Nasrudin Hassan

1. MEMBACA tuduhan dan alasan ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan.

Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a)  Kidex yang panjangnya 14.9km bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.

b) Konsesi Kidex akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.