TERKINI :

Sunday, August 17, 2014

Keputusan Majlis Syura, AJK Pas Pusat senada


Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.  
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

SHAH ALAM – Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan calon lain bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor senada dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan sebelum ini yang mahu mengekalkan Abdul Khalid itu diputuskan ketika beliau masih lagi ahli PKR.

"Kami bukan tolak Khalid. Sekarang ini, apabila dia bukan ahli, maka parti kita (Pas) yang duduk dalam PR perlu bersama dengan PR menganggap dia ini bukan lagi calon PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, tidak timbul keputusan bercanggah antara Majlis Syura dan Pas.

"Majlis Syura buat keputusan itu ketika Abdul Khalid masih lagi ahli PKR. Maka ia tidak bercanggah dengan keputusan Pas Pusat.

"Perkara ini telah pun kita bincang dalam parti dan ia tidak bercanggah. Semua pihak bersetuju, Majlis Syura pun bersetuju sebagaimana yang diputuskan," katanya.

Jika Benar Khalid Kasihkan Sultan Selangor, Inilah Masa Membuktikannya

Shahbudin Husin,

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/06/KhalidIbrahim-SultanSelangor-Bible-685x320.jpg
Mesyuarat Pas hari ini telah membuat keputusan paling rasional dalam menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor. Meskipun pendiriannya sebelum ini dipertikaikan banyak pihak sehingga menimbulkan banyak kekalutan, Pas akhirnya sedar pentingnya untuk mengekalkan PR sebagai wadah alternatif kepada rakyat dalam membuat piilihan bagi mentadbir negara ini.

Pengundi yang telah memberikan sokongan 52 peratus undi popular kepada PR dalam pilihanraya umum lalu tentunya lega dengan perkhabaran Pas ingin terus kekal dalam PR kerana jika terbukti gabungan itu boleh menjanjikan lebih banyak kebaikan, sementara BN kekal tidak berubah sepertimana sekarang, mereka hanya perlukan sedikit iltizam dan kekuatan saja lagi untuk memastikan PR pula menjadi pengganti kepada BN.

Keputusan Pas untuk terus kekal bersama PR, menolak Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, menyetujui Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta Azmin Ali sebagai pengganti yang harus ditonjolkan oleh PKR, tentunya dalam lingkungan memikirkan kehendak rakyat yang masih dahagakan perubahan.

Keputsan lain yang dicapai dalam mesyuarat Pas hari ini ialah parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor serta mengekalkan empat Exconya terus berada dalam kerajaan negeri.

Dengan keputusan Pas hari ini, Khalid Ibrahim sudah tidak mempunyai asas untuk bertahan lagi. Setelah Dr Wan Azizah sebelum ini membuktikan sokongan 30 Adun terhadapnya, Khalid masih cuba berdalih dengan menyatakan sokongan itu harus pula diterjemahkan dalam Dewan Undangan Negeri melalui usul undi tidak percaya terhadapnya, kini semuanya sudah nyata.

Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal seleoas Azmin tolak

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Sebagai timbalan presiden parti saya akur dengan keputusan parti PKR mencalonkan Wan Azizah seperti yang dipersetujui dalam akuan bersumpah yang ada.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata beliau ringkas.

Azmin: Parti lebih penting

Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar.

"Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.

'Bila lawan lemah jangan kita tidur'

 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan anggota parti supaya terus berusaha memenangi hati rakyat dan tidak mengambil mudah pergolakan yang melanda parti pembangkang.

"Kita perlu memastikan matlamat parti dapat dijayakan. Jangan parti lawan lemah, kita tidur lena dan tidak bekerja.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata perkembangan politik yang berlaku pada masa ini perlu dijadikan sebagai pendorong semangat kepada anggota parti untuk terus mengukuhkan Umno.

Umno tidak bergantung atas kelemahan parti lawan sebaliknya anggota parti perlu terus berusaha untuk berkhidmat dan memenangi hati rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Keningau dan Pensiangan di Dewan Masyarakat Keningau di Keningau, hari ini.

Nasrudin Hasan nafi apa yang di 'print screen' berkenaan mesyuarat tadi..

JAWAPAN BELIAU..
 

Kertas siasatan kes pindah dan keluar wang akaun mangsa MH370 siap

Kertas siasatan berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membabitkan seorang pegawai bank dan suaminya, siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata tindakan segera perlu diambil terhadap pasangan suami isteri itu kerana perbuatan yang dilakukan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

"Sebab itu polis mengambil tindakan segera dan menangkap pegawai bank berkenaan yang membolosi akaun bank. Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana (pegawai) institusi kewangan untuk tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas hari ini.

Zahid berkata pegawai bank tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian kerana perbuatan itu melanggar etika kerja sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga akaun pelanggan.

Jika Khalid berjiwa Mulia, inilah masanya beliau meletak jawatan sebab hilang kepercayaan majoriti DUN

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini.

Professor Gurdial Singh Nijar (gambar) dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.

Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.

"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan," kata Gurdial.

Isu MB: Transkrip penuh sidang media PAS Pusat

Pas cadang Azizah atau Azmin ganti Khalid
SALMIYAH HARUN | 17 Ogos 2014.

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan dua nama calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali sebagai menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu diumumkan PAS pada sidang media selepas Mesyuarat PAS Pusat di pejabat agung parti itu pagi ini.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan wartawan kepada Pimpinan PAS Pusat yang dijawab oleh Timbalan Presiden PAS Mahamad Sabu dan Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali selepas membacakan keputusan PAS pada sidang media hari ini.

Wartawan: Kenapa PAS tidak letak nama (Tan Sri) Khalid Ibrahim?

PAS: Sudah tidak timbul soal Khalid Ibrahim, dia telah dipecat oleh partinya. Maka tidak timbul lagi nama khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS

Khalid mohon menghadap, tunggu nasihat sultan

 
Tan Sri Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran perkembangan terbaru itu.

“Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli MMKN (exco) daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Azmin tunggu Pakatan, doa yang terbaik


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali masih enggan mengulas berhubung pencalonannya sebagai pengganti menteri besar Selangor oleh PAS di samping presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

"Saya belum dimaklumkan secara rasmi. Petang ini kita akan ada mesyuarat tergempar (Pakatan Rakyat) pukul 3 petang.

"Tempat tidak diberitahu lagi. Lepas itu saya akan komen selepas bincang dengan pimpinan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mendoakan yang terbaik bagi menyelesaikan krisis dalam pentadbiran Selangor sedia ada.

"Kita doa yang terbaik," katanya.

Mari, Mari, Mari...UMNO Untuk Dijual?

Shahbudin Husin,

http://www.mole.my/sites/default/files/images/mole-UMNO-ASSEMBLY-1.jpg
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin melontarkan cabaran kepada UMNO bahagian seluruh negara agar mengemukakan idea luar biasa ke arah memastikan perjuangan parti itu terus relevan dan diterima rakyat. Bagi merangsang munculnya idea luar biasa dan mempunyai faktor wow itu, beliau juga mengumumkan ganjaran RM10 ribu kepada bahagian yang berjaya nanti.

Di samping meminta setiap bahagian menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea yang mahu dicari itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sebuah jawatankuasa di peringkat Majlis Tertinggi akan turut ditubuhkan bagi menilai idea-idea yang diterima daripada seluruh bahagian itu.

Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ini? Nakkan idea bagi kepentingan parti dan kelangsungan masa depannya pun terpaksa ditawarkan wang sebanyak RM10 ribu.

Apakah jika tiada ganjaran, UMNO tidak mampu memberikan idea yang bernas dan terbaik? Atau ini merupakan cara terbaru Muhyiddin mendidik ahli UMNO mengenai nilai perjuangan dan bagaimana berjual-beli mengenainya.

PAS sudah buat keputusan..ini dia hasilnya..!!

Pengumuman oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Bin Sabu



Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan, setelah diperkenan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Menteri Besar Selangor hendaklah ditukar kerana Menteri Besar sedia ada bukan dari Pakatan Rakyat. Ada pun pengganti Menteri Besar dicadangkan seperti berikut dan tertakluk kepada restu dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Tuanku.

Dan calon-calon yang dicadangkan ialah :

a) YB Datin Seri Wan Azizah Ismail
b) YB Azmin Ali

Sekian Terima Kasih

Dengar Cakap Orang Bawah Sama, Jangan Dok Kira Ke Hangpa Saja..!!!

Dengarlah Suara Mereka 
~ Dr Mujahid Yusof Rawa

https://lh5.googleusercontent.com/-EVsU1d9cPtY/UndjToZXIYI/AAAAAAAAZQ8/KyJcN-3LsDw/s640/blogger-image--1271953386.jpg
Pas memang mempunyai aktivis di peringkat akar umbi yang dihormati termasuk usaha berterusan membina kekuatan cawangannya melalui aktiviti parti. Orang Pas bekerja siang dan malam tanpa meminta apa-apa kepada pemimpin mereka. Perjuangan untuk mencapai cita-cita parti adalah budaya dalam Pas. Kita para Naqib dan pemimpin cukup hebat menukillan hadis dan ayat Al Quran menanam semangat juang. 

Aktivis dan wira Pas yang tidak didendang tak perlu menghafal hadis untuk menceritakan keikhlasan mereka, mereka tunjukkan dengan pengorbanan mereka. Entah berapa masa yang dihabiskan dan duit ringgit yang diinfaqkan, ini tidak termasuk maki hamun orang kampung kerana kesetiaannya bersama Pas.

Suara mereka adalah suara barakah yang memberikan kita kepimpinan kekuatan untuk terus bernafas di pesada parti. Apa sahaja mereka turuti demi kesetiaan kepada perjuangan.

Namun mereka juga bukan robot dan mesin, mereka ada rasa, perasaan dan emosi. Sekali terluka emosi kerana berasa mereka ditipu oleh orang atas lukanya dalam dan panjang. Ckap kita dan tindakan kita sebagai pemimpin semua diperhati oleh mereka.

Isu MB Selangor: Ke Mana Haluan PAS?

Ibu Pejabat PAS menjadi tumpuan ramai susulan mesyuarat 
PAS Pusat yang akan membincangkan isu menteri besar Selangor pada Ahad.
 
KUALA LUMPUR: Kemelut politik Selangor kini tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dilihat sebagai penentu nasib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat sebagai menteri besar.

Lebih daripada itu, mesyuarat yang dijadualkan bermula kira-kira pukul 10 pagi Ahad ini juga akan dijadikan penunjuk kepada masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR.

Seawal pukul 8 pagi, sekumpulan penyokong PAS mula berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di sini dipercayai bagi menyokong Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khalid Ibrahim nak tubuh PARTI baru pulak..!!


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.

Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.

"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.

Akuan Berkanun 30 Adun bukti Khalid tiada sokongan

khalid ibrahim

SHAH ALAM - Kesemua 30 Adun PKR, DAP dan dua Adun Pas, Hasnul Baharuddin serta Saari Sungib bakal berdepan dengan implikasi perundangan sekiranya akuan bersumpah menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor itu adalah palsu dan tidak benar.

Peguam NGO Lawyer for Liberty, Afiq M Noor berkata, menurut Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun, 1960, menyediakan satu akuan palsu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.

"Saya percaya bahawa kesemua 30 Adun yang menandatangani Akuan Berkanun tersebut, telah mengetahui dan maklum akan implikasi perundangan sekiranya mereka menyediakan satu akuan palsu dan tidak benar.

"Nyata Akuan Berkanun yang disediakan oleh 30 Adun tersebut adalah satu dokumen yang serius dan mempunyai kesan di bawah undang-undang," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

KUAH - ‘Sky Bridge’ perlu dibaiki segera

‘Sky Bridge’ perlu dibaiki segera

Hamzah (dua, kiri) ketika sidang media di Kompleks Sukan Lada.  
Hamzah (dua, kiri) ketika sidang media di Kompleks Sukan Lada.

KUAH - Berikutan penutupan lebih dua tahun ‘Sky Bridge' di Langkawi, ramai pelancong-pelancong terutama dari luar negara merungut kerana pengalaman menikmati keindahan berada di atas Gunung Mat Chinchang hanya terbatas di kawasan-kawasan stesen kereta kabel sahaja.

Apa yang menyedihkan ada di antara pelancong-pelancong meminta dipulangkan kembali wang mereka dari syarikat agensi pelancongan kerana tidak berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan.

Sehubungan itu, Presiden Malaysia Association of Tour & Travel Agent (MATTA), Hamzah Rahmat melahirkan rasa kesal dengan pihak yang mengurus tadbir ‘Sky Bridge’ yang seolah-olah tidak peka dengan kehendak pelancong selain menjejaskan nama Langkawi sebagai destinasi pelancongan.

http://www.mirkrasiv.ru/images/articles/malaysia/langkawi-island/langkawi-sky-bridge/langkawi-sky-bridge-002.jpg
“Tourism Malaysia ke sana sini merata dunia buat pasaran untuk menarik pelancong dan membuat hebahan tentang Kereta Kabel Langkawi tapi kita menghadapi masalah berkenaan 'Sky Bridge' yang telah lama ditutup untuk pelancong,” katanya ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka MATTA sempena Aidilfitri di Kompleks Sukan Lada, Kuah baru-baru ini.

ALOR SETAR - Dua kampung minta titi baru

Hassan Abdullah, 76, terpaksa menggunakan titi rosak untuk ke sawahnya.  
Hassan Abdullah, 76, terpaksa menggunakan titi rosak untuk ke sawahnya.

ALOR SETAR - Dua kampung, di mukim Tajar, dekat sini, didakwa terpaksa berdepan kesukaran akibat masalah titi kayu usang terus membelenggu kehidupan harian mereka.

Tinjauan Sinar Harian, titi Kampung Alor Binjal daif apabila struktur kayunya mereput dan berlubang sehingga menyebabkan urusan keluar masuk menjadi sukar.

Manakala, sebuah titi usang di Kampung Padang Luar, dekat sini, didapati sudah roboh dan bergoyang, sekali gus mendatangkan bahaya kepada penggunanya.

Petani sukar ke sawah

Penduduk Kampung Alor Binjal, Ahmad Din, 62, berkata, kebanyakan pengguna khususnya petani mengalami kesukaran untuk ke sawah disebabkan masalah titi uzur itu.

“Jikalau tidak silap, titi kayu kampung kami rosak sejak lima tahun lepas. Namun, segelintir penduduk terpaksa menggunakan ia disebabkan jalan lain lebih jauh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...