TERKINI :

Tuesday, July 22, 2014

Azizah MB Selangor, jangan tersangkut?

Mohd Sayuti Omar,

SELEPAS SUBUH                                                                             

Malam tadi PKR telah memutus dan memuktamadkan Presiden PKR Dr Wan Azizan Wan Ismail dinamakan sebagai bakal MB Selangor untuk menggantikan Abdul Khalid Ibrahim. Keputusan itu diumumkan Penasihat Umum PkR Anwar Ibrahim setelah pimpinan PKR mengadakan mesyuarat.
Apakah Azizah akan catat sejarah?
Dengan pengumuman itu bererti siapa bakal mengganti Khalid sudah selesai. Sebelum ini nama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga disebut-sebut sebagai pengganti Khalid. Ketetapan PKR itu suatu yang bijaksana dan perlu dihormati. Semua pihak dalam PKR hendaklah akur dengan keputusan itu.

Penamaan Wan Azizah itu dilihat sebagai untuk meredakan keadaan dan bagi merapatkan saf kepimpinan dalam PKR yang sebelum ini agak kalut sedikit gara-gara Khalid enggan mematuhi kehendak parti. Diharap selepas ini PKR akan dapat suntikan semangat baru dan keyakinan hidup yang lebih bertenaga.

Sewajarnya kalau semua pihak mengambil sikap "tasamuh" dan menerima keputusan parti kerana parti itu tidak ada masa untuk bergaduh panjang memandangkan kepentingan rakyat dan negeri Selangor lebih penting daripada kepentingan peribadi mana-mana pihak. Walaupun Selangor negeri terkaya dan ditadbir baik oleh Khalid tetapi masih banyak perkara yang belum lendek dan disapu ke bawah karpet.

Dakwaan Kiki dimaki "Pukimak Melayu Sohai" adalah cerita bohong macai rupanya..


Bila terbaca apa yang Blogger-blogger dan Facebooker macai sebarkan sehari dua yang lalu tentang kisah sebenar kononnya tentang insiden Kiki mengamuk dengan 'steering lock' itu, aku lebih banyak tak percaya dari percaya..

Sebab utamanya ialah yang menyebarnya adalah macai.. jadi faham-fahamlah dan sebab keduanya ialah kenapa ianya tidak disebarkan ketika video insiden itu sedang menuju ke arah 'viral'?

Ini kisah sebenar versi macai..
Tahukah kita kejadian yang berlaku sebelum video itu dirakam atau telah dipadam oleh seorang lelaki cina. Menurut maklumat daripada seorang yang rapat dengan pihak Polis yang menyiasat Kiki Kamaruddin seperti berikut:  
Salam bro, just nak info satu fakta. Adik aku polis kat kuantan so dia byk dpt info pasal kes kiki.  
Berikut adalah cerita dari kiki... Disini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan kiki mengamuk ( tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, beliau terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan uncle sim yang masih berada di dalam kereta.  

Kiki didenda RM5,000, 240 jam kerja khidmat sosial

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/kiki_kuantan_road_rage_bully_tmipic_170714.jpg
KUANTAN 22 Julai - Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30, atau Kiki yang bertindak ganas mengetuk sebuah kereta yang bergesel dengan kenderaannya Isnin lalu, diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk menjalani kerja-kerja khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan dan denda RM5,000.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan demikian selepas tertuduh mengaku salah dan insaf atas kesalahan yang dilakukannya pada 14 Julai lalu.

#Gaza : Kerajaan Malaysia didesak guna saluran diplomatik dengan Mesir


SEORANG kakitangan perubatan Palestin berjalan melintasi sebuah ambulans yang turut musnah dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak zionis Israel di kawasan kejiranan Shijaiyah, Bandar Gaza, kelmarin. - AGENSI

KAHERAH, Mesir 21 Julai - Kerajaan Malaysia didesak menggunakan saluran diplomatik dengan Mesir agar negara itu membuka sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada rakyat Palestin di Gaza yang sedang berdepan serangan tanpa henti oleh rejim Zionis Israel.

Ketua Misi Perubatan Aman Palestin, Dr. Mohamad Nor Sundari berkata, sempadan Rafah perlu dibuka segera bagi membolehkan penduduk Gaza yang cedera dibawa keluar untuk menerima rawatan.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya menerima laporan semua hospital terutama Hospital As-Syifa sudah tidak lagi mampu menampung mereka yang cedera akibat serangan rejim Zionis.

"Kita perlukan desakan diplomatik agar membolehkan sempadan Rafah dibuka bagi membolehkan mereka yang cedera dikeluarkan dan dirawat. Sampai bila kita mahu tunggu? Adakah sehingga semua rakyat Gaza syahid?" tegasnya di sini hari ini.

Tahniah Pas Kerana Akhirnya Tidak Masuk Perangkap UMNO

https://media.zenfs.com/en_MY/News/Malay_Mail/DSC_4839_WanAzizah_3_1203.jpg
Pas akhirnya dilaporkan bersetuju dengan hasrat untuk menukar Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang telah direncanakan oleh PKR sejak beberapa bulan lalu. Walaupun parti itu belum memutuskan persetujuannya tentang calon pengganti itu, sama ada Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Azmin Ali tetapi dengan bersetuju mengenai pertukaran itu sudah dianggap perkembangan paling positif ketika ini.

Dengan bersetujunya Pas untuk menukar Khalid serta calon penggantinya juga kekal daripada PKR, tentulah tidak banyak masalah juga untuk Pas turut akur dengan calon yang bakal dicadangkan oleh Anwar Ibrahim nanti.

Maka, seharusnya ucapan tahniah diberikan kepada Pas, meskipun persetujuan ini hanya dicapai setelah beberapa siri rundingan dilakukan dengan pimpinan parti itu. Sekurang-kurangnya dengan bersetujunya Pas menukar Khalid Ibrahim yang dijangka akan dilakukan selepas Aidilfitri in, parti itu tidak membiarkan dirinya hanyut dalam perangkap dan racun yang ditaburkan oleh UMNO.

Laporan berita terkini berkenaan anggota Polis Marin yang di culik di Sabah

PENCEROBOHAN PERAIRAN SABAH: Polis runding bebas Zakiah

http://www.suaragenerasibaru.com/wp-content/uploads/2014/02/paskal-esszone.jpg
Kota Kinabalu: Polis sudah memulakan rundingan bagi membebaskan Konstabel Zakiah Aleip yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata api di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata rundingan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina itu diharap dapat membolehkan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) itu dibebaskan dalam masa terdekat.

Katanya, rundingan diatur selepas polis dan isteri Zakiah menerima beberapa panggilan yang mengesahkan mangsa kini dalam tawanan pihak terbabit di selatan Filipina.

“Kita tahu ada panggilan kepada isteri Zakiah dan ada juga panggilan kepada pegawai polis. Zakiah disahkan selamat dan perundingan sedang dibuat untuk membebaskannya.

Usaha bebas sebelum raya

“Bagaimanapun, saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut proses perundingan yang dijalankan. Apa yang boleh saya kata ialah kita berusaha untuk membebaskan Zakiah seboleh-bolehnya sebelum Aidilfitri,” katanya ditemui selepas melancarkan Ops Selamat 5 Peringkat Sabah, di sini semalam.

Nahas MH17: Hikmah dalam musibah

KARIM RASLAN

NAHAS tragedi MH17 merupakan satu tindakan pembunuhan yang kejam.

Tindakan menembak jatuh pesawat MH17 bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan dan tiada sebarang justifikasi yang dapat menghalalkan pembunuhan 298 orang awam yang tidak berdosa di dalam pesawat itu.

Siasatan terperinci dan telus oleh badan penyiasatan antarabangsa harus dilaksanakan segera dan pihak bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan antarabangsa.

Bagi rakyat Malaysia, nahas MH17 mengimbau kembali mimpi buruk menghantui negara setelah tragedi kehilangan MH370 yang masih belum ada kesudahannya. 

Mengapa Malaysia? Secara relatifnya, kita hanyalah sebuah negara yang kecil di persada dunia.

Selain zaman “Malaysia Boleh” yang dipelopori Dr Mahathir, Malaysia lebih berprofil rendah di peringkat antarabangsa dan lebih mementingkan jalinan hubungan baik dengan negara-negara lain.

Kita bangga dengan negara kita. Malaysia tidak pernah menyerang ataupun memprovokasi negara lain.

Namun, tragedi terbaharu ini membuktikan kita tidak dapat lari dari dunia luar dan terjebak dengan konflik antarabangsa.

Mufti Kedah - Boleh buat solat jenazah ghaib jika perlu

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama 
 Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan pada Majlis Pelancaran Projek Usahasama dan Seminar Membanteras Penularan Syiah di negeri ini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama 
 
ALOR SETAR - Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, solat jenazah ghaib boleh dilakukan untuk penumpang dan anak kapal MH17 beragama Islam jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.
  
Beliau berkata, tidak menjadi kesalahan untuk melakukannya kerana sekiranya mayat boleh dibawa pulang pada bila-bila masa selepas ini, ia masih boleh diuruskan seperti biasa.
   

MH17: Puak pemisah serah dua kotak hitam kepada Malaysia

MH17: Puak pemisah serah dua kotak hitam kepada Malaysia
Seorang wartawan merakam gambar kedua-dua kotak hitam ketika 
diserahkan kepada Malaysia. -EPA/ROBERT GHEMENT

DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

MH17: Kereta api bawa mayat mangsa tragedi dalam perjalanan ke Kharkiv

KUALA LUMPUR: Kereta api yang membawa mayat mereka yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.

Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko.
"Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.

Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.

PEMISAH Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia sebentar tadi.

  


Pusat Darah Negera perlukan darah tambahan, ayuh kita menderma darah kita..!!

Denggi: Pusat Darah Negara perlu bekalan tambahan

nyamuk

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan bekalan darah tambahan keranan bekalan sedia ada berkurangan ekoran peningkatan kes demam denggi di negara ini.

Pakar Perubatan Bahagian Perolehan PDN Dr Noorasrina Ishak berkata platelet yang diperoleh daripada darah bagi keperluan pesakit demam denggi hanya mampu bertahan sehigga lima hari sekaligus memaksa PDN mencari lebih banyak bekalan darah itu bagi menampung keperluan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Platelet adalah sel darah yang mengalir dalam saluran darah dan berfungsi menghentikan pendarahan jika ia berlaku. Dalam kes demam denggi ia menyebabkan bilangan platelet pesakit menurun dan mungkin menyebabkannya mengalami pendarahan dan risiko kematian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Justeru, penambahan platelet dapat meningkatkan semula sel darah itu dan membantu pesakit kembali sembuh.

Ahad tarikh melihat anak bulan Syawal


Sekadar gambar hiasan.  
Sekadar gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Syukur Alhamdulillah.. Puak pemisah pro-Rusia setuju permintaan kerajaan Malaysia - PM


PUTRAJAYA: Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.

"Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.

"Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.

277 mayat dijumpai, 251 dipindah ke dalam gerabak sejukbeku, kata PM Ukraine

Sejumlah 277 mayat mangsa pesawat MH17 dijumpai, kata Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 251 mayat dipindahkan ke dalam empat gerabak sejukbeku dan bersedia untuk berlepas ke Amsterdam tetapi kumpulan bersenjata Rusia tidak membenarkan mereka meninggalkan Torez.

"Keutamaan kami adalah mengumpul dan membawa semua mayat dan mengutip semua kemungkinan bukti berkaitan pesawat yang terhempas," kata beliau pada sidang media di Kiev, Ukraine, seperti dilaporkan laman web pusat media Ukraine Crisis.

Yatsenyuk berkata Ukraine bersedia membenarkan rakannya dari Barat mengetuai penyiasatan selain bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak Belanda untuk menjalankan siasatan terhadap jenayah antarabangsa ini.

"Kami akan membawa ke muka pengadilan setiap mereka yang bertanggungjawab terhadap MH17 termasuk negara yang menyokongnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...