TERKINI :

Tuesday, August 19, 2014

Nik Abduh dengan politik 'kurang asam' ditegur direct oleh pengguna fb..!!

BERITA PANAS :

Golongan kopiah putih yang haprak dalam PAS

– Hafiz Ahmad

http://4.bp.blogspot.com/-aasKhPwN0Oc/TVQUxlyOkuI/AAAAAAAAH4o/KDwSTfwP530/s320/20239_101509329881558_100000674750840_38958_3620402_n.jpg
PAS baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat yang bersejarah berkenaan krisis menteri besar Selangor.

Keputusan jawatankuasa PAS Pusat yang bersetuju mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden Azmin Ali sebagai calon baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar baru. Azmin menarik diri dari dicalonkan dan hanya nama presiden PKR yang akan dipersembahkan sebagai calon tunggal kepada sultan.

Keputusan ini bercanggah dengan keputusan terdahulu yang diputuskan Majlis Syura Ulama PAS yang menyokong Khalid sebagai MB.

Golongan "kopiah putih" dalam PAS sangat kecewa dengan keputusan baru yang dibuat oleh AJK PAS Pusat. Salah seorang yang tidak dapat menahan kecewa adalah Dr Zuhdi Marzuki, ahli PAS yang baru-baru ini popular kerana nak jentik bukan Islam.

Zuhdi melalui laman facebooknya menghentam Timbalan Presiden PAS Mat Sabu secara terbuka dengan mengatakan Mat Sabu sudah menjadi ayam daging Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Henti Segera Projek MRT Sehingga Penilaian Prosedur Keselamatan Yang Lebih Ketat Dijalankan


Projek MRT sekali lagi dilanda kemalangan hingga mengakibatkan 3 pekerja terperangkap di bawah timbunan konkrit di Kota Damansara. Ini merupakan kejadian kemalangan yang kedua di tapak pembinaan MRT setelah kemalangan pertama pada bulan Jun lepas selain daripada runtuhan tanah di kawasan sekitar tapak pembinaan MRT di Jalan Imbi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan melihat insiden-insiden kemalangan ini berpunca daripada sikap tergesa-gesa Kerajaan Persekutuan dalam memulakan dan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan projek ini.

Malah, Kerajaan Persekutuan nampaknya tidak mengambil iktibar kemalangan yang berlaku pada bulan Jun yang lepas dengan membiarkan kontraktor utama GAMUDA-MMC mengambil tindakan yang agak lembut apabila sekadar memberhentikan sub-kontraktor yang terlibat sahaja.

SAMM Wilayah Persekutuan dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk segera menghentikan kerja-kerja pembinaan projek ini dan memberi laluan kepada pasukan pakar-pakar prosedur keselamatan dan alam sekitar untuk menilai semula semua aspek keselamatan sama ada di permukaan dan juga di bawah tanah di sepanjang laluan projek ini. Ini adalah langkah yang penting dan utama untuk memastikan projek ini tidak akan mengalami sebarang kemalangan lagi yang mana mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja dan orang ramai dengan lebih banyak lagi.

Larang Penonton Lelaki Tonton Bola Jaring di Kelantan, MCA Berang... Ulang MCA Berang..!

MCA berang Kelantan larang lelaki tonton bola jaring

MCA mengutuk larangan lelaki menonton perlawanan bola jaring di Kelantan, seperti dilaporkan media, dan menyatakan ia sebagai "langkah terkebelakang."

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik dan Penyelidikan MCA Datuk Lua Choon Hann berkata pengharaman itu tidak bijak dan boleh memusnahkan sukan itu.

"Tujuan menaikkan semula bola jaring di Kelantan ialah untuk mempopularkannya dan meningkatkan kefahaman dan tontonan awam. Tetapi kerajaan Kelantan, sebagai penganjur bersama mengambil langkah terkebelakang dengan mengharamkan penonton lelaki.

"Pengharaman ini pastinya memberi kesan kepada jumlah penonton dan mengekang popularitinya. Lebih teruk, ia bakal menjadikan Malaysia bahan ketawa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

New Straits Times Online melaporkan, Kelantan bakal mengadakan kejohanan bola jaring hanya untuk penonton wanita di semua 14 kawasan Parlimennya bulan hadapan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Kelantan Dr Ramli Mamat dilaporkan berkata kejohanan itu bakal dilangsungkan dalam gelanggang tertutup.

Harian itu juga melaporkan Ramli sebagai berkata peserta kejohanan yang bakal berlangsung dari 6 September hingga 25 Oktober dikehendaki memakai pakaian longgar sepanjang pertandingan.

Sementara itu, Lua berkata, walaupun memahami niat PAS untuk memperkasakan jenama "bandar Islam", kerajaan negeri perlu mengambil kira perasaan bukan Muslim, sifat sukan itu dan sama ada arahan itu akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki.

"Kelantan bawah pemerintahan PAS mengalami semakin banyak halangan kepada individu, terutamanya bukan Muslim seperti pengharaman alkohol, judi dan premis hiburan berlesen, pemisahan penonton lelaki dan wanita di panggung wayang dan beberapa perkara lagi," kata beliau.

CEO MRT letak jawatan bila 3 mati... tapi CEO MAS...?

CEO MRT Corp letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.

"Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

Sedih dengan kemalangan itu, Azhar berharap selepas ini punca kemalangan yang dikenal pasti akan dapat diperbetulkan.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki," katanya.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Apa 'plan B' PKR jika istana tolak Azizah?

Dengan kemungkinan sultan Selangor menolak nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru, PKR masih berteka-teki berhubung rancangan alternatifnya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution (bawah) memberitahu Malaysiakini bahawa mereka akan menunggu sultan berangkat pulang daripada luar negara sebelum membuat sebarang perancangan.

"Kita tidak patut membuat jangkaan awal apa yang istana akan lakukan. Kita patut fokus tunggu sultan pulang," katanya.

Sultan kini sedang berada di luar negara dan dijadual berangkat pulang pada 27 Ogos.

Istana Selangor semalam menyatakan bahawa Khalid memohon menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi membincangkan isu pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, setiausaha sulit sultan Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

Khabar angin bertiup bahawa sultan mungkin tidak berkenan memilih Wan Azizah menerajui negeri itu.

PAS dilaporkan mendakwa ada mendengar bahawa istana menolak cadangan melantik Wan Azizah sebagai menteri besar.

Media Arus Perdana serta Blogger UMNO selop kera & sunyi sepi hari ini apabila Mahathir tibai Najib

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MAHATHIR_MOHAMAD_TPPA_MTEM_BOOK_LAUNCH_110714_TMINAJJUA_02.jpg

Akhbar utama Malaysia hari ini senyap berkenaan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran dan polisi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meskipun beberapa pemimpin yang rapat dengan bekas perdana menteri itu berkata ia sudah bermula sejak beberapa bulan lalu.

Kebanyakan blogger pro-Umno juga tidak memberikan sebarang kenyataan, dan hanya blog Out Syed The Box milik Syed Akhbar Ali membincangkan penarikan balik sokongan Dr Mahathir terhadap Najib.

Kurangnya liputan berkenaan berita itu berkemungkinan disebabkan pengarang mereka mendiamkan diri terhadap segala kritikan yang diterima perdana menteri, lebih-lebih lagi Dr Mahathir dalam blognya semalam mengkritik penyokong kerajaan yang tidak menegur Najib.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya, chedet.cc.

"Ini kerana penyokong kerajaan tidak menegur pemimpin mereka."

Syed Akbar, blogger ternama pro-Umno menyuarakan kenyataan Dr Mahathir, Najib menunjukkan prestasi yang lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meletakkan jawatan pada 2009 selepas diserang Dr Mahathir.

"Ketika Dr Mahathir menggesa Badawi meletak jawatan, ramai yang menyertainya. Itu kali pertama blogger Umno memainkan peranan penting untuk menurunkan perdana menteri yang lesu," kata Syed Akhbar dalam blognya, semalam.

"Sekarang ini, seluruh negara sedar Najib menjadi lebih teruk daripada Badawi."

Laporan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, pemimpin Umno Kedah mendakwa Dr Mahathir mula rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Najib berlarutan sejak 4 bulan lalu.

"Ahli parti yang pergi berjumpa beliau sudah pasti akan mendengar kritikannya terhadap bagaimana Najib mengurus keadaan," kata pemimpin Kedah itu yang tidak mahu dinamakan.

Desakan untuk Najib meletak jawatan bermula pada Januari apabila kenyataan seperti "Najib Kangkung" dan "PM tidak berguna" mula disiarkan di blog-blog pro-Umno seperti Out Syed The Box dan Apanama.

Serangan siber ke atas Najib antara sesama pemimpin Umno sama seperti yang dilakukan terhadap Abdullah pada 2006; blogger sama mengkredit Abdullah kemudiannya terlibat dalam "konspirasi mereka untuk menjatuhkannya."

Pengaruh mereka kemudiannya menurun, dengan penganalisis berpendapat gesaan untuk Najib meletak jawatan tidak terkesan kerana tidak disuarakan orang ramai.

Dalam blog miliknya, Dr Mahathir berkata beliau menarik balik sokongan untuk Najib dan tegurannya kepada pemimpin itu tidak diendahkan.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir.

Beliau bagaimanapun berkata semalam, kritikannya terhadap Najib bukanlah isu peribadi, dan bukan gesaan supaya pemimpin itu meletakkan jawatan.

"Tidak, saya tidak minta beliau letak jawatan, saya cuma tidak bersetuju dengan polisi beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Beliau berkata, Najib terlalu lembut dan lebih suka mendiamkan diri ketika berhadapan dengan masalah.

"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap... ada masalah tetapi tidak ambil tindakan.

"Beliau tidak buat dengan baik dalam pilihan raya lepas. Saya harapkan beliau buat lebih baik," katanya. – 19 Ogos, 2014.

Berapakah Gaji Khalifah Islam?

https://masjidalalaatamanteratai.files.wordpress.com/2012/11/1.jpg
Ketika diangkat sebagai khalifah, sehari selepas Abu Bakar ra dilihat berangkat ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahawa di tangan Abu Bakar sekarang terpikul beban negara yang berat. "Mengapa kau masih pergi ke pasar untuk menguruskan perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak permasalahan yang harus diselesaikan ... "kata Umar.

Mendengar kata Umar itu, Abu Bakar tersenyum. "Untuk mempertahankan hidup keluarga," ujarnya ringkas. "Maka aku harus bekerja."

Kejadian itu membuat Umar berfikir. Maka dia bersama sahabat yang lain berunding dan mengira perbelanjaan rumah khalifah seharian. Kemudian mereka menetapkan gaji tahunan 2500 dirham untuk Abu Bakar dan secara beransur-ansur ditambah menjadi 500 dirham sebulan. Jika ditukar pada ringgit, maka gaji Khalifah Abu Bakar hanya lebih kurang RM 2000 dalam setahun .Sekadar maklumat, nilai dirham tidak pernah berubah.

Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya


Isu MB Selangor

WALAUPUN Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.

Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.

Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.

Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.

Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.

Sekarang Dr Mahathir pula bersuara lantang mengkritik Najib

oleh Aspan Alias

http://4.bp.blogspot.com/-DmHoqJP2oV4/UzwQsLaOqAI/AAAAAAAAaHA/YAbUCGgvzpA/s1600/mahathir-najib.jpgMasalah bukan sahaja dihadapi oleh PR dan PKR serta PAS. Seperti biasa masalah besar juga yang dihadapi oleh Najib, Perdana Menteri kita yang suka membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit yang sejemput itu. Najib tidak terjumpa dengan penyelesaian untuk mentadbir negara kita.

Terakhir sekali Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan beliau terhadap Najib untuk terus memimpin negara ini. Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi.

Dr Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk ‘performances’ nya dari Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan UMNO dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Pas menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan DUN

Hadi: Terserah kepada Sultan Selangor


Hadi Awang

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada memperkenan atau sebaliknya Datuk Seri Dr  Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Musyidul Am Pas, Abdul Hadi berkata, parti boleh mengemukakan sesiapa sahaja sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun keputusan akhir tetap berada di tangan Sultan.

Ujarnya lagi, Pas menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Tapi kita berharap perkara seperti itu tidak berlaku," katanya.

Abdul Hadi bertemu dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bagi menjelaskan keputusan yang dibuat mesyuarat Pas Pusat semalam.

Majoriti Sudah Dicapai - Tamatkan Kemelut Selangor Segera!


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ketika ini sedang mengadakan Rapat Kebangsaan 3/2014, dengan ini secara langsung mengumumkan Resolusi Khas menyentuh kemelut Selangor seperti di bawah;

1. SAMM mewakili aspirasi anak muda dan rakyat progresif memperingatkan pakatan rakyat bahawa undi yang mereka perolehi bukan untuk rakyat menempuh krisis demi krisis. SAMM melihat krisis di Selangor telah dimulakan dengan kesilapan pengurusan PKR dan PR sendiri.

2. Tindakkan beberapa ahli parlimen muda yang angkuh tidak membantu masalah ini selesai malah mengusutkan lagi suasana. Mereka harus lebih bijak dalam mengurus krisis. Janganlah sombong dan mendabik dada kerana kegagalan krisis ini mampu membawa perpecahan muktamad Pakatan Rakyat.

3. Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Pihak YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti anggota dewan secara bertulis dan fizikal, jika pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ingin menafikan satu sahaja jalan segera buka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti

Awas! Taktik baru curi dan samun kereta didedahkan

Wartawan Sinar Harian

http://kriminalen.com/wp-content/uploads/2014/01/crajba-lek-avtomobil.jpg
KULIM - Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan 
kegiatan curi kereta dan samun terhadap mangsa.

Teknik ini digunakan pada waktu siang terutama di kawasan perindustrian dan bandar.

Bekas Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian dan Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, suspek yang mencuri kereta selalunya akan melekatkan kertas bersaiz A4 di belakang cermin kereta mangsa.

Menurutnya, apabila sukar mengundur kenderaan, mangsa akan keluar dari kereta untuk membuang kertas dan ini memberi peluang kepada suspek untuk masuk dalam kereta sebelum melarikan kenderaan.

Katanya, taktik ini pernah digunakan untuk mencuri kereta di bandar besar yang mana suspek berjaya melarikan kereta mangsa.

ALOR SETAR - Lebih 100 peniaga Pasar Teluk Wanjah pindah ke tapak baru

Pasar baru Teluk Wanjah.  
Pasar baru Teluk Wanjah.

ALOR SETAR - Lebih 100 peniaga Pasar Teluk Wanjah, dekat sini, yang beroperasi lebih setahun di tapak sementara akan berpindah ke bangunan baru akhir Ogos ini.

Sebelum ini, peniaga berpindah ke tapak sementara di belakang lokasi asalnya untuk membolehkan kerja menaiktarafkan kepada pasar moden, tercantik dan mahal di Malaysia.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, sekiranya tiada halangan semua peniaga tapak pasar lama akan berpindah ke tapak baru hujung bulan nanti.

“Insya-ALLAH, ruang niaga dalam bangunan dua tingkat pasar baru lebih sistematik dan tersusun berbanding sebelumnya, sekali gus memberi keselesaan kepada semua.

“Malah, ruang niaga bukan hanya diasingkan, malah diselaraskan mengikut kategori barang perniagaan berbanding keadaan kurang teratur sebelumnya,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...