TERKINI :

Friday, August 15, 2014

Masa terbaik adakan PRU14?

Nur Jazlan Mohamed

AKHIRNYA, kerajaan Pakatan Rakyat milik Pas, DAP dan PKR di Selangor tumbang, dan kini menerajui kerajaan Selangor adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang pertama kali mencipta sejarah di Malaysia menjadi Menteri Besar serta empat Exco daripada Pas.

Jadi, jika Selangor berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mencari Menteri Besar (MB) yang baharu (suatu kemungkinan besar) pada akhir tahun ini, ia adalah peluang terbaik bagi BN dan Umno merampas semula negeri paling kaya di Malaysia ini.

Saya dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada sebarang klausa khusus dalam Perlembagaan Negara berkaitan undang-undang pilihan raya Malaysia untuk menidakkan PRU diadakan hanya selepas lebih setahun PRU sebelum ini diadakan.

Jika Perdana Menteri sudah menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, maka berlakulah PRU tanpa perlu menunggu sebarang tempoh ‘edah’.

Namun saya difahamkan, Umno Selangor masih tidak bersedia untuk menghadapi PRU atau PRN dan atas sebab itu, mereka terpaksa menurut arahan Putrajaya untuk memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar.

Kalau Shaari Dan Hasnul Dianggap Khianat Pada Pas, Haji Hadilah Pembuka Jalannya

Shahbudin Husin,

Marah benar kumpulan pro ulama dalam Pas kepada Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang telah secara terbuka tampil menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah bersama 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR semalam. Kedua-dua mereka dituduh derhaka dan khianat kepada Pas kerana mendahului parti dalam bertindak sedangkan Pas akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk membuat pendirian mengenainya.

Pas Selangor yang empat Exconya kini menjadi tiang kepada Khalid paling marah dengan tindakan dua Adun berkenaan lantas memberi notis 24 jam untuk menarik balik sokongan yang telah diberikan kepada Dr Wan Azizah atau bakal menghadapi tindakan disiplin.

Di media-media sosial pula, beberapa pemimpin Pas lain turut melontarkan kecaman terhadap Shaari dan Hasnul dengan antaranya menyatakan mereka berdua adalah kekotoran yang harus dibersihkan dan ada pula yang mengaitkan tindakan itu kerana diberikan tawaran yang membuatkan "air liur meleleh" jika menolaknya.

Tidak diketahui sama ada notis ugutan yang dilontarkan oleh Setiausaha Pas Selangor, Mohd Kharuddin Othman itu dilayan atau "masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri" saja bagi Shaari dan Hasnul tetapi yang menjadi perbualan ramai juga ialah sejak bila Pas membudayakan taktik ugutan ini?

Saifudin hendak ke mana selepas ini?

SUBKY LATIF | 14 Ogos 2014.

http://mk-cdn.mkini.net/747/c27cfbcab1871e1d39b189a5417cde86.jpg
SAIFUDIN Nasution, Setiausaha Agung PKR telah mengambil peranan utama menyerang dan mempertikai integriti Tan Sri Khalid Ibrahim selepas Menteri Besar Selangor itu dipecat daripada partinya.

Ia adalah hak politik dan kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Saifudin cuba mengamalkan haknya mengikut semangat perlembagaan.

Peranan itu sama dengan yang dimainkan oleh Tan Sri Syed Jaafar Albar, Ketua Penerangan Umno apabila Dato’ Onn Jaafar dan Aziz Ishak, Menteri Pertanian apabila keduanya menentang Umno. Albar jadi satu-satunya Singa Umno setakat ini kerana tidak terjejas dengan krisis besarnya ketika itu.

Tetapi PKR belum tentu utuh dalam krisisnya sekarang kerana ia adalah pembangkang yang belum tentu disokong oleh orang atas pagar. Umno ketika disokong oleh semua.

Khalid tak tolak kemungkinan Dun Selangor dibubar

Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar Dun) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di sini, malam ini.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada Pas untuk membubarkan Dun pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun Pas iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Ust Asri - Perempuan Menjadi Pemimpin..!!!

DrMAZA.com

http://1.bp.blogspot.com/-3AbWSk4LPZI/Twq09Tlg-_I/AAAAAAAAjzA/VwSSvPMBLBo/s1600/Teguran+terhadap+ulama+UMNO+-+Dr+MAZA.jpg
Saya tidak pernah kata setuju YB Wan Azizah jadi MB Selangor. Ada BEBERAPA sebab lain untuk beliau TIDAK menjadi pilihan.

Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh jadi MB menurut Islam.Bahkan mereka kata dalam semua urusan.

Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri perlu dinilai semua.

Rahsia 4 Adun PAS sokong Khalid terbongkar..!!

Patutlah 4 Exco PAS Sokong Khalid Ibrahim.. Ini Puncanya


Empat orang anggota exco PAS di Selangor memilih untuk kekal dalam kabinet Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengelakkan pentadbiran negeri itu jatuh ke tangan Umno.

Sumber Pakatan Rakyat memberitahu Malaysiakini bahawa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya empat exco PAS itu meletak jawatan.

"Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan,” kata sumber tersebut yang tidak ingin dinamakan.Umno mempunyai 12 orang wakil rakyat dalam DUN Selangor.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut.

Bekas MB Selangor tegur PAS - "Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik.."

PAS lewat, tunggu apa lagi bila Umno sokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Gambar fail The Malaysian Insider.
PAS lewat, tunggu apa lagi bila Umno sokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Gambar fail The Malaysian Insider.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengecam PAS yang lambat membuat keputusan dalam krisis menteri besar Selangor, ketika Umno sendiri sudah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhammad yang juga ahli PAS berkata, parti Islam itu perlu membuat keputusan segera dengan mengambil kira realiti keadaan semasa dalam krisis di Selangor.

"Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik.

"Buat keputusan lambat-lambat, apa ini? Kita kena ambil realiti hari ini, tidak perlu tunggu 17 Ogos, kita kena fokus apa yang berlaku hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Khalid Ibrahim cukuplah memperalatkan PAS

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.

Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.

Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

Masih kuatkah PAS selepas 17hb Ogos nanti..??

Mohammad Agus Yusoff

http://1.bp.blogspot.com/-2LcQe3Jo24o/T7BShpBGnDI/AAAAAAAAFiw/R0VhgFu26sM/s400/bendera+pas.png
Apabila PKR memulakan Langkah Kajang dan kemudiannya menamakan Datin Seri Wan Azizah sebagai pengganti MB Selangor, PAS tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

PAS cuma memberitahu akan menyatakan pendirian rasmi partinya setelah mesyuarat pada 17 Ogos ini.

Pendirian PAS ini menyebabkan keadaan politik Selangor menjadi panas. Ini kerana kedudukan kerusi yang seimbang antara PKR+DAP dengan MB+BN+PAS yang masing-masingnya mempunyai 28 kerusi.

Ke Mana PAS Setelah 17 Ogos?

Kelmarin dua ADUN PAS telah membelakangi parti mereka dengan menyatakan sokongan kepada DS Wan Azizah untuk menjadi MB. Keadaan ini menjadikan mesyuarat PAS pada 17 Ogos ini sudah tidak relevan lagi kerana kumpulan PKR+DAP+2 ADUN PAS telahpun mempunyai majoriti dari 56 kerusi kesemuanya.

Dua alternatif mampu tangani kemelut MB Selangor

KOTA BHARU - Pembubaran Dun dan undi tidak percaya, antara alternatif yang mampu menangani kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof berkata, kedua-dua tindakan yang selari dengan prinsip demokrasi negara ini perlu dilakukan bagi menyelesaikan kemelut politik Selangor selepas melalui beberapa episod termasuk penyingkiran enam Exco PKR dan DAP beberapa hari lalu.

“Walaupun bagi saya, pilihan raya negeri tindakan terbaik, namun sebagaimana kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia perlu dielakkan kerana akan menelan kos tinggi (RM50 juta) jika diadakan, selain turut membosankan rakyat.

“Berasaskan prinsip demokrasi, jika ada krisis sebegini, tiba di satu tahap, dua tindakan perlu dilakukan, sama ada melalui undi tidak percaya di Dun atau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika masih menjadi menteri besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Minda, di sini, semalam.

Dalam pada itu, mengulas isu kerajaan campuran di Selangor, Mohammad Agus berkata, Pas akan berpecah dan menjadi parti paling rugi jika mengambil keputusan bergabung dengan Umno.

“Jika Pas keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menyokong Abdul Khalid untuk bergabung dengan Umno, sekali gus membentuk kerajaan negeri, saya rasa itu sukar kerana Pas pasti akan berpecah,” katanya.

Mohammad Agus berkata, mustahil untuk sampai ke tahap penggabungan parti, lebih-lebih lagi sudah ada Adun Pas yang secara terbuka membuat pengakuan tidak akan mendukung kerjasama antara parti itu dan Umno.

“Sebaliknya perjalanan politik seterusnya adalah bagaimana Speaker memutuskan mengadakan sidang Dun dengan perkenan Tuanku untuk membuat undi tidak percaya,” katanya.

Mengulas mengenai hala tuju Selangor, Mohammad Agus berkata, masih banyak polemik yang akan tercetus selepas ini termasuk kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar, kewujudan kerajaan campuran dan undi tidak percaya.

30 rakyat Malaysia berjuang di Syria, lapor perunding keselamatan AS

http://2.bp.blogspot.com/-P2yaTK6k1GM/UAupHdnzaTI/AAAAAAABJeE/mi3a2gRT_j8/s1600/syiria.jpgSekurang-kurangnya 30 warga Malaysia telah berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan pelampau Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan mereka dibimbangi boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara, lapor sebuah perunding keselamatan antarabangsa.

Angka itu selari dengan beberapa laporan awal sebelum ini berhubung penglibatan warga Malaysia dalam konflik bersenjata di Syria.

Mereka yang aktif melaporkan perkembangan semasa di medan pertempuran itu bagaimanapun menafikan ada kaitan dengan ISIS sebaliknya berjuang bersama kumpulan yang menentang tentera kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan perunding Soufan yang berpejabat di Amerika Syarikat itu turut melaporkan sekurang-kurangnya antara 50 hingga 200 warga Indonesia ikut sama menyertai ISIS.

"Negara-negara Asia Tenggara ini sekarang bimbang militan itu mungkin akan pulang dari Syria dan Iraq dengan latihan sebagai pengganas (sama seperti anggota Jemaah Islamiyah yang pulang dari Afghanistan pada 1980-an) untuk menggerakkan kempen baru," kata laporan itu.

ALOR SETAR - Ibu bersyukur jenazah Azrina antara yang telah dikenal pasti

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/07/19/combo.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
ALOR SETAR 14 Ogos - Jenazah salah seorang pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Azrina Yakob, 41, merupakan antara mangsa tragedi itu yang sudah pun dikenal pasti setakat ini.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Habibah Ismail, 65, yang mendakwa mendapat perkhabaran itu daripada menantunya, Mohd. Raflis Mohd. Tahir, 43, kelmarin.

"Syukur, Alhamdulillah. Doa saya yang tidak putus-putus agar jenazahnya dapat dikenal pasti dimakbulkan Allah.

"Lapang dada saya mendengarnya. Menurut Raflis, jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna tetapi saya tidak tahu akan kesahihan perkara itu," katanya tanpa memaklumkan dari mana menantunya menerima maklumat berkenaan.

Menurut Habibah, ketika ini dia dan suami, Yakob Selam Sudin, 73, menginap di sebuah hotel disediakan MAS di Sepang, Selangor untuk menunggu perkembangan terbaru.

"Namun kebanyakan maklumat akan disalurkan MAS atau pihak berkuasa terus kepada Mohd. Raflis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kiki "The Steering Lock" sertai PERKASA

 
Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, atau yang lebih dikenali sebagai Kiki yang terbabit kes membuli seorang warga emas, telah menyertai PERKASA Selangor.

Kiki menerima kad keahliannya dari NGO itu semalam.

"Setiausaha kehormat PERKASA Selangor telah menyampaikan kad dan sijil keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin binti Kamaruddin (Kiki) dan Mohd Syahidzuan bin Samsudin di pejabat PERKASA Selangor," PERKASA Selangor mengumumkan di laman Facebook.

Mengiringi pengumuman ialah gambar Kiki, yang merupakan seorang mak andam, memakai baju PERKASA.

Sejenak bersama Timb Presiden PAS di mahkamah untuk perbicaraan "BUKIT KEPONG"

DI MAHKAMAH SESYEN & MAJISTRET BUTTERWORTH
14 OGOS 2014 (KHAMIS) 18 SYAWAL 1435H
GAMBAR DAN RENCANA PENDEK: IBN ABDULLAH ALAWAB

Semalam saya gagal untuk hadhirkan diri untuk memberi sokongan moral dan persahabatan kepada Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang sedang menghadapi perbicaraan kes di mahkamah Sesyen Butterworthdiatas tuduhan Mat Sabu kata polis yang terbunoh dalam peristiwa Bukit Kepong adalah........ Manakala Mat Indera pula adalah wira dan pejuang menentang penjajah British.

Selesai sesi Pendakwaraya menyoal saksi pendakwaray iaitu anak kepada salah saorang mangsa bukit Kepong yang terakhir meninggal dunia. Saksi tersebut dalam keadaan keuzuran dan emosional dalam menjawab pertanyaan pendakwaraya seolah-olah saksi tersebut membaca skrip peristiwa Bukit Kepong. Dengan berkali-kali menyebut ayahndanya adalah pejuang yang berkhidmat dengan penjajah British ketika itu.

Rumusan dari soal balas peguam pembela kepada OKT yakni Haji Mat Sabu yang diketuai oleh peguam YB Haji Hanifa Maidin. Jadi, report yang Pak Cik buat dibalai polis itu, ketika itu Tuan Haji Mat Sabu belum berceramah kerana masa tu masing-,asing sedang mengerjakan solat terawaih. Macamana belum ceramah Pak Cik dak tengok berita TV3 jam 8 malam?

Sampel tulang haiwan kolam ikan patin di Perak sah babi

Jumaat, 15 Ogos 2014 @ 12:16 PM

IPOH: Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu.

Ahamad Sabki berkata, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai, selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya tidak dapat mengesan pemilik kolam berkeluasan 0.4 hektar itu kerana dipercayai sudah melarikan diri.

Katanya, pemantauan turut mendapati ladang itu kering dan sudah ditinggalkan.

Berikutan kes itu, Jabatan Perikanan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan jabatan itu untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan.

Belanda Timur kerajaan Kedah dahulu, musnah di tangan kerajaan BN Kedah!

oleh Zulkifli Yahaya


Sewaktu Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan mengambilalih pentadbiran negeri Kedah pada Mac 2008, beliau bertekad menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, yakni menjadikan negeri ini sebagai pengeluar dan pembekal pertanian yang terkemuka khususnya di Malaysia. Tekad itu juga terkandung dalam manifesto PAS Kedah PRU12. 
 (Dahulu)

Sepanjang memimpin pentadbiran Kedah, Ustaz Azizan sangat teruja dengan projek-projek pertanian yang digerakkan oleh GLC, khususnya Kedah Agro (anak syarikat Perbadanan Menteri besar) dan Kumpulan Ladang. Pernah kepimpinan PAS Pusat yang diketuai oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawat Kedah. Beliau dan rombongan dibawa Ustaz Azizan melawat ladang nenas yang diusahakan oleh Kedah Agro yang terletak di Daerah Kubang Pasu. 

Pakatan PAS, DAP & PKR sedang membina persepsi negatif & positif untuk PRU14

oleh Zulkifli Yahaya

Agak-agak positif atau NEGATIF?

Bagi setiap parti politik yang bersaing untuk merebut kuasa dalam sistem demokrasi, hari-hari yang dilalui adalah hari di mana mereka membina persepsi. Manakala hari-hari terakhir menjelang detik rakyat membuat pemilihan dalam pilihanraya umum; adalah tempoh singkat untuk parti politik memperkukuhkan persepsi baik terhadap parti mereka.

Berkempen selepas parlimen dibubarkan hanyalah menggunakan kekuatan vocal atau visual yang didokumentasikan untuk meyakinkan pemilih. Sedangkan kaedah ‘berkempen’ yang sangat berkesan sebenarnya sedang berlangsung sekarang, di luar tempoh pilihanraya.

Bencana yang melanda negara belum tentu akan menyebabkan imej sesebuah parti politik yang memerintah menjadi buruk. Imejnya buruk hanya jika kerajaan tersebut gagal menguruskan bencana tersebut. Rakyat terasa susah kerana kegagalan kerajaan maka ia sudah menjadi ‘kempen’ berkesan memburukkan imej parti politik pemerintah. Jika hal sebaliknya berlaku, maka bencana yang melanda akan menjadi batu loncatan pula untuk parti pemerintah menggilap imej.

Kenyataan YB Hasnul Baharudin berhubung dakwaan khianat ke atas beliau dan YB Saari Sungip..

Assalamualaikum.

http://mykuasa.org/sites/default/files/xhasnul-morib.jpg.pagespeed.ic.2BBq9XB-R3.jpg
Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 pLPakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Aduhai Khalid, Berundurlah sebelum tersungkur..!!!


http://www.mole.my/sites/default/files/images/khalidMB_0.JPG

SHAH ALAM – Selangor berdepan persimpangan dalam menentukan hala tuju, kebijaksanaan politik dan intelektual dan jalan terbaik ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada kerusi menteri besar.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berpandangan, tidak ada logika untuk Abdul Khalid berkeras mempertahankan posisinya kerana dijangka Menteri Besar Selangor itu pasti tersungkur dan gagal meneruskan perjuangannya.

“Dalam pentadbiran sekarang hanya tinggal empat Exco Pas. Walaupun ia mematuhi syarat Undang-undang Tubuh Negeri Selangor namun diragui sampai bila mereka mampu bertahan?

“Pentadbiran kerajaan negeri akan berdepan kekusutan dan hanya Abdul Khalid mampu meleraikannya. Sekiranya beliau menjunjung tinggi prinsip dan undang-undang demokrasi sewajarnya belajar daripada krisis di Perak yang kini menjadi bahan jenaka dan Selangor kini pula dipimpin menteri besar bebas,” katanya.

Kronologi Krisis politik rebut kerusi MB Selangor


kemelut politik

SHAH ALAM - Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
27 JANUARI:
Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
 
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi Dun Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
 
26 FEBRUARI:
Abdul Khalid mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
 

Kerajaan tak hasrat tutup Facebook

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah berhasrat menutup laman sosial Facebook sekalipun terdapat banyak laporan penyalahgunaannya di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini hanya menyatakan kesediaan mengkaji kewajaran menutup Facebook dan kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Saya tidak pernah cakap ingin menutup laman sosial Facebook dan kerajaan sendiri tidak pernah berhasrat sedemikian memandangkan ia agak mustahil dengan jumlah akaun pengguna di Malaysia adalah 15 juta.

"Ramai orang sudah selesa menggunakan Facebook untuk berniaga dalam talian, berinteraksi dengan keluarga dan macam-macam lagi. Lainlah kalau kita (Malaysia) guna model seperti China yang dari awal lagi tidak benarkan rakyatnya menggunakan Facebook," katanya selepas merasmikan kurier kos rendah Redbox, AirAsia di sini, hari ini.

Gadis dari SIK hilang selepas keluar raya keempat


Gambar berkaitan kehilangan Nuratikah (kiri) dalam media sosial.  
Gambar berkaitan kehilangan Nuratikah (kiri) dalam media sosial.

SIK - Seorang gadis berusia 23 tahun dipercayai hilang selepas keluar bersama rakan sejak 31 Julai lalu.

Nuratikah Ishak dari Kampung Cherok Damar, Sik dipercayai keluar ke Sungai Petani pada hari raya keempat dan tidak pulang ke rumahnya selepas itu.

Bimbang keadaan dan keselamatannya, keluarga gadis itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim, mengesahkan menerima laporan daripada keluarga mangsa mengenai kehilangan Nuratikah.

“Kita ada menerima laporan daripada ibu bapa mangsa mengenai kehilangan anak perempuan mereka. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya.

Kedah cadang wujud pasar terapung di Tanjung Cali


http://www.correctplace.com/Sightseeing/TjChali/Chali4.jpg
ALOR SETAR - Kerajaan negeri mahu menjadikan Tanjung Chali di sini sebagai destinasi pelancongan terbaharu, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.

Beliau berkata sehubungan itu pasar terapung dicadang untuk diwujudkan di sekitar Sungai Kedah di Tanjung Chali.

"Lawatan ke tapak telah dijalankan bagi melihat kerja yang perlu dilakukan untuk tujuan tersebut. Kerja pembersihan sungai dan pemasangan lampu akan dibuat bagi menambah pencahayaan untuk mencantikkan kawasan persekitaran sungai," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata restoran terapung juga akan diwujudkan di situ selain mengadakan produk pelancongan seperti pusat kesenian lukisan.

MH17: 22 Ogos diisytihar hari berkabung negara

http://www.hospitality.pro/wp-content/uploads/2014/07/mh17-crash-site_3.jpg
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Katanya jenazah itu akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi.

"Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...