TERKINI :

Tuesday, August 5, 2014

Boikot dengan ilmu, bukan emosi

5 Ogos 2014


http://masjidkualaketil.blogspot.com/2014/08/rayuan-derma-masjid-baharu.htmlKUALA LUMPUR - Dalam mengecam keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza, rakyat Malaysia tidak terkecuali memainkan peranan melalui tindakan memboikot produk-produk dan jenama yang dikaitkan dengan Israel.

Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat beberapa tindakan yang dilihat keterlaluan oleh segelintir pihak yang memboikot termasuklah merendah-rendahkan golongan yang tidak menyertai usaha mereka, serta ada juga perlakuan buruk seperti memarahi dan meludah pekerja restoran yang diboikot itu.

Timbul persoalan di manakah kewajaran perbuatan buruk seumpama itu sedangkan tujuan asalnya adalah untuk bersama-sama membentuk solidariti bagi membantu umat Islam di Gaza yang ditindas rejim Zionis.

"Perbuatan itu semua bertentangan dengan ajaran Islam. Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW juga berlaku urusan muamalat antara Nabi dan golongan Yahudi meskipun baginda mengetahui niat golongan itu mahu membunuh baginda," kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Ahmad Fazrin Yahaya ketika dihubungi Bernama.

Maxis cekik darah, Buat untung atas angin..!!


 

iklan sat...
http://gorgon0.readthisstory.net/my-8086582

Isu Rizalman : Baru tengah buat persiapan, lambat lagilah nampaknya nak pie New Zealand

Malaysia buat persiapan hantar balik Rizalman ke New Zealand

PUTRAJAYA: Malaysia sedang membuat persediaan untuk menghantar balik bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand untuk menghadapi pertuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Kenyataan Wisma Putra hari ini menyebut Malaysia dan New Zealand berbincang tentang prosedur perundangan yang diperlukan untuk membolehkan Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail berdepan pertuduhan itu dan ini akan dilakukan sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta dalam negeri.

"Malaysia dan New Zealand komited dalam memastikan bahawa persediaan untuk memindahkan Muhammad Rizalman kepada pihak berkuasa New Zealand dikendalikan dengan cara yang bijaksana, sejajar dengan proses perundangan serta menghormati hak asasi beliau," menurut kenyataan itu.

Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei tahun ini dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.

Surat Terbuka Untuk Presiden & AJK PAS Pusat

http://1.bp.blogspot.com/_nRL8QQY4QFY/SuXH8b14cbI/AAAAAAAAAnA/RKkS9UVUcew/s320/bendera-pas-300x208.jpg

Yang dikasihi dan dihormati
Presiden serta seluruh AJK PAS Pusat

Tuan/puan membawa perjuangan Islam dan sentiasa menyeru kepada TAQWA, menentang penyelewengan dan sentiasa berjanji akan AMANAH terhadap rakyat.

Apakah Tuan/Puan mahu dikenang sejarah sebagai sebalik dari seruan anda?

Seperti tidak cermat dalam membuat keputusan dan menyokong salahguna kuasa oleh MB dari PAS/PR ketika mereka memerintah?

Sejarah Kedah:-

Anda mempertahan MB yang dikatakan angkuh dan tidak mampu mentadbir oleh beberapa Exco dan ADUNnya sendiri, anda membantah, tetapi akhirnya pecah amanah dan berbagai salah laku didedahkan sendiri oleh bekas Setpolnya sendiri.

Gesa K'jaan BATAL konsert MARIAH CAREY bulan Oct nanti

Gamis gesa k'jaan batal konsert Mariah Carey

http://www.budiey.com/wp-content/uploads/2014/02/mariah-carey.jpg
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan supaya membatalkan konsert Mariah Carey sebagai tanda berkabung ekoran nahas pesawat MH17.

Katanya, kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengumumkan hari berkabung untuk mangsa nahas MH17.

"Gamis amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan," kata Presiden Gamis, Abdul Malik Ab Razak dalam satu kenyataan.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya penyanyi tersebut yang berjudul 'Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse'.

Malaysia, katanya, telah menjadi pilihan lokasi pertama Mariah di rantau Asia Tenggera selepas mengadakan persembahan di China.

Kesian Pemuda UMNO Baru Sedar Peguam Negara Selalu Dok Lena Dan Buat Pendakwaan Terpilih

Dalam post aku beberapa hari lalu aku dengan jelas dah nyatakan sistem keadilan negara kita sememangnya memilih bulu. Hari ini kenyataan aku ini disokong oleh pemuda UMNO.

Tapi kesian aku tengok pemuda UMNO dan macai BN nih, orang yang duduk PR dah lama tahu dah sistem pendakwaan negara memang pilih kasih, inilah yang orang kata bila dah kena batang hidung baru nak terasa.

Bukan takat peguam negara bro, agensi penguatkuasa semua pun sama dok tidur lena. Benda yang sepatutnya kena dakwa tetapi dibiarkan begitu sahaja, tengok sajalah kes-kes di atas lihatlah sendiri betapa adilnya sistem pendakwaan terpilih negara kita. Semuanya hasil pentadbiran UMNO BN. Bab kalau melibatkan pemimpin PR atau penyokong PR laju ja korang nak ambil tindakan.

Azmin tegur Saifuddin Nasution pulak..!!

Saifuddin tolong lebih bertanggungjawab buat kenyataan - Azmin

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail didesak lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan.

Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menerusi laman mikro twitternya petang tadi berhubung kenyataan yang dibuat Saifuddin dalam sidang media hari ini.

"@saifnasution tolong lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Wajar rujuk saya terlebih dahulu." tulis Azmin.


Namun Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Bukit Antarabangsa) itu tidak menyatakan kenyataan Saifuddin yang mana dirujuk beliau.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Timbalan Presiden PKR itu gagal.

Bila Malaysia akan serah Rizalman kepada New Zealand


Akhbar New Zealand Herald pada Ahad mempersoalkan bila kerajaan Malaysia akan menyerahkan Muhammad Rizalman Ismail kepada negara itu untuk diadili selepas menghadapi dakwaan cubaan merogol seorang warganya.

Melalui ruangan pendapat editor, akhbar itu berkata, New Zaland menuntut penjelasan mengapa proses menghantar kembali pegawai waran II itu masih tiada sebarang perkembangan.

"Awal bulan lalu, Malaysia memberikan komitmen untuk mengembalikan Rizalman ke New Zealand dan berkata keadilan perlu ditegakkan.

"Namun, diplomat itu kemudiannya dimasukkan ke hospital tentera bagi menerima rawatan psikiatris dan dibebaskan lebih seminggu lalu. Namun dalam masa terdekat tiada tanda dia akan kembali ke New Zealand," kata akhbar berkenaan.

Kes itu menjadi topik utama media Malaysia dan New Zealand apabila Rizalman pulang ke Malaysia atas imuniti diplomatik walaupun dia ditahan pada 9 Mei atas cubaan merompak dan merogol.

Isu Pasar Malam Pantai Johor : Kerajaan Mukhriz mengaku itu arahan mereka

Pindah pasar malam sebab faktor keselamatan

Badrol Hisham Hashim  
Badrol Hisham Hashim

ALOR SETAR - Kerajaan negeri terpaksa menghentikan operasi pasar malam di Pantai Johor, di sini, atas faktor keselamatan.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata, pasar malam berkenaan ditutup dan dipindahkan ke Jalan Suka Menanti, mulai minggu hadapan.

“Saya memohon maaf di atas kesulitan yang dialami. Kita terpaksa menghentikan operasi pasar malam berkenaan kerana ia terlalu hampir dengan simpang tiga Jalan Gunung dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta pengunjung yang lain.

“Pada masa sama, peniaga-peniaga dan pengunjung juga dilihat meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan sehingga mengakibatkan laluan menjadi sempit dan berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Siasat jangan tak siasat wahai SPRM.. Semua rakyat nak tahu kesudahan pendedahan bekas Setpol MB

Siasat pendedahan bekas Setpol MB

ALOR SETAR - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pendedahan bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Adun PKR Kedah.

Presidennya, Khairul Anuar Ramli berkata, pendedahan tersebut dilihat mempunyai beberapa perkara melibatkan salah guna kuasa Adun PKR semasa pemerintahan PR pada tahun 2008 hingga 2013 yang lalu.

"Kami mengambil keputusan untuk membuat laporan ini dengan memperincikan tiga perkara asas iaitu berkenaan tuntutan elaun, pembalakan dan kelulusan tender balak.

"Kenyataan itu merujuk bahawa tuntutan perjalanan seorang exco dari PKR adalah jauh melebihi gaji dan elaunnya. Elaun hanya sekitar RM17,000, tetapi tuntutan perjalanan mencecah RM23,000," katanya kepada media di pekarangan Pejabat SPRM Kedah, semalam.

Menurutnya, siasatan berhubung perkara itu penting kerana ia mungkin melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pentadbiran tersebut.

"Kita juga akan memperincikan mengenai kelulusan sebuah syarikat kuari pasir yang diberi bertujuan untuk menampung perbelanjaan Adun PKR bagi menutup kes kebankrapan beliau.

"Selain itu, kita juga mendesak supaya siasatan terperinci dibuat terhadap kelulusan tender balak yang diberikan kepada Adun PKR apabila ia diluluskan pada harga yang sama dengan pihak lain iaitu RM16,000 sehektar," katanya.

Beliau berkata, beberapa bukti dan dokumen tambahan juga akan diberikan kepada pihak SPRM bagi memudahkan urusan penyiasatan.

"Kita mahu SPRM melakukan penyiasatan terperinci tentang pendedahan ini kerana ia melibatkan pecah amanah dan salah guna wang rakyat.

"Sekiranya terbukti benar, pihak terbabit perlulah diheret ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang yang telah sedia ada," katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya menjelaskan bahawa situasi kerusi menteri besar yang berlaku di Selangor adalah tidak sama seperti di Kedah.

Beliau berkata, PKR tidak wajar membuat perbandingan sebegitu rupa kerana mereka tidak berada dalam kondisi yang wajar berbicara mengenai jawatan tersebut atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentlemen, mulia atau baik hati.

Berikutan itu, Muhammad Sanusi turut mendedahkan bahawa sepanjang sejarah PR menjadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan seorang exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya.

Beberapa perkara lain turut diperincikan oleh beliau dalam kenyataan penuh yang turut disiarkan Sinar Harian, baru-baru ini. SH





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...