Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Amar Abdullah memberi jaminan 15 Adun Pas Selangor masih lagi menyokong Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana diputuskan Majlis Syura.

Menurutnya, selagi parti berpaksi kepada keputusan Majlis Syura, maka secara automatiknya dari segi kewajipannya wakil rakyat Pas akan tetap bersama Abdul Khalid.

“Arahan pun sudah dikeluarkan kepada exco Pas supaya kekal dengan jawatan yang ada, DAP pun tidak dengar supaya keluar, tidak ada arahan suruh letak jawatan, maka dari segi pentadbirannya, Tan Sri Abdul Khalid masih mendapat sokongan, walaupun DAP, dari segi partinya bersama dengan PKR,”katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau diminta mengulas isu pergolakan yang melanda politik Selangor selepas buat pertama kalinya negeri itu dipegang seorang menteri besar bebas.