TERKINI :

Saturday, August 23, 2014

Hormati pengorbanan semua pihak dalam Pakatan

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta agar semua pihak mengeratkan persaudaraan dan setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang berucap pada Kongres Nasional PKR Ke-10 hari ini turut meminta agar pengorbanan semua pihak sebelum ini harus dihormati dan disanjungi.

"Tanpa pengorbanan mereka mana mungkin kita berupaya mencorakkan masa depan Malaysia yang lebih toleran, adil dan demokratik.

"Kita dengan rakan-rakan daripada PAS dan DAP punyai masa depan bersama, seiring dalam lanskap politik negara," ujarnya pada kongres yang diadakan di Stadium Malawati di sini. Hadir sama ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat yang wujud hari ini bukan dizahirkan atas kehendak mana-mana individu, bukan kepentingan kelompok.

Sumbangan anda diperlukan untuk adik ini....ayuh sekadar termampu dari kita..!!

As salam buat para sahabat Dan rakan2 semua, 

 
Saya memerlukan bantuan dan memohon jasa baik semua utk membantu adik Mohd Ikmal Sharif yang mengidap penyakit Japanese Encephalitis yang menyebabkan hilang upaya kekal seumur hidup.Adik Mohd Ikmal Sharif berumur 7 tahun. Setelah 9 bulan terlantar di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah. 

Dia memerlukan bantuan mesin pernafasan 24jam dan mesin peyedut kahak untuk membantu pernafasan sempurna. setelah mendapat kelulusan pulang ke rumah Adk Mohd Ikmal terpaksa tinggal di rumahnya yang serba daif dan kekurangan tanpa kemudahan hawa dingin yang membuatkan dia terdedah kepada persekitaran yang berisiko tnggi dengan keadaan tahap kesihatannya.Di samping keadaan rumah yang agak kurang selesa.

Saat semua mata tertumpu #MH17, waris #MH370 rayu tidak dilupakan

Ketika seluruh negara berkabung untuk 43 rakyat Malaysia – terkorban dalam Penerbangan MH17 semalam, ahli keluarga penumpang Penerbangan MH370 yang hilang lebih 5 bulan lalu merayu kepada Putrajaya agar tidak melupakan 239 penumpang yang hilang tanpa kesan itu.‎

Lee Khim Fatt, suami kepada pramugari Penerbangan MH370 Foong Wai Yueng berkata, pencarian pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing ketika hilang dari radar pada 8 Mac lalu tidak seharusnya dihentikan kerana Putrajaya masih belum menemuinya, tidak seperti MH17 – ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas.

“Dalam masa dua minggu lagi, genap 6 bulan semenjak MH370 hilang. Kami turut bersedih bersama-sama keluarga mangsa MH17 kerana kehilangan orang tersayang. Sekurang-kurangnya mereka menemuinya berbanding kami yang masih belum menemui apa-apa.

“Ahli keluarga anak kapal yang saya sendiri bercakap dengan mereka dan diri saya berharap kerajaan tidak hilang tumpuan untuk mencari MH370 dan pelaku tragedi MH17,” kata ayah kepada dua orang anak itu kepada The Malaysian Insider.

Ketua Pemuda PAS terengganu anggap berkawan dengan Anwar 'Bagai Melepas Anjing Tersepit'..!!

 
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu?

Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu menyatakan perkara yang haq, perkara yang benar dan perkara yang nyata jelas pada penglihatan mahupun pendengaran.Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai ANJING.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.

Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.“Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian.

Benarkah PAS sedang berjuang dan membuat kerja dakwah sekarang ini..?

CORETAN HATI UNTUK KAWAN
(Baca dengan fikiran terbuka)

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/pas%20untuk%20semua2.jpg

[1] Orang PAS adalah pendakwah. Mereka tidak pernah lekang daripada tarbiah dan disaran supaya berakhlak mulia dan bersabar dengan kerenah sasaran dakwah mereka. Orang PAS adalah pendakwah bukan penghukum. Sementara orang PKR pula adalah sasaran dakwah dan bukan orang kena tuduh.

[2] Orang PAS adalah pejuang Islam. Mereka mewarisi perjuangan ini daripada Nabi dan mereka dipimpin oleh ulama' pewaris nabi. Panduan mereka adalah al-Quran dan landasan pergerakan mereka adalah syura. Orang PAS mesti menjadi lebih baik daripada orang lain khususnya orang PKR kerana mereka bergantung dengan tempat bergantung yang baik dan mulia.

[2] PKR adalah kawan, bukan musuh. Mereka ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Dalam kalangan mereka ada yang Muslim dan non Muslim, yang baik dan kurang baik, yang bersopan dan kurang sopan, yang amanah dan yang khianat. Cuma, Islam mengajar kita supaya menerima dan mengiktiraf situasi sasaran dakwah kita seadanya.

Selangor - 'Tiada guna rizab tunai jika abai infrastruktur'

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sepatutnya menggunakan sebaiknya dana negeri untuk projek penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat.

Beliau mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering dikritik kerana tidak melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan raya walaupun mempunyai rizab tunai yang besar.

Ini termasuk kritikan berhubung wang penyelenggaraan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) yang tidak digunakan sepenuhnya Khalid.

"Jika kemudahan asas untuk rakyat negeri diabaikan, wang simpanan tidaklah begitu beri makna

"Kita akui kerajaan Selangor mempunyai dana dan program-program yang membantu merakyatkan ekonomi yang sepatutnya diteruskan.

"Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian ini, kita jua harus prihatin bahawa isu-isu rakyat perlu diutamakan – sampah, jalan yang melibatkan peruntukan Marris, yang tidak dibelanjakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Kongres Nasional PKR 10 di Shah Alam hari ini.

13 ADUN PAS masih enggan ikrar sokongan dalam bentuk hitam putih

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Benarkah melantik Wan Azizah merupakan langkah NEPOTISMA?


NEPOTISMA

Mungkin pendapat peribadi saya ini akan dipandang serong, sedangkan ini sekadar pendapat peribadi yang telah terbuku di benak. Timbul sedikit keberanian malam ini untuk pendapat ini dikongsi bersama.

Menabalkan/melantik/memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, atau adun atau presiden parti bukan bersifat NEPOTISMA sepertimana pendapat segelintir. Beliau seorang pemimpin yang muncul ketika negara berdepan satu detik hitam yang mengubah landskap politik tanahair. Tanpa mengambil kira walaupun sebelumnya beliau hanya seorang surirumah atau doktor mata atau sesiapa pun, beliau muncul dengan keberanian.

Bukan nak bermadah dengan modal 'tangan yang menghayun buaian', hakikatnya beliau seorang pemimpin, yang telah dan sedang memimpin. Wan Azizah juga telah meninggalkan tanggungjawab kecil (dalam soal kekeluargaan) untuk menggalas tanggungjawab lebih besar, bukan sekadar membela si suami semata-mata tetapi membela seorang pemimpin yang ketika itu turut dibela oleh sebilangan besar masyarakat termasuklah parti pas dan dap.

Sepengetahuan saya, NEPOTISMA itu lebih kepada memberi suatu kelebihan/jawatan kepada ahli keluarga ketika sedang berkuasa, yang boleh ditakrif sebagai 'conflick of interest' - menggunakan kuasa yang ada untuk melantik ahli keluarga ke suatu jawatan.

Beza memang berbeza, Azizah tidak dilantik (ke suatu jawatan) ketika Anwar berkuasa. Azizah lahir dari sebuah krisis pada tahun 1998, pusing ke seluruh dunia mohon bantuan di atas isu penindasan dan ketidak-adilan. Beliau memilih untuk bersama gerakan, bukan memilih untuk berdiam ketika itu. Boleh saja Azizah berdiam hingga Anwar dibebaskan, itupun jika dibebaskan.

Kini, Azizah yang sama diangkat menjadi calon tunggal Menteri Besar Selangor. Inilah Azizah yang telah harung kesukaran sebuah perlawanan belasan tahun lamanya, diangkat atas pengalaman, kapasiti presiden parti dan adun selayaknya, bukan diangkat dari celah dapur atau dari celah bilik pembedahan.

Atas kefahaman ini, saya yakin perlantikan beliau atas apa juga jawatan yang relevan bukan bersifat NEPOTISMA. Ini pendapat saya, dan saya yakin ramai yang akan sependapat jika memahami erti sebenar NEPOTISMA.

Nurul Izzah? Ya, sama lah.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

Takkan Sultan Selangor kena tipu sekali lagi?

Oleh BJ Zainulfaqar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.


Sebelum ini, saya menulis bahawa 30 Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar yang baru bukti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bohong Sultan.

Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno Barisan Nasional kerana mahu Khalid bebas kekal sebagai menteri besar.

Kecewa layanan Hospital Kulim

http://www.kulim.my/wp-content/uploads/2012/02/DSC_0495.jpg
Isnin lalu lebih kurang pukul 8.30 malam, saya membawa cucu berumur setahun sepuluh bulan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan akibat muntah dan cirit-birit yang kritikal.

Setelah membuat pendaftaran, kami diarahkan menanti ditempat menunggu yang tidak mempunyai kemudahan kipas angin atau pendingin hawa.

Pesakit tidak berapa ramai, yang ramai hanyalah waris-waris yang menghantar pesakit.

Setelah menunggu hampir satu jam, nama cucu saya masih tidak dipanggil untuk berjumpa doktor.

Menantu saya bertanya di kaunter pendaftaran, tetapi disuruh terus ke Zon Hijau untuk bertanyakan kepada doktor atau jururawat yang bertugas.

Doktor masih ada seorang pesakit yang perlu dirawat dan diberitahu selepas ini cucu saya akan mendapat rawatan.

Kedah bantu atasi masalah rumah tiada CF



ALOR SETAR 20 Ogos - Masalah dihadapi oleh kira-kira 150 pembeli rumah di perumahan Bandar Sejahtera, Pokok Sena di sini yang masih belum menerima sijil layak menduduki (CF) mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrul Hisham Hashim berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pemaju dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam masa terdekat untuk mendapat maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

"Saya memberi jaminan kerajaan negeri akan memberi perhatian terhadap luahan tersebut dan akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikannya.

LADA pergiat usaha kekalkan Langkawi status geopark


LANGKAWI 18 Ogos - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan terus berusaha untuk mengekalkan status Geopark yang diperoleh pada 2007 daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli berkata, banyak perancangan baharu diatur dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke pulau pelancongan itu.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM38 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Tindakan Pelancongan Langkawi 2011-2015 bagi membaik pulih infrastruktur di kawasan yang menjadi tempat tumpuan pelancong.

"Pada tahun lepas kita mencapai sebanyak 3.4 juta pelancong yang datang dan tahun ini sehingga Jun kita sudah mencapai sebanyak 1.64 juta pelancong.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...