TERKINI :

Sunday, August 24, 2014

Page Rasmi Dewan Pemuda PAS jadi tempat lepas geram sesetengah golongan berkepentingan


Saya ISMAIL BIN AZIZ, No. Keahlian PAS 0967462 berasa sesuatu harus difikirkan semula oleh Pengelola FB Page Rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu DPP Malaysia [Official].. nampak mcm tidak bijak cara anda mengendali page rasmi sebegitu.

Bilamana Ketua Pemuda PAS Malaysia datang ke Kedah bagi merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri semalam, Sdr Suhaizan Kaiyat menyatakan didalam ucapannya antaranya jangan keruhkan keadaan dgn menimbulkan isu spt di selangor sbg contoh, gunakan media baru secara bijak bkn dengan menimbulakn spekulasi, menjaga hubungan pakatan rakyat dll...

Tapi bilamana pengelola FB ni cakap mcm ni, seolah2 membelakangi KETUA! Ketua diatas stage cakap mcm lain..hampa tulih mcm lain..

kalau ya pun tak sebulu dgn tok ketua, tak kan page rasmi jadi habuan lepas geram?

Nota Kaki
Jangan la belagak kepala keraih kalau takut nak tanggalkan helmet...

Viruz "ROGOL" melanda negara Malaysia

 
Beberapa bulan yang lepas, negara kita telah dikejutkan dengan dua kes rogol yang amat menggemparkan.

Pertamanya adalah di Kelantan di mana dua remaja perempuan telah dirogol beramai-ramai dengan kejam oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya.

Ini diikuti oleh satu lagi kejadian dilaporkan di Johor, di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dikatakan dirogol beramai-ramai oleh enam orang anggota tentera.

Terdapat beberapa kes rogol lain yang dilaporkan di media saban hari dan ada antaranya melibatkan tahap keganasan yang tidak masuk akal.

Malahan, statistik dari pihak polis mendedahkan bahawa terdapat peningkatan hampir tiga kali ganda kes rogol yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2009.

Pada tahun 2012, hampir 3,000 kes rogol telah dilaporkan. Ini bermakna lapan kes rogol dilaporkan setiap hari.

Jika PKR "cerdik" berilah kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS semula..


Dewan Muslimat Pas meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor, Tumpat pada PRK nanti diserahkan kembali kepada Pas setelah diwakili PKR sejak dua penggal lalu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

Menurut Siti Zailah, pihaknya yakin kebijaksanaan kepimpinan yang ada boleh mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu untuk memberi laluan kepada Pas biarpun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

BN dah boh 'gear' dah di Pengkalan Kubur, PR masih dok tak ketahuan punca lagi..!!

BN mula persiapan awal PRK Pengkalan Kubor

Barisan Nasional telah membuat persiapan awal di peringkat kawasan dan negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan, berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu.

Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengerusi perhubungan Umno Kelantan mengambil inisiatif dalam membuat persiapan awal bagi menghadapi PRK itu.

"Apa yang penting ialah persiapan-persiapan awal seperti menubuhkan jentera pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan dan itu sudah dimulakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh hari ini.

Beliau berkata persiapan awal itu perlu dibuat sebelum memutuskan siapa bakal diturunkan sebagai calon.

PRK Pengkalan Kubor bakal diadakan berikutan wakil rakyatnya, yang juga Ketua Umno Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia Rabu lepas akibat kanser hati.

Malaysia, Australia meterai MoU misi mencari MH370

24 Ogos 2014

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama mereka dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan berada di Australia dari esok untuk menghadiri beberapa mesyuarat, diikuti dengan mesyuarat tiga pihak bersama-sama Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss, dan juga rakan sejawatannya dari China.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau mengulangi janji kerajaan untuk meneruskan misi mencari pesawat MH370 yang hilang daripada imbasan radar pada awal pagi 8 Mac semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

"Ketika kami berusaha keras untuk keluarga mangsa MH17, saya juga ingin memberi jaminan kepada waris penumpang (dan anak kapal) MH370 yang kami tetap berpegang pada janji kami untuk meneruskan misi mencari pesawat ini.

"Saya ulangi bahawa MH370 kekal menjadi keutamaan kami dan kerajaan Malaysia akan meneruskan pencarian ini," katanya.

Isu Selangor : Politik apa yang sedang di bawa Mustafa Ali dalam PAS sekarang ini

KRONOLOGI MUSTAFA ALI

●17hb Ogos 2014

■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju
1. DS Wan Azizah
2. Azmin

■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
1. DS Wan Azizah kekal.

2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

●22hb Ogos 2014.

☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.

Di Selangor Belum Selesai, Perbalahan Pas Dan PKR Merebak Ke Pengkalan Kubur Pula

Shahbudin Husin,

Menjelang Sultan Selangor bakal membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar dalam waktu yang terdekat ini, rupa-rupanya masih ada yang belum selesai mengenainya. Keputusan Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang akhirnya menetapkan hanya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim, seperti tidak dipersetujui oleh Pas apabila 13 Adunnya enggan menandatangangi akuan bersumpah mengenainya.

Pas dilaporkan enggan menandatangani akuan bersumpah yang menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar dan mahu memutuskannya dalam mesyuarat ahli jawatankuasanya pada esok, 25 Ogos.

Sebagaimana yang dilaporkan media dalam talian, Pas sebelum ini bersetuju Khalid digantikan dan telah menyetujuinya dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Oleh kerana Azmin menarik diri, PR akhirnya hanya mencalonkan Dr Wan Azizah saja.

Oleh itu Pas seolah-olah terpaksa akur dengan keputusan PR itu walau bukan dengan sepenuh hati. Keengganan Pas menandatangani akuan bersumpah pula kerana berpendapat, perkara itu tidak termasuk dalam persetujuannya sebelum ini.

Anwar: Jangan perkecil kepentingan PAS


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ahli partinya tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar PAS telah membuktikan kesetiaan mereka dalam gandingan Pakatan yang telah berusia enam tahun itu.

"Mereka(PAS) telah membuktikan semangat setiakawan, dengan PAS, saya secara peribadi tidak melupakan jasa dan pengorbanan kawan-kawan dalam PAS," kata beliau.

Anwar turut berkata pimpinan tertinggi tidak semestinya menerima dan mempertahankan semua perkara yang dibawa perwakilan tetapi hanya mengambil fakta yang benar serta mengambil kira semangat Pakatan.

"Adalah satu dua orang. Tak jaga akhlak baik atau fakta. Jangan menolak peranan PAS.

"Kita dalam semua isu tak boleh lupa kerangka besar, fakta yang benar," tegas beliau.

Alangkah manisnya jika pramugari kita yang diudara berpakaian sebegini..

Kan Nampak Elok Pakai Macam Ini Walaupun Belum Lagi Sempurna Menurut Islam


 
Alangkah baiknya kalau keadaan ini berterusan, jangan hanya kerana peristiwa MH17 ini sahaja. Pakai tudung kan nampak elok walaupun pakaian masih belum mengikut seperti apa yang telah ditetapkan oleh syarak.

Apapun kita sama-samalah doakan agar permulaan kepada perkara yang membawa kebaikan kepada MAS ini kekal.

Kita bercakaran, parti lawan fikir ke depan

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewujudkan tujuh kawasan parlimen baru di Selangor jika persempadanan dikaji semula.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu persempadanan yang dicadangkan SPR itu akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

"Tujuh kawasan parlimen baru akan diwujudkan di Selangor dan ini meliputi semua kawasan termasuk pengundi Melayu.

"Kita jangan terperangkap dengan cadangan SPR ini, persempadanan ini hanya untuk memberi kemenangan kepada BN sahaja," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Kata beliau lagi, persempadanan ini adalah bagi untuk mengalahkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang akan datang.

"Kita perlu membantah kajian persempadanan ini, kita hanya perlu 100 pengundi di setiap parlimen bagi membantah proses persempadanan tersebut.

Pengalaman istemewa pilot yang menerbangkan 20 jenazah MH17

MH17: Pesawat MAS bawa pulang jenazah diberi laluan istimewa


SEPANG: Pesawat Malaysian Airlines, MAS yang membawa pulang jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 diberi 'laluan istimewa' ketika penerbangan pulang ke tanah air.

Negara-negara yang mengawal ruang udara di sepanjang laluan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur memberikan kerjasama yang sangat baik sebagai penghormatan kepada waris mangsa serta rakyat Malaysia yang sedang bersedih dengan tragedi berkenaan.

Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham berkata pada kebiasaannya setiap pesawat perlu melaporkan kedudukan mereka dan meminta kebenaran ketika hendak memasuki dan melintasi ruang udara negara asing.

"Kali ini agak berbeza, mereka seolah-olah memberikan penghormatan kepada kita. Terutama macam negara Iran contohnya, mereka selalunya akan bertanya apakah nombor kemasukan kita (entry number).

"Tapi kali ini dari jauh lagi mereka telah memberikan kebenaran untuk pesawat kita melintas. Maknanya kita boleh terbang tanpa halangan," kata beliau ketika ditemui media selepas menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini.

Beliau menceritakan pengalamannya membawa pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah tragedi MH17 Jumaat lepas.

Turkey hantar kapal janakuasa terapung ke Gaza

ALLAH'HUAKBAR...

Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar?

SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.

Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu."Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Jika Najib lemah, PAS juga lagi lemah sampai tahap 'menjijikkan' di pandangan bukan Islam

Siapa yang lebih lembut?

http://mynewshub.my/eng/wp-content/uploads/2012/11/pakatan.jpg
TUN Mahathir secara terbuka berkata bahawa kepimpinan Najib tidak cukup tegas dan pantas dan membiarkan isu-isu utama negara berlarutan. Sebelum ini Tun Mahathir pun pernah mengkritik Pak Lah atas alasan terlalu lembut.

Kritikan Tun Mahathir memberi gambaran bahawa kepimpinan Najib lebih lembut dari kepimpinan Pak Lah. PRU13 telah membuktikan BN di bawah Najib tidak mampu mendapat kerusi sebanyak zaman kepimpinan Pak Lah. Menurut Tun, beliau terlalu lembut terhadap musuh sehingga ISA dan Ordinan Darurat dihapuskan demi untuk melayan tuntutan musuh.

Saya melihat dunia dari kaca mata seorang pendakwah. Sunnah Nabi mengajak saya supaya peka kepada isu-isu yang melanda umat atas nama dakwah. Saya tidak melihat sebagai ahli politik yang lebih cenderung untuk menangkan partinya dalam pilihan raya. Maka, saya melihat Najib, Umno dan Pas sebagai satu ummah. Setiap gerak langkah seseorang Muslim, secara sedar atau tidak sedar, tidak kira dari parti mana, menyumbang kepada dakwah iaitu gambaran terhadap Islam.

Pas dan PKR jangan sampai orang benci dengan anda

RASA JIWA                                                                                          

http://3.bp.blogspot.com/-_B_Mo4NVtxg/UWgd-o39ZTI/AAAAAAAAE7Q/tijhp-EMYgQ/s400/pas-vs-pkr.png
Kata putus mengenai siapa calon MB Selangor bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim masih belum dimuktamadkan. Putusan itu bukan dipihak Sultan Selangor yang ada kuasa penentu secara tradisi (budibicara) terhadapnya tetapi daripada PKR dan Pas.

Sultan Selangor masih belum mengeluar apa-apa titah berhubung siapa pengganti Khalid. Mungkin banginda pun tidak lagi dipersembahkan nama sesiapa. Cuma di pihak Pakatan Rakyat seperti mana yang diputus sebelum ini sudah menetapkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Walaupun Pas menamakan dua nama, Azizah dan Mohamed Azmin Ali tetapi Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan hanya nama Wan Azizah saja. Azmin sendiri tidak ada masalah dan memberi sookongan penuh kepada presiden partinya itu. Jadi soal Azmin sepatutnya tidak berbangkit lagi bagi Pas kerana ia atas kehendak dan sukarela Azmin sendiri berpegang kepada prinsip partinya.

Tetapi sejam dua ini ada bunyi lain pula, ibarat rumah siap tetapi pahat tidak puas hati. Katanya 13 Adun Pas enggan menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan Azizah sebagai pengganti Khalid. Sebab apa pula? Dan apakah perlu dan pentingnya surat sumpah berkenaan.

Apabila KHALID bercium mulut dengan UMNO, kenapa pula ada PAK LEBAI sayangkan KHALID..?

Selangor wilayah terkaya dalam Asia Tenggara selama ini telah dijadikan ' tabung buluh' oleh United Malays National Organisation. Projek-projek mega di Selangor telah memberi para polong United Malays National Organisation hisapan darah yang tak putus-putus. 

Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan Parti Ketuanan Melayu menjadi polong Kontrektor Kelas F yang berkerja mencari dan menjual projek. Semua polong-polong ini mati kering sesudah PRU12.

Pertama: Projek Langat Dua – waduk takungan air yang akan menjamin keselesaan warga Selangor untuk beberapa jenerasi yang akan datang. Projek ini bernilai hampir 3 billion ringgit. Ini bukan projek buat meriam buluh. Projek Langat Dua ini akan mengeluarkan taring polong-polong United Malays National Organisation yang selama ini tidak berkarat.

Hingga tulisan ini digarap tidak ada siapa yang tahu apakah perincian perjanjian Langat Dua. Selain dari Khalid tidak ada siapa yang tahu. Perjanjian ini diwartakan sebagai sulit. Justeru ini samalah saperti perangai United Malays National Organisation yang hingga ke hari ini tidak ada satu pun perjanjian lebuh raya yang diketahui umum. Semuanya rahsia kerajaan.

India haramkan alkohol

http://www.froyoplus.com/wp-content/uploads/2013/01/alkohool.jpg
MUMBAI - INDIA. Pihak berkuasa di Kerala semalam mengumumkan pengharaman alkohol bagi menangani masalah penyalahgunaannya yang semakin meruncing di bahagian selatan negara itu.

Ketua Menteri Kerala Oommen Chandy berkata, tiada lesen baharu untuk menjual alkohol akan diberikan, manakala lesen di lebih 720 bar dan restoran di negeri itu juga tidak akan diperbaharui.

"Alkohol memberi kesan bahaya sosial yang amat buruk. Kerala perlu bersedia menerima pengharaman ini. Bermula tahun hadapan juga, hanya hotel bertaraf lima bintang sahaja akan diberi lesen menjual minuman itu."katanya dipetik AFP.

Isu Sampah dan masalah perangai orang kita..!!

Isu sampah bahu jalan belum selesai
Keadaan bahu jalan di Lorong Pauh, dekat sini.
Keadaan bahu jalan di Lorong Pauh, dekat sini.
ALOR SETAR - Tidak tahu atau sengaja tidak ambil peduli? Begitulah persoalan mengenai tindakan orang awam yang membuang sampah di bahu jalan di Lorong Pauh, dekat sini.

Meskipun, program kesedaran dan langkah penguatkuasaan kerap dilaksanakan, namun masih ada individu tertentu gagal menguruskan sisa pepejal sendiri dengan baik.

Tinjauan mendapati masih ada bungkusan sampah bertaburan di tepi jalan itu, sedangkan tong sampah disediakan kira-kira 200 meter (m) dari lokasi itu.

Menurut Mohd Aizad Ahmad Nasir, 26, aktiviti membuang longgokan sampah di bahu jalan mungkin dilakukan orang luar yang tidak dibekalkan tong sampah.

Hamas tidak akan menyerah

Tarek al-Rifi tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat anaknya di Hospital Al-Shifa, Gaza.  
Tarek al-Rifi tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat 
anaknya di Hospital Al-Shifa, Gaza.

GAZA CITY - PALESTIN. Hamas berikrar akan meneruskan perjuangan selepas tiga komander kanan kumpulan itu dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di sebuah rumah di Rafah, awal pagi kelmarin.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga mereka telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan keupayaan tentera Hamas sejak beberapa tahun lalu.

"Israel tidak akan berjaya melemahkan kami dan mematahkan keinginan rakyat Palestin. Tindakan kejam mereka membunuh ribuan nyawa penduduk Gaza akan dibalas," katanya dipetik Arab News.

Sementara itu, serangan baharu rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza telah meragut lima nyawa rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berumur empat tahun.

Kementerian Kesihatan Palestin turut memaklumkan, sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dalam serangan tentera Zionis sejak kelmarin, sekali gus menjadikan angka kematian kini mencecah 2,090 orang.

Ada peniaga Ketum tanam tak sampai 1 hektar boleh buat pendapatan sampai RM200k setahun

Usia 9 tahun sudah ketagih ketum

Kakitangan yang hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Sesuci Lebaran di Pusat Latihan AADK, semalam. 
 Kakitangan yang hadir memeriahkan Majlis Jalinan Kasih Sesuci Lebaran di Pusat Latihan AADK, semalam.
SUNGAI PETANI - Kebimbangan terhadap ketagihan air ketum bukan sahaja berlaku terhadap golongan dewasa malah ia juga dilaporkan sudah menular kalangan kanak-kanak.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, terdapat laporan mengatakan kanak-kanak seawal usia sembilan tahun sudah terjebak dengan penggunaan air ketum.

Menurutnya, kajian mengenainya sedang dijalankan bersama sebuah universiti tempatan berhubung perkara itu.

“Dalam konteks pencegahan, kita sedang mengambil langkah melalui kempen secara berfokus ke setiap daerah dan lokasi yang dikenal pasti.

Selain itu, kajian penggunaan air ketum terhadap kanak-kanak juga sedang dilakukan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana Majlis Tindakan Dadah Negeri Kedah telah melihat perkara ini dan kerajaan negeri juga sedang mengambil langkah-langkah berhubung perkara ini.

Menurut beliau, di Kedah, penanaman ketum diusahakan secara ladang dan pendapatan yang diperoleh adalah lumayan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...