TERKINI :

Friday, July 18, 2014

Selepas hilang abang dalam MH370, kini hilang anak dalam MH17

SYDNEY 18 Julai - Seorang wanita warga Australia yang sebelum ini kehilangan abangnya dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 lebih empat bulan lalu, dilaporkan turut kehilangan anak tirinya dalam nahas terbaharu melibatkan pesawat MAS, MH17.

Menurut portal Daily Mail, abang kepada Kaylene Mann iaitu Rod Burrows dan kakak iparnya, Mary Burrow merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac lalu.

Namun, hari ini, wanita itu mendapat tahu anak perempuan tirinya, Maree Rizk, pula merupakan antara 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.

"Pesawat itu membawa semua orang pergi selama-lamanya dan kejadian ini telah merentap hati kami sekali lagi, kata abang kepada Mann, Greg Burrows.

Walaupun terpaksa berdepan dengan dua tragedi dalam masa terdekat, Burrow berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap MAS.

"Tiada siapa boleh meramalkan pesawat itu akan ditembak jatuh. Perkara itu di luar kawalan kita," ujarnya. - AGENSI

Pasukan misi bantuan Malaysia ke Gaza tiba di Kaherah

Daripada MOHD. HAZLI HASSAN

KAHERAH, Mesir 18 Julai - Sebanyak 11 anggota pasukan Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di sini pada pukul 4.45 pagi (waktu tempatan) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Ketibaan pasukan misi bantuan berkenaan yang terdiri daripada lima pakar perubatan dan lima petugas media serta seorang kakitangan Aman Palestin disambut oleh Pengurus Aman Palestin Mesir, Qamarul Naim Mohd. Faizal.

Selepas itu, semua pasukan Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza dibawa ke hotel penginapan mereka di Holiday Inn Cairo.

Qamarul Naim berkata, semua urusan perjalanan memasuki Gaza, Palestin sudah diselesaikan dan pasukan misi bantuan akan bergerak ke sempadan Rafah awal pagi esok.

"Sehingga kini tiada masalah kerana kedua-dua pihak, Mesir dan Gaza sudah dimaklumkan dengan kehadiran misi bantuan ini namun semuanya tertakluk kepada situasi masa sebenar.

20 identiti mangsa nahas MH17 belum dikenal pasti - Tiong Lai

Oleh HASNURUL MOHAMED

SEPANG 18 JULAI - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 20 penumpang pesawat MAS Boeing 777, penerbangan MH17 yang ditembak dan jatuh terhempas di Timur Ukraine malam tadi masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, daripada 40 penumpang yang pada awalnya tidak dapat dipastikan identiti mereka, 21 penumpang telah dapat dikenal pasti kewarganegaraan mereka.

"Kita telah kenal pasti identiti mangsa tragedi MH17 iaitu 173 warganegara Belanda, 27 warganegara Australia, 12 warganegara Indonesia, sembilan dari United Kingdom, tiga warganegara Filipina, satu dari New Zealand dan satu dari Kanada.

"Warganegara Malaysia yang turut terkorban ialah seramai 44 orang manakala warganegara Belgium dan Jerman pula masing-masing empat orang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, waris dan keluarga terdekat mangsa sudahpun dimaklumkan mengenai berita yang amat mendukacitakan ini.

Bagaimanapun kata Tiong Lai, waris dan keluarga terdekat mangsa tidak akan dihantar ke Ukraine dan itu disahkan oleh wakil MAS yang juga Pengurus Operasi MAS, Kapten Izham Ismail yang hadir sama pada sidang akhbar petang ini.

Tiong Lai juga dalam sidang akhbar yang sama memberitahu, satu pasukan siasatan khas antarabangsa akan ditubuhkan bagi menyiasat nahas MH17.

Katanya, dua orang akan dihantar untuk menyertai pasukan penyiasat tersebut dan perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Menteri Luar, Datuk Hanifah Aman.

"Kita mengalu-alukan penubuhan pasukan siasatan ini supaya siasatan dapat dilakukan dengan baik.

"Kita dijemput untuk sama-sama menyertainya dan Menteri Luar Ukraine juga menunjukkan komitmen untuk menjalankan siasatan secara terperinci berhubung tragedi MH17 ini," katanya.

Geng plastik hitam cemar kesucian Ramadan?


- Gambar Hiasan  
- Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Setiap kali tiba bulan Ramadan, bagaikan satu pemandangan biasa di sesetengah kedai makan apabila ada orang beragama Islam menjinjing bungkusan-bungkusan misteri dalam plastik hitam keluar dari kedai.
  
Meskipun tiada nama rasmi diberi kepada golongan ini, suara sinis masyarakat menggelarkan mereka sebagai ‘geng plastik hitam’, sempena warna plastik yang digunakan.
  
Ada dalam kalangan mereka itu yang tua, muda, lelaki dan perempuan. Situasi ini dapat dilihat dari pagi hingga ke petang, ketika ramai umat Islam menahan lapar dan dahaga.
  
Isi bungkusan itu, tidak perlu diperjelaskan lagi. Ada yang memilih roti canai, mee goreng dan ada menu nasi berlauk.
  
Pekedai pula seakan memahami keperluan golongan ini, turut membantu ‘menyembunyikan’ makanan yang dijual dengan mengguna beg plastik hitam yang tidak telus cahaya.
  
Jika dipandang dari sudut negatif, mudah untuk mengaitkan para pembeli dengan perilaku ponteng puasa.
    

Igor Girkin dalang tragedi MH17?


Igor Girkin  
Igor Girkin

KIEV - UKRAINE. "Kami sudah beri amaran-jangan terbang di laluan udara kami". Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Komander Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army, Igor Girkin melalui akaun laman sosialnya VK.com iaitu Facebook versi Rusia.

Igor yang mahu dikenali sebagai Strelkov berkata, kumpulannya mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkutan tentera yang mana ia sebenarnya sebuah pesawat komersial yang membawa 298 penumpang termasuk krew kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur.

"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine,” katanya seperti yang dipetik melalui sebuah portal.

Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.

MH17: Satu pembunuhan beramai-ramai, kata Anwar

FATHIN ATHIRAH HASLI


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang didapati bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa pesawat MH17.

“Kami mengutuk perbuatan ini yang disifatkan sebagai salah satu keganasan dan menggesa pihak berkuasa antarabangsa untuk menjalankan siasatan penuh serta bebas bagi membawa mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini ke muka keadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PR perlu punyai lebih ramai MP yang kritis, kreatif, pro aktif dan agresif seperti MP Shah Alam

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

http://1.bp.blogspot.com/-Q5WWa-LbUxA/TnGEWzDDedI/AAAAAAAAA2Q/U0DFEUt6pPU/s1600/DSC03276.jpg
MP: PR perlu punyai lebih ramai MP yang kritis, kreatif, pro aktif dan agresif seperti MP Shah Alam.

Beliau bukan mengambil sikap menikus dengan sebarang kepincangan yang berlaku tetapi berani bersuara dan menanggung risiko.

PR perlu meminimumkan bilangan MP yang hanya tahu tanggung beras masuk kampung dan bersalam dengan tuan kenduri.

Nahas #MH17 : Bukan sahaja Sykt Korea tapi Australia juga tak guna laluan tersebut sejak Mac

Pesawat Asia berhenti guna laluan MH17 ditembak sejak berbulan lepas, lapor AFP

OLEH MD IZWAN


Beberapa negara Asia berhenti menggunakan laluan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.

Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.

"Kami berhenti terbang merentasi Ukraine atas faktor keselamatan," kata jurucakap Asiana Lee Hyo-Min yang dipetik daripada agensi berita, Agence France-Presse (AFP).

Korean Air juga menukar laluan ke 250km selatan Ukraine "kerana keadaan politik tidak stabil di wilayah tersebut, kata pegawainya, dipetik daripada AFP.

Jurucakap Qantas juga berkata mereka menukar laluan merentasi Ukraine sejak beberapa bulan lalu.

Hari ini, syarikat penerbangan Thailand, Thai Airways International (THAI) mengumumkan penukaran laluan tidak merentasi negara bergolak tersebut.

MAS betulkan jumlah penumpang MH17

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine 
 Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal  - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.

Tragedi MH17: PAS sedia kerjasama dengan kerajaan

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengucapkan takziah berhubung tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Rusia-Ukraine semalam.

Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, peristiwa membabitkan MH17 itu merupakan satu peristiwa yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

"Satu peristiwa yang mengejutkan dan menyedihkan kita di waktu kehilangan MH370 yang masih menjadi tanda tanya dan masih belum ada kepastian di hujungnya.

"Sekali lagi negara di landa peristiwa malang iaitu terhempasnya pesawat MH17, cukup memilukan bukan hanya sahaja melibatkan rakyat Malaysia tetapi turut melibatkan warga asing

"Kami dari PAS meluahkan takziah serta rasa simpati dan sedih atas peristiwa malang ini terutamanya kepada keluarga yang terlibat, kami berharap mereka bersabar menempuh dugaan ini," jelasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut meminta agar kerajaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengenal pasti adakah terhempasnya pesawat tersebut akibat daripada tembakan atau sebaliknya.

MH17 : Kenapa lalu ruang udara "ZON PERANG"?

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Syarikat penerbangan Korea Selatan elak laluan Ukraine sejak Mac

http://i.cdn.turner.com/cnn/2011/WORLD/asiapcf/07/15/south.korea.airline.ban/t1larg.korean.air.jpg
SEOUL: Dua syarikat penerbangan utama Korea Selatan berkata, mereka sudah menghentikan penggunaan ruang udara Ukraine sejak 3 Mac lalu atas faktor keselamatan.

Korean Air Lines Co Ltd dan Asiana Airlines Inc, kedua-duanya berkata, mereka menukar laluan penerbangan berkenaan untuk mengelak terbang di Ukraine sejak tarikh yang sama.

Pesawat MH17 milik Malaysia Airline System Bhd (MAS) terhempas di timur Ukraine semalam, menyebabkan 298 orang di dalam pesawat terbunuh.

Amerika Syarikat berkata, pesawat berkemungkinan ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara. - AP

Trajedi MH17 : Sudah ada dua kejadian kapal terbang di serang sebelum ini



TG Nik Aziz - Ulas Bab MH17 | Lihatlah tahap kesihatan TG sekarang ini..!!

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di di timur Ukraine.

“Semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan,” tulis beliau menerusi facebook pagi ini, sebagaimana di bawah.

Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat MAS yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia dari lebih dua ratus penumpang.

Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan.

MH17 - Selepas meletup sebijik baru kelam kabut nak ubah lalauan..

MAS tukar laluan penerbangan di Eropah, kini 298 dalam pesawat MH17

Skrin monitor menunjukkan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, luar Kuala Lumpur hari ini.

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menukar semua laluannya di Eropah kepada laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam, tragedi kedua untuk MAS tahun ini.

Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine selepas didakwa ditembak jatuh.

Pada 8 Mac lalu, pesawat MAS MH370 hilang secara misteri selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

MAS hari ini mengesahkan terdapat 280 penumpang serta 15 anak kapal dalam penerbangan itu dan menambah, turut terdapat tiga bayi.

Nahas MH17: Britain desak mesyuarat tergempar PBB mengenai Ukraine

 
 
 

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Britain hari ini mendesak agar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan krisis Ukraine susulan nahas pesawat Malaysia di timur negara itu.

Mesyuarat itu dijangka diadakan esok, demikian menurut sumber diplomat.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan berhampiran Russian.

Jurucakap Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menuduh kumpulan pemberontak pro-Russia menembak jatuh pesawat, namun pemberontak berkata ia ditembak jatuh oleh jet Ukraine. - AFP

Pesawat MAS disangkakan pengangkut tentera Ukraine

http://1.bp.blogspot.com/-gUX3EIqPPH0/U8hj23ZoudI/AAAAAAAAXsM/LNBIfkH0My8/s1600/2014-07-18_080107.jpg


Kiev : Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia.

Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.

Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit - Nik Abduh






Tentera Ukraine tidak terbabit tembak jatuh pesawat Malaysia - Presiden Ukraine

Petro Poroshenko
Petro Poroshenko, the Ukrainian president. Photograph: Evgeniy Maloletka/AP

KIEV: Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kata bahagian media Presiden Ukraine.

Agensi berita negara itu, Inferfax memetik Presiden Petro Poroshenko bahawa beliau tidak menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh.
"Ini adalah insiden ketiga dalam tempoh beberapa hari selepas kejadian pesawat An-26 dan SU-25 ditembak jatuh.

"Kami tidak merasakan pesawat ini juga ditembak jatuh dan kami ingin tekankan bahawa Ukraine tidak menjalankan sebarang tindakan untuk menghapuskan sasaran di udara," katanya. - Reuters

MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi

Foto
KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

Berita Harian melaporkan bahawa MH17 ditembak jatuh kata menteri Ukrine

Pesawat MAS MH17 dilapor terhempas

Pesawat M'sia dilapor terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...