TERKINI :

Sunday, July 20, 2014

KRISIS POLITIK DUNIA: SIAPAKAH SYAITANNYA?

Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff,

http://4.bp.blogspot.com/-CEAqHrUEMwE/Te22odLZ36I/AAAAAAAAAZQ/5Km--BpUB_8/s640/Setan+Memperdaya+Manusia+di+Dunia.jpg

Maaf, kali ini saya menulis menggunakan perkataan kasar. Ini kerana saya marah melihat kepada konflik politik dunia hari ini yang memakan korban jiwa yang besar.

Saya marah dengan krisis di Syria. Puluhan ribu rakyat awam menjadi korban. Saya marah dengan krisis di Palestin. Ratusan orang rakyat awam menjadi korban.

Dan saya paling marah dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17. Ratusan penumpang awam yang menjadi korban.

Banyak persoalan yang bermain di kepala saya. Siapakah dalang di sebalik semua ini? Mengapa PBB tidak mengutuk tragedi kemanusiaan ini? Mengapa kuasa besar Amerika dan sekutunya serta Rusia tidak mengambil langkah tegas mengatasi konflik politik ini?

Pertanyaan terakhir saya ialah siapakah syaitan di sebalik tragedi yang berlaku ini? Memikir lanjut, yang muncul di kepala saya cumalah Israel, Amerika dan Rusia.

Salahkah jika saya menyumpah syaitan-syaitan ini?

Berikutan Tragedi MH17, Majlis Rumah Terbuka Wajar Dibatalkan Tahun Ini

Shahbudin Husin,

Semalam dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MAS, MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Tiada penumpang yang terselamat daripada kemalangan tersebut dan ini menjadikan dunia lebih bersedih dengannya. Rakyat Malaysia pula yang dihantui dengan kehilangan misteri MH370 sejak 8 Mac lalu yang masih belum ditemui sehingga ini, tentulah lebih berganda kesedihannya.

Sehingga ini belum dapat dipastikan bagaimana puak militan Ukraine boleh menembak pesawat yang hanya membawa orang awam ini. Mungkinkah mereka tersalah tembak kerana menyangka MH17 itu pesawat yang dinaiki oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin berikutan dilaporkan warna dan lakaran luar kedua-dua pesawat itu hampir sama?

Mungkinkah juga laluan yang digunakan oleh MH17 itu merupakan zon bahaya, walaupun dibenarkan untuk dilalui. Sebagaimana yang diakui oleh Hishammuddin Hussein, laluan itu adalah yang dibenarkan dan beberapa syarikat penerbangan lain juga melaluinya, tetapi ada syarikat penerbangan yang tidak mahu mengambil risiko, lalu menggunakan laluan yang lain.

Selain tragedi MH17 ini juga berlaku pada tarikh 17 Julai yang mungkin suatu kebetulan atau Tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepada umatnya di dunia ini, terutama di Malaysia, tidak pernah juga mana-mana negara mengalami tragedi kehilangan pesawat sebanyak dua kali dalam tempoh hanya empat bulan saja. Sekali lagi apakah petanda Tuhan menurunkan ujian ini? Atau mungkinkah ianya suatu bala umum kepada kita?

MH17: Pemberontak setuju jamin keselamatan di lokasi nahas jika Kiev setuju berdamai

DONETSK (Ukraine): Seorang pemimpin pemberontak Ukraine berkata bahawa puak pemisah pro-Russia akan menjamin keselamatan pemerhati antarabangsa di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), jika Kiev bersetuju untuk berdamai.

“Kami mengisytiharkan akan menjamin keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian secepat mungkin apabila Kiev bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata,” kata Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa Kiev segera membuat keputusan mengenai perjanjian itu dengan pemberontak.

Purgin membuat kenyataan itu selepas masyarakat antarabangsa memberi tekanan ke atas Russia untuk membenarkan pemberontak pro-Russia itu memberikan akses penuh kepada penyiasat ke lokasi nahas MH17. - AFP

Menteri Kesihatan kritik Rusia & Ukraine kerana kurang bekerjasama

Tembakan pertama menteri kesihatan pada Rusia

 
Datuk Seri S Subramaniam menjadi menteri pertama yang mengkritik langsung Ukraine dan Rusia kerana kurang membantu Malaysia memasuki kawasan nahas di mana pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh.

“Saya sungguh marah apabila pasukan Smart (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) kita tidak mendapat sokongan diperlukan dan akses ke tapak nahas untuk operasi mencari.

“Pihak berkuasa Ukraine dan Rusia mesti memberikan sokongan untuk keselamatan penglibatan kita,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan Subramaniam (kiri) itu dilihat menongkah arus selepas kerajaan secara rasmi dilihat begitu mengambil pendekatan diplomatik dengan kedua-dua negara itu.

“Sebarang usaha pemberontak pro-Rusia menafikan kemasukan ke tapak nahas dan campur tangan dengan bukti patut dikutuk.

“Sebagai sebuah bangsa kita harus menunjukkan tekad menggali ke akar umbi bagi mencari keadilan untuk seluruh masyarakat yang menjadi mangsa tindakan serangan ganas,” katanya.

Aduhai..mana Adun Sg. Tiang nie.. takan nak bantu buat MyKad untuk adik nie pun tak boleh..?

Pelajar cemerlang buntu tiada MyKad

Nur Diana menunjukkan sijil lahir dan slip peperiksaan STPM yang diperoleh.  
Nur Diana menunjukkan sijil lahir dan slip peperiksaan STPM yang diperoleh.

PENDANG - Seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) buntu kerana tidak dapat menyambung pelajaran akibat tiada MyKad walaupun sudah memohon beberapa kali.

Nur Diana Ruslan, 20, berkata, dia sedih melihat rakan-rakan seperjuangan mengisi borang permohonan kemasukan ke universiti namun dia tidak dapat berbuat demikian akibat tiada MyKad.

Menurutnya, dia kini hanya tinggal bersama keluarga angkat kerana ayahnya yang berasal dari Indonesia sudah pulang ke sana manakala ibunya yang berasal dari Thailand menghilangkan diri.

“Saya sedih bila melihat rakan-rakan sibuk mengisi borang permohonan ke universiti namun saya tidak dapat mengisi kerana tidak mempunyai MyKad.

“Saya mempunyai sijil kelahiran tapi entah bagaimana silapnya tidak dapat membuat MyKad walaupun keluarga angkat berusaha beberapa kali,” katanya kepada Sinar Harian.

TRAGEDI PESAWAT - MH370 TIDAK PERLU SIDANG KHAS PARLIMEN, MH17 BOLEH PULA?

TAKZIAH kepada semua waris yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH17. Samada pesawat itu ditembak jatuh atau terhempas, yang pastinya harapan untuk kita melihat walaupun seorang dari penghuni pesawat malang itu masih bernyawa terlalu tipis.

Malam tadi Najib muncul di kaca TV. Menyuarakan rasa sedih teramat beliau. Samada memang benar beliau teramat sedih atau merasa serik mahu pun bermuhasabah, biarkan saja. Rakyat sudah naik pelik dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di era Najib. Tetapi ada yang menyatakan ini semua ujian buat kepimpinan hebat Najib. Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini. Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi. Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu.

Najib muncul dikaca TV menyatakan akan memanggil Sidang Khas Parlimen berkaitan tragedi MH17 ini dan akan usulkan kutukan buat pihak yang membuat angkara sehingga terjadinya tragedi malang ini. Siasatan mungkin telah bermula atau baru saja bermula, itu tidak pasti. Ertinya, Parlimen memang harus bersidang untuk tragedi besar ini.

Peliknya, sewaktu Pakatan Rakyat mahu usulkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan tragedi MH370 yang 'berakhir' di lautan Hindi empat bulan yang lalu, mengapa Najib enggan adakan sidang khas? Alasan kononnya tragedi itu di dalam siasatan. Tetapi bukankah tragedi MH17 ini juga sedang disiasat? Mengapa Najib mahu panggil sidang khas parlimen? Tentu ada sebab musababnya.

Skandal Bank Rakyat: Jawapan kepada Hasan Malek

MAHFUZ OMAR | 20 Julai 2014.

Saya telah membaca sepenuhnya penjelasan YB Dato Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bertarikh 16/7/2014 berkaitan isu penyelesaian pinjaman Bank Rakyat kepada peniaga karpet Deepak Jaikishan (meskipun YB Menteri tidak langsung menyebut nama Deepak di dalam penjelasan tersebut). Saya percaya penjelasan YB Menteri tersebut adalah merujuk kepada kenyataan-kenyataan terkini yang dibuat oleh saya dan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli berkaitan dengan isu tersebut.

Setelah meneliti penjelasan YB Menteri tersebut, saya amat kecewa kerana penjelasan yang diberikan adalah suatu penjelasan bersifat umum yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Bahkan di dalam penjelasan tersebut seolah-oleh menunjukkan YB Menteri ingin meletakkan beban di pihak pengurusan Bank di mana kononnya terma-terma penyelesaian dengan Deepak adalah dibuat berdasarkan cadangan pengurusan Bank Rakyat dan bukannya atas arahan YB Menteri.

YB Menteri sesungguhnya tidak boleh berdalih dan menafikan fakta bahawa YB Menteri sendiri yang mengeluarkan surat ‘arahan’ kepada Bank Rakyat bertarikh 30 Januari 2014 supaya tindakan undang-undang ke atas syarikat milik Deepak Carpet Tile Sdn. Bhd. ditangguhkan dan baki tertunggak sebanyak RM32 juta diselesaikan melalui bayaran bulanan selama 10 tahun melalui 120 keping cek yang setiap satunya bernilai RM270,000.00.

Bayaran Permit Kereta Luar : Tak Payah Cadang Lagi, Laksanakan aja.....!!

Kedah cadang bayaran permit kereta luar

 
Kerajaan Kedah bercadang untuk mengenakan bayaran permit bagi setiap kenderaan dari Thailand yang memasuki negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata bayaran permit itu secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan negeri, selain membolehkan pemandu asing yang melanggar peraturan jalan raya di negara ini dikompaun.

"Sekarang ini, kenderaan dari Thailand yang memasuki negara ini boleh mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang jika melanggar peraturan, malah kes akan ditutup sekiranya kenderaan mereka dibawa balik ke negara mereka.

Gempar.. Diugut potong kaki jika masuk Islam!

Divesh dalami agama kongsi dengan saudara seislam , bukan Islam.  
Divesh dalami agama kongsi dengan saudara seislam , bukan Islam.

Divesh (empat, kiri) bersama rakan semasa majlis iftar perdana di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu.  
Divesh (empat, kiri) bersama rakan semasa majlis iftar perdana di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang tahun lalu.
 
CARA penyampaian dakwahnya lebih kepada perbandingan agama. Dia senang menggunakan cara harmoni dan berusaha mencari persamaan yang melibatkan agama Islam dengan agama lain serta memfokuskan ajaran tauhid yang menekankan Tuhan itu satu.

Situasi berbeza

Pendakwah yang dikenali bergaya santai, Divesh Kumar Danial Kakulal atau dikenali sebagai Bro Divesh, 34, menyifatkan terdapat pelbagai genre dan medium yang digunakan mana-mana individu berkecimpung dalam dunia dakwah di luar sana untuk mendekati masyarakat bermacam ragam.

“Seperti yang kita sedia maklum, sebagai pendakwah seseorang itu tidak boleh terlalu rigid dan terlampau tegas dengan penyampaian yang dibawa. Sesetengah individu akan menyatakan ketidakpuasan hatinya jika pendakwah itu datang dan terus berceramah dengan mengatakan itu tidak boleh ini tidak boleh.  Kelainan mesti dilakukan.

“Pandangan masyarakat hari ini berbeza dengan zaman nenek moyang kita dulu. Jika sebelum ini golongan berjubah dan berserban diterima dengan mudahnya.

Bersama Operasi Pej Agama Kuala Muda dalam bulan Ramadhan : Pakej nasi, air bungkus RM5

Pakej nasi, air bungkus RM5

Kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda menunjukkan dua nasi yang siap diletakkan lauk tetapi belum sempat dibungkus.  
Kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda menunjukkan dua nasi 
yang siap diletakkan lauk tetapi belum sempat dibungkus.


Peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk perniagaan dirampas untuk tindakan lanjut.  
Peralatan dan perkakasan yang digunakan untuk perniagaan dirampas 
untuk tindakan lanjut.

Nasi bungkus yang ditemui anggota penguatkuasa semasa operasi di sebuah premis. 
 Nasi bungkus yang ditemui anggota penguatkuasa semasa operasi di sebuah premis.

SUNGAI PETANI – Nasi, kuah gulai, telur goreng dan ikan siap dibungkus dengan harga RM4. Sekiranya dibeli bersama air bungkus harganya menjadi RM5.

Itulah situasi yang ditemui semasa serbuan dijalankan ke sebuah gerai di bandar ini di mana pemiliknya sibuk memasak dan membungkus makanan secara terang-terangan tanpa menghormati bulan Ramadan yang mulia dan ibadat berpuasa.

Ketika serbuan, pemilik kedai bersama dua pembantu sibuk menyediakan lauk tambahan memandangkan ketika itu hidangan seperti sambal ikan, kangkung goreng dan telur goreng yang dihidangkan dalam bekas sudah berkurangan.

Perlawanan persahabatan suntik semangat Kenari


Tan Cheng Hoe. - Foto Sinar Harian AHMAD ZAKI OSMAN 
Tan Cheng Hoe. - Foto Sinar Harian AHMAD ZAKI OSMAN

KETUA Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, tiga perlawanan ujian yang dilalui anak didiknya sepanjang bulan ini mampu menyuntik keyakinan skuad Kenari menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.

Menurut Cheng Hoe, aksi persahabatan itu dapat digunakan beliau untuk menganalisis corak pemainnya selepas berehat agak lama berikutan tiada lagi saingan kompetitif sejak berakhirnya Liga Premier, Jun lalu.

"Kita menumpaskan Sime Darby 2-1 (kelmarin) dan akan bertemu Harimau Muda malam ini. Kemudian, kita akan mengadakan perlawanan dengan Selangor di Shah Alam, Isnin ini," katanya ketika dihubungi semalam.

MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya #MH17

Ketua pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar salah satu mangsa yang berada dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 19 Julai, 2014.
Ketua pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar salah satu mangsa yang berada dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17. – Gambar The Malaysian Insider 

Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui media sosial.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Adun Alor Mengkudu melahirkan ucakan takziah kepada keluarga mangsa pramugari MH17 Azrina Yakop

UCAPAN TAKZIAH ADUN ALOR MENGKUDU KEPADA KELUARGA MANGSA AZRINA YAKOP (PRAMUGARI MAS MH17)

Oleh MOHD AMIN BIN ISMAIL
Pejabat ADUN Alor Mengkudu

ALOR SETAR: ADUN Alor Mengkudu, Ustaz Ahmad Yahaya melahirkan ucapan takziah khususnya kepada keluarga mangsa, iaitu Azrina Yakop yang merupakan pramugari pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Ucapan takziah yang disampaikan, dituju kepada ayah dan ibu mangsa, iaitu Yakop bin Salamsudin, 73 dan juga ibu mangsa Habibah binti Ismail, 65.

Ustaz Ahmad Yahaya berkata, beliau menyedari dan terkejut dengan berita pemergian salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas ini daripada beberapa media awal pagi semalam.

Susulan itu, beliau melalui pejabatnya telah mendapatkan beberapa maklumat yang pasti berkenaan keluarga mangsa yang tinggal di Kg Kelompang, Alor Mengkudu.

Tambahannya, beliau melahirkan rasa sedih atas musibah yang berlaku ini, dengan mengharapkan Allah ampuni dan merahmati roh Almarhumah.

Ibu Tunggal OKU perlukan bantuan, jangan ditanya Pej. Zakat & JKM.. depa cuti hari nie..!!

Assalammualaikum, rakan-rakan FB & Blogger yang dirahmati.

Ini sahabat saya, Noridawati Husin yang merupakan wanita OKU berstatus ibu tunggal. Beliau dikenali di sekitar Puchong kerana bekerja mengambil upah menggosok dan mencuci pakaian bagi menyara hidup.

Beberapa minggu lepas beliau ditimpa kemalangan akibat terjatuh dari tangga dan satu-satunya kaki yang beliau ada terpaksa disimen. Sehingga hari ini kaki beliau itu masih bengkak dan memaksa beliau menggunakan wheelchair untuk bergerak. Kini beliau mengalami kekangan kewangan akibat terpaksa berhenti bekerja.

Mohon bantuan rakan-rakan untuk sumbangan atau zakat bagi meringankan beban beliau sempena bulan Ramadhan penuh barakah ini. Dan mohon dipanjangkan status ini. Jazakallahukhairan.

Bagi yang terlepas pandang tentang kisah hidup beliau yang dishare melalui note sebelum ini, saya copy paste di bawah ini......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...