TERKINI :

Saturday, July 19, 2014

#MH17: Ambil iktibar daripada peristiwa #MH370


Khairol Najib Hashim

http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/02848/POTD_Flight_MH370__2848692k.jpg

DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai nahas udara yang menimpa sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17, di Ukraine berhampiran Rusia.

PMIUM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga ALLAH sentiasa memberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Meskipun misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai, PMIUM berpendirian bahawa seharusnya seluruh rakyat Malaysia mengambil iktibar dan lebih matang dalam meghadapi musibah yang menimpa pesawat MH17 kali ini.

Kita tidak mahu fenomena penyebaran maklumat palsu, hebahan teori konspirasi, bomoh, amalan syirik dan sebagainya kembali berulang dan mencemarkan imej negara.

Hal ini kerana ianya jelas mempamerkan mentaliti negatif rakyat Malaysia dan mengundang tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap negara kita.

Pasukan Malaysia belum dapat masuk tapak MH17, kata menteri

 
Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan bahawa pasukan Malaysia yang kini berada di Ukraine masih belum dapat memasuki kawasan tapak pesawat MH17 yang terhempas berdekatan Rozsypne.

Menteri Pengangkutan itu berkata meskipun kerajaan Ukraine memberi jaminan akan menyediakan koridor yang selamat bagi pasukan Malaysia.

"Sekarang ini mereka masih belum boleh masuk kawasan tersebut.

"Namun kerajaan Ukraine berjanji akan memberi koridor selamat.

“Saya akan pergi ke Ukraine malam ini dan berharap dapat membantu," katanya kepada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

Katanya kerajaan Malaysia kini meminta sokongan dunia untuk memastikan akses ke kawasan nahas MH17 dan meminta pihak berkuasa tempatan Ukraine untuk menjamin ia tidak akan diganggu pihak lain.

"Kita bimbang apabila tapak itu tidak dikawal dan ia senang dicerobohi oleh pihak lain.

"Kerana itu kerajaan Malaysia menghantar saya untuk berunding dengan pihak berkuasa untuk menubuhkan badan siasatan dan membantu operasi pasukan Malaysia," katanya.

Gaza akan jadi kubur tentera rejim Israel - Hamas

HARAKAHDAILY | 19 Julai 2014.

KUALA LUMPUR: Hamas mengingatkan rejim zionis Israel bahawa Gaza akan menjadi perkuburan kepada tentera negara haram itu.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan demikian semalam, sehari setelah rejim Israel melancarkan serangan darat ke Gaza.

“Kami memperingatkan Israel terhadap perang darat,” katanya kepada bilik berita Lebanon Al-Mayadeen TV.

Ini, jelasnya seperti operasi yang akan memungkinkan Hamas untuk membebaskan tahanan mereka yang masih berada di penjara Israel.

"Kami akan menangkap tentera Israel dan lakukan pertukaran tawanan berikutnya atau Gaza akan menjadi kuburan bagi tentara penjajah, dan ini bukan slogan. Waktu akan mengungkapkan untuk si pengecut Netanyahu. Dia akan membayar harga yang mahal," tegasnya dipetik daripada portal eramuslim.

"Wahai Khalid.. Kalau Hebat Sangat, Bubar DUN Selangor Dan Tandinglah Atas Tiket BN"

Shahbudin Husin,

Kemelut politik di Selangor dan isu pertukaran Menteri Besarnya sudah mula memasuki episod yang memual dan merimaskan. Rakyat dan pemerhati politik sudah mulai bosan dengan situasi yang berlarutan itu. Semua keadaan ini berpunca daripada dua sebab iaitu kedegilan Khalid Ibrahim yang merasakan jawatan itu miliknya selagi mahu serta kegagalan pimpinan PR bertindak tegas serta pantas menyelesaikannya.

Pertukaran jawatan Menteri Besar adalah perkara biasa. Blog ini sudah menulis sebelum ini bahawa pertukaran itu telah banyak kali berlaku sebelum ini dan tiada yang peliknya bila Khalid Ibrahim pula mahu ditukarkan. Dalam hal ini, Khalid haruslah sedar beliau dipilih oleh parti dan seharusnya akur bila diminta untuk berundur. Janganlah menganggap jawatan, kediaman dan kereta rasmi dan pelbagai kemudahan lainnya sebagai hak milik peribadi.

Amatlah memalukan apabila pemimpin UMNO yang sering dikaitkan dengan kronisme, nepotisme dan amalan-amalan tidak baik boleh menerima apabila ditukarkan tetapi Khalid yang kononnya sarat dengan perubahan dan reformasi tidak mahu akur dengan pertukaran.

Tindakan beliau berkeras bahawa akan terus memegang jawatan sehingga akhir penggal di sebalik desakan kian bertubi-tubi mahu menukarnya, bahkan diingatkan oleh Anwar Ibrahim juga agar jangan menjadikan jawatan Menteri Besar milik peribadi, tidak lebih menunjukkan sikap tamak dan tidak faham hukum politik dalam jiwa Khalid sendiri.

Akhirny Kak Long ''Stering Lock'' akan didakwa juga dimahkamah isnin nanti

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (gambar) atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

#MH17 : Tak mungkin gara-gara nak jimat minyak

MH17
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menafikan kemungkinan bahawa ada syarikat penerbangan yang sanggup mengambil risiko terhadap keselamatan penumpang, anak kapal dan pesawatnya semata-mata kerana ingin menjimatkan minyak.
  
Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Tony Tyler berkata, syarikat penerbangan terbabit bergantung kepada kerajaan serta pihak berkuasa kawalan trafik udara untuk menasihati ruang udara mana yang boleh dilalui dan membuat perancangan berdasarkan limitasi berkenaan.
  
"Pada ketika ini, apa yang penting ialah keselamatan merupakan perkara paling utama," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pesawat malang milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menggunakan laluan merentasi Ukraine yang sedang bergolak kerana laluan itu diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh badan-badan penerbangan antarabangsa.
  
Tiong Lai berkata, MAS telahpun menggunakan laluan itu banyak kali selain 15 syarikat penerbangan di Asia Pasifik dan Eropah.

"Kami tidak akan menggunakan laluan itu, kecuali jika ada notis saat akhir untuk mengubah laluan berkenaan tetapi...tidak ada sebarang notis," katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel.
   

Ramadan didik kesabaran hindari perbalahan


Ramadan didik kesabaran hindari perbalahan

PADA bulan mulia ini, marilah tingkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT kerana ia merupakan satu perintah yang ALLAH nyatakan di dalam al-Quran dan hadis daripada Rasulullah SAW.

Umum di dalam al-Quran, ALLAH SWT banyak menyebut ungkapan “Wahai orang beriman, hendaklah kamu bertakwa kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa”.
Kata Imam Al-Hasan Al-Basri, yang diertikan dengan takwa adalah kamu meninggalkan apa yang ALLAH SWT larang dan kamu

melaksanakan apa yang ALLAH SWT fardukan dan tetapkan ke atas mu. Oleh demikian, kita hendaklah meningkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH SWT demi merealisasikan tuntutan ke atas orang yang berpuasa agar kita menjadi orang yang bertakwa.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana yang telah diwajibkan ke atas umat terdahulu, agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

Tahniah HAMAS kerana menolak genjatan senjata

 
-Saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu, mereka membunuh para Nabi seperti Zakaria Nabi Yahya kini mereka lakukan kerosakan sama dengan menjajah tanahair Palestin dan membunuh rakyat dengan kejam.

-Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin. Hari ini briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada HAMAS adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih.

-Israel semakin gentar lalu bersetuju menerima genjatan senjata yang dicadangkan pihak Mesir namun tidak dipedulikan oleh HAMAS. Bahasa berinteraksi dengan israel zionis ketika ini ialah bahasa perang senjata. Tahniah hamas !

PAS Kedah akan adakan solat jenazah ghaib untuk mangsa #MH17

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my


ALOR SETAR: PAS Negeri Kedah akan mengadakan majlis solat jenazah ghaib khas untuk jenazah muslim yang terkorban dalam tragedi pesawat MAS MH17.

Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, makluman kepada semua Yang DiPertua PAS Kawasan seluruh Kedah telah dilakukan untuk dipanjangkan kepada seluruh ahli PAS di negeri ini.

Ujarnya, semua ahli diminta bersiap sedia pada bila-bila masa untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah sebaik sahaja pengurusan jenazah mangsa hingga boleh disembahyangkan di Ukraine diselesaikan.

"Kami akan sentiasa memantau urusan ini dari dekat melalui media dan sumber- yang berada di sana," ujarnya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, sebentar tadi.

#MH17: Kita sasaran teori konspirasi?



SAYA sedang menelaah buku Deadly Mist lewat malam semalam ketika telefon berkicau memberitahu Malaysia dilanda musibah terbaharu.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN!

Pesawat MAS Boeing 777 yang bawa 298 nyawa, ditembak jatuh di Ukraine.

Mungkin kerana terlalu dipengaruhi Jerry D Gray bahawa ada manusia tamak kuasa yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh berjuta-juta nyawa tidak berdosa untuk kuasa dan wang, saya teringat kenyataan PM Najib siangnya bahawa beliau baharu sahaja menerima panggilan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kata Najib, beliau telah memberi jaminan kepada Abbas bahawa Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis yang kini sedang kemaruk darah di Gaza.

Lalu tanpa diminta oleh sesiapa, fikiran saya langsung merangkumkan kedua-duanya - tulisan Jerry D Gray yang saya baca dengan kenyataan Najib mengenai Palestin/ Gaza.
Apakah tragedi di sempadan Ukraine - Rusia itu episod paling baharu dalam teori konspirasi?

Saya yakin Israel dan juga kuasa-kuasa besar yang menjadi pelobi Zionis tidak suka dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin. Bukan sahaja kerajaannya, pasukan sukarelawan kita juga cukup aktif di Gaza.

Tragedi MAS #MH17 : Najib sudah layak letak jawatan PM

BARAH SUKMA                                                                                   

Tragedi menimpa negara apabila pesawat Mas MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh dan berkecai sesuatu yang tidak mungkin terlupa dan akan tercatat dalam buku sejarah selama-lamanya. Ia akan menjadi truma kepada setiap orang yang akan terbang melintasi di ruang udara negara yang sedang berkonflit.

Bagi negara pula kemalangan yang berlaku 17 Julai 2014 itu dilihat sebagai kemalangan berganda, kerana empat bulan sebelum ini pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang tidak dapat dikesan hingga kini.

Kejadian itu adalah rekod dalam sejarah penerbangan dunia belum pernah berlaku dimana-mana dan dialami mana-mana negara tragedi udara bersambungan. Makanya kejadian malang itu memberi signifiken yang sangat penting kepada pemimpin nombor satu negara ini, kerana kebetulan dua kejadian malang mega itu berlaku semasa beliau berkuasa sebagai PM.

Iya, kejadian itu bukan atas pintaan rakyat dan ia dirancang seperti mana kejadian-kejadian berdarah yang melukakan negara sebelum ini seperti Memali, al Maunah, atau pun pencerobohan Lahad Datu ataupun pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Kejadian itu jauh tidak bermoral kepada negara daripada kemalangan dua buah pesawat Mas itu. Tetapi kejadian-kejadian demostik itu tidak menjadi perbualan seluruh dunia kerana kejadian seumpama itu adalah kelaziman di mana-mana negara. Ertinya gema kejadian itu tidak melantun jauh ke segenap penjuru alam.

#MH17: Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Kiev

MH17: Pasukan penyiasat Malaysia tiba di Kiev
Turut serta adalah kakitangan JAKIM bagi membantu pengurusan jenazah - Astro AWANI
 
KIEV: Pasukan siasatan khas dari Malaysia yang ditugaskan menyiasat insiden malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Borispol di sini.

Mereka tiba pukul 4 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dengan menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines penerbangan MH5002 Kuala Lumpur-Kiev.

Pasukan terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi antaranya Unit Forensik Polis dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan menjalankan siasatan mencari punca kejadian itu selain menguruskan tugas pasca insiden.

Turut serta adalah kakitangan JAKIM bagi membantu pengurusan jenazah.

Ketua delegasinya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata, pasukan itu akan bertemu wakil kedutaan Malaysia terlebih dahulu.

#MH17: #Malaysia jadi mangsa pertembungan geopolitik

Masalah geopolitik di antara negara yang terlibat dengan puak pemberontak menyukarkan Malaysia untuk memulakan proses seterusnya dalam insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata apa yang menjadi kepentingan pada masa ini adalah mencari fakta sebenar berhubung kejadian pesawat berkenaan agar tidak terus memberi tekanan kepada keluarga mangsa.

"Kita menjadi mangsa kepada pertembungan geopolitik yang sengit di kawasan tersebut.

"Pandangan kita adalah untuk mengukuhkan fakta dahulu dan tak terlibat dalam geopolitik, permainan di kawasan itu dan kerumitannya.

"Kita hanya berminat mendapatkan fakta dan saya fikir bila fakta diketahui, baik untuk ahli keluarga," katanya dalam satu sidang media di Angkasapuri petang ini.

Putrajaya setakat ini mengesahkan 298 penumpang ‎terkorban; 189 daripadanya warga Belanda, 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1).

Dunia, terutamanya AS dan Russia serta Ukraine sendiri mesti bertanggungjawab

oleh Aspan Alias


Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia mestilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.

Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya. Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa.

Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang. Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang.

Kes Mahkamah WWW1: Mahkamah tolak permohonan TV3

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam menolak notis usul permohonan semakan semula oleh TV3 berhubung pembidaan plat WWW1 yang membabitkan Sultan Johor.

TV3 memohon untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu yang telah membenarkan rayuan Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin ke atas keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Peguam yang mewakili TV3, TH Liew memberikan alasan bahawasanya seorang daripada tiga orang hakim yang mendengar rayuan iaitu Mohamad Ariff Md Yusof pernah menjadi ahli PAS yang aktif.

TH Liew juga mendakwa hakim itu pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan juga pernah menjadi penasihat undang-undang PAS.

Mohamad Ariff juga dikatakan pernah mewakili PAS dalam beberapa kes petisyen pilihanraya dan pihak TV3 merasakan bahawa hakim itu menarik diri daripada mendengar rayuan Nizar yang sudah diketahui umum adalah seorang ahli dan pimpinan PAS.

Perlukah 3 Buah Lapangan Terbang hanya untuk memajukan sebuah Negeri?



Gherek dah beberapa hari tak kayuh. Maklumlah dah tua.
Apa yang nak gherek katakan hari ini ialah tentang komen YB Dato Ir Amirudin, ADUN Anak Bukit tentang kegagalan Kerajaan Kedah sekarang dalam menguruskan aliran tunai milik negeri. Malah katanya Kedah sudah tiada aliran wang.
Sebab itu ADUN Anak Bukit ini memberitahu yang kerajaan sekarang semuanya mengharapkan Persekutuan membiayai sepenuhnya apa saja yang dirancang oleh mereka.

Gherek senang saja. Jika kita tidak MAMPU untuk projek besar, lakukan projek-projek kecil tapi berimpak tinggi kepada rakyat dan kerajaan Negeri. Rancang setakat kemampuan negeri dahulu. 
Bila Kerajaan Negeri sudah hebah seluruh dunia untuk melaksanakan sebuah projek mega berbilion ringgit nilainya tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci, maka ramai akan kata itu semua angan-angan mereka-mereka untuk menjadi kaya.

Kumpulan bersenjata halang pemerhati ke lokasi nahas #MH17

 
Kumpulan lelaki bersenjata menghalang pemerhati daripada Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) daripada meninjau lokasi di mana pesawat MH17 terhempas di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, kata badan pemantau hak dan keselamatan itu.

Menyifatkan pelakuan mereka sebagai "kurang sopan dan tidak profesional", seorang jurucakap OSCE berkata beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu kelihatan seolah-olah mabuk manakala yang lain tidak membenarkan pasukannya seramai kira-kira 25 pemerhati melihat bangkai pesawat Boeing 777 itu.

"Kami menjangkakan diberi akses penuh, itu cara kita bekerja," Michael Bociurkiw dalam satu sidang akhbar.

"Malangnya tugas itu telah menjadi sukar. Apabila tiba di tapak nahas... kami berdepan dengan anggota bersenjata yang berkelakuan kurang sopan dan tidak profesional. Ada di antara mereka yang kelihatan sedikit mabuk. "

Beliau menafikan pemberontak pro-Rusia melepaskan
tembakan ke arah kumpulan pemerhati OSCE, tetapi berkata seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke udara, seperti mahu menakut-nakutkan sesetengah orang awam.

Akhirnya sebab perintah berkurung di #Sabah didedahkan..

4 kawasan perairan Sabah kena perintah berkurung

Persisiran pantai kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan negara.

Takut bolos lagi, semua penduduk di persisiran pantai Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Kota Belud dikenakan perintah berkurung serta merta sejak semalam bagi mengawal dan mengelak kemasukan warga Filipina ke Malaysia secara haram melalui Sabah.

Menurut penduduk Semporna yang dikenali sebagai Junaidi, kemasukan warga Filipina melalui beberapa kawasan perairan di Sabah memang sudah seharusnya dikawal sejak dulu lagi.

"Bukan mencari kelemahan pihak berkuasa tetapi hakikatnya, mereka sebenarnya bebas keluar masuk ke negara ini setiap hari tanpa halangan.

"Kami penduduk di sini hanya memerhatikan sahaja apa lagi sesetengah daripada mereka itu memang mempunyai saudara mara di Sabah," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Berapa Juta Kerajaan Negeri Kedah Bayar Untuk 2000 View?

 http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/04/ge13_12-685x320.jpg
Kononnya Naturally Magical Langkawi akan jadi satu tarikan untuk menarik sampai 500 juta pengunjung.
Maka jutaan ringgit dibelanjakan untuk mengandakan program yang hanya syok sendiri. Kenapa aku kata syok sendiri?
Sebabnya, takda pencong luar nak mai jauh-jauh ke Kedah untuk menyaksikan persembahan teknologi yang bercambah kat negara depa.
Tarikan Langkawi bukan persembahan cahaya dan magikal sebegitu rupa, sebaliknya adalah keindahan alam semulajadinya. Hendak bersaing persembahan laser yang dibuat tiap-tiap hari di Pulau Sentosa, Singapura?!! apakah kebodohan program ini.
Namun disebabkan kita bersangka baik, kita tunggu dan lihat hasilnya program yang dirancang bijak pandai ini yang diumumkan Mukhriz akan menarik 500 Juta pengunjung. Kita tunggu dari hujung tahun lepas sampai sekarang.

Bendera negara dikibar separuh tiang

Bendera Malaysia
KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam tadi sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telahpun menyembah maklum perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
  
Berucap dalam Perutusan Khas-Nahas MH17 yang bersiaran secara langsung menerusi RTM1, Najib menyeru semua rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat.
  
"Terus bermunajat serta berdoa kepada ALLAH agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara," katanya.
   

#MH17: Majlis Keselamatan gesa siasatan bebas antarabangsa dijalankan

NEW YORK 19 Julai - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan semalam menggesa supaya siasatan bebas antarabangsa dapat dijalankan berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, kelmarin yang menyebabkan seramai 298 orang terkorban.

"Anggota Majlis Keselamatan PBB mahukan supaya siasatan dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.

"Majlis Keselamatan PBB juga menyeru semua pihak supaya membenarkan pihak penyiasat pergi ke lokasi kemalangan bagi mengenal pasti punca kemalangan," tambah kenyataan majlis berkenaan.

Majlis Keselamatan PBB turut menyampaikan takziah dan menyuarakan kesedihan kepada keluarga mangsa serta kerajaan negara terbabit dalam nahas pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dilaporkan bimbang dengan banyak laporan yang memaklumkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu, menurut seorang pegawai tertinggi PBB.

Ketua Hal Ehwal Politik PBB, Jeffrey Feltman berkata, beliau akan melawat Moscow dan Kiev dalam masa terdekat.

Tambah beliau, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menawarkan Ukraine sekumpulan penyiasat antarabangsa bagi membantu kes berkenaan. - AFP

OSCE tiba di lokasi kemalangan pesawat #MH17

GENEVA 19 Julai - Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) tiba di lokasi kemalangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, menurut seorang jurucakap.

"Mereka yang terdiri daripada 30 anggota pertubuhan tiba dengan helikopter," kata jurucakap Pengerusi Swiss OSCE, Roland Bless.

Tambahnya, ketiga-tiga diplomat OSCE, Rusia dan Ukraine telah bertemu dan berbincang dengan pemimpin kumpulan pemisah menerusi talian video. - REUTERS

Memanfaat 10 hari terakhir Ramadan

Zamanuddin Jusoh

"Beriktikaf, solat sunat, membaca al-Quran sangat dituntut hubungan dengan Allah SWT"

Terlalu pantas masa berlalu dan antara sedar atau tidak, kita sudah melepasi fasa pertama serta kedua dalam menjalani ibadah puasa. Maknanya, kita sudah menempuh kepada 10 terakhir Ramadan. Sudahkah berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap ketakwaan dalam erti kata sebenar?

Jika tempoh itu belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, maka masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah keredaan dan ketakwaan itu. Justeru, hari-hari terakhir Ramadan perlu direbut dan digunakan supaya kita tidak ketinggalan mendapat manfaat berganda dalam meniti pemergian Ramadan.

Sesungguhnya, panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan tinggi dan bernilainya detik terakhir Ramadan yang sedang kita lalui ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai melaksanakan ibadah pada saat-saat Ramadan kian melabuhkan tirainya.

Maka rugilah mereka yang meninggalkan Ramadan tanpa mendapat apa-apa ganjaran ataupun keampunan daripada Allah SWT. Justeru, kita perlu memastikan momentum peningkatan kebaikan dan amal soleh sentiasa menjadi perhatian. Itulah tugas dan kesibukan orang yang bertakwa.

Apatah lagi apabila memasuki sepuluh terakhir bulan Ramadan. Janganlah dibiarkan prestasi Ramadan setakat ini mempengaruhi prestasi pada 10 terakhir Ramadan. Baginda SAW telah menampakkan perbezaan dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Daripada Ummul Mukminin, Aisyah menceritakan keadaan Baginda SAW ketika memasuki 10 hari terakhir Ramadan, "Baginda jika memasuki 10 hari terkahir Ramadan, mengeratkan ikatan pinggangnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya."
Sebaik-baik amal

Ulama menafsirkan perkataan mengetatkan ikatan pinggang adalah simbolik kepada seriusnya Baginda SAW ketika menerima 10 malam terakhir Ramadan. Perubahan itu disebabkan amalan perbuatan manusia tergantung pada penutupan atau akhirnya.

Rasulullah SAW pernah berdoa: "Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah pada penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana saya berjumpa dengan-Mu kelak." (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

Baginda SAW bersabda: "Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan di dalamnya ada Lailatulqadar, malam lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa diharamkan darinya maka ia diharamkan mendapatkan kebaikan seluruhnya. Dan tidak diharamkan kebaikannya kecuali ia benar-benar terhalang." (Al-Hadis)

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan masih belum terlewat untuk memperbaikinya.

Oleh itu, marilah kita memerhati beberapa perkara yang akan mendekatkan kita kepada Lailatulqadar, antaranya memahami perkara sebenar yang berlaku pada malam Lailatulqadar dengan membaca surah al-Qadar dan tafsirannya.

Menghafal segala doa berkaitan kebahagiaan dunia dan akhirat. Mengurangkan pengambilan makanan supaya dapat bangun dan bersedia untuk beribadah. Kita juga hendaklah melahirkan tenaga dari minda dan psikologi dengan mengenakan pakaian terbaik serta berwangian bagi menerima tetamu daripada kalangan malaikat yang turun meraikan Lailatulqadar.

Ibnu Jarir meriwayatkan, Rasulullah SAW mandi dan membersihkan diri, merapikan pakaian serta memakai wangi-wangian menjelang waktu Isyak selama 10 hari terakhir Ramadan dengan harapan memperoleh Lailatulqadar.

Curahkan sepenuh takwa

Putuskan hubungan dengan dunia buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada hubungan dengan Allah SWT. Pilihlah satu ruang di masjid atau di rumah untuk kita bersendirian dengan semua kelengkapan supaya sentiasa berada di situ pada masa yang lama.

Kesimpulannya, kita hendaklah memahami bahawa keampunan Allah SWT akan hadir pada bila-bila masa saja. Apa yang penting adalah berbaik sangka dengan Allah SWT serta mencurahkan sepenuh hati dan perasaan kita kepada-Nya.

Lailatulqadar akan dapat dikecapi pada 10 terakhir dan keberhasilannya adalah bergantung sejauh manakah usaha yang ditampilkan untuk sampai kepadanya. Janganlah diabaikan keluarga dan anak-anak untuk berqiyam walaupun sekejap.

Janganlah kita menunggu sehingga malam terakhir untuk bermujahadah dan jangan terlepas malam itu hanya dengan kebetulan. Pelbagaikan ibadat dengan menyusun zikir, doa dan pelbagaikan solat supaya perasaan letih dan mengantuk dapat dikurangkan.

Ingatlah bahawa kunci segala kejayaan pada 10 terakhir Ramadan adalah kesabaran. Tanamkan perasaan ghairah dalam jiwa kita bahawa ganjaran besar akan menanti dan syurga mestilah dibayar dengan harga yang tinggi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...