TERKINI :

Wednesday, August 13, 2014

Akhirnya Ku Nan kalah pada gelandangan

SUBKY LATIF | 12 Ogos 2014.

TELAH saya sebut di ruang ini pertengahan Julai lalu betapa Tengku Adnan Mansor bukanlah ssebenarnya anak jantan dalam menangani warga gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur yang pernah diberinya kata dua supaya mengosongkan kawasan keliling dua batu dari pusat tarikan pelancong kota raya itu.
    
Jika mereka tidak mengosongkannya, mereka serta penjamu makannya yang ala kadar iaitu NGO akan disumbatkan ke penjara.
    
Dalam tulisan itu telah saya cabar menjadi anak jantan dengan meneruskan kata dua kerana tindakannya supaya dia tahu disukai rakyat atau tidak.
    
Jika dia anak jantan, dia mesti terus bertindak kepada gelandangan dan penyokong yang menganjurkan dapur jalanan yang memberi mereka lapik perut sebelum ini.
   
Jika kononnya berani dan tegas, maka dia mesti berkeras.
   
Setelah beberapa hari selepas kata duanya itu, dia mulai dilihat lembut seperti pondan kerana amarannya itu boleh menjadikan kerajaan yang dia berkhidmat boleh dilihat sebagai kerajaan anti rakyat kerana bencikan golongan papa kedana. Orang tidak sekadar membenci Tengku Adnan, Menteri Wilayah itu, bahkan Perdana Menteri Najib ikut dicemuh semua kerana saranan Ku Nan itu menyeleweng jauh daripada apa yang Najib kata, transformasi mendahulukan rakyat.
   
Dia dipercayai telah dipelupuh oleh bukan saja simpatisan dan penyokong dapur jalanan, malah telah dimurkai sekalian menteri.
    
Dan sekarang menteri itu tidak merasa malu lagi mengumumkan bahawa mereka boleh berada di mana mereka selalu berada, dan NGO yang menjadi penjamu mereka boleh meneruskan kegiatan seperti biasa, tidak akan diusik oleh penguatkuasa DBKL dan para gelandangan itu akan terdedah pada penglihatan para pelancong.
    
Mereka cuba diusirnya dulu kerana mereka dikatakan akan memalukan negara pada pelancong. Dan apabila Ku Nan sudah menghalalkan mereka berada di mana-mana, maka negara logiknya tidak malu lagi dengan nasib malang itu.
    
Baguslah menteri itu sudah mengaku dia rupanya belas juga dengan nasib dan kemelaratan mereka, kerana katanya dia juga dulu adalah berasal daripada golongan yang juga susah. Apakah dia benar-benar sudah insaf maka bergantung pada sikap selanjutnya?
    
Adakah sikap baru menteri itu justeru dia mulai insaf, atau dia dimarah oleh kerajaannya. Orang kerajaan yang mula sekali marah terbuka kepadanya ialah Khairy Jamaluddin, menteri belia dan sukan yang mulai disegani oleh Najib sekarang.  Apabila Khairy marah semua dipercayai marah.
   
Ku Nan bersikap kalah pada gelandangan itu, sama ada kerana sedar sendiri atau sedar kerana dipelupuh oleh suara kiri dan kanan, keputusannya adalah elok.
   
Ia boleh menyekatnya ke jalan Qarun yang dilaknat itu. Qarun adalah simbol kekejaman penindasan dan lintah darat bagi manusia sepanjang zaman. Dia membeci kepapaan sedang si papa itu adalah ciptaannya, hasil daripada penindasan lintah daratnya. Dia dilaknat Allah dan sekalian makhluk.
    
Jika tiada semak dan imbang amalan demokrasi yang berbaki sedikit itu, Ku Nan boleh dilihat menuju jalan Qarun yang kecil. Qarun kecil pun Qarun juga.
   
Dengan semua kritik terhadapnya, dia tanpa malu, membebaskan KL untuk gelandangan. Baiknya, dia terkeluar dari jalan Qarun kecil. Bahkan kementeriannya akan memberi perhatian belas pula. Tidak malunya yang terbaru itu lebih elok daripada tidak pemalu. Malu itu paling lama dua minggu. Lepas itu hilanglah malunya. -

Kumpulan NGO tampil tuntut Khalid undur


Sekumpulan NGO hari ini tampil menuntut pengunduran segera Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, yang kini tidak berparti setelah dipecat PKR.

"Setiap ketua kerajaan yang hilang keyakinan partinya patut berundur dengan baik. Khalid patut letak jawatan secara terhormat," kata NGO itu dalam kenyataan hari ini.

"Khalid (kiri) tidak mempunyai mandat langsung dan mandat peribadi kerana Selangor bukan negara demokrasi berpresiden."

Bagaimanapun, kata mereka, Khalid bukan sahaja terus berpaut pada kuasa, tetapi turut memecat exco daripada PKR dan DAP, tindakan yang dianggap mengkhianati demokrasi dan pengundi.

NGO terlibat adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Zahid Hamidi minta maaf pada MP DAP

 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menarik balik kenyataan fitnah terhadap Utara Tony Pua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menggambarkan anggota parlimen Petaling Jaya itu sebagai penjenayah pada 2011.

Zahid membacakan kenyataan terbuka di mahkamah dan Pua bersetuju menarik balik samannya terhadap Zahid dan akhbar Umno Utusan Malaysia, yang menyiarkan kenyataan itu.

“Saya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat kepada defendan kedua (Utusan) sebagai menghormati plaintif.

“Saya kesal kerana memburukkan reputasi plaintif,” katanya.

Penasihat undang-undang Utusan Shirat Anuar juga membacakan kenyataan yang berkata, ekoran penarikan balik yang dibuat Zahid, defendan kedua dan ketika turut menarik balik artikel itu tanpa syarat.

PAS Mula Tunjuk Kuasa, sebelum nie PKR & DAP bingung kini BN & KHALID pula bingung..!!

oleh Shahbudin Husin, 


Walaupun tindakan Pas dalam kemelut politik Selangor terus mengeliru dan membingungkan banyak pihak, hakikatnya parti itu sedang mengambil langkah berhati-hati dalam tindakan yang bakal diambilnya. Kadang-kadang ia juga dilihat seperti mahu menunjuk kuasa yang ada padanya. Dan sementara itu, semua pihak kena bersabar dan bertenang sehingga tarikh 17 Ogos depan di mana Pas akan bermesyuarat dan akan menentukan pendiriannya.

Dalam tempoh sehingga 17 Ogos, Pas akan terus dilobi, dipujuk, dirayu dan diyakinkan agar membuat sesuatu keputusan yang memihak kepada mereka yang berkepentingan itu.

Sejak Khalid memecat enam Exco daripada PKR dan DAP, empat ahli Exco yang lain yang terdiri daripada Pas telah dirayu agar menunjukkan solidariti dengan tidak menghadiri mesyuarat Exco pada hari ini. Kes yang berlaku di Perak pada 2009 di mana semua ahli Exco bersatu mempertahankan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar ditimbulkan kembali untuk memperingatkan Pas.

Pas bagaimanapun tidak memperdulikan cadangan solidariti itu, sebaliknya terus hadir dalam mesyuarat Exco dan kemudian bergambar saling menjulang tangan bersama Khalid Ibrahim. Tentunya momen itu tambah menyakitkan hati PKR dan DAP kerana Pas dianggap sudah tidak lagi sehati sejiwa dan selenggang sehayun dengan rakan-rakannya dalam PR.

KRISIS SELANGOR : Selain Geng BAS SEKOLAH, mai kita tengok Geng Apa yang ada lagi..?

GHOSTWALK ISU MB SELANGOR
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Hasil ghostwalk dan maklumat daripada admin-admin, saya utarakan satu beberapa pandangan tentang drama politik Selangor. Tidak dibenarkan print screen dan saya bukan golongan print screen. Ada beberapa idea yang dapat dikenalpasti melalui hasil ghostwalk ini.

A) GENG ANTI-UG DALAM PAS

Geng ini turut digelar Anwarinas. Saya agak janggal menyebut perkataan Anwarinas, kerana ungkapan ini setahu saya direka oleh Zulkifli Nordin. Golongan ini secara terbuka menyerang golongan pro-ulamak yg mereka klasifikasikan sebagai geng UG.

Apa sahaja kenyataan geng-UG akan dibidas sebagai cerpen mendayu-dayu. Apa sahaja pendirian geng UG yg dilihat tidak menguntungkan parti, akan dibidas sebagai khianat kepada parti.

Golongan anti-UG ini dilihat menyokong penuh usaha menukar MB Selangor, dan menghentam pimpinan PAS yg menyokong MB Khalid - menganggap penyokong Khalid sebagai mengkhianati rakan PR. Golongan anti-UG sering mendakwa geng UG akan berusaha untuk join UMNO.

B) GENG PRO-KHALID DALAM PAS

Geng ini turut dikenali sbg geng UG. Kebanyakannya terdiri daripada golongan yg berlatar belakang pengajian agama. Kebanyakan pula berlatar belakangkan Azhari - lepasan Universiti Azhar.

Golongan ini dilihat mahu mengekalkan TSKI sbg MB Selangor, dengan alasan tidak mahu menyusahkan rakyat, tidak mahu mengkhianati amanah rakyat. Mereka berpendapat tidak perlu ditukar MB kerana TSKI tiada dibuktikan apa-apa kesalahan dan penyelewengan selama mentadbir.

Speaker Dewan layak mengundi kalau jumlah undi sama, kata pensyarah

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya boleh mengundi apabila berlaku persamaan jumlah undi daripada kedua-dua bahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Prof Gurdial S. Nijar.

Gurdial (gambar) bagaimanapun berkata, dalam kebanyakan kes, Speaker DUN tidak dibenarkan untuk mengundi.

"Hanya apabila berlaku jumlah pengundian yang sama," kata Gurdial kepada The Malaysian Insider.

Perkara itu katanya termaktub dalam Artikel 75(3) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap DUN Selangor 45(2).

Krisis Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat 5 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) dari DAP dan PKR petang semalam.

Empat anggota exco PAS dikekalkan sementara seorang exco PKR yang berada di luar negara diberi peluang menyatakan pendirian menyokong Khalid atau tidak selepas ini.

Jika PKR mai dari UMNO, PAS pulak mai dari mana..??


KESIMPULAN DIA : Tak payah dok UNGKIT lah sejarah apa yang berlaku, masing2 ada ceritanya.. Kita pakat bersama untuk membina NEGARA KITA MALAYSIA untuk semua RAKYAT JELATA...
 
Rujukan : 

Krisis MB Selangor : Ini Kenyataan Terkini Presiden PAS

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang.

“Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

MH17: Identiti 16 warga kita dikenal pasti

http://s1.ibtimes.com/sites/www.ibtimes.com/files/styles/picture_this/public/2014/07/24/mh17.jpg 
 
Kuala Lumpur: Penantian keluarga mangsa tragedi pesawat MH17 semakin menghampiri noktah berikutan pengesahan identiti 16 mangsa rakyat Malaysia menerusi proses forensik di Belanda.

Difahamkan, mangsa membabitkan enam beragama Islam, masing-masing empat beragama Kristian dan Buddha serta setiap seorang Sikh dan Hindu.

Bincang dengan waris

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata urusan membawa pulang jenazah dan mayat ke tanah air giat diatur dan pihaknya sedang berbincang dengan ahli keluarga serta waris mereka berhubung kaedah penerimaan di tanah air kelak.

Kerajaan akan memberikan penghormatan penuh kepada mangsa apabila jenazah dan mayat tiba di Malaysia. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga serta waris mereka, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Proses pengecaman identiti mangsa dilakukan sepasukan pakar forensik antarabangsa di kem tentera Hilversum sejak kumpulan pertama mayat tiba di Lapangan Terbang Pangkalan Tentera Eindhoven dari Kharkiv, Ukraine, 23 Julai lalu.

Al Fatihah - Pelawak veteran Maidin Ibrahim meninggal dunia di Pokok Tai, Gurun


ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

AL FATIHAH
http://3.bp.blogspot.com/-qBKiZoVw5Rs/U7c3E5ILWxI/AAAAAAAAONE/Dxt0nJPcNRM/s1600/surat_al_fatiha.png

Jika PAS buat 'U-turn'.....!!!


Abdul Khalid mengambil keputusan memecat semua Exco PKR dan DAP selepas perjumpaan bersama beberapa Exco Selangor di bangunan SUK, semalam. Foto oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.  
Abdul Khalid mengambil keputusan memecat semua Exco PKR dan DAP selepas perjumpaan bersama beberapa Exco Selangor di bangunan SUK, semalam. Foto oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.

SHAH ALAM - Suasana politik dalam PR dilihat semakin rumit, dengan pelbagai kejutan dan liku-liku disaksikan sejak kemelut parti pemerintah di Selangor itu mencapai kemuncaknya pada 9 Ogos lalu, apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.

Kini, kuasa penentu di tangan Pas untuk menyelesaikan konflik terburuk dihadapi PR sejak penubuhan pakatan itu pada 1 April 2008.

Pertemuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin menimbulkan persoalan besar kepada banyak pihak, terutama berkaitan pendirian Pas terhadap Abdul Khalid.

[PANAS] Azraai Khor dakwa KFA & Kjaan Negeri Kedah belum lunas janji meraih gelaran trebel dahulu..!!

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/v/t1.0-9/1422506_10201504385369968_3411661158262000598_n.jpg?oh=ce6cb85841430cabadb1156c278ac850&oe=5462393E&__gda__=1417081707_00edcfdbd49901b297cf28fe30150b28 

Politik kolusi tuntut kejujuran, pertahan janji.. siapa khianat siapa..tunggu 17hb..

 
ULASAN Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, Pakatan Rakyat adalah mekanisma perubahan politik yang terbaik yang pernah dipersembahkan kepada rakyat Malaysia.

Sistem parti politik di Malaysia adalah berasaskan ideologi dan ini adalah merupakan ciri-ciri utama kebanyakan parti politik di negara sedang membangun.

Berbanding dengan negara Barat dan membangun parti politik lebih berorientasikan ideologi pragmatik walaupun mereka mengekalkan asas utama yang membezakan antara mereka, adapun dari segi dasar kerajaan, parti politik di negara membangun lebih cenderung kepada sokongan merentasi ideologi politik.

Sebab itu dalam mengamalkan kuasa pemerintahan, negara membangun tidak banyak berhadapan dengan usaha menjatuhkan kerajaan yang berkuasa.

Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam tampil jelaskan isu pinjaman RM70 Juta Khalid

Menteri Besar Selangor yang ada sekarang ni kata dia akan lepaskan jawatan yang tiba-tiba menjadi isu hangat dinegara kita ini iaitu jawatan Menteri Besar selepas membersihkan dirinya..

Jadi sebagai membantu mempercepatkan proses pembersihan dirinya itu, disini aku siarkan satu laporan dan video yang menjelaskan tentang perkara yang menjadi antara punca Khalid di pecat dari PKR walaupun ianya akan kantoikan beberapa orang dari PKR.

Khalid didakwa gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Baca dan fahamkan apa yang didedahkan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas, Ekonomi Kewangan Azrul Azwar yang merupakan Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam.

PAS & Selangor : Surat Terbuka - Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.

Zulkifli Sulong

Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.

http://bm.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/06/Nik-Aziz-grafik.jpg
Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang.

Tok Guru,

30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan.

PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar.

Di situlah tempat bekerja dan di situlah juga tempat saya tidur. Saya masih ingat lagi bagaimana saya terpaksa makan mi segera selama dua hari ketika Kota Baru dilanda banjir pada tahun itu. Tanyalah Hashim Omar tentang cerita ini.

PAS akan keluar jika Umno dilantik exco

 
Exco PAS Sallehin Mukhyi berkata, PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco.

Beliau turut menambah, soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkang parti itu merupakan pembangkang di Selangor.

"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia ada pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Adun PAS gesa mesyuarat segera, sokong Pakatan tolak Khalid

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/08/Saari_Sungib_300.jpg
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.

"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.

Pas penentu nasib Khalid, PR


Wartawan Sinar Harian

Adun PAS Saari Sungib menggesa agar PAS Pusat menyegerakan mesyuarat 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.

SHAH ALAM - Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pakar Geo Strategi Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, pada masa ini, semua pihak sedang menantikan jawapan daripada Pas.

"Rakyat Selangor melihat Pas seperti dipergunakan dalam PR. Tetapi, Pas perlu membuat ketetapan yang benar-benar telus supaya tidak mengorbankan prinsip perjuangan mereka selama ini," katanya, semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sokongan Pas kepada Abdul Khalid akan diubah jika PKR memberikan nama selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu.

"Pas menyokong kerana tidak bersetuju dengan calon PKR, (Wan Azizah) yang mahu menggantikan tempat Abdul Khalid. Jadi ironinya, prinsip Pas jelas," katanya.

Krisis Selangor : BN jangan harap kerajaan campuran

Abdul Khalid ketika memaklumkan kedudukanya sebagai Menteri Besar Selangor semasa sidang media selepas beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, kelmarin.

MENYUSULI pemecatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan perkenan Sultan Selangor untuk dia meneruskan tugas sebagai menteri besar, ramai orang atas pagar berharap akan wujud kerajaan campuran Pas - BN di negeri itu.

Ini diimpikan dengan masuknya Khalid sebagai ahli Pas, apa yang dia sendiri kata sedang diberi pertimbangan dan akan membuat keputusan selepas membersihkan diri daripada tohmahan bekas partinya.

Penyokong Pas yang mula muak dengan kongkalikong politik Anwar Ibrahim dan perlahan-lahan sedang meneutralkan diri, pun juga menaruh harapan serupa.

Konflik MB Selangor yang tercetus daripada idea Anwar mahu isterinya menggantikan Khalid menyebabkan Anwar dan PKR hilang legitimasi untuk memperjuangkan isu-isu lain yang lebih penting. Anwar kini dilihat seorang pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...