TERKINI :

Thursday, August 21, 2014

Sudah tahap sampai nak bubuh 'BOM' nie apa kata tutup sajalah kilang Arak tuu..!!

 
Suspek militan Malaysia yang setia kepada kumpulan bersenjata Negara Islam membeli bahan membuat bom ekoran cadangan serangan terhadap kilang arak Carlsberg di Shah Alam, kata pegawai kanan antiterorisme.

Rancangan itu, yang menurut pegawai itu dalam peringkat “perbincangan”, pertama di Asia Tenggara, setelah diinspirasikan oleh kebangkitan Negara Islam di Syria dan Iraq, lapor Reuters.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin memberitahu Reuters bahawa kumpulan 19 suspek militan sudah memperoleh serbuk aluminium, yang selalu digunakan untuk pembuatan bom.

“Dalam bentuk ideologi dan niatnya ia sangat jelas,” Ayob Khan dipetik sebagai berkata ketika diwawancara.

Negeri-negeri paling bahaya di Malaysia...

Negeri-Negeri Paling BAHAYA di Malaysia Mengikut Ranking | INFO | Selangor, Johor dan Kuala Lumpur menduduki tempat tiga teratas dengan indeks jenayah tertinggi.
 
negeri paling bahaya malaysia
 
Namun dari segi indeks jenayah per 100k populasi, ternyata Kuala Lumpur di tangga pertama.
 

Payung Punya Pasal, PETRONAS kena bambu dek pengguna..!!

http://2.bp.blogspot.com/-mfbY64TZ-no/U-HTivKdDKI/AAAAAAAAR8s/SbQ0GgCWWXI/s1600/10384660_751108464948055_7917802597614014423_n.png

Klik Seterusnya Untuk Untuk Lihat Komen Pengguna

Memalukan kerajaan BN terus guna khidmat APCO

http://www.suarapakatandaily.com/images/stories/RU7/apco%20worldwide.jpg
Adalah sesuatu yang memalukan apabila kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih terus mahu menggunakan khidmat nasihat Israel melalui APCO Worldwide.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, Yusri Yunus berkata kerajaan seharusnya menghentikan semua hubungan sama ada khidmat nasihat atau perdagangan dengan Israel.

"Melihat kepada perkembangan terkini, kerajaan seharusnya menghentikan segera khidmat dengan syarikat perunding APCO.

"Tambah lagi rakyat negara ini sendiri telah secara tegas menyatakan penolakkan mereka terhadap kezaliman oleh rejim itu terhadap rakyat Palestin.

"Memalukan apabila pemimpin kita bukan sahaja tidak mampu mengeluarkan kenyataan tegas berhubung isu Gaza, tetapi terus menggunakan khidmat syarikat milik Israel," tegasnya lagi.

Ini MAHATHIR Lah !


 Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Baru sahaja Pakatan Rakyat melepasi kemelut panjang isu MB Selangor, kini giliran BN pula resah dengan stand Tun Mahathir yg secara tiba-tiba menyatakan rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Najib yg lemah, seterusnya menarik balik sokongan terhadap Najib. Tidak hairanlah, kerana siapa tidak kenal Dr Mahathir. Sesiapa sahaja yang tidak membawa aspirasi Mahathirisme, akan dilawan, dicantas dan diserang.
2) Tunku Abdul Rahman sudah kena. Tengku Razaleigh pun sudah kena. Anwar Ibrahim lagi teruk kena. Dan kita tahu Pak Lah yg ada gelaran Mr Clean pun tersungkur dek tekanan Sang Mahathir. Maka tidak hairan, apabila Najib tidak bersesuaian dengan kehendaknya, dia akan bertindak selagi hayat masih dikandung badan.

3) Ketika beliau meletakkan jawatan, Pak Lah dipilih menggantikannya kerana mahu imej Pak Lah yang merupakan cucu ulama besar, akan dapat menyekat perluasan kuasa PAS yg dilihat semakin rancak selepas Anwar dipecat dan keputusan PRU 1999 yg menggusarkan beliau. Strategi mengangkat Pak Lah dengan slogan Islam Hadhari -nya berupaya merencatkan PAS, PRU 2004 PAS hilang Terengganu.

Kisah Selangor, Ridhuan Tee dan 'darul babi'

 AHMAD TAJDID

TIBA-TIBA sahaja babi menjadi topik hangat di tengah-tengah krisis pertukaran menteri besar Selangor sekarang.

Topik babi ini disentuh dalam penulisan seorang kolumnis Tionghoa, Dr Mohd Ridhuan Tee dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

Ridhuan mendakwa, usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim punyai kaitan dengan cadangan DAP untuk melaksanakan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta di negeri itu.
Beliau mendakwa projek itu dihalang Abdul Khalid dan jika Menteri Besar itu berjaya disingkirkan, projek babi raksasa itu akan menjadi kenyataan di Selangor.

Tidak diketahui dari sumber mana maklumat itu diperolehi Ridhuan. Namun dakwaan mengenainya telah disebar di alam siber ketika krisis MB Selangor memuncak.

Penolong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor, Mohammad Firdaus Babh menganggap dakwaan Ridhuan itu sebagai “jelas melakukan tohmahan dan berniat jahat terhadap DAP”.

Akhirnya Nakhaie tinggalkan UMNO... sebab tak sanggup berada dalam parti yang korup perjuangan


Macam mana pulak Nakhaie boleh kata perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara dah tak ada lagi dalam UMNO nih?.. sedangkan macai-macai masih percaya dongeng itu..

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno suatu ketika dahlu hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan melalui Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi".

"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Sembang-sembang pasal PRK Pengkalan Kubur Kelantan

ANALISIS AWAL PRK PENGKALAN KUBOR.

Secara tuntasnya Pilihanraya Kecil N1 Pengkalan Kubor pasti akan berlaku. Melihat kepada majoriti yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Bin Omar dalam pilihanraya umum yang ke 13 yang lalu iaitu sebanyak 1736 undi bagaikan sukar dikejar oleh PKR, tidak sebagaimana kawasan pengundi campuran. Bagi kawasan pengundi Melayu, majoriti mendekati 2000 undi adalah sukar di kejar kerana amat jarang pengundi Melayu tradisional mengubah pegangannya.

Bagi undi biasa, terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dun Pengkalan Kubor. BN menguasai 7 PDM manakala PKR hanya menguasai 5 PDM. BN menguasai PDM Pengkalan Kubor, Simpangan, Tujoh, Bunohan, Jubakar Darat, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Telok Jering. Manakala PKR pula menguasai PDM Pengkalan Kubor, Kampung Tebing, Kampung Geting, Telaga Bata dan Kedai Geting.

Dari segi penguasaan saluran pengundi pula, BN menguasai 21 saluran undi biasa dan PKR juga menguasai 21 saluran pengundi dan menariknya BN dan PKR seri dengan memperolehi jumlah undi yang sama di saluran 4 bagi PDM Tujoh.

Tafsiran hukum BERKABUNG dari segi agama Islam..?


Dari segi islam tiada dianjurkan untuk pakai baju hitam atau putih atas penghormatan,atas kematian atau sesuatu musibah. Pemakaian baju hitam jika atas niat untuk perkara tersebut tidak dibolehkan kerana mengikut amalan orang kristian. 

Apa yg terbaik amalan di dalam syariat islam hanya berdoa memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah. Jika sekadar pakai tidak mengapa.

Benar... itu semua amalan orang2 kafir....

jawapan:

Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:

Maksudnya: Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam.
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).

MH17: PAS sertai istiadat penghormatan jenazah

KUALA LUMPUR: PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 22 ogos ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh Ahli Parlimen PAS telah diarahkan untuk menyertai istiadat itu nanti.

"Saya telah mengarahkan seluruh ahli parlimen PAS khusnya yang berada di Lembah Klang untuk hadir dan bersama-sama memberikan penghormata,

"Saya juga telah memaklumkan kepada PAS Pusat agar menghantar wakil rasmi parti ke majlis itu nanti," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Mahathir jadi macam Sultan Melaka?

SUBKY LATIF | 21 Ogos 2014.

http://www.the-two-malcontents.com/wp-content/uploads/_19456_mahathir-7-2-2007.jpg
TUN Dr. Mahathir telah menarik pula sokongannya kepada Perdana Menteri Najib justeru kelemahan pimpinannya, pada pandangannya merugikan negara. Apabila negara rugi, maka apa lagilah rakyat.

Kononnya tidak berbangkit dia hendak menjatuhkan Perdana Menteri itu sebagaimana yang dilakukannya tolong menjatuhkan Perdana Menteri Abdullah Badawi sebelumnya, tetapi setakat ini sekadar menarik sokongan dan kepercayaannya kepada Najib.

Apa yang akan dibuatnya selepas ini akan kita sama-sama perhatikan. Apakah akan sekali lagi keluar Umno seperti yang dilakukannya dulu?

Yang nyata padanya, dia angkat Abdullah Badawi sebagai gantinya 11 tahun, Abdullah telah mengecewakannya. Dia dapat buang orang tua itu. Atas isyarat dan pencerahannya, diangkat Najib sebagai ganti.

Najib sebagai ganti itu telah dirancangnya sejak sebelum Abdullah menamakan timbalannya. Pernah Abdullah bersungut, berilah kebebasan padanya memilih timbalan yang juga dikira bayangan sebagai penggantinya kelak.

Rumah PPRT & SURAU Pulau 3 Sg Petani hendak diroboh, mana UMNO & PERKASA

PANAS... rumah PPRT & SURAU Pulau 3, Sg Petani hendak dirobohkan... mana pejuang bangsa UMNO/PERKASA & juga 'tokey kurma' Mukhriz... takan nak tengok saja rumah rakyat nak kena roboh...

Kini orang umno kampung Pulau 3 mintak simpati semua..... rumah yg depa diami dan surau yg depa imarahkan nak dirobohkan......bab nak kena roboh nanti kita siasat...tapi yg pasti kg nie dah lama wujud sejak beberapa generasi dah...

Aman makmur negeriku


Senarai penuh 20 jenazah yang dibawa pulang esok

BERITA PANAS :

Tun mahathir menggariskan 7 sebab terjah Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.

Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.

"Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel.

Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib. – 21 Ogos, 2014.

Mungkin ini alasannya MB KEDAH tanam pokok kurma di Seri Mentalon..!!

 
Berkemungkinan inilah alasannya kenapa di Kediaman MB Mukhriz di tanam pokok kurma sekarang nie... al maklumlah dengan ada pokok kurma depan rumah nie mudahlah sikit nak petiknya, tak payahlah nak pergi jumpa Yussof Touyub lagik....

hangpa baca di bawahlah nak tau apa dia

 

Timb Mufti Kedah tegur banner wanita nampak pusat dalam Bandaraya Alor Setar

Gegantung wanita seksi jadi bualan

Komen-komen yang disuarakan melalui laman Facebook  
Komen-komen yang disuarakan melalui laman Facebook

ALOR SETAR - Beberapa jalan utama di bandaraya ini dihiasi gegantung ‘Kejohanan Muay Thai Piala Menteri Besar’ yang akan berlangsung September depan, di Stadium Sultan Abdul Halim, namun kewujudan gegantung peserta wanita berpakaian seksi mencuri tumpuan apabila ia menjadi bualan di laman sosial.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandaraya ini mendapati promosi kejohanan itu sudah bermula sejak awal Ogos, dengan memasang gegantung di jalan-jalan utama.
Promosi menerusi laman Facebook juga dilakukan pihak penganjur, termasuk di laman sosial antarabangsa sukan Muay Thai.

Bagaimanapun, beberapa komen di laman sosial menyatakan rasa kesal berikutan iklan kejohanan sukan dicemari dengan gambar peserta wanita seksi dan dipaparkan pada umum secara terbuka.

Harapan cerah wakil Pas jadi MB


Harapan cerah wakil Pas jadi MB
SEMUA sedia maklum bahawa Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sukar untuk mempertahankan jawatan beliau kerana kurang sokongan dalam Dun.

Setelah Pas kembali menyokong PR dan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kini hanya tinggal masa untuk PR menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.

Proses pelantikan menteri besar ini dilihat tidak akan menghadapi masalah jika sultan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Sultan mungkin memperkenankan calon tunggal PR itu kerana Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang mempunyai sokongan majoriti daripada adun PR di Selangor.

Malah, tindakan PR yang menetapkan pendirian hanya mencalonkan satu nama juga akan menjadi faktor penting kepada proses ini.

PAS teroka laluan alternatif, bukannya U-turn

BERITA PANAS :

SUHAIZAN KAIAT

https://lh5.ggpht.com/yScU3ddrkEwxEVnmEkSF5LjP20j4gjk76_0cSgCLVcbNCbv2FpDEptMbneNi2Gt-B37AcbFm_cC7sh9H8w=s0TARIKH 17 Ogos 2014 yang lalu menjadi satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa. Bagi Pas, ia merupakan salah satu 'historical moment' dalam sejarah panjangnya di pentas politik tanah air.

Keputusan telahpun dicapai. Semua orang sudah tahu. Namun apa yang penting bagi saya, dinamika yang berlaku dalam Pas sepanjang berinteraksi dengan isu ini adalah pengalaman yang amat berharga khususnya bagi saya sendiri yang baru sahaja diamanahkan sebagai Ketua Pemuda Pas.

Media pro Umno - seperti kebiasaannya - terus menerus menggambarkan bahawa keputusan dibuat oleh Pas dalam mesyuarat Ahad lalu sebagai tidak 'gentleman'. Pas diwarnakan menerusi media-media mereka sebagai 'membuat U turn' demi mengikut telunjuk DAP.

Mentera mereka bahawa Pas berjaya diperalat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu semamangnya sudah pasti.

JALAN ALTERNATIF

Dalam hal ini, saya berpandangan Pas bukanlah membuat U-Turn khususnya apabila ada yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh Presiden serta Majlis Syura Ulama sebelum ini yang ternyata kononnya tidak sejajar keputusan mesyuarat AJK Pas Pusat 17 Ogos.

Bagi saya, Pas telah mengambil jalan alternatif setelah jalan yang asalnya sudah rosak.

Langgar - Apabila AMANAH IKHTIAR MALAYSIA 'bersilat' dengan JKKK berebut Dewan


Umi Kalsom (kanan) menunjuk pintu dewan orang ramai dan surau Kampung Masjid Lama yang
telah ditutup hingga menimbulkan masalah kepada penduduk  
Umi Kalsom (kanan) menunjuk pintu dewan orang ramai dan surau 
Kampung Masjid Lama yang telah ditutup hingga menimbulkan 
masalah kepada penduduk

LANGGAR - Ahli Pusat Islami, Blok Langgar, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kecewa dengan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Lama, dekat sini, kerana menutup dan menghalang peserta itu untuk bermesyuarat baru-baru ini.

Ketua Pusatnya, Umi Kalsom Ismail, 46, berkata, akibat penutupan itu pihaknya terpaksa bermesyuarat di dewan Masjid Lepai.

Menurutnya, selama hampir 20 tahun ahli AIM menggunakan dewan itu untuk melakukan mesyuarat setiap minggu pada hari Rabu dari jam 10 hingga 11 pagi.

"Setiap bulan ahli AIM membayar RM20 bagi bayaran air dan elektrik dewan itu.

“Bagaimanapun sejak JKKK baru ini, dia menaikkan bayaran sehingga RM40 sebulan dan ini tidak wajar kerana kami hanya menggunakan seminggu sekali sahaja untuk bermesyuarat," katanya.

Tiga sebab utama pekerja kemuka cuti sakit

BERITA PANAS :
http://4.bp.blogspot.com/_LCsNbqrkO-I/TND6vmiCxcI/AAAAAAAAC58/hK-3qdfZJGs/s1600/medical+certificate.JPG 

KUALA LUMPUR - Satu kajian oleh JobStreet.com mendapati tiga sebab yang diberikan pekerja untuk mengemukakan sijil cuti sakit ialah tiada keinginan untuk bekerja, kepenatan dan berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.

JobStreet.com dalam satu kenyataan hari ini berkata alasan berkenaan menunjukkan pekerja tidak mempunyai motivasi di tempat kerja dan tidak jujur, hanya untuk mengelak daripada datang bekerja.

"Dua puluh enam peratus daripada pekerja dalam kajian mengaku mereka berpura-pura sakit untuk mendapatkan sijil cuti sakit dalam enam bulan lepas.

Ada yang telah mengemukakan lima sijil sakit dalam enam bulan lepas," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata sejumlah 1,058 majikan dan 749 pekerja daripada pelbagai industri di Malaysia terlibat dalam kajian JobStreet.com, dalam Jun tahun ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...