TERKINI :

Monday, August 25, 2014

Kurma Mentaloon Termahal Di Dunia!

Muhammad Sanusi Md Nor, 

Pada Mac- April 2011, Seri Mentaloon terpaksa direnovasi (renovation) sekali lagi selepas dibaikpulih akibat banjir besar pada 2010. Renovasi kali ini adalah untuk menyediakan penginapan yang sesuai (dengan keperluan Istana Negara ) bagi menyediakan 'Istana Tetamu' untuk kegunaan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang akan melakukan lawatan rasmi 3 hari ke Kedah pada bulan May 2011, setelah penggal baginda akan berakhir. Baginda akan diganti oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah sebagai YDP Agong ke-13. Kerajaan Kedah bersiap selaras dengan sambutan yang wajar sebuah negeri kepada lawatan rasmi oleh ketua sebuah negara.

Oleh kerana tiada hotel sekitar Alor Setar bertaraf lima bintang atau yang setara dengan keperluan Istana Negara, YAB Dato Seri Ustaz Azizan (Almarhum) mempelawa kediaman rasmi MB Seri Mentaloon untuk digunakan sebagai kediaman YDP Agong.

Kediaman itu juga pernah menjadi 'Istana Tetamu' kepada Duli-Duli yang Maha Mulia Sultan beberapa Negeri, termasuk Almarhum Sultan Johor dan Sultan Brunei sewaktu menghadiri acara di Kedah sebelum itu.

Renovasi bahagian dalam dan luar kediaman rasmi Menteri Besar itu dilakukan dengan kadar segera di bawah kelolaan pejabat Pegawai Kewangan Negeri, menelan kos sekitar RM1.4 juta.

Apa yang dapat dilihat dengan mata, ubahsuai ini membabitkan penambahan satu ruangan baru yang terbuka di tingkat atas, penambahan bilik kerja kakitangan dan bilik air di bahagian dapur, pintu masuk baru, menukar sebahagian atap dan mengecat seluruh bangunan.

Penjelasan kenapa TG Hadi dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia

Dok sembang riuh...pakat back-up baik punya.... sebenarnya nak cari nama dan apa yg dipanggil mileage politik.... ini pengakuan jujur orang yg hadir ke majlis tersebut..... org yg tak hadir, tak perlu dok memandai-mandai buat andaian ka, nak tafsir mimpi ka hapa..... sapa dia ni Fauwaz Fadzil?...tak pernah dengaq nama pun....hehehe.... kalau hangpa nak tau, inilah salah sorang anak almarhum Ust Fadzil Noor iaitu Ustaz Fauwaz Fadzil..

Ahli Parlimen BN yang mahu menyertai projek 16 Sept didedahkan dalam mahkamah

Anwar dedahkan kepada mahkamah Anifah pernah berniat sertai pembangkang

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Anifah Aman tidak puas hati dan kecewa dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak menawarkannya jawatan menteri. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Anifah Aman tidak puas hati dan kecewa dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak menawarkannya jawatan menteri. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014. 

Datuk Seri Anifah Aman pernah membuat panggilan telefon kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan hasratnya menyertai pakatan pembangkang selepas menteri luar itu mendengar banyak ahli politik Barisan Nasional (BN) dari Sabah merancang untuk melakukan demikian, kata Anwar di Mahkamah Tinggi hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata ramai yang tidak berpuas hati dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dari situlah bermulanya rancangan 16 September.

Anwar menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah terhadap menteri luar, selain mendedahkan ramai ahli politik BN yang datang minta kedudukan mereka diselamatkan.

Fitnah Najib: Kes Nizar dibicara 26 September

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 25 Ogos 2014.

IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dua tahun lalu.

Beliau yang didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh pagi ini mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mohammad Nizar, 57, yang juga Changkat Jering didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, satu seksyen yang jarang dikenakan kerana dituduh melakukan fitnah jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun salah seorang peguam Nizar, Asmuni Awi membuat rayuan memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai ketua pembangkang, Nizar akan memberi kerjasama penuh kepada pihak pendakwaan.

Beliau juga memohon agar jika rayuannya ditolak, mahkamah mengurangkan jaminan pada kadar 10 peratus dari jumlah yang ditetapkan.

Hakim bagaimanapun menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut juga akan didengar semula pada 26 September akan datang.

Mohammad Nizar diwakili 12 peguam iaitu Asmuni, Aminuddin Zulkipli, Mohd Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohammad Hanifa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching .
   
Pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.

Sementara itu, di luar mahkamah, para penyokong serta pimpinan Pakatan Rakyat turut memberi sumbangan bagi membiayai jaminan yang telah ditetapkan oleh mahkamah kepada Nizar.

Orang ramai yang hadir telah bersama-sama menyumbang tanda kebersamaan dan solidariti mereka terhadap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu.

Mohammad Nizar didakwa melakukan kesalahan itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah Datuk A Samad Said yang diadakan di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012.

Mengikut fakta dalam pertuduhan, Nizar dalam ucapannya berkata, beliau dikhabarkan Najib memanggil semua pimpinan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) dan mengatakan buatlah sesuatu jika BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13).

PAS menang saman isu Zoo Bukit Takal b

Tiga panel Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menolak rayuan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berhubung saman fitnah mereka terhadap PAS dalam itu "Zoo Bukit Takal".

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS dalam kenyataannya berkata, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul berkaitan isu itu sebelum ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan MPK gagal membuktikan artikel yang dikatakan fitnah bertajuk "Fakta Zoo Bukit Takal" itu ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Mahkamah Rayuan hari ini turut memerintahkan MPK membayar kos RM10,000 terhadap PAS, menurut JUHAM lagi.

Hakim Mahkamah Rayuan lain yang turut bersidang ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai.

PAS diwakili peguam Noorazmir Zakaria yang juga pengarah JUHAM.

MPK memfaikan saman pada 22 Mac tahun lalu terhadap PAS yang didakwa mengedarkan pamflet mengandungi kesalahan dan kata-kata fitnah tentang Zoo Bukit Takal.

Pas tak akan tandatangan SD menyokong Azizah

Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun parti itu menyokong pencalonannya sebagai sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat Ahli Jawatankuas PAS Pusat pagi ini.

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru.

"Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.

Keputusan Mesyuarat Pas hari ini : Menyerah kepada Tuanku Sultan untuk membuat keputusan

Palestin meletakkan Turki, Qatar dan Malaysia sebagai penyokong utama perjuangan mereka di dunia antarabangsa

Tahniah Qatar....

Umumnya rakyat dan negara Palestin meletakkan Turki, Qatar dan Malaysia sebagai penyokong utama perjuangan mereka di dunia antarabangsa. Sokongan kemanusiaan juga kuat daripada Ireland, Indonesia serta beberapa badan kemanusiaan dari negara Eropah serta negara-negara yang lain.

Kelebihan Qatar :

1-Kepimpinan Qatar sentiasa memberikan sokongan terbuka kepada Palestin.
2-Qatar memberikan perlindungan kepada pemimpin utama Hamas serta para ulama dunia antarabangsa di sana. Qatar pernah dipulau oleh negara-negara jirannya disebabkan isu ini dan bertegas dengannya.
3-Negara Qatar juga telah memberikan bantuan kewangan yang banyak kepada projek bantuan dan pembangunan semula Palestin.
4-Sokongan rakyat awam di Qatar jelas kelihatan di mana-mana masjid, institusi bukan kerajaan serta pusat perniagaan.
5-Pekerja luar termasuk komuniti rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar juga banyak menyumbang kepada perjuangan rakyat Palestin.

Tahniah Qatar atas keberanian dan kesungguhan negara kerdil (tetapi kaya) ini membantu ketika kebanyakan negara lain diam membisu.

Berikan semula kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS, mungkin satu kejutan akan berlaku

NOOR Zahidi Omar biar pun tinggal di Pasir Pekan dan Kuala Lumpur, namun diterima baik penduduk di Pengkalan Kubor. Buktinya sejak tiga penggal lalu kawasan itu didominasinya.

Noor Zahidi muncul menggantikan Mat Nawawi Mat Jusoh. Cikgu Mat Nawawi pun pernah menang dua kali di kerusi Pengkalan Kubor.

Kali pertama Cikgu Mat menang pada PRU 1995 menewaskan calon Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), Wan Abdul Rahman Wan Salleh.

Sebelum itu pada PRU 1990 Timbalan Presiden Hamim, Datuk Nik Man Nik Mohammad menang ketika mewakili Angkatan Perpaduan Ummah.

Beliau bertanding menggunakan lambang Semangat 46. Pada PRU tersebut Dun berkenaan dikenali sebagai Geting.

Kali kedua Cikgu Mat menang pada PRU 2004 apabila mengatasi calon PAS, Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 714 undi.

Sedangkan pada PRU 1999 Tok Imam Wan Husain menang dengan majoriti 2,432 undi mengatasi Cikgu Mat.

'Ramai Khalid Ibrahim dalam PKR'


TIAN CHUA SHAH ALAM - Nama Menteri Besar Selangor terus menjadi sebutan dalam Kongres Nasional PKR apabila Naib Presiden parti itu, Tian Chua hari ini menyifatkan ramai 'Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim' dalam parti itu.

Menurutnya, sikap yang ada pada Menteri Besar Selangor itu turut dimiliki oleh ahli-ahli yang lain.

"Rakan-rakan seperjuangan kita, bukan semua yang sempurna, bukan semua yang faham. Tapi dalam kerja ini kita perlu beri peluang untuk membetulkan keadaan, kesilapan rakan-rakan kita. Jangan kita sedikit saja, nak jatuhkan seseorang itu.

"Saya rasa yang kita nak lawan dan jatuhkan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang saja. Dalam kalangan kita ramai Abdul Khalid. Bukan atas nama yang sama tapi sikap itu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, arahan parti yang menuntut Abdul Khalid meletakkan jawatannya itu sewajarnya dilaksanakan tanpa sebarang alasan.

Wan Azizah gelisah, Rafizi menggelabah tetapi Abdul Khalid terus tabah

Oleh Zulkiflee Bakar

MINGGU ini, arena politik negara bakal mengetahui apakah kesudahannya episod krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menyeret sama sekutu mereka, Pas dan DAP.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan itu dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang langkah seterusnya selepas beliau dipecat daripada PKR dan kehilangan sokongan daripada Pas.

Namun begitu Abdul Khalid masih berhak terus memimpin kerajaan negeri dengan sokongan empat Exco kerajaan negeri daripada Pas yang sememangnya mengiktiraf kepimpinan dan integriti beliau.

Ketika Abdul Khalid begitu tenang menghadapi tekanan daripada PKR dan menghormati keputusan Pas menarik sokongan kepada beliau, pemimpin-pemimpin PKR pula khususnya Penasihar parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaikan 'cacing kepanasan'.

MH17: Apa tindakan kita selepas ini?


Oleh Salleh Buang

JENAZAH Allahyarham Ketua Pramugari MAS, Dora Shahila Kassim dibawa ke Masjid Al-Taqwa TTDI untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara Damansara, Jumaat lalu.

PADA 17 Julai 2014 lalu, sewaktu umat Islam di negara ini sedang bersiap sedia untuk bersahur pada malam 19 Ramadan, kita semua digemparkan dengan berita nahas pesawat MH17, yang ditembak jatuh oleh penjenayah yang tidak diketahui di Donetsk, Ukraine timur, mengorbankan semua 298 penumpang termasuk 15 anak kapalnya.

Selepas 37 hari kemudian, pada pagi Jumaat lalu, 20 jenazah pertama di kalangan anak kapal dan penumpang pesawat malang itu dibawa pulang oleh sebuah pesawat MAS 747 yang lain. Negara diisytiharkan berkabung bagi menghormati ketibaan kumpulan pertama jenazah tersebut. Jenazah mangsa-mangsa lain akan dibawa pulang secara berperingkat-peringkat selepas ini.

Walaupun harapan masih tinggi semua baki jenazah akan dapat dikesan dan dibawa pulang, kemungkinan tetap ada bahawa tidak semua akan dapat dikesan di tapak pesawat MAS itu jatuh, kerana pada masa ini kawasan berkenaan masih lagi menjadi medan pertempuran antara tentera kerajaan Ukraine dan tentera pemisah yang disokong oleh kerajaan Rusia.

Rempah giling Haji Sulaiman terus diminati di Pasar Besar Alor Setar.

Rempah giling Haji Sulaiman terus diminati

SITI Hajar Mohd. Aizuddin menunjukkan pelbagai rempah giling ikan dan daging yang sering mendapat sambutan di gerainya di Pasar Besar Alor Setar.

ALOR SETAR 24 Ogos - Rasa gulai ikan dan daging yang berbeza apabila dimasak dengan menggunakan rempah giling Haji Sulaiman menyebabkan rempah giling ini terus menjadi buruan pelanggannya sejak lebih 25 tahun dahulu.

Para pelanggan mengakui gulai ikan dan daging yang dimasak dengan menggunakan rempah giling Haji Sulaiman ini bertambah enak kerana keaslian serta kesegaran bahan-bahan mentah yang digunakan ketika membuat ramuan tersebut.

Menurut Siti Hajar Mohd. Aizuddin, 36, dia mula berniaga rempah giling yang dibuat sendiri oleh ibu mertuanya, Roha Murad, 63, kerana menyedari bahan tersebut mempunyai peminatnya tersendiri.

"Ibu mertua saya telah lama menjual rempah giling yang dihasilkan sendiri dan permintaan daripada pelanggan tidak pernah putus.

Alor Setar - Polis jejaki suspek buang rangka bayi


ALOR SETAR – Polis sedang mengenal pasti identiti suspek yang membuang rangka bayi di sebuah kebun getah dekat Kuala Nerang pada 20 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis.

“Kita telah menerima aduan orang awam kira-kira jam 6.30 petang memaklumkan terjumpa tulang-tulang dipercayai bayi dalam sebuah beg yang ada tanda lencana sekolah, di ladang getah Hutan Palas, Kuala Nerang.

“Punca kematian masih belum dikenal pasti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.

Alor Setar - Apa hubungkait gambaq perempuan dalam iklan ceti haram

Iklan ceti haram tidak terkawal?

Iklan ceti haram menggunakan model wanita.  
Iklan ceti haram menggunakan model wanita.

ALOR SETAR - Bermodalkan wajah perempuan cantik berpakaian kot kemas, iklan pinjaman ceti haram didakwa berleluasa sekitar Terminal Bas Shahab Perdana, dekat sini.

Tinjauan mendapati iklan ceti haram ini menular semula seakan-akan makin tidak terkawal, meskipun operasi menurunkan banting dilakukan berulang kali.

Malah, kewujudan taktik iklan itu dengan tawaran pinjaman berlesen dan kadar faedah rendah dikhuatiri mengaburi mata orang awam, lalu mereka membuat pinjaman.

Menurut Lailatul Akma Rahim, 39, ia kaedah mudah meraih pinjaman kewangan terutama bagi individu terdesak, namun mereka yang terjebak boleh merana kerana hutang.

“PAS For All” : Moga terus diperkukuhkan

Oleh Wan Salman Wan Sallam

Baru-baru ini, PAS sekali lagi menghadapi cabaran mengurus kepelbagaian ahli-ahlinya yang rencam latar belakang dan pendapat.

Sudah pastinya bukan mudah untuk menghadapi kepelbagaian, apatah lagi dalam kemelut politik Selangor yang juga pada masa yang sama menguji kesepakatan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah, atas semangat muafakat dan meraikan kepelbagaian, PAS membuat keputusan yang boleh kita sifatkan sebagai dinamik tanpa membelakangi prinsip Islam yang sentiasa menjadi asas perjuangan parti Islam tertua itu selama ini.

Mengharmonikan lagi suasana, kenyataan YB Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Muslimat PAS Pusat yang menyeru anggota PAS agar mengurus perbezaan dengan hikmah.

Memetik kata-kata beliau: “Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan islam itu menang di penjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak ke hadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah.”

Kemampuan untuk mengurus kepelbagaian dalam PAS amatlah penting agar ia menjadi parti yang kukuh menghadapi variasi ide dan wacana, sesuai dengan slogannya, “PAS for All”.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...