TERKINI :

Monday, August 11, 2014

Apabila PKR silap langkah, Khalid masih kekal sebagai MB!!!

Isu MB: Di mana silap langkah PKR?

Memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR tidak cukup untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar Selangor, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz memberitahu Malaysiakini, PKR "silap" apabila tidak membuktikan bahawa Khalid hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum memecat anggota DUN Pelabuhan Klang itu.

"PKR buat silap apabila tidak teruskan usaha menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 29 daripada 43 anggota Pakatan dalam dewan menentang Khalid," katanya.

"Pemecatan mungkin menggambarkan penarikan sokongan tetapi tidak cukup untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatannya," katanya.

SU Pas - Tugas Exco PAS diteruskan sehingga 17hb atau sehingga diberitahu tindakan terbaru

BERTENANG DAN TERUSKAN TUGAS EXCO SEHINGGA 17 OGOS 2014 ATAU SEHINGGA DIBERITAHU TINDAKAN TERBARU

PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain, tegas Hj Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau menjelaskan.

Mustafa berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PKR, DAP cabar Abdul Khalid buktikan dapat sokongan majoriti DUN

KUALA LUMPUR: Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta membuktikan sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti dinyatakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pagi Isnin.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, KEADILAN dan DAP mengambil maklum kenyataan Abdul Khalid selepas mengadap Sultan Selangor bahawa dia akan kekal menjadi MB kerana mempunyai sokongan majoriti dari kalangan ADUN Selangor.

"KEADILAN dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Abdul Khalid tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai MB Selangor. Ini bermakna Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai MB Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Undi tidak percaya terhadap Khalid tidak perlu melalui sidang DUN

Undi tidak percaya terhadap Khalid tidak perlu melalui sidang DUN - Hanipa Maidin
Undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid tidak perlu melalui sidang Dun 
 
KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.

"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid

"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.

"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI.

"Wahai orang PAS, bertawadhuklah sikit..."

oleh Zulkifli Yahaya

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/5f5b6c7c2a829828a218629959d4c3e7_XL.jpgMasih terngiang-ngiang kata-kata Almarhum Ustaz Hasan Shukri, bekas Naib Presiden PAS, sewaktu menemani beliau pergi merasmikan mesyuarat agung sebuah kawasan di Perak. “Ahli PAS ni perlu ditekankan dengan ilmu tasawwuf, persoalan sifat-sifat mazmumah dan mahmudah supaya masing-masing ada sifat tawadhuk sikit,” katanya.

Ketika itu saya baru menyertai Harakah, tahun 1988. Berlaku sedikit ‘ribut dalam cawan’ dalam Jabatan Penerangan PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nakhaie Ahmad yang menjadi Naib Yang Dipertua PAS ketika itu. Ustaz Hassan membayangkan bahawa pergolakan dalaman itu lebih diburukkan oleh tiadanya sifat mahmudah dalam diri sebahagian individu terbabit. Mungkin masing-masing hanya memacu ego, tiada rasa tawadhuk dan hilang sifat memaafkan. Dalam peristiwa ‘ribut’ itu Ustaz Nakhaie keluar dari PAS dan akhirnya menyertai Umno.

Semua orang mengenali Ustaz Hassan adalah seorang yang semahunya cuba untuk tidak terbabit dalam apa saja konflik dalaman parti. Walaupun ada yang menuduhnya cuba ‘play safe’, hakikatnya beliau adalah tokoh pendamai dalam parti.

Apa yang dicetuskan Ustaz Hassan bahawa pentingnya tarbiyah PAS menekankan perihal menanam sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam diri serta menjauhkan sifat mazmuzah (tercela), merupakan kaedah pencegahan terbaik terhadap tercetusnya konflik dalaman parti.

Saranan daftar pemilik akaun FB mustahil dilaksana


facebook

KUALA LUMPUR - Saranan agar kerajaan mendaftarkan  semua pemilik akaun laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun adalah mustahil untuk dilaksanakan.
  
Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz berkata sekiranya ia dilaksanakan, golongan tidak bertanggungjawab yang mahir mengenai teknologi akan menggunakan kaedah lain seperti mewujudkan identiti palsu melalui pemalsuan alamat IP.
  
"Hal ini akhirnya membuatkan kerajaan dipermainkan semula oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
  
Baru-baru ini terdapat saranan agar kerajaan mempertimbangkan semua pemilik akaun laman Facebook berdaftar dengan SKMM bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun.
  
Khaireel berkata saranan ini juga sekiranya dilaksanakan secara automatik menuntut kerajaan untuk menubuhkan satu jabatan pendaftaran FB khusus untuk mendaftarkan bilangan pengguna Malaysia yang dianggarkan kira-kira 15 juta.
    

Krisis makin meruncing, ada ADUN mahu sertai Abdul Khalid?

Krisis makin meruncing, ada ADUN mahu sertai Abdul Khalid? - Sumber
Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Kemas kini: Ogos 11, 2014


KUALA LUMPUR: Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

Mahkamah tentera tolak CD dijadikan bukti dalam perbicaraan Mejar Zaidi

Mejar Zaidi Ahmad, pegawai Tentera Udara diRaja Malaysia, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan berhubung isu dakwat kekal pada pilihan raya umum lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014.

Mahkamah tentera bagi mendengar perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa atas empat kesalahan melanggar arahan Majlis Tentera Diraja Malaysia berhubung kes dakwat kekal hari ini menolak permohonan pihak pendakwa menyerahkan cakera padat (CD) sebagai bukti kerana kesahihan kandungannya dipertikaikan.

CD itu mengandungi kandungan rakaman ketika sidang media Zaidi di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kepala Batas, sehari selepas pengundian awal pada 1 Mei 2013.

Peguam Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin, memberitahu CD berkenaan hanyalah bukti kedua kerana salinan pertama rakaman itu sudah dipadam sepertimana diakui oleh saksi pertama, Pengarah Jabatan Marsyal Provos TUDM, Leftenan Kolonel Mohammad Rosli Yaakob.

"Kerana itu, CD berkenaan tidak boleh diserahkan sebagai bukti," kata Hanipa memberitahu enam panel mahkamah diketuai Kolonel Saadom Hasnan.

Kedudukan Khalid, Umno S'gor bermesyuarat hari ini

http://umnoselangor.my/wp-content/uploads/2014/05/cropped-UMNO_HEADER1.jpgUmno Selangor akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkembangan terkini dalam isu kedudukan menteri besar Selangor.

Ini ekoran keputusan Sultan Selangor yang perkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

"Perkembangan itu baru berlaku hari ini. Kita belum ada apa-apa perbincangan setakat ini," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong kedudukan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar, beliau berkata: "Kita tunggu arahan dari kepimpinan parti."

Abdul Shukor memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid yang berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal menjadi menteri besar, selepas menghadap baginda hari ini.

Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan Khalid, sekadar tweet "??"

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Exco tak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersenyum ketika mengadakan sidang akhbar mengumumkan beliau akan terus kekal sebagai MB, tengah hari tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Ogos, 2014.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.

Mesyuarat Dewan Diraja tak sentuh bubar Dun, Khalid kekal MB dengan sokongan 4 Exco PAS

MENARIK ISU SELANGOR :


KUALA LUMPUR: Majlis Dewan Diraja Selangor yang bermesyuarat hari ini tidak menyentuh isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkat, ini kerana beliau tidak meminta pembubaran itu dibuat. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan baharu berlaku.

Ini kerana Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari PAS.

Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

Krisis MB Selangor : Ini adalah "POLITIK MATANG" Yang Menguji Sejauh mana "Kesepakatan" dalam PR

http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/wp-content/uploads/2013/12/pemimpin-tinggi-PR-konvesyen-01.jpg
Sejujurnya, Hanya Orang Yang "Kurang Cerdik" Sahaja Menyatakan Krisis MB Selangor Hanya Akan Kembalikan BN Berkuasa Pada PRU14 Dan Yang Paling "Kurang Cerdik" Lagi Dengan Menyatakan "GOODBYE PKR" Mahupun "GOODBYE PR"... Mereka Mengatakan Bahawa Dari Dacing Dia Datang, Dengan Dacing Jualah Dia Pergi Sedangkan Mereka Yang Menyatakan Sedemikianlah Yang Lebih Dacing Daripada Dacing Kerana Mahukan Kembali Dacing Tawan Selangor . Mereka Inilah Bukanlah "Pejuang" Dan Penyokong Sejati Pakatan Rakyat Sebenarnya....

Apa Yang Terjadi Sebenarnya Adalah "POLITIK MATANG" Yang Menguji Sejauhmana "Kesepakatan" PR Dalam Isu Pertukaran MB Selangor Ini Bagi Mencari Jalan Penyelesaian... Ramai Yang Menuding Jari Pada PKR Dan Meletakkan "Kesalahan" Kepada Parti Yang Terkenal Dengan Jolokan "REFORMASI" Itu... Persoalan Yang Menarik Untuk ADMIN Utarakan Disini Adalah; Bagaimana Sekiranya Situasi Ini Yang Berlaku Kepada PAS @ DAP?... Apapun, Masing2 Berhak Memberi Pendapat Dan Akhirnya, Parti Yang Akan Memutuskan...

PAS ucap tahniah atas kemenangan Erdogan



KUALA LUMPUR: PAS mennucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya presiden Turki yang diumumkan semalam.

Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata kemenangan Erdogan menjadikan Turki sebuah negara harapan umat untuk memimpin dunia Islam yang sedang berdepan tekanan kuasa barat ketika ini.

"Tika negara Arab berantakan dan semakin lemah dan berpecah, Turki menjadi harapan umat untuk menggembalikan peranan Kekhalifahan yang telah ranap 90 tahun yang lalu, pada tahun 1924.

"Akibatnya krisis umat berlarutan dari Palestin, Kashmir, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Afghanistan, Chechnya, Iraq, Syria, Burma.," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, harapan dunia Islam terhadap Turki sangat tinggi biarpun tahu Barat dan Zionis akan terus merancang untuk menghalangnya dengan memperalatkan tokoh ugama saperti Fethullah Gulen menghancurkan Turki dari dalam sebelum ini.

Adakah golongan profesional PAS akan tubuh parti baru..???

Spekulasi Mengejutkan Dari Golongan Profesional PAS?

Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden. Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Sampai masa Pas tinggalkan Pakatan Rakyat..!

MUHAMAD MAT YAKIM

http://1.bp.blogspot.com/_nRL8QQY4QFY/SuXH8b14cbI/AAAAAAAAAnA/RKkS9UVUcew/s320/bendera-pas-300x208.jpgKALAULAH Pas akhirnya meninggalkan PR kerana isu Menteri Besar Selangor, ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Lim Kit Siang dalam kenyataan menunggu hari mesyuarat Majlis Presiden PR yang sepatutnya berlangsung semalam, 10 Ogos menyifatkan: "Mesyuarat ini bukan semata-mata untuk menentukan Menteri Besar Selangor tetapi masa depan pakatan."

Ertinya, sesuatu yang cukup besar sudahpun dijangka oleh pemimpin PR sendiri. Memang, Pas tidak pernah setegas ini. Lazimnya dalam beberapa isu kontroversi yang pernah berlaku sebelum ini, pemimpin Pas akhirnya akan buat pusingan U selepas bertemu Anwar Ibrahim. Namun dalam isu MB Selangor, sikap yang ditunjukkan berbeza.

Sejak awal - dalam tulisan disiarkan pada 23 Julai yang ditulis beberapa jam selepas Anwar umum isterinya akan dilantik sebagai MB Selangor - saya telah menyarankan supaya Khalid Ibrahim dipelawa masuk Pas untuk kekal sebagai MB.

Jika ini jadi kenyataan, sudah pasti ia suatu langkah yang dengan sendirinya akan memisahkan Pas dengan sekutunya dalam pakatan.

Namun pada hemat saya, itulah langkah yang paling baik boleh dibuat oleh Pas dan Khalid yang diketahui mendapat restu istana dan majoriti rakyat Selangor untuk kekal di kerusinya.

Krisis MB Selangor : Sejarah lama zaman BN berulang semula di zaman PR


http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/0c/Flag_of_Selangor.svg/1280px-Flag_of_Selangor.svg.png

Dalam sejarah politik negara, sudah tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berdepan krisis yang hampir sama senarionya dengan keadaan dihadapi Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Peristiwa hampir empat dekad lalu di Kelantan dan Selangor, kini berulang apabila Khalid dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam. Sudah dua kali politik Selangor berdepan keadaan hampir sama, tetapi watak dan parti berbeza.

Pada tahun 1976, Menteri Besar ke-8 Selangor, Datuk Harun Idris dipecat daripada UMNO kerana enggan meletak jawatan dalam parti itu berikutan beberapa tuduhan rasuah. Ini disusuli undi tidak percaya terhadap Harun dengan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolaknya.

"Sudah dua kali politik Selangor berdepan keadaan hampir sama, tetapi watak dan parti berbeza"

Pada tahun 1977 di Kelantan pula, PAS mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya, Datuk Mohammed Nasir dan beliau akhirnya tumbang. Pada November tahun yang sama, darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkir PAS daripada BN. Mohammad Nasir menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) selepas dipecat daripada PAS.

Perlukan kita ikut arahan peribadi Ketua..???

Photo: Pada pandangan kami pula ketua sebelum membuat sesuatu keputusan kenalah bermesyuarat dengan semua AJK yang dilantik bukannya membuat arahan seorang diri dalam erti kata pandangan peribadi...

sesungguh arahan seorang diri dengan pandangan peribadi ia berkemungkinan akan ada cacat celanya disamping untuk mengelak fitnah jika ada pertikaian atau kecacatan diatas kapasiti kepentingan peribadi..

Selain itu ia juga tidak mahu dianggap sebagai sebuah keputusan yang diktator....dimana ketua seru, ahli kena patuh...

Seandainya ia keputusan berjamaah maka sebarang pertikaian dan kecacatan akan diletak atas bahu satu sama lain dlm satu jamaah...dalam erti kata berat sama pikul ringan sama kita jinjing... 

Dan jika ada pertikaian pun ia adalah atas kepentingan jamaah bukannya peribadi... 

Pada pandangan kami pula ketua sebelum membuat sesuatu keputusan kenalah bermesyuarat dengan semua AJK yang dilantik bukannya membuat arahan seorang diri dalam erti kata pandangan peribadi...

sesungguh arahan seorang diri dengan pandangan peribadi ia berkemungkinan akan ada cacat celanya disamping untuk mengelak fitnah jika ada pertikaian atau kecacatan diatas kapasiti kepentingan peribadi..

Selain itu ia juga tidak mahu dianggap sebagai sebuah keputusan yang diktator....dimana ketua seru, ahli kena patuh...

Seandainya ia keputusan berjamaah maka sebarang pertikaian dan kecacatan akan diletak atas bahu satu sama lain dlm satu jamaah...dalam erti kata berat sama pikul ringan sama kita jinjing...

Dan jika ada pertikaian pun ia adalah atas kepentingan jamaah bukannya peribadi...

ini pandangan beberapa sahabat...

Terima kasih dan berundurlah..!!


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/01/khalid-ibrahim.jpgSEBAGAI seorang pengundi Selangor, penulis menghargai jasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, terutama sekali semasa penggal pertamanya. Ramai berasakan kepimpinan Abdul Khalid bagai satu hembusan nafas segar; seorang menteri besar yang dikatakan tidak gemar berpolitik dan lebih selesa mentadbir.

Tetapi kini krisis politik Selangor semakin meruncing. Ia begitu parah sehingga mungkin boleh menyebabkan perpecahan gabungan politik Pakatan Rakyat. Seperti pengundi-pengundi Selangor yang lain, penulis bimbang dan resah dengan apa sedang berlaku.

Penulis tidak mempunyai dossier mahupun ‘maklumat dalaman’ yang boleh didedahkan seperti Saifuddin Nasution ataupun Rafizi Ramli. Penulis juga tidak tahu sama ada yang dikatakan sebagai ‘dosa-dosa’ Abdul Khalid itu cukup besar untuk mewajibkan Khalid berundur. Tetapi semakin lama krisis ini berpanjangan, ia semakin meyakinkan penulis bahawa Abdul Khalid wajar berundur.

Sebab pertama mengapa Abdul Khalid harus pergi adalah kerana partinya sendiri tidak menyokongnya lagi. Mungkin rakyat Selangor berasakan mereka harus diberi kuasa untuk menentukan siapa menteri besar mereka. Mungkin juga ramai pengundi Selangor yang memberi mandat kepada Pakatan Rakyat tempoh hari disebabkan Khalid dan kerajaannya.

Didik pengguna pilih barangan Malaysia


MUHAMMAD SHA’ANI ABDULLAH  
 MUHAMMAD SHA’ANI ABDULLAH

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya negara mempopularkan produk keluaran tempatan dan mendidik rakyatnya supaya memilih barangan Malaysia.

Ahli Lembaga Pengamanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, sekalipun produk dan barangan yang berkaitan Israel diboikot, pengguna masih mempunyai banyak pilihan lain sebagai alternatif antaranya produk tempatan.

“Kita sudah jadi mangsa (bergantung pada barangan keluaran Israel) lebih 40 tahun. Apa pun, kita kena lihat ke depan, masih belum terlewat untuk boikot (barangan Israel),” katanya.

Beliau berkata, pengguna tidak akan terjejas sekiranya memboikot barangan Israel kerana kepelbagaian produk lain yang ditawarkan di pasaran Malaysia.

“Kita ada banyak produk tempatan. Jadi, kita boleh mula perkenalkan dan popularkan produk daripada syarikat tempatan sehingga kita berjaya. Macam restoran, kita ada restoran mamak, Melayu dan medan selera yang setanding dengan produk luar.

Dewan Ulamak PAS nafi mengatakan mempelawa Khalid masuk PAS

LAPORAN PORTAL ONLINE MSTAR 'PAS PELAWA ABDUL KHALID KEAHLIAN PARTI' ADALAH TIDAK BENAR

Laporan berita yang berkait dengan YAB Menteri Besar Kelantan merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dibawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online mstar adalah tidak tepat sama sekali. Laporan akhbar tersebut boleh dirujuk di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/10/pas-terima-khalid/

Perenggan kedua laporan mstar yang menyatakan 'Menteri Besar Kelantan memberitahu pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari sabtu kerana masalah disiplin' dengan disebut sedutan ucapan beliau yang berbunyi " terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR" adalah tidak benar sama-sekali.

Sebaliknya YAB Pemangku Ketua DUPP hanya menyatakan " itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia" apabila ditanya tentang masa depan politik Tan Sri Khalid selepas ini. Dalam menjawab soalan kepada wartawan pada tengahari tadi di Perdana Resort ketika menghadiri majlis hari raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) beliau hanya menekankan agar masyarakat dan ahli PAS bertenang supaya dapat mewujudkan suasana terbaik dalam kemelut yang melanda Selangor dan ujarnya " DUPP sendiri kembali kepada tarikh mesyuarat PAS Pusat yang akan berlangsung pada 17 ogos 2014 nanti dan kita tunggu apa yang diputuskan nanti" ujar beliau lagi "apa yang berlaku di Selangor kini adalah satu 'exercise' bagi membina kematangan berpolitik".

Beliau yang juga anggota Majlis Syura Ulamak PAS (MSU)  menegaskan bahawa ahli PAS perlu menghormati MSU yang merupakan badan tertinggi parti dan sentiasa memantau perjalanan PAS agar seiring dengan dasar dan prinsip PAS.

Beliau juga menyatakan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaimana yang tersiar dalam berita headline TV3 pada jam 8 malam tadi. Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan MSU telah membincangkan hal ini, boleh jadi mereka yang melaporkan tersebut keliru antara Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.

Disediakan:

Mohd Asri Mat Daud
~Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Merangkap Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat

~Bertarikh 14 Syawal 1435/ 10 Ogos 2014

Pemimpin Pas, PKR gagal jaga disiplin di media

Dr Maszlee Malik

KRISIS di Selangor merupakan ujian paling getir untuk menguji sejauhmana 'politik baru' yang ingin dibawa oleh PR benar-benar mapan.

Berbeza dengan BN yang ternyata mempunyai 'taiko' iaitu Presiden Umno dan parti utama, iaitu Umno sendiri menjadikan koalisi BN lebih utuh dan tersusun walaupun mereka masih mengamalkan politik lama berdasarkan pembahagian kaum.

Di dalam PR ternyata koalisi politik baru mereka tiada individu dan parti yang paling dominan.

Walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, namun seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya dari Pas yang akan bertindak menyalahi keputusan majlis presiden.

Malah, di dalam sesetengah insiden, terdapat pemimpin bawahan parti-parti PR yang akan menggunakan media umum untuk menunjukkan bangkangan mereka terhadap kesepakatan majlis presiden.

Hal ini menyebabkan ramai pihak yang telah meletakkan harapan kepada PR pada PRU13 yang lalu dan juga untuk PRU14 yang akan datang menjadi keliru, hampa dan kecewa.

Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya Pas dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan di antara satu sama lain di dalam kes di Selangor telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN.

Satu pandangan dari sudut pengurusan konflik

DR MUJAHID YUSOF RAWA | 10 Ogos 2014.

Politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.

Oleh kerana politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party'.

Konflik sama ada 'inter' atau 'intra' bukanlah semuanya buruk tetapi dengan syarat kita dapat menjanakan konflik menjadi positif.

Ini beberapa langkah awal :

1. Berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang 'inter' dan 'intra' parti berkolusi. (Kalau masa pre konflik diperlukan sekarang amat diperlukan).

2. Pimpinan tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu sekarang tanpa lengah.

3. Semua pihak berkolusi perlu melihat objektif besar kolusi untuk membawa perubahan politik baru dan apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.

4. Setiap parti dari rakan yang berkolusi wajib mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan.

5. Jawatankuasa khas mengendalikan krisis mesti diwujudkan untuk memberi cadangan-cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.

Kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.

Buat masa ini kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...