TERKINI :

Monday, August 18, 2014

Mahathir Janji Akan Terus 'Menekan' Najib

http://www.malaysia-today.net/wp-content/uploads/2014/02/Mahathir-Vs-Najib.jpg
Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib.

Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib. Tambahan pula dalam beberapa majlis berbuka puasa sebelum ini dirakamkan pula kemesraan antara kedua mereka itu.

Tetapi dalam tulisan terbaru Mahathir dalam blognya yang bertajuk "Menegur", bekas Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan Najib yang disifatkannya masih tiada perubahan dari segi dasar dan pendekatan.

Sambil mengimbas tindakannya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dan kritikannya kepada Abdullah Badawi sebelum ini, Mahathir tetap berpendapat bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka barangkali tidak sedar dengan kesilapan yang dilakukannya.

Menghadap: Khalid akur titah Sultan, jumpa baginda selepas kembali ke tanah air nanti..

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya beliau menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Sehingga itu, saya dan barisan Exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau turut menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah Tuanku Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap baginda di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di negeri itu serta kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
    
"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada Tuanku. Bagaimanapun, baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya hari ini. - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS

ASLANI M | 18 Ogos 2014.

KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR. “Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.   Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut. Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi. Hadir sama pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. (Foto atas oleh UKMB) “Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media. Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid. “Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar. “Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama nama yang diangkat,”  ujarnya.

Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah. Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan. “Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor. Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat. “Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat. Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat. “Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi. “Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan.

Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.  - HARAKAHDAILY 18/8/2014

Keputusan PAS kecewakan Umno dalam isu MB Selangor

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau.

Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.

Selamat Tinggal Penjaga Duit Rakyat, Khalid Ibrahim.

Nampaknya krisis MB Selangor sudah pun sampai ke penghujungnya apabila PAS menyatakan pendirian mereka bahawa mereka bersetuju dengan penukaran MB dengan mencalonkan ;

1. DSWA
2. Azmin Ali

Sebagai pengganti kepada Khalid.

Nama DSWA adalah buat syarat untuk tidak kecilkan ahti PKR. Pada hakikatnya PAS sangat jelas. Azmin Ali adalah calon utama mereka. Sultan sudah banyak kali menyatakan bahawa mereka tidak mahukan DSWA atas faktor wanitanya. Ini bukan kemahuan PAS. Tapi kemahuan sultan Selangor.

Kenapa ye, DSAI nak sangat DSWA. Adakah mode bargain power sangat utama? Sehingga hak2 rakyat diabaikan? Katakan lah, jika bargain power adalah motif sebenar mereka
maka ;

1. Jika UMNO benar2 takut dengan bargain DSAI, mereka mungkin mengubah keputusan mahkamah, dengan mengatakan DSAI tidak bersalah ;

2. Atau, jika UMNO menuntut agar DSAI kemukakan sesuatu sebagai balasan untuk tidak dimasukkan ke dalam penjara ( balasan yang merugikan rakyat) ;

Rahsia kenapa PAS pilih Azmin didedah...

PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.

"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah

"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Apabila Aziz Bari bermain bola dengan Khalid Samad dalam isu Selangor



Sewaktu Dr. Aziz Bari bercakap dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang, Aziz turut mengkritik tindakan PAS yang kekal meletakkan empat exconya bawah pentadbiran Khalid.

Jelasnya, kerajaan yang ditadbir Khalid kini merupakan sebuah kerajaan haram memandangkan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak mempunyai majoriti yang cukup.

"Kenyataan (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) yang mengatakan PAS kekal bersama kabinet itu mengarut. Karut. Sebab apa? Sebab kerajaan ini sudah haram. Nak duduk buat apa. Nak tolong rakyat? Nak tolong ikut cara undang-undang. Bukan cara haram.

"Jadi, orang PAS ini kalau nak main bola masuk padang bola bukan padang ragbi.

"Yang empat (exco) yang bersama tu dah jadi pembangkang. Bukan kerajaan. Apa empat orang buat ini pelik. Sepatutnya Sallehan (Mukhyi) dan Iskandar (Samad) kena ada temujanji baru, bukan dengan Khalid dah," katanya.

Selepas Aziz memberikan 'hujahnya' tentang tindakan PAS, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bangun membalas hujah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu dengan menegaskan bahawa isu Selangor tidak boleh diselesaikan dengan cara perundangan sahaja.

Katanya, sebagai orang politik, pendekatan yang diambil PAS bagi menyelesaikan kemelut menteri besar itu bertujuan bagi meneruskan 'permainan' yang sedang berlangsung.

"Ini beza orang perundangan dengan orang politik. Dia ingat dah selesai. Eh, selesai apa? Saya beri analogi main bola. Ada pemain yang buat faul tapi pengadil tak bunyikan wisel.

"Ini menyalahi undang-undang tetapi permainan tetap di teruskan. Orang politik akan terus bermain. Orang perundangan akan kata 'saya saman awak di mahkamah,", kata Khalid Samad sambil ketawa dan mendapat tepukan hadirin.

Kedudukan Khalid sebagai MB Selangor kian sukar, bagai telur dihujung tanduk

Pendirian Pas jadikan kedudukan Khalid kian sukar

khalid ibrahim

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berada dalam keadaan tertekan dan tersepit dalam kemelut politik Selangor selepas Pas hari ini menarik balik sokongan terhadapnya untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Keputusan Pas menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu telah memberi isyarat jelas kepada kedudukan bekas tokoh korporat berusia 67 tahun itu.

Bagaimanapun, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam mesyuarat berasingan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid.

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berpendapat perkembangan terbaru itu meletakkan Abdul Khalid dalam situasi sukar untuk mengekalkan jawatannya.

Exco Selangor - Keputusan Pas tidak sokong Khalid relevan


Ahmad Yunus  
Ahmad Yunus

SHAH ALAM - Anggota Exco kerajaan Selangor dari Pas hari ini berpendapat bahawa keputusan parti itu yang tidak lagi menyokong pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai relevan bagi memastikan pakatan pembangkang terus memerintah negeri maju itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pendirian terbaharu itu dibuat demi memastikan hubungan Pas dengan pakatan pembangkang terus kukuh seperti mana yang diperjuang sebelum ini.

Menyifatkan pentadbiran Abdul Khalid di Selangor adalah baik, Dr Ahmad Yunus berkata, mandat yang diberikan rakyat kepada kepimpinan negeri adalah di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan bukan calon Bebas.

"Saya terpaksa akur dengan segala pendirian parti walaupun perkhidmatan di bawah pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Polis - Masalah pelajar terlibat jenayah meningkat, tapi ada ibubapa yang melindungi mereka

Statistik pelajar terlibat jenayah meningkat

Abdullah (dua, kanan) ketika tiba di SK Jalan Paya Besar.  
Abdullah (dua, kanan) ketika tiba di SK Jalan Paya Besar.

LUNAS - Pentadbiran sekolah dan ibu bapa disarankan supaya tidak menyembunyikan sebarang kegiatan jenayah melibatkan pelajar atau anak mereka dari pengetahuan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, perkara ini adalah kerana jumlah pelajar dan remaja bawah umur yang terlibat jenayah dilaporkan meningkat setiap tahun dan semakin membimbangkan.

Menurutnya, sehingga kini lebih 33 suspek terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal ditahan dan 50 peratus darinya merupakan pelajar sekolah.

"Masalah ini berlaku kerana kurangnya pemantauan keluarga terhadap suspek selain mempercayai semua alasan diberikan oleh anak mereka.

"Terdapat juga dalam kalangan ibu bapa tidak mengetahui anak mereka terlibat dalam jenayah sehinggalah ditahan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku sekiranya keluarga memantau pergerakan anak mereka dari awal selain memberikan didikan agama yang sempurna," katanya kepada Sinar Harian.

Jika PR berpecah, jangan dikambing-hitamkan PAS sahaja, semua mesti bertanggungjawab


Tiga tahun lagi pilihanraya umum akan diadakan dan apa yang berlaku semasa itu nanti tidak dapat kita telah. Politik negara begitu ‘fluid’ dan apa sahaja boleh berlaku, dan ia bergantung kepada permainan politik kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan Rakyat. Kita lupakan sahaja apa yang baik yang akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada negara selain daripada bermain politik untuk kepentingan peribadi individu-individu dalam parti-parti tersebut.

Politik sekarang ialah politik untuk pergaduhan dan bukan untuk menyatukan rakyat. Rakyat dijadikan sebagai alat mereka membuat tuntutan sahaja. Lagi berkocak rakyat lagi untung setengah pihak. Apa pun yang terjadi ia pihak kerajaan tidak akan berhadapan tekanan seperti yang mereka hadapi semasa PRU ke-13 lalu.

Apa yang berlaku di Selangor kini, akan memberikan impak yang begitu negatif terhadap Pakatan Rakyat. 'Lenggang tidak sehayun lagi, langkah sudah tidak seirama lagi' dan bermacam-macam lagi yang tidak kena samada dalam masalah ‘intra-party’ yang dialami oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga berhadapan dengan masalah ‘inter-party’ dalam gabungan itu.

Memantapkan & Memperkukuhkan Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS

MUQADDIMAH

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t1.0-9/10547625_10152256657597592_462520318691184638_n.jpg
Majlis Syura Ulamak (MSU) diperkenalkan bagi mengukuhkan konsep “kepimpinan ulamak” di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS). Pada awal penubuhan PAS, struktur organisasi di dalam PAS, hanyalah terdiri daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP), Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP).

Menyedari kepentingan meletakkan ulamak di tahap tertinggi organisasi parti maka pada 22 Oktober 1982, Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) di dalam Muktamar Tahunannya telah mengusulkan konsep “kepimpinan ulamak” dan penubuhan “Majlis Syura Ulamak”. Usul tersebut telah diterima dan kemudian pada 29 April 1983, di dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-29, Perlembagaan PAS dipinda untuk menubuhkan Majlis Syura Ulamak. Pindaan Perlembagaan tersebut kemudiannya telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 dan seterusnya sejarah tercipta apabila Tuan Guru Haji Yusuf Rawa telah dilantik menjadi Mursyidul Am Pas pertama pada November 1987.

Eishh..!! Ada jugak sekoq rakyat Baling terlibat dengan pesta bogel di Penang baru-baru ini

Sedia siasat peserta pesta sukan bogel

Lokasi pesta berkenaan diadakan. 
 Lokasi pesta berkenaan diadakan.

ALOR SETAR - Polis Baling belum menerima maklumat berhubung penglibatan seorang penduduk dari daerah itu yang dipercayai terlibat dengan pesta sukan bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superitendan Wari Kiew berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

“Kita sedia maklum mengenai kegiatan itu, tetapi kita belum dapat maklumat mengatakan ada penduduk Baling yang terlibat.

“Kes ini sedang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya. Bagaimanapun, kita sedia membantu menyiasat kes tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, Pengerusi Gerakan Kedah, Datuk Dr Cheah Soon Hai mendedahkan bahawa seorang bekas ahlinya dipercayai terlibat dengan pesta itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...