TERKINI :

Wednesday, August 20, 2014

Rakyat Malaysia dah tahap JAHILIAH GILA KHINZIR, Mak & Mak Mentua pun dah kena ROGOL!!!

BERITA AKHIR ZAMAN

Gua rock, tapi sokong ULAMAK..!!


Saya hanya seorang hamba Allah yang daif di sisi-Nya. Hamba Allah yang banyak dosa, tidak pantas untuk memberi nasihat pada teman-teman. Namun, justeru sayangkan kalian dan apa yang diperjuangkan, izinkan saya berkata-kata.
Sabarlah dan beristiqamahlah, teman-teman pimpinan PAS di semua peringkat. Jangan mundur walau apa sahaja mehnah yang menerjang. Usah gentar dengan segala taburan fitnah dan adu domba. Bukankah Rasulullah SAW memberi ingatan: "Bersabarlah, menang atau syahid."?
Janji-Nya Maha Benar. Manusia bukan penentu dan redha manusia itu hantu. Nyawa PAS bukan di tangan manusia. Bukan pada banyak atau sikit kerusi di Dun dan Parlimen. Hanya Allah penentu segala. Usaha dan bergerak menuju matlamat tetap wajib diteruskan.

Krisis Selangor : Sultan pulang awal, pendekkan cuti

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/07/Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1.jpg
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memendekkan percutian luar negaranya dan akan pulang pada 23 Ogos, empat hari lebih awal daripada jadual asal, kata sumber kerajaan negeri, lapor The Star Online.

Baginda pada awalnya dijadual pulang pada 27 Ogos.

Krisis menteri besar Selangor kini bergantung kepada keputusan Sultan Selangor selepas pulang nanti.

Pakatan Rakyat (PR) sudah mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

IKLAN KESIHATAN : RAHSIA POKOK KARI [klik sini]

Sebelum ini, Sultan Selangor mengarahkan Khalid tidak membuat apa-apa keputusan atau pengumuman mengenai kedudukannya sehingga kepulangan beliau.

MUKHRIZ semakin kehilangan soldadu-soldadu tegar yang menaikkan beliau semasa PRU13..!!

https://media.zenfs.com/en_MY/News/Malay_Mail/mukhriz_mahathir_0410.JPG
Blogger UMNO sendiri katakan MUKHRIZ masih 'lost' tidak terbukti kewibawaan mengemudi UMNO KEDAH.....

Ini petikan apa yang beliau katakan....
Akhir-akhir ini terdapat beberapa komen pemerhati menyatakan Mukhriz masih ‘lost’ dan tidak terbukti kewibawaan mengemudi UMNO Kedah yang masih simpang kelewang. Ini bakal menghanyutkan bahtera politik Mukhriz dilambung gelombang jauh berbanding dengan KJ yang sentiasa kelihatan konsisten, bijak dan terancang.

Difahamkan ramai soldadu-soldadu tegar yang menaikkan beliau semasa meragas tangga politik di Kedah dahulu kini telah lari, kecewa dan membawa haluan masing-masing. Mereka meluat kerana orang-orang baru sekeliling Mukhriz telah membina tembok besar sehingga mereka terpaksa melalui saringan yang ketat, padad dan sendad. Mereka ini sebenarnya tidak faham adalah kebiasaan di dalam UMNO, "habis manis sepah dibuang". "Biasa la Bro..." kata seorang rakan.

Adakah cadangan Airport KULIM adalah sekadar projek 'ghairah & teliur' komisyen berbilion-bilion?


http://www.backpackingmalaysia.com/images/uploads/sights/_sights_470/KLIA-2---computer-model.jpg

Bersembang bab Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang di canang-canangkan oleh Mukhriz itu apa kata kita lihat di segenap segi kenapa ia difikirkan untuk dibina. Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim adalah projek besar yang dilihat dibuat secara tergopoh gapah oleh kerajaan negeri.

Walaupun kononnya ia adalah hasil dari keputusan makmal transformasi tetapi kajian awal (pleminary report) tidak pernah dibentang di mana-mana forum.

Jika benar cadangan tersebut membawa kebaikan untuk rakyat sepatutnya kerajaan sepatutnya tidak menyembunyikan hasil kajian tersebut dari pengetahuan semua pihak.

PAS tidak menolak projek secara membuta tuli tetapi mahu melihat hasil kajian yang dibuat mengenainya sama ada akan membawa kebaikan atau tidak kepada rakyat terlebih dahulu.

Ada kemungkinan kajian tidak dibuat, tetapi para pemimpin politik negeri hanya ‘ghairah dan terliur’ dengan komisyen projek bernilai hampir RM2 billion itu.

Najib Lebih Berani Daripada Obama Dan Putin...!!!!

Najib Lebih Berani Daripada Obama Dan Putin...Inilah Idea Paling Wow Yang Dicari-Cari Muhyiddin

http://cdn.frontpagemag.com/wp-content/uploads/2014/07/mn.jpg
http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/03/najib-razak14.jpg
Walaupun sudah ada beberapa pemimpin kanan UMNO tampil menyanggah teguran Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Najib Razak yang dimuatkan dalam blognya semalam, tetapi malangnya tiada satu pun di antara mereka berhujah memberi jawapan tentang persoalan yang ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Sebaliknya, rata-rata mempersoalkan kenapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba membodek serta mengampu Najib dan bukannya menjawab intipati teguran yang dibangkitkan.

Jika dilihat dalam teguran Mahathir itu, beliau membangkitkan mengenai sikap Najib yang suka melayan permintaan musuh seperti menghapuskan ISA dan undang-undang buang daerah, terlalu merendah diri kepada negara jiran, menggunakan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan rakyat sehingga mereka terlalu bergantung kepada kerajaan, import barangan digalakkan tetapi industri tempatan diabaikan, menambah cuti, menaikkan gaji minimum tanpa mengambil kira kenaikan kos dan sebagainya.

Rakyat Kedah Bayar Cukai, MB pulak ambik renovate rumah RM1.4juta & tanam Kurma RM2.9juta

 

Nah ambik semua..habuan rakyat Kedah dapat MB Yahanana... Setakat jubah dan lebai putih tidak berapa karan lagi.. kena tanam pokok kurma baru jadi Islamik...

Habuan hangpa lah rakyat Kedah.. Rakyat bawah merah bijik mata cari duit, bayaq cukai tanah... mai depa ambik duit cukai renovate rumah MB....

Ya Nasib Ya Nasib.....

BERITA PANAS :

Gadis Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah yang selalu berjubah



Pelik juga, takkanlah penganjur Muay Thai Piala Menteri Besar di Kedah tak memikirkan sensitiviti masyarakat apabila menggunakan gambar perempuan seksi untuk mempromosi acara tersebut.

Dan secara logiknya, bagaimana pula bahan promosi yang digantung untuk tatapan umum itu mendapat kebenaran PBT?

Sudahnya kerajaan negeri terutama MB Kedah, Mukhriz Mahathir juga yang tercalar namanya apabila dikaitkan dengan eksploitasi wanita pada banting dan kain rentang yang dipacak di sekitar jalan utama di Alor Setar ini.

Exco PAS: Nak minta seringgit pun susah

Exco Selangor dari PAS mendedahkan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sepanjang enam tahun ini hanya dibelenggu satu masalah, iaitu susah memberi wang untuk program negeri.

Bagaimanapun Dr Halimah Ali menjelaskan itu menunjukkan Khalid seorang yang amat berhati-hati dalam membuat keputusan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya hanya ada satu masalah besar dengan beliau. Nak minta duit susah," kata beliau sambil ketawa kecil ketika ditanya wartawan di pejabatnya hari ini.

Halimah menjelaskan seorang Exco perlu membentangkan pelan terperinci kepada Khalid dan memberikan hujah agar wang negeri yang diperuntukkan dapat membantu rakyat.

"Kalau tak ada hujah baik nak minta seringgit pun susah.

"Jika anda ada pelan yang boleh berjalan dan baik kepada rakyat, perlulah berhujah (dengan beliau)," kata beliau.

AWAS !! Documen Langkah Kajang yang berlegar adalah PALSU

KENYATAAN MEDIA


Saya menasihati orang ramai terutamanya pendokong Pakatan Rakyat supaya berhati-hati dengan helah yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dengan mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan.

Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat untuk menimbulkan kemarahan. Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu dari cybertrooper Umno/Barisan Nasional.

Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan. Saya terkejut melihat mereka yang cenderong kepada Pakatan Rakyat turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya.

Adalah melucukan jika ada strategi besar yang ditulis dalam satu dokumen. Malah, dokumen itu pun banyak menimbulkan keraguan dan sepatutnya jelas lebih awal bahawa ia dokumen palsu:

1) penulisnya tidak dapat berapa mahir dengan bahasa Inggeris. Kalau pun itu dokumen sulit, sepatutnya ditulis "P&C" bukannya "Eyes Only"

Apa beza "TEGUR" Hasan Ali dengan Dr Zuhdi..??



KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Semua pakat kalut bila Mahathir istihar perang dengan Najib

Mubarak minta Dr M henti 'perang dingin' terhadap PM

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan 'perang dingin' secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.
    
"Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
    
"Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
    
Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.
    
Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.
    
"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Malangnya, sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," kata Dr Mahathir dalam blognya itu.

Penerangan Pakatan Rakyat Kedah koi mengarot aihh... !!!

Macam nie punya isu tak reti nak olah bagi rakyat tau..!!
Penerangan pakatan rakyat kedah koi mengarot aihh... habis sahaja SIDANG DUN tak ada apa isu yang dibangkitkan dan diketengahkan untuk rakyat tahu... nak kata tak ada dok belek sana belek sini rasa ada terjumpa satu dua topic yang boleh diketengahkan...yang ada berita Utusan kata PEMBANGKANG SETUJU BINA AIRPORT KULIM....

tapi dok tengok tak ada benda nak di highlight kan oleh hangpa bab paku BN...takan mulia sangat kerja buat MUKHRIZ sampai tak ada cacat celanya langsung....

nak kata tak reti hangpa semua nie hebat2 belaka... dulu pernah memerintah negeri lagi....pegang jawatan dalam kerajaan negeri pun ada...

cuba tengok sidang dun lepas...apa hangpa telah buat nak sasarkan isu dalam negeri terutama dalam media sosial yang semakin ramai pengikutnya sekarang nie.... macam ada satu bab aku baca di harakah dimana adun aloq mengkudu suruh maximumkan penggunaan media sosial untuk berdakwah....

Benarkah "AYAH CHIK" menipu..???

http://4.bp.blogspot.com/-pK1G_w21-iI/UKkI5xp6EqI/AAAAAAAAAIM/_NLOAtrydhk/s1600/armageddon.jpg

Ada yang menuduh Presiden kita cakap tak serupa bikin. Dulu kata sokong Khalid, sekarang namakan pengganti Khalid pula. Tidak sedikit yang keliru dengan keputusan terbaru.

Sahabat, kekeliruan ini sunnatullah dalam perjuangan. Zaman Nabi SAW dahulu, hampir semua sahabat keliru dengan keputusan Nabi. Tapi mereka tidak memberontak.

Pada tahun 6 hijrah, orang-orang Islam memutuskan untuk melakukan umrah buat pertama kali selepas hijrah. Lebih kurang 1400 muslimin menyertai rombongan Umrah itu dipimpin oleh Rasulullah sendiri.

Apabila menghampiri Mekah, muslimin dapat tahu bahawa tentera Quraisy menutup jalan masuk bagi menghalang orang Islam masuk Mekah. Saidina Uthman yang pergi berunding untuk masuk juga diculik.

Heboh berita Uthman telah dibunuh. Rasulullah terus memanggil semua bermesyuarat tergempar membincang isu tersebut.

Saidina Abu Bakar berkata: "Kita datang untuk umrah, bukan untuk perang. Tapi kalau ada yang menghalang, kita rela berperang!". Ahli mesyuarat lain bangkit turut semangat. Akhirnya kata sepakat diambil. Membujur lalu melintang patah. Mereka menyatakan janji setia untuk terus mara tanpa berpatah. Inilah BAI'ATUL RIDHWAN

Hari Kemerdekaan disambut sederhana di Kedah


ALOR SETAR - Kedah akan turut menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini secara sederhana bagi menghormati dan memperingati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan MH370.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata sambutan secara sederhana ini adalah mengikut keputusan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

"Semua acara berbentuk hiburan termasuk pertunjukan bunga api tidak akan diadakan tetapi kita akan menggantikannya dalam bentuk pengisian yang lebih sesuai dalam mengambarkan perasaan simpati dan sedih kepada keluarga mangsa nahas MH17 dan MH370," katanya selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

AL FATIHAH - ADUN BN Pengkalan Kubor meninggal dunia akibat kanser




KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia pagi ini kerana kanser.

Allahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi di China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.

Risau kaedah dalami agama guna FB, Google

http://www.jordysaragih.pro/wp-content/uploads/2014/05/sosmed.jpg
KUANTAN - Seorang tokoh terkemuka Islam hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan umat Islam terutama generasi muda mendalami agama melalui laman sosial seperti Facebook (FB) dan Google, berbanding menghadiri kelas agama sebenar.

Pensyarah Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar, Sheikh Dr Usama El Sayyed Mahmoud berkata, persoalan agama terutama yang membabitkan akidah perlu dilihat dalam ruang yang luas kerana ia turut membabitkan isu keselamatan, moral dan teknologi.

"Perkara ini dirisaukan akan memberi kesan jangka panjang kepada pembentukan akidah mereka kerana apabila mereka (belajar) melalui FB, ia hanya perkongsian ilmu secara asas saja...tidak menyeluruh dan boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Beliau mengemukakan masalah ini dalam hujahnya di 'Wacana Antarabangsa Intelek Islam: Akidah Murni Pusaka Nabi Muhammad SAW' anjuran Kerajaan Negeri Pahang dan Yayasan Pahang di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...