk jadi MB.

Pas berpelung jadi MB?

ULASAN AWAL                                                                                     

Sultan Selangor telah membuat keputusan adil dan saksama apabila baginda menangguhkan peletakan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan telah meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan dua nama calon MB,
Khalid buat kenyataan ingin letak jawatan.
Penangguhan penerimaan peletakan jawatan Khalid ini ialah disebabkan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk memilih calon MB. Mulanya Pas mencadangkan dua nama Dr Wan Azizan Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali tetapi ia dibantah oleh PKR yang berkeras mahukan hanya nama Dr Wan Azizah.

Mungkin kalau Pakatan Rakyat menerima cadangan Pas itu menghantar dua nama, isu MB Selangor selesai dan pengganti Khalid telah pun diketahui hari ini.

Kehendak baru Sultan itu meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan "delima" dan pertelingkahan siapa pengganti Khalid akan terus menjadi polemik. Bahkan situasinya lebih panas lagi apabila Sultan mengarahkan parti-parti Pakatan Rakyat hantar dua nama dan tidak hanya parti yang mendapat majoriti. Takdir Sultan memberi perkenan kepada calon Pas sudah pasti ia akan dibantah oleh DAP.

Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden

oleh Greenboc


Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.

Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.

PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Khalid Ibrahim letak jawatan MB Selangor namun Sultan titah kekal sehingga MB baru dilantik

 
Sultan Selangor hari ini memperkenan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Pertemuan dengan baginda hari ini mungkin bakal menyaksikan Khalid meletak jawatan menteri besar atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, untuk pilihan raya negeri diadakan. [MK]

Kenyataan SULTAN SELANGOR selepas KHALID mengadap sebentar tadi..!!



Saksi utama kata Mejar Zaidi tak lakukan kesalahan

Saksi utama dalam perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad yang dituduh memberi kenyataan media tanpa izin pegawai atasannya, setuju bahawa Zaidi tidak melakukan kesalahan menurut undang-undang tentera yang dirujuk dalam kesnya.

Leftenan Kolonel Mohammad Rosli Yaakob yang bertindak sebagai yang dipertua lembaga siasatan kes itu, setuju apabila ditanya oleh peguam Hanipa Maidin berkenaan perkara itu.

Beliau setuju bahawa hal berkaitan pilihan raya bukan hal-hal yang berkaitan ketenteraan seperti dirujuk dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, Discipline and Security – Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces - yang terkandung dalam pertuduhan terhadap Zaidi.

"Saya katakan tadi bahawa kesalahan yang dibincang dalam Bilangan 13 berkait rapat dengan Bilangan 12 dan tak boleh lari.

"Saya mengatakan bahawa kalau betul-betul baca masa siasatan, Kolonel akan dapati seorang tentera seperti Mejar Zaidi melakukan kesalahan apabila menerbitkan artikel dia sendiri yang berkaitan subjek ketenteraan.

Kalau Pandu Kereta, Mesti Tahu Ke Mana Nak Dituju Dan Jangan Selalu U Turn

Shahbudin Husin,

http://1.bp.blogspot.com/-k-f4A3teQGA/U_GqTKran5I/AAAAAAAAbF4/JSd2T9vn380/s1600/UTURN.jpg Keputusan mengenai kemelut kerusi Menteri Besar Selangor dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini. Sultan Selangor ketika ini dipercayai sedang mendapatkan pelbagai nasihat tentang keputusan terbaik yang bakal dilakukan oleh baginda sebelum dijangka menemui Khalid Ibrahim dan juga Dr Wan Azizah pada hari esok.

Khalid Ibrahim hari ini sudah pun mengesahkan beliau akan mengadap Sultan Selangor pada hari esok iaitu Selasa manakala Anwar Ibrahim pula membayangkan Dr Wan Azizah akan dipanggil mengadap selepas pertemuan Sultan Selangor dengan Menteri Besar itu.

Sama ada Sultan Selangor akan menerima perletakan jawatan Khalid, bersetuju dengan pembubaran DUN yang dijangka banyak pihak akan disyorkan oleh Menteri Besar, menerima Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, mahukan PR mengemukakan calon lain atau apa saja, semuanya dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini.
Tetapi ketika semua orang begitu teruja dan dan tertunggu-tunggu apakah yang bakal terjadi di Selangor ini, Pas hari ini sekali lagi membuat pusingan U dalam isu Menteri Besar ini.

Dalam mesyuaratnya hari ini, Pas memutuskan untuk menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat keputusan, selain memaklumkan 13 Adunnya tidak akan menandatangani akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.

Baik angkatkaki sahaja wahai DAP jika sudah tidak percaya kepada PAS

DAP Selangor: Apa perlunya Pakatan terus kekal?

 
DAP Selangor kecewa dengan dolak-dalik PAS dalam krisis politik di negeri itu, dan kini menimbang semula keperluan sama ada Pakatan Rakyat perlu terus kekal.

Soal pokok itu dibincangkan secara ringkas dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor pada malam tadi.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

"Apabila PAS enggan memenuhi janji, dan berdegil untuk tidak menyokong presiden anggota gabungan kita sebagai MB baru, mungkin tiba masanya untuk merenung dan berfikir mengenai tujuan berterusan dan kewujudan pakatan ini.”

Bagaimanapun, tiada apa-apa keputusan konklusif dibuat dalam isu tersebut, katanya.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS semalam, yang memutuskan bahawa parti itu membenarkan sultan memilih calon untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mampukah Putrajaya terima pelan pemulihan MAS?

Penstrukturan semula syarikat penerbangan Malaysia Airlines termasuk pengurangan pekerja, ruang latihan semula dan pakej pemberhentian. Gambar fail.
Penstrukturan semula syarikat penerbangan Malaysia Airlines termasuk pengurangan pekerja, ruang latihan semula dan pakej pemberhentian. Gambar fail.

Cadangan kerajaan menyelesaikan masalah dihadapi Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami kerugian akan diuji esok apabila pengurus aset negara Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) membentangkan pelan induk penstrukturan semula yang disediakannya kepada Kabinet.

Pelan itu akan termasuk mengurangkan ribuan pekerjaan, menyediakan peluang latihan semula dan penempatan kakitangan dan pakej pemberhentian.

The Malaysian Insider difahamkan Khazanah berharap pelan itu telus dan cukup berperikemanusiaan, tetapi yang paling utama, mereka mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak faham masa depan syarikat penerbangan negara itu hanya boleh diselamatkan dengan mengambil langkah tegas dan benar-benar perlu.

Kemuncaknya, ia bermakna kehilangan beribu pekerjaan, sehingga mungkin 30% daripada tenaga kerja sekarang, lebih sedikit daripada angka yang dipetik Reuters semalam.

MH17: Rusia dakwa siasatan 'kurang telus'

MOSCOW: Rusia telah menuduh pihak penyiasat antarabangsa sebagai 'kurang telus' apabila mereka gagal mendedahkan butiran siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukriane, Julai lalu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov menyoal kenapa rakaman kotak hitam pesawat tersebut tidak diedarkan kepada umum sehinggakan beliau membuat tanggapan bahawa orang ramai telah 'hilang minat' terhadap siasatan tersebut.

Menurut laporan, pihak penyiasatan Belanda yang mengetuai siasatan telah memaklumkan pada awal bulan ini bahawa mereka akan mendedahkan laporan awal siasatan 'beberapa minggu lagi'.

"Tiada siapa memberitahu kita apa-apa (sebab) yang masuk akal tentang mengapa rakaman kotak hitam tidak boleh didedahkan sepenuhnya," kata Lavrov pada taklimat menerusi televisyen di Moscow.

Beliau turut menyoal mengapa Ukraine belum memberikan rakaman perbualan antara kawalan trafik udara di lapangan terbang berdekatan Dnepropetrovsk.

Katanya, Rusia telah menghubungi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang menubuhkan pasukan petugas berhubung kemalangan pesawat itu, namun ujarnya "setakat ini tiada apa-apa yang telus juga dapat dilihat di sana."

Politik kerangka MELAYU, Aku akan PECAT..!!!

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PAS sebagai parti yg lama dan matang, perlulah cool dan bertindak cara orang matang dalam mengendali isu. Bukan Presiden saja kena tunjuk matang, bahkan semua dewan dan pimpinan kenalah bersikap matang.

2) Andaikata PKR adalah parti baru belasan tahun, parti yg masih muda remaja ada kalanya nakal dan kadang-kadang menyinggung perasaan parti yg lebih tua, takkanlah kita yg sudah tua dan berpengalaman beri respon kebudak-budakan kepada mereka?

3) Budak remaja nakal ajak kita orang tua bergaduh, takkan kita yg tua ni ikut bergaduh? Budak remaja nakal nak merebut sesuatu dari kita, takkan respon kita serupa dengan dia pula? Budak nangoi ejek-ejek kita, takkan kita orang tua yg matang membalas ejekan mereka dengan ejekan juga? Tentu sekali kita yg matang dan berpengalaman, ada cara yg lebih cool dan bijak dalam mendepani budak nakal dan budak nangoi yg duk kacau kita. Lebih-lebih lagi budak nakal dan nangoi tu kerabat kita pula.

Apabila Dinamik & Konservatif bertembung bukan bersama dalam PAS..!!

Belajar dari dinamik dalam PAS
Wan Saiful Wan Jan

http://2.bp.blogspot.com/-PA6SxY-WTjM/T46rMoY7v-I/AAAAAAAAEYU/-53HpfLoTyo/s400/PAS%2Bjuga%2Bakan%2Bnaikkan%2Bbendera%2Bdi%2Bstesen%2BKTM.jpg
Petang Ahad LAST, saya menghadiri satu acara di mana PAS "kanak-kanak lelaki poster" sekali lagi cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa parti mereka boleh dipercayai walaupun apa yang berlaku dalam krisis Selangor MB.

Penceramah ialah Shah Alam MP Khalid Samad, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat.

Saya tidak menggunakan istilah "kanak-kanak lelaki poster" dengan cara yang menghina. Individu-individu ini benar-benar wajah yang lebih diterima daripada PAS. Mereka jauh lebih diterima pemikiran orang ramai berbanding dengan pemimpin konservatif. Itulah sebabnya kenapa mereka adalah orang-orang yang kerap dipanggil apabila terdapat kerosakan yang perlu diperbaiki. Dan sebab itu jika ada orang yang membuat poster PAS, ini adalah muka-muka yang perlu ditampal di mana-mana.

Tetapi peristiwa itu juga merupakan salah satu yang menyakitkan untuk melihat. Penceramah cuba yang terbaik untuk mewajarkan ketiadaan tindakan PAS sejak dua minggu lepas. Mereka datang dengan pelbagai sebab dan alasan untuk mempertahankan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh orang-orang seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh-tokoh lain yang konservatif dalam parti.

Jika Calon PAS potensi kemenangan tinggi di Pengkalan Kubor

PRK: Potensi menang calon Pas tinggi

PRK PK

SHAH ALAM - Pas lebih berpeluang untuk merampas kerusi Dun Pengkalan Kubor daripada BN, berbanding calon PKR.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, budaya politik orang Kelantan memang sukar untuk terima PKR, termasuk di Pengkalan Kubor.

 "Banding dengan PKR, mereka lebih mudah terima BN yang dianggap pilihan tradisi. Sudah tiga penggal BN pegang Pengkalan Kubor, " katanya. 

Menurut Samsu Adabi, keadaan bagaimanapun akan jadi berbeza jika Pas meletak calonnya untuk mencabar BN.

"Kalau Pas yang letak calon, saya percaya akan berlaku pertembungan sengit. Kemungkinan Pas untuk menang juga boleh dianggap tinggi," katanya lagi.

Bila PAS hendak pecat 2 Adun yang sokong Pakatan Rakyat Selangor?

Dewan Ulama gesa 2 Adun dipecat

Abu Bakar Abdullah  
Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

“Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan,” katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.

Sudah tiba masanya MAS henti hidang arak dalam kapal terbang

AHMAD ISMADI ISMAIL

http://img.astroawani.com/2014-07/71405733596_freesize.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-z9G1IxGBcWM/U8nmBJMASsI/AAAAAAABsh0/i39D3Hkfy3s/s1600/Arak-MAS.jpg
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedia menggerakkan orang ramai melakukan bantahan jika MAS terus menyediakan arak dalam penerbangannya.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, MAS perlu menampilkan imej Islam bersesuaian dengan status Malaysia sebagai negara Islam.

“Banyak syarikat penerbangan di negara-negara Islam telah menghentikan hidangan arak dalam penerbangan. Mengapa kita tak boleh?

“Ini bukan isu baru, PPIM telah lama bantah hidangan arak dalam pesawat namun, tidak diendahkan," katanya.

Menurut Nadzim, MAS tidak akan rugi jika menghentikan hidangan arak.

“Keuntungan sebenar bukan daripada arak, tetapi datangnya daripada perkhidmatan terbaik syarikat berkenaan.

Tahukah Anda Apa itu Ice Bucket Challenge? ALS?

http://2.bp.blogspot.com/-Zqs6sfcNy4M/U_ojjTgRLKI/AAAAAAAAFtk/rB_3GvZsmCI/s1600/kj.jpg

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

Pokok Sena - Telaga Tujuh penuh misteri

Telaga Tujuh penuh misteri
Kewujudan telaga tujuh di Kampung Bukit Teriak kini masih misteri dan dikatakan dahulu telaga kecil di dalamnya mampu mengeluarkan air tujuh warna. Gamabr kecil : Milah.
POKOK SENA - Kewujudannya penuh misteri tetapi telaga itu dikatakan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

Telaga tujuh yang terletak di Kampung Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas, dekat sini sering dikunjungi orang ramai.

Penduduk, Milah Mat, 70, berkata, ia telah wujud sebelum dia dan keluarganya berpindah ke situ sejak 50 tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut cerita penduduk awal di situ, ia adalah milik hantu pari yang turun dari Bukit Teriak berdekatan dengan kampung itu.

Katanya, telaga itu tidak pernah kering tetapi penduduk di situ tidak pernah menggunakannya kerana bimbang jika sesuatu akan berlaku. Telaga itu dikatakan sedalam tiga meter dan terdapat batu hampar di bawahnya.

Tahukah anda berapa pendapatan Arab Saudi setiap kali musim haji?

Arab Saudi peroleh RM26.88 bilion melalui ibadah haji

http://cdn.denaihati.com.my/wp-content/uploads/2012/09/Screen-Shot-2012-09-15-at-1.55.19-PM.png
MEKAH 26 Ogos - Kerajaan Arab Saudi dianggarkan bakal memperoleh pendapatan berjumlah AS$8.5 bilion (RM26.88 bilion) hasil daripada ibadah haji yang akan dijalankan pada bulan Oktober ini, lapor satu kajian yang keluarkan semalam.

Dewan Perniagaan Mekah memberitahu, hasil pendapatan pada tahun ini meningkat sebanyak tiga peratus berbanding tahun lepas.

Kajian yang dijalankan mendapati kira-kira 1.98 juta umat Islam akan berangkat ke tanah suci Mekah pada tahun ini, dengan 1.38 juta atau 70 peratus daripadanya merupakan jemaah luar negara. - AFP

PANAS :

Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai

PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014.
PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014.

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.

Ini menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957.

Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...