TERKINI :

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri / Maaf Zahir Batin

Cuti Seminggu Harap Maklum.....

16 jam ke Kota Bharu, 11 jam Alor Setar


Kesesakan jalan raya teruk dilaporkan berlaku untuk perjalanan ke utara dan Kelantan menjelang hari raya Aidilfitri esok atau lusa.

Perjalanan ke Kota Bharu dilaporkan mengambil masa sehingga 16 jam manakala ke Alor Setar pula 11 jam semalam, lapor Berita Harian.

Kesesakan teruk itu juga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R), bersahur di stesen minyak dam beratur satu jam untuk mengisi petrol, lapor harian itu lagi.

“Kami sekeluarga terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam untuk ke Kota Bharu, Kelantan dan menggunakan inisiatif lain melalui jalan kampung.

“Saya ingatkan dengan melalui jalan kampung keadaan jalan semakin lancar, tetapi sama juga seperti melalui lebuh raya,” seorang pengguna Khairizan Sabtu, 48, dipetik sebagai berkata.

Tinjauan BH di tol Sungai Besi ke arah Selatan dan Pantai Timur bagaimanapun mendapati kenderaan lancar.

Jurucakap trafik Bukit Aman dilaporkan berkata, pihaknya membuka satu lorong tambahan di lebuh raya arah selatan untuk perlawanan ke arah utara.

Rakyat Sabah kecam Projek IC, warga asing dapat manfaat

Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014. 
Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014.
Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014.Warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu pada 2013 berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-sabah-kecam-projek-ic-warga-asing-dapat-manfaat1#sthash.eYK4modH.dpuf

Di Kampung Likas, 10 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Zaidi Atoh dan penduduk kampung lain berkata mereka berasa seperti "pendatang di tanah sendiri".

Penduduk komuniti Islam itu berkata mereka bimbangkan keselamatan anak-anak apabila warga asing kembali ke kampung mereka menjadikan kawasan itu sebagai hab pengedaran dan penyeludupan dadah.

Di kawasan membeli-belah Kampung Air yang terletak di tengah bandar raya Kota Kinabalu, pemandu teksi tempatan bercerita bagaimana pendapatan mereka terjejas apabila muncul pemandu warga Filipina dan Indonesia di kawasan itu.

Keningau, dua jam jarak perjalanan, warga tempatan dan pendatang asing bersaing untuk mendapatkan tapak berniaga masing-masing.

Aktivis tempatan berkata kejadian ini adalah akibat Projek IC – aktiviti kad pengenalan diberikan secara tidak sah kepada warga asing – menjadikan Sabah bertambah padat.

Malah, warga Sabah percaya pencerobohan militan di Lahad Datu tahun lalu berlaku kerana ramai di kalangan militan itu memiliki MyKad.

Projek yang dimulakan sebagai taktik pilihan raya kini mengubah demografi Sabah ke tahap 38% warganya terdiri daripada warga asing.

Inilah bahananya kegopohan KHALID buat MOU Air dengan Kerajaan PUSAT

Kebelakangan ini, ada beberapa tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kononnya kami terlibat cuba campur tangan dalam rundingan air untuk mendapat bayaran komisen dari pemegang konsesi SPLASH. Tuduhan-tuduhan liar ini ada menyebut jumlah yang besar kononnya melibatkan berpuluh-puluh juta.

Saya tidak menjawab sebarang tuduhan sebegini sebelum ini sebagai menghormati mandat Pakatan Rakyat yang diberikan kepada saya yang menjadi salah seorang Panel Penstrukturan Air yang mewakili PR dan menyelia Kerajaan Selangor dalam hal ini. Saya masih berharap sebelum ini supaya sebarang perbezaan pendapat mengenai kaedah proses penstrukturan air sewajarnya dibincangkan bersama bukan melalui media.

Walau bagaimana pun, oleh kerana tuduhan liar itu melampaui batas dan menjejaskan imej saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN, saya telah berbincang dengan beberapa pimpinan kanan KEADILAN dan PR sama ada tuduhan-tuduhan ini wajar dijawab secara umum. Saya dinasihati supaya memberi penerangan untuk membolehkan orang ramai tahu keadaan sebenar.

Bersama-sama ini saya sertakan nota penerangan mengenai penstrukturan industri air Selangor yang saya tulis dan bentangkan kepada pimpinan KEADILAN (dan beberapa pimpinan DAP dan PAS) pada akhir Februari 2014 iaitu seminggu selepas Kerajaan Negeri menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan Pusat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...