TERKINI :

Friday, August 8, 2014

Akhirnya Israel terima empat syarat tolak tiga yang lain

Israel terima empat syarat tolak tiga yang lain

KAHERAH  -  MESIR. Sumber diplomatik memberitahu, Israel menerima empat permintaan Hamas manakala menolak tiga permintaan yang lain sebagai tuntutan gencatan senjata Gaza.
 
Al-Mayadeen TV melaporkan, Tel Aviv menolak permintaan Palestin untuk pembukaan semula Lapangan Terbang Gaza, menubuhkan pelabuhan dan menjamin kewujudan hubungan antara Tebing Barat dan wilayah kecil di bandar Gaza.

"Tel Aviv pula menerima usul mengakhiri serangan ke atas Gaza, membuka semula sekatan, memberikan hak menangkap ikan sehingga 12 batu nautika di luar pantai Gaza dan membebaskan tahanan Palestin," menurut laporan itu.

Mesyuarat yang beberapa kali gagal sebelum ini, akhirnya dapat dilakukan selepas kedua-dua kumpulan itu duduk semeja di rundingan khas anjuran Mesir.

Hadir pada rundingan itu ialah wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin; Azzam Al-Ahmed, Ezzat Al-Rashq, Mohamed Nasr , wakil Hamas; Abou Mousa Marzouk,Kumpulan Jihad Islam; Ziyad Nakhala,Barisan Demokratik; Quis Abdel-Kareem, Parti Barisan Popular Maher Al-Taher dan wakil dari Pati Rakyat; Bassam Al-Salehi serta Ketua perisikan Palestin; Maged Farag.

Memetik laporan AL Arabiya, Israel pula menghantar satu delegasi dengan kebanyakan adalah wakil jeneral tentera.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...