TERKINI :

Monday, July 21, 2014

Duta Rusia beri jaminan negaranya akan membantu sedaya upaya dalam isu #MH17

Rusia akan bantu Malaysia berhubung kes MH17, kata duta

Rusia akan bekerjasama dengan apa cara yang mungkin untuk membantu kerajaan Malaysia menangani kes pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine.

Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva berkata negaranya menghargai hasrat kerajaan Malaysia untuk mengetahui bagaimana tragedi dahsyat itu berlaku dan tidak semata-mata menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Di Rusia, kami berasa amat simpati dengan Malaysia, keluarga mangsa dan mereka yang kehilangan saudara-mara dan orang tersayang.

“Kami juga amat menghargai pendirian kerajaan Malaysia yang tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menuding jari dan cuba untuk mencari fakta.

"Oleh itu, Rusia akan memberi kerjasama kepada kerajaan Malaysia dan kami akan melakukan semua yang yang termampu untuk membantu kerajaan dalam keadaan yang sukar ini," katanya.

Pemuda PAS Kedah kait nahas MH17 dengan unsur kemurkaan Allah

 
Pemuda PAS Kedah mengaitkan tragedi MH17 dengan “unsur kemurkaan Allah” ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat.

“Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam,” kata ketua penerangannya Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Tarmizi berkata, hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

Beliau juga berkata, menaiki pesawat MAS tidak menggambarkan ia dikendalikan oleh negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran, malah sentiasa menjadi johan taranum.

#MH17 : Penyiasat Belanda sudah periksa 200 mayat dalam gerabak sejuk beku dan akui baik disimpan disitu.


TOREZ, Ukraine: Penyiasat Belanda hari ini memeriksa mayat yang diambil dari lokasi pesawat MH17 terhempas dan ditempatkan dalam gerabak sejuk beku yang dikuasai puak pemberontak Ukraine.

Setiap daripada lebih 200 mayat itu diperiksa oleh dua lelaki yang memakai penutup hidung dan mulut dengan menggunakan lampu suluh.

“Saya rasa penyimpanan mayat ini adalah baik," kata Peter Van Vliet, pakar forensik yang mengetuai pasukan Belanda itu selepas selesai memeriksa mayat mangsa.

Pakar berkenaan, bercakap sambil diperhatikan 50 pemberontak bersenjata, berkata pasukan beliau akan ke lokasi utama pesawat itu terhempas, kira-kira 15 kilometer dari situ.

Nak masuk...“mana surat”?

RAKAN-RAKAN daripada Pakatan Rakyat di seluruh negara memaklumkan kepada saya bahawa mereka ditanya secara bergurau ‎ketika melawat bazar Ramadan di kawasan masing-masing, "Mana surat?" Tanpa kami sedari, lawatan ‎saya ke bazar Ramadan Kluang telah menjadi medan pertembungan antara politik lama dengan politik baru.

Insiden "mana surat" di bazar Ramadan Kluang menunjukkan bahawa sebahagian besar orang dalam Umno masih terkongkong dalam kerangka minda lama, iaitu "Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno" - tanpa mengambil kira hakikat bahawa Umno hanyalah salah satu parti politik seperti semua parti politik lain.

Dalam kerangka politik lama, ‎atas nama mempertahankan Melayu, "rent-seeking" (habuan tanpa perlu kerja) bukan sahaja berlaku di peringkat projek kroni secara besar-besaran, tetapi sewaan gerai bulan Ramadan juga sebahagian "rent" atau habuan yang enggan dilepaskan.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita mengalu-alukan pemimpin Umno seperti Ketua Pemuda Umno Kluang, Dato' Khairul Anwar Rahmat yang bersedia berusaha menuju ke arah "politik baru".

Saya terpilih sebagai ahli Parlimen sejak tahun 2008, sudah tentu ini bukan kali pertama saya terlibat dalam upacara dan program ‎Ramadan. Tetapi apa yang berlaku pada tahun ini sememangnya paling "menarik" untuk saya. Bersama dengan Tan Hong Pin (Adun Mengkibol) dan Sheikh Omar Sheikh Ali, anak Kluang yang dahulunya bertugas sebagai pembantu di Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat dan sekarangnya membantu saya di Pusat Komuniti Kluang, kami mengadakan lawatan ke bazar Ramadan pertama pada Isnin, 30 Jun di bandar Kluang.

[PANAS] Kenapa Mukhriz hendak dibunuh?

ZULKIFLI YAHAYA |

BERITA panas dari Kedah minggu ini ialah apabila seorang pejuang maya pro BN, ditangkap polis kerana didakwa membuat ugutan untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan juga kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdulah.

Blogger berusia 37 tahun itu sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'. Pihak polis berjaya mendapat perintah tahanan reman untuk beliau. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan dibuat adalah susulan daripada lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Padi Jantn bukanlah nama asing lagi dalam dunia maya politik. Laman tersebut (Facebook dan blog) sangat aktif menghentam dan memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Laman itu seringkali menyiarkan foto-foto menghina pemimpin kerajaan Pakatan yang diedit, khususnya Almarhum Ustaz Azizan Razak. Padi Jantn dikatakan ‘keyboard warrior’ BN yang berbayar.

Cuma akhir-akhir ini Padi Jantn membuat kejutan apabila tiba-tiba serangannya berubah haluan; kali ini mengkritik kerajaan negeri Kedah pimpinan Mukhriz Mahathir secara terbuka. Isunya adalah isu lama, iaitu Madrasah Salihiah. Kalau dahulu Padi Jantn mengkritik Ustaz Azizan tetapi kali ini ini serangan dihalakan kepada Mukhriz, sebab yang memimpin kerajaan sekarang ialah Mukhriz. Lebih-lebih lagi sewaktu jadi pembangkang dahulu, Mukhrizlah yang paling lantang memperjuangkan agar surau tersebut dikekalkan di situ. Beliau pernah berkampung di situ bersama Perkasa demi mempertahankan tanah wakaf tersebut. Apabila dapat jawatan Menteri Besar, perjuangan tanah wakaf pun nampaknya berakhir.

Gaza: Kenapa kerajaan masih jadi rakan dagang Israel?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa Kerajaan Barisan Nasional masih lagi menjadi rakan dagang utama Israel, sebagai rakan dagang ke-15 terbesar pada tahun 2010.

Demikan ditegaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput), Wong Chen (Kelana Jaya) dan Charles Santiago (Klang) dalam kenyataan bersama.

Justeru, mereka menggesa Najib mencontohi Chile dengan memutuskan kesemua hubungan perdagangan dengan Israel di samping menjelaskan bagaimana.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Michael Froman dijangka akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Sebagai Ahli Kokus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik, kami telah diminta untuk berbincang dengan Froman untuk membincangkan perjanjian tersebut dan perkara-perkara berkait.

Pada masa yang sama, kami berasa amat kecewa dengan keganasan yang berlaku kepada rakyat Palestin di Gaza oleh rejim Zionis Israel pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Bencana MH17: Mari muhasabah diri pemimpinku

HAMBALI AKRAM |

BELUMPUN kesedihan rakyat Malaysia kehilangan pesawat MH370, kini rakyat Malaysia diuji lagi sekali dengan bencana yang menimpa pesawat MH17.

Bencana yang menimpa ini merupakan sebahagian daripada rentetan lain termasuk pencerobohan Pantai Timur Sabah yang masih belum menunjukkan tanda-tanda berakhir. Bermula daripada kemasukan segerombolan pihak bersenjata dan berterusan dengan siri penculikan.

Kita kehilangan beberapa orang anggota keselamatan – isteri menjadi balu, anak menjadi yatim, ibu kehilangan anak dan sebagainya – semua insiden ini memberikan kesedihan bukan sahaja kepada keluarga yang terbabit, malah rakyat Malaysia secara amnya.

Jauh sebelum itu, negara kita juga dilanda musibah yang sehingga kini masih tiada jawapan – kematian misteri yang membabitkan Altantuya, Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani Mohamed, Norita Samsuddin dan mungkin banyak lagi. Kesemuanya memberi kesan yang mendalam terhadap keluarga terbabit.

Minyak Sawit Mentah Malaysia untuk Palestin atau Israel..?



Banyak pihak yang melenting apabila SAMM secara konsisten mendedahkan bahawa ekonomi Israel telah dibantu dan diperkasa oleh sebuah negara islam munafik bernama Malaysia. Namun sehingga hari ini belum ada dakwaan terhadap SAMM di atas pendedahan yang dibuat.

Jika SAMM membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan bukti, kerajaan Malaysia harus mengambil tindakan undang-undang demi membersihkan nama negara.

Paling menonjol di antara pelbagai pendedahan ialah berkaitan dengan penghantaran minyak sawit mentah ke Israel. Ini kerana kita adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia, pengeluar nombor dua ialah Indonesia yang juga sebahagian besarnya dimonopoli oleh syarikat dari Malaysia. Apatah lagi bila memikirkan rangkaian Felda adalah pengeluar utama, konglomerat milik melayu.

Apakah ini bermaksud Felda secara langsung telah menjana ekonomi Israel dengan penghantaran minyak sawit mentah? Tidak! Felda hanya mengeluarkan sawit sahaja, manakala yang berurusniaga hingga ke Ashdod itu adalah syarikat lain namun ia dibenarkan berlaku tanpa sekatan. Itulah sebabnya jika anda menuduh Felda menjual minyak sawit mentah ke Israel, pastinya anda akan disaman. Pokoknya, melayu keluar sawit, akhirnya sampai ke Israel. Tahniah!

Tiba masanya audit terbuka zakat

 
Kewajipan membayar zakat bagi yang berkemampuan sudah termaktub sebagai rukun Islam keempat. Zakat layak diterima oleh lapan golongan atau asnaf, seperti yang disyariatkan Islam.

Berdasarkan stastitik kaum Melayu yang menganut agama Islam masih mendominasi kemiskinan di negara kita berbanding kaum-kaum lain.

Lihat saja golongan gelandangan, golongan meminta sedekah terutama di kota raya, rata-ratanya kaum Melayu dan beragama Islam.

Persoalannya di manakah pengagihan wang zakat yang disalurkan kepada mereka yang selayaknya?

PMUM berpendirian sudah tiba masanya zakat perlu diauditkan. Antara sebab dan musababnya ialah:

(1) Kemiskinan Melayu

Rakyat Malaysia memberikan keyakinan mereka terhadap badan zakat untuk menguruskan duit kutipan zakat, namun begitu sering terpampang di dada-dada akhbar bahawa masih ramai golongan asnaf yang belum menerima hak mereka.

Hal ini terbukti daripada laman web kerajaan menyatakan golongan miskin tegar dari masyarakat Melayu paling tinggi iaitu 1.1 peratus berbanding masyarakat Cina dan India dengan 0.1 peratus dan 0.3 peratus.

Ada Pej. Zakat taik hidung masin, nak kutip bukan main manis.. nak bagi macam2 duri diletaknya..!!


Adakah sebakhil ini Intitusi agama ? Kalau macam inilah tarif fakir dan miskin, sampai bila pun tidak membantu, susu duth lady pun RM25.00 satu bungkus, bagaimana nak menyara 5 orang anak lagi ? 

itu belum dicampur sewa rumah, bil api air... dan pendapatan nie di kira Pendapatan sesisi keluarga pulak, jangan sampai Allah swt timpakan bala pada kita sebagai pengajaran.

dipohon supaya pej zakat negeri sembilan memberikan pencerahan berkenaan borang ini, jika ianya benar tolonglah lakukan sesuatu...jika salah kami mohon maaf...

Inilah Penghalang sebenar penukaran Khalid Ibrahim

Timmy Say

http://1.bp.blogspot.com/-C0qXBNPxKGM/UvQ2Z3R13SI/AAAAAAABhSM/ZbCWfEQSZ1w/s1600/170+-+kerajaan+selangor+khalid+ibrahim.gif

Akhirnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kehilangan sokongan terpenting sebagai seorang ahli politik PKR yang dipilih menjawat jawatan Menteri Besar Selangor apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kepada media bahawa PKR bersetuju menukarkan Khalid dengan orang lain.

Jika PKR berkuasa penuh untuk menentukan siapa pengganti Khalid, sudah tentu perkara ini lebih mudah bagi mudah.

Tapi, menukar Khalid yang imejnya hanya sekadar dicalarkan tohmahan-tohmahan yang masih tidak dibuktikan bukan mudah.

Selepas PKR, Anwar memerlukan empat sokongan lagi yang selari iaitu, DAP, PAS, istana dan Khalid sendiri.

Rasanya, Anwar boleh menyelesaikan masalah yang pertama iaitu mendapat persetujuan kesemuanya bahawa Khalid perlu ditukar.

Yang rumitnya ialah soalan – apakah Khalid akan akur dan meletak jawatan dan Khalid perlu ditukar dengan siapa?

MH17: Kita masih tidak tegas - Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: "Saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?" tanya Datuk A Kadir Jasin menerusi facebooknya, semalam.

Justeru, beliau berharap dan berdoa begitulah.

Menurutnya, pada malam kejadian, beliau menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah  Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine.

"Saya kecewa dengan  tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini.

"Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu," tulisnya lagi.

Tulisan penuh sebagaimana di bawah.

TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu.

Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai “outrage of unspeakable proportions” dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah.

Kuasa Wanita dan persiapan raya...!!

Wanita dan persiapan raya

JARI telunjuk kanan menggosok-gosok alis mata yang seakan liat untuk terbuka. Tangan satu lagi pula masih memintal anak rambut yang mengurai ke bahu. Kusut masai. Malam tadi tidur lewat. Kalau boleh tak mahu tidur langsung selepas dengar pengumuman raya di televisyen tadi.

Entah bila tertidur pun tidak sedar. Tahu-tahu, bersama sepupu sepapat enak tergolek tidur bergelimpangan di ruang tamu.

“Bangunlah anak-anak bertuah oi, hari ini raya!” jerit mak dari dapur. Tangan kanan mak dan siap pegang kain batik untuk dilibas ke arah kami yang liat bangun Subuh. Belum sempat emak sampai, masing-masing melompat sambil menjerit “Yeay!!!” langsung berasak-asak lari ke dapur, berebut bilik air.

Ahh, itulah momen indah zaman kanak-kanak saya menyambut hari raya Aidilfitri. Anda juga tidak terkecualikan? Setiap kali raya, kanak-kanaklah makhluk paling gembira dalam dunia.

Meski pun tidak berapa faham istilah perayaan, sama ada Aidilfitri mahu pun Aidiladha, merekalah yang paling teruja. Dan pastinya ibu bapa juga ikut teruja melihat anak-anak ketawa.

Setahun Perjalanan Adun Alor Mengkudu YB Ustaz Ahmad Yahaya


SETAHUN PERJALANAN ADUN ALOR MENGKUDU

1. Ziarah kematian selama SETAHUN : 104 org
2. Ziarah fakir miskin selama SETAHUN :158 org
3. Ziarah pesakit ataupun warga tua uzur selama SETAHUN : 30 org

Selama SETAHUN perjalanan, dititik beratkan setiap bulan meliputi aspek berikut dan dilaksanakan dalam DUN :

1. Majlis Ilmu yang diurus dan dilaksanakan oleh PKWR yang mana disampaikan oleh ADUN mahupun jemputan luar.
2.Sumbangan membantu aspek PENDIDIKAN.
3. Menerima aduan rakyat berkaitan permasalahan sampah, perjudian dan kerosakan kediaman yang sentiasa diberi perhatian, serta dibawa ke pihak yang berkenaan.
4. Sentiasa menghulurkan sebarang bentuk sumbangan yang termampu, bagi menguruskan hal ehwal kebajikan masyarakat DUN ALOR MENGKUDU.
5. Sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti PEMUDA dalam DUN termasuk menyumbang peralatan sukan dan pelbagai bentuk yang lain.

Rumah nak roboh, ada anak terpaksa berhenti sekolah.....

Rumah tunggu masa roboh

Othman menunjukkan keadaan dinding rumahnya yang berlubang dan kian mereput.  
Othman menunjukkan keadaan dinding rumahnya yang berlubang dan kian mereput.

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri di Kampung Alor Binjal, dekat sini, terpaksa menumpang di rumah anak kerana kediaman mereka kerap dimasuki air hujan.

Rodziah Baharom, 52, berkata, rumah kayu didiami bersama suaminya, Othman Ibrahim, 68, sejak lebih 20 tahun lalu kian mereput dimamah usia.

“Sarang anai-anai memenuhi kediaman manakala haiwan berbisa sering masuk sehingga memaksa kami menumpang teduh di rumah anak kerana bimbang keselamatan diri.

“Dulu memang kami dan tiga anak tidur di rumah berkenaan. Bagaimanapun, kami rasa tidak selamat memandangkan keadaan kediaman makin uzur,” katanya.

Menurutnya, tandas pula terletak kira-kira 25 meter (m) dari rumah, manakala keadaan bilik air di belakang rumahnya seolah-olah hanya menunggu masa untuk rebah.

"Kami tidak mampu membaiki kerosakan sendiri setelah kehilangan sumber pendapatan tetap sejak suami disahkan tidak sihat menyebabkannya tidak mampu ke sawah padi lagi.

'Hari Raya' disambut lebih awal di Gaza...

Dr Zainur Rashid Zainuddin




'Hari Raya' disambut lebih awal di Gaza...

Briged al Qassam mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melakukan pelbagai kejutan demi kejutan yang telah memalukan rejim Zionis. Kejayaan terkini yang paling bermakna buat mereka dengan kejayaan mencolek hidup-hidup seorang tentera rejim Zionis yang bernama Aaron Shao'l yang memakai nombor siri tentera IDF 6092065.

Ini adalah kejayaan terbesar bagi peperangan kali ini yang telah menjatuhkan maruah Israel di mata media dunia antarabangsa.

Ghilad Shalit yang ditawan al Qassam sebelum ini adalah kunci kepada pembebasan seramai 1027 orang pejuang Palestin yang ditahan oleh rejim Israel.

#MH17: Pemimpin besar dunia mula bersuara dan gesa siasatan terperinci

MH17: Mayat mangsa dipindahkan, dunia gesa siasatan terperinci

MH17: Mayat mangsa dipindahkan, dunia gesa siasatan terperinci
Anggota Perlhidmatan Kecemasan Ukraine berdiri di lokasi nahas Penerbangan MH17 di Ukraine. -AFP Photo/Dominique Faget
GRABOVE: Para pemerhati antarabangsa berkata kumpulan pemberontak pro-Rusia di Ukraine hari ini telah memindahkan mayat-mayat mangsa Penerbangan MH17 dari lokasi kejadian menggunakan keretapi setelah waris-waris mangsa menuntut untuk ahli keluarga mereka yang terkorban dibawa pulang.

Anggota Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) itu melihat mayat-mayat mangsa yang telah dibungkus itu, ditempatkan di dalam gerabak-gerabak keretapi yang berhawa dingin di sebuah stesen di Torez, 15 kilometer dari lokasi nahas.

Jurucakap Michael Bociurkiw berkata keadaan di stesen tersebut adalah sangat teruk dan walaupun demikian, pihak pemisah yang menjaga gerabak tetap berjanji tidak akan memindahkan mayat-mayat itu sebelum 'pakar-pakar antarabangsa' tiba di sana.

Ketua pemberontak Alexander Borodai menyatakan kepada salah sebuah stesen radio Rusia, Echo of Moscow bahawa pihaknya telah memindahkan sejumlah 196 mayat ke keretapi tersebut.

Setelah kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak lalu terhempas di sebuah ladang jagung di timur Ukraine, apa yang terjadi kepada kesemua 298 mangsa yang terkorban menjadi perhatian utama seluruh dunia.

MH17: Ketua pemberontak sudah hubungi 12 pakar dari Malaysia


Astro Awani | Kemas kini: Julai 20, 2014



DONETSK: Ketua pemberontak, Alexander Borodai tampil dalam satu sidang media mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia.

Kesemua mereka akan ke Donetsk untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17.

Borodai dalam sidang media ini menghuraikan beberapa perkara berbangkit.

Pertama, mengenai pengurusan mangsa nahas serta akses ke lokasi kejadian.

Selain itu, ketua puak pemisah pro Rusia ini mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

Borodai turut mengulas mengenai kotak hitam MH17.

Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.

2 pesawat Hercules C130 bawa balik mayat mangsa #MH17


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu turut digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

"Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...