TERKINI :

Thursday, August 14, 2014

PAS : 'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

"Kita dah beri sebab-sebab kenapa kita tak mahu.

"Tak boleh dedahkan (sebab-sebab tolak Wan Azizah)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hilang majoriti: Apa kata undang-undang?

 
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini bersama-sama dengan 29 orang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor telah menyatakan bahawa mereka tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Khalid Ibrahim dalam jawapannya menyatakan bahawa dia akan terus berkhidmat sebagai MB Selangor sehingga satu undi tidak percaya dilakukan ke atasnya dalam Dewan Undangan Negeri.

Perkara 51 dan 53(2)(a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa sultan hendaklah melantik seorang menteri besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya mendapat sokongan majoriti ADUN dan merupakan seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ahli biasa PAS sudah mula pening dengan tindakan dan arahan pimpinan atasan..!!


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi:

"RATIB SEMUA PEMIMPIN PAS ialah, PAS bersama PR, pertahan PR dan tiada hasrat tinggalkan PR."

Apabila dua ADUN PAS Selangor (ada yang kata empat) menyatakan sokongan kpd PKR dan DAP supaya Khalid melepaskan jawatan MB dan jawatan itu diserah kpd PKR;

Naib Presiden PAS kata mereka membelakangi parti.

Ahli biasa PAS macam aku pening."

Nik Amar bercakap atas kapasiti PERIBADI atau MENDAPAT MANDAT PRESIDEN?

AMAR PAK NIK LAH : BERCAKAP ATAS PRIBADI ATAU MENDAPAT MANDAT PRESIDEN PAS. HABAQ MAI SAT!!!!

Rencana: IBN ABDULLAH ALAWAB
14 OGOS 2014 KHAMIS 18 SYAWAL 1435H
http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/mainnews/Nik%20Mohd%20Amar%20Nik%20Abdullah%20timbang%20kedudukan.jpg
Baru-baru ini, AJK PAS Pusat juga Timbalan MB Kelantan YB Amar Pak Nik Lah ketika dalam kiluah pagi Jumaat di Jalan Dato’ Pati Kota Bharu (yang saya ikuti melalui youtube) cukup bertenaga petah dan gagah beliau menyampaikan kuiah dikerusi keramat yang mantan MB terdahulu member kuliahnya. Kes PAS mempertahankan TS Khalid Ibrahim terus kekal menjawat MB walaupun dipecat oleh partinya PKR dan menjadi bebas menjadi point kuliahnya.
Dalam kuliah Nik Amar macam angkoh beliau duduk dikerusi itu berkuliah dengan menempelak pemimpin-pemimpin kanan dalam PAS yang tidak bersetuju dan sependapat dengan  Presiden PAS TG Haji Hadi dalam pengumumannya beliau selaku pemimpin no 1 dalam PAS Malaysia berdiri tegoh mempertahankan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Respon daripada itulah beberapa pemimpin kanan PAS mengatakan itu adalah pandangan pribadi Prsiden Haji Hadi, bukan keputusan resmi PAS. Mereka-mereka ini ditempelak hebat oleh Amar ketika menyampai kuliah, beliau sebelah pehak membaham pemimpin-pemimpin lebih tinggi dan kanan dari beliau. Dan mereka tidak dapat membela diri. Adilkah? 

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               
Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kita berstatus sebagai MB bebas.
Saari Sungip
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.
Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?
Sekiranya benar Khalid berhajat untuk menyertai Pas sudah pasti ia akan dibahas hangit malam ini. Pro kontra akan berlaku. Ahli Lunah Politik yang mahukan Pakatan Rakyat kekal akan menolak penyertaan Khalid itu walaupun dari satu segi ia memberi kelabaan politik kepada Pas. 
Sebaliknya pihak yang sudah berkudis hati dengan PKR dan DAP akan mempertahankan dan mencadangkan agar Khalid diterima menjadi anggota Pas. Mustapa Ali sebelum ini menafikan mengenai desas desus ini, tetapi firasat saya mengatakan sudah ada risik-risik mengenai hal ini.

Apa yang Dr Zuhdi dari PAS meroyan sangat dengan KONSENSUS NASIONAL nie..?

oleh Dr TarakNama

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/images/Dr%20Mohd%20Zuhdi%20Marzuki2.jpg
Apa yang Dr Zuhdi dari PAS meroyan sangat dengan KONSENSUS NASIONAL yang di perkatakan oleh ANWAR merangkap KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA...

Jangan di samakan KONSENSUS NASIONAL akan KN nie dengan idea bangang nak BERCUMBU-CUMBUAN dengan UMNO dalam gelap dalam erti nama UNITY GOVERMENT aka UG aka KERAJAAN PERPADUAN..

Idea UG dilakukan secara GELAP sampai semua orang tak tahu hujung pangkalnya sedangkan idea KN nie diumumkan oleh KETUA PEMBANGKANG sambil mengambil persetujuan rakan PARTI di PAKATAN RAKYAT.

Ini Kenyataan PAS & DAP berkenaan KN :
Jadi sekarang rasanya tak timbul apa yang sedang dibisingkan oleh Dr Zuhdi nie..kami pun tidak tahu apa masalah antara beliau dengan Anwar sampai apa idea dan cadangan serta pandangan asyik nak bertekak sahaja. Jika nak bantah silalah bantah tapi hendaklah dengan waras dan berfakta.

Dibawah nie ada perutusan berkenaan KN dari KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA dan disamping itu berharap pihak KERAJAAN NAJIB menyahut apa yang diperkatakan akan konsensus ini.

PAS bukan ambil masa sebulan hanya seminggu saja..!!

http://4.bp.blogspot.com/-Q8Uwg8s2CYw/TjUUwcmcNVI/AAAAAAAALS4/ii81kpkGaz8/s400/salahudin-ayub.gif
Kenyataan Media (14 Ogos 2014)
NAIB PRESIDEN PAS

PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.

Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.

Ganti MB bukan seperti tukar ketua kampung, kata PAS

PAS mengambil masa seminggu lagi untuk membuat keputusan berhubung perubahan dalam jawatan menteri besar Selangor kerana tugas itu bukan semudah menukar ketua kampung, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, hari ini.

Parti Islam itu dikritik hebat kerana melengahkan keputusannya sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut atau tidak dikekalkan sebagai menteri besar Selangor walaupun cadangan PKR mengenai pertukarannya dibuat pada 23 Julai iaitu memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih jawatan berkenaan.

“PAS sengaja mengambil lebih masa, bukan sebulan tetapi hanya seminggu untuk mencapai keputusan berhubung isu mengganti menteri besar Selangor. Kita bercakap mengenai jawatan menteri besar, kerusi nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita bukan mahu menukar ketua kampung, ini mengenai pertukaran seorang menteri besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parti PAS belum buat keputusan lagi, tunggu 17hb kata Naib Presiden

Ahli PAS diminta jangan belakangi parti

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

Beliau juga meminta supaya semua ahli dapat bersabar menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Ahad ini.

"PAS mengingatkan ahli parti mematuhi keputusan parti dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi keputusan jemaah.

"Parti akan mengadakan mesyuarat pada 17 haribulan nanti. Harap semua bersabar," kata Tuan Ibrahim (kiri) melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini.

Apakah MB SELANGOR masih ada LEGIMITASI (apa dia nie)..?

Mohammad Agus Yusoff

http://www.suaragenerasibaru.com/wp-content/uploads/2013/07/Khalid-Ibrahim-c.jpg

APAKAH MB SELANGOR MASIH ADA LEGIMITASI?

Politik Selangor mencipta sejarah kerana buat kali pertamanya seorang ADUN Bebas menjadi MB. Maka, persoalannya, apakah beliau mempunyai legimitasi untuk kekal sebagai MB?

Dari segi undang-undang, jawapannya ya. Beliau masih mendapat perkenan Tuanku, mempunyai empat Exco untuk membolehkan kerajaan berfungi dan belum ada undi tidak percaya yang dibuat ke atas beliau di Dewan.

Namun, dapi dari segi moral politiknya, legitimasi MB tersebut telah hilang. Apatah lagi, tadi pagi Presiden PKR mengumumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti 30 ahli Dewan daripada 56 semuanya.

Justeru PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

ADUN keluar parti jika PAS terus sokong MB Khalid

 
ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

PAS akan siasat 2 ADUN sokong Wan Azizah

Krisis Selangor: PAS akan siasat 2 ADUN sokong Wan Azizah - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: PAS akan menjalankan siasatan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang bertindak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat( PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sini, sebentar tadi.Terdahulu, dua ADUN PAS Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin hari ini memberi sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Hulu Klang dan Morib itu mendakwa, mereka yakin tindakan direstui parti kerana bertindak pada asas pembentukan Pakatan Rakyat dan bagi menamatkan kemelut politik di Selangor itu.

Khalid cabar buktikan sokongan di DUN Selangor

Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikeluarkan di akaun Facebook miliknya sebentar tadi. – Gambar Facebook, 14 Ogos, 2014. 

Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikeluarkan di akaun Facebook miliknya sebentar tadi. – Gambar Facebook, 14 Ogos, 2014.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. – 14 Ogos, 2014. [MI]

Bekas Pengawal bank Ambank yang tembak pekerja bank dijatuhkan hukuman gantung sampai mati



BEKAS Pengawal Keselamatan Ambank, La Ode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Bank, Norazita Abu Talib, 37 pada tahun lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

Tak perlu UNDI tak percaya di DUN, sekadar memohon mengadap Sultan dan bawa senarainya..

http://3.bp.blogspot.com/_bBKwCKWoeEo/TSwd8VirtCI/AAAAAAAAGwU/DU1cngyM2qw/s400/1234.jpg

KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.

"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid

"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.

"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI.

Krisis SELANGOR : 30 Adun sokong PAKATAN RAKYAT, 26 Adun sokong KHALID..

Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...