TERKINI :

Thursday, July 17, 2014

Hukum tabur bunga atas kubur, sudah jadi harus

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

ALOR SETAR - Menurut Islam, hukumnya harus untuk menabur bunga atas kubur sempena Aidilfitri.

Pendakwah, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa menabur bunga di tanah perkuburan adalah menyerupai amalan Nasrani dan Yahudi adalah satu kesilapan.

Beliau mengakui tersalah cakap mengenai hukum itu dalam satu ceramah di Perlis baru-baru ini.

"Saya tarik balik kenyataan itu kerana tersalah cakap. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah membuat kalungan bunga dan diletakkan di keranda serta mengusungnya bersama mayat ke tanah perkuburan.

"Perkara itu adalah bidaah dan haram kerana menyerupai amalan orang kafir dan membazir. Perkara ini juga saya rujuk dalam kitab Al-Muktamad," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kesilapan itu adalah amat dikesali dan berharap penceramah lain juga mengambil sikap memperbetulkan semula kenyataan jika tersalah cakap.

"Sepatutnya bunga itu dikaitkan dengan membuat kalungan dan dibawanya bersama keranda, bukannya menabur di tanah perkuburan.

"Saya mohon maaf atas kesilapan itu kerana saya pun manusia biasa yang tak sunyi daripada salah dan silap," katanya.

Ahmad Faisol berkata, amalan menabur bunga atau meletak bunga di atas tanah perkuburan adalah diharuskan dan hendaklah berpaksikan kepada niat.

"Sekiranya bunga itu ditabur atas tanah perkuburan supaya bunga yang masih basah (hidup) itu bertasbih kerana ALLAH, maka ia adalah dibolehkan," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan beberapa laman sosial dan blog yang mengatakannya sebagai wahabi.

"Berhentilah mengaitkan saya seperti itu kerana saya masih pengikut setia Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpegang kepada Mazhab Syafie," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di tanah perkuburan kerana ia amalan Nasrani dan Yahudi.

Ahmad Faisol berkata, perbuatan itu adalah menyalahi ajaran Islam.

Wang tebusan: Zahid, IGP beri versi bercanggah

 
Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara hari ini memberi versi yang bercanggah mengenai tuntutan wang tebusan yang dilaporkan dibuat oleh kumpulan bersenjata yang menculik seorang anggota polis di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini.

Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengesahkan kumpulan yang menculik Konstabel Zakiah Aliep, 26, menuntut wang tebusan RM10 juta.

Beliau bagaimanapun, menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan wang tebusan bagi membebaskan anggota polis yang diculik itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan sebuah akhbar hari ini mengenai tuntutan wang tebusan tersebut.

Apabila Menteri UMNO ajak-ajak ayam YB PR melawat pusat gelendangan..!!

DAP dakwa Putrajaya membisu terhadap permintaan lawat pusat gelandangan

http://malaysiagazette.com/sites/default/files/styles/inode/public/field/image/gambar-tengku-adnan-1.jpg?itok=gm-LfUpP
Sudah hampir sebulan DAP meminta kebenaran Putrajaya untuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat melawat sebuah pusat penempatan gelandangan, tetapi masih belum menerima jawapan.

Perkara itu didedahkan MP Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar), susulan pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim kepada pemimpin pembangkang melawat Desa Bina Diri di Sungai Buloh.

"Sehingga hari ini, walaupun menteri mengalu-alukan kami melihat sendiri tempat itu, kami tidak mendapat sebarang respon positif daripadanya atau setiausaha sulitnya," kata beliau.

Menurut Ong, surat permintaan kepada kementerian dihantar pada 23 Jun, disusuli pertemuan dengan setiausaha sulitnya, Reza-Rizvy Ahmad, bagi mendapat maklumat lanjut.

Bagaimanapun, Ong berkata, sehingga sekarang mereka masih tidak mendapat jawapan.

Ong menggariskan lima tujuan lawatan yang hendak dibuat Pakatan itu.

"Kami hendak memastikan samada mereka ditempatkan di situ secara sukarela atau tidak dan samada kebajikan mereka dijaga supaya mereka boleh keluar dari status gelandangan.

Siapa lagi mahu masuk DAP?

HAMBALI AKRAM | 17 Julai 2014.

SEBELUM fenomena Dyana, calon Melayu yang bertanding mewakili DAP dalam pilihan raya di Teluk Intan baru-baru lalu, telah ada wakil rakyat Melayu dalam DAP.

Cuma, penyertaan Dyana yang mewakili orang muda dan generasi baru anak Malaysia membuka lembaran baru dalam suasana politik di Malaysia. Terkini, seorang lagi sicantik manis menempa nama sebagai ahli baru Melayu DAP iaitu Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara.

Tindakan mereka boleh dinilai daripada pelbagai sudut, namun penyertaan mereka ke dalam mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi kecuali dasar pasti tersebut hanya untuk kaum tertentu sahaja seperti Umno, MCA dan MIC.

Selain mereka, ramai lagi anak muda Melayu telah menyertai DAP – walaupun propaganda hebat Umno-BN yang menggelar DAP sebagai parti chauvinis Cina!

Taqiyyah atau tidak, Iran adalah pembekal roket kepada Hamas untuk serang Israel

BANGSA-BANGSA BERSATU, NY - Bukti bahawa Hamas menggunakan senjata yang lebih canggih keatas  Israel - termasuk roket yang lebih jauh kedalam jarak nya daripada dalam konflik lalu memberi pertanda baru bahawa Iran berperanan dalam mempersenjatai Hamas.

 Sedang Israel berdepan dengan ancaman roket yang dilancarkan dari Gaza yang dikawal Hamas, mencapai jauh ke dalam wilayahnya, satu laporan yang dikelaskan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu  menyimpulkan bahawa penghantaran senjata telah dipintas Israel ke atas sebuah bot kargo di Laut Merah Mac lalu berasal dari Iran di pelabuhan Bandar Abbas.

 Pada masa itu, pegawai-pegawai Iran menafikan mengetahui sebarang  senjata, yang ditemui dalam 20 peti simpan di bawah beg simen. Iran dihalang daripada mengeksport senjata di bawah sekatan senjata yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan pada tahun 2007.

 Kapten kapal, Klos-C, disoal oleh pihak berkuasa Israel. Laporan Majlis Keselamatan nampaknya tidak mewujudkan destinasi utama penghantaran senjata, tetapi kaedah menggunakan bahan-bahan binaan untuk mengaburi penghantaran senjata telah digunakan pada masa lalu untuk menyeludup senjata ke Gaza.

Nik Aziz: Yahudi bangsa dilaknati ALLAH


http://3.bp.blogspot.com/-o1nF_YzPjiI/T5bjUwkO0AI/AAAAAAAAGJY/Xmy5dVK25Mk/s320/niko.jpg
SAYA sedang berehat di dalam wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada masa sekarang atas nasihat doktor.

Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini.

Sesungguhnya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.

Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh ALLAH SWT.

Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat al-Quran.

Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan ALLAH SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam surah al-Fatihah.

Selepas kita diwajibkan memohon daripada ALLAH SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, ALLAH SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai.

[GEMPAR] Penculik Konstabel Zakiah mintak RM10juta

Zahid sahkan penculik minta RM10j, kerajaan tidak akan layan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

http://4.bp.blogspot.com/-mGLcS3cU6ww/U8NpFqnBKNI/AAAAAAAAReY/0M6mGjmDxJU/s1600/Untitled-1.png
KUALA LUMPUR 17 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kumpulan bersenjata yang menculik Konstabel Zakiah Aliep, 26, menuntut wang tebusan RM10 juta.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan tersebut sebaliknya menggesa Zakiah dibebaskan tanpa syarat kerana anggota polis Marin tersebut hanya menjalankan tugas kepada negara. -UTUSAN ONLINE

Media PAS iaitu Harakah kena hentam dan maki hamun......kenapa..??

Pelik... ada orang hentam Harakah, tanpa membacanya

(Foto Presiden di Turki, ehsan Harakah)

Era langit tanpa sempadan ini, sangat mudah untuk menyalurkan pandangan peribadi. Bermula dari muhasabah yang tulus ikhlas, hinggakan kritikan bersulam keegoan seteruslah kepada maki hamun dan sumpah seranah semuanya boleh didapati di alam maya atas apa jua isu.

Lidah rasmi PAS, Harakah, sekali lagi menjadi sasaran serangan dari kalangan yang tidak berpuashati apabila organ parti ini menyiarkan rencana yang menyebut ‘Lotfi (bekas ahli PAS dari Kedah) menyertai kumpulan militan dalam konflik bersenjata menentang pemerintahan Syria…’ Mereka marahkan Harakah kerana menuduhnya militan. Persepsi yang tertanam kukuh di kalangan rata-rata rakyat Malaysia, militan adalah kumpulan pengganas. Justeru orang yang berjihad tidak layak dicop militan.

Typical pihak yang cuba melakukan provokasi ialah mengaitkan subjek kemarahan dengan aspek yang ditolak ramai. Suatu masa dahulu, mana-mana tokoh yang cuba disingkirkan dari kepimpinan utama Pakatan Rakyat oleh pihak tertentu akan dicop sebagai ‘alat Umno’ atau ‘Umno’; strategi untuk memudahkan kerja penyingkiran. Begitulah dalam isu ini, tiba-tiba Harakah dituduh mempunyai dalang Syiah di belakangnya. Tuduhan ini bukan kali pertama dilontar, namun sejak tuduhan liar itu mula tercetus di muktamar PAS suatu masa dahulu hingga kini; belum ada ahli lembaga pengarah Harakah mahupun kakitangannya yang bersolat berlapikkan batu.

Dulu Takut Anwar Jadi MB, Rupanya Dengan Isterinya Pun UMNO Takut Juga

Shahbudin Husin,

http://2.bp.blogspot.com/-NWILHD5tpn0/U1B-wqUVCLI/AAAAAAAAB_Q/nENNGPgWx9k/s1600/logo-umno.jpg UMNO nampaknya bukan saja takut Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi turut takut jika isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan nombor satu kerajaan negeri itu. Jika Anwar sebelum ini dihalang melalui proses mempercepatkan kesnya di Mahkamah Rayuan, bahkan bersidang juga sehingga jam 7 malam, Dr Wan Azizah juga cuba dihalang dengan mereka-reka pelbagai bentuk persepsi mengenai ketidaklayakannya menduduki jawatan itu.

Kalau sebelum ini, beliau dikatakan tidak sesuai menduduki jawatan itu kerana bukan anak jati Selangor, sebaliknya dilahirkan di Singapura, terbaru ini fitrah semulajadinya sebagai wanita pula dijadikan alasan.

Peguam UMNO, Hafarizam Harun menjadikan alasan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang mengalami uzur syarie atau datang bulan sebagai alasan untuk mengatakan Presiden PKR itu tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana dianggap menjadi halangan untuknya menghadiri majlis-majlis keagamaan ketika mengiringi Sultan Selangor.

Walaupun merupakan peguam UMNO dan peguam kepada Perdana Menteri dalam kes saman terhadap Malaysiakini serta dianugerahkan projek lebuhraya Kidex bernilai lebih RM2 biliion, hakikatnya Hafarizam paling sengkek mindanya apabila menggunakan alasan uzur syarie itu sebagai sandarannya untuk mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin Selangor.

Apa yang beliau takutkan dengan Dr Azizah? Benarkah seperti kata Rafizi Ramli bahawa ketakutan Hafarizam ialah kerana bimbangkan projek lebuhraya Kidexnya tidak menjadi kenyataan jika Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor?

Mesyuarat jawatankuasa hudud hari ini di Putrajaya

Kota Bharu: Mesyuarat pertama jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincang dan meneliti pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam di Kelantan akan diadakan di Putrajaya, hari ini.

Kelantan diwakili Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad; pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah serta Dr Zulkarnain Lokman, Mohd Tarmizi Abdullah, Nik Baharom Nik Abdullah dan Hisyam Fauzi yang masing-masing pakar dalam bidang perundangan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata sebelum ini, Jawatankuasa Teknikal Kelantan mengadakan mesyuarat dan menerima beberapa cadangan dikemukakan dalam bengkel yang terdiri daripada 57 peguam yang menggesa supaya dibuat pindaan dalam Enakmen Jenayah Syariah II.

“Pada 13 Julai lalu, 57 peguam ini bertemu dengan pasukan petugas khas yang dibentuk jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Daud Muhammad.

Masya'Allah.. mulianya beliau meninggal dunia iaitu ketika tadarus al-Quran


Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya. 
 Gambar kenangan Ku Iqbal (kanan) bersama rakannya.
ALOR SETAR - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) meninggal dunia ketika sedang bertadarus al-Quran, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.35 pagi tadi apabila Ku Iqbal Ku Md Khir, 14, secara tiba-tiba rebah di sisi kawannya.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK, Johari Jaafar berkata, ia adalah kejadian pertama kali berlaku di sekolah itu.

Beliau berkata, sebelum kejadian, semua pelajar diarah mengikuti majlis tadarus al-Quran yang diadakan setiap pagi di surau.

“Keadaan pada pagi itu tenang dan semua pelajar menjalankan rutin harian pada bulan Ramadan dengan bertadarus al-Quran seperti biasa.

“Tetapi secara tiba-tiba Ku Iqbal yang ketika itu sedang membaca ayat al-Quran kelihatan sedang menundukkan kepalanya secara perlahan-lahan sebelum rebah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ozil derma bonus juara kepada penduduk Gaza

http://media.premiumtimesng.com/wp-content/files/2013/09/%C3%96zil_Real.jpg
Sikap pemurahnya itu turut disertai pemain lain beragama Islam yang beraksi dalam Piala Dunia di Brazil

Istanbul: Bintang sensasi Jerman, Mesut Ozil (gambar kanan) dilapor akan mendermakan bonus kemenangan yang diterimanya berjumlah RM1.9 juta (350,000 pound) kepada kanak-kanak Gaza selepas membantu negara itu menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.

Konflik yang terus berlanjutan di Timur Tengah susulan rundingan genjatan senjata menemui jalan buntu, membuatkan pemain berkenaan bersedia mendermakan bonus sebanyak RM1.5 juta (270,000 pound) yang diterimanya apabila membantu Jerman muncul juara dan RM644,796 (118,000 pound) lagi daripada aksi separuh akhir.

Sg Petani : Enam khemah bazar ramadhan diterbangkan angin


Kejadian angin kencang menerbangkan enam khemah di Bazar Ramadan Taman Ria.  
Kejadian angin kencang menerbangkan enam khemah di Bazar Ramadan Taman Ria.

SUNGAI PETANI – Sebanyak enam khemah peniaga di Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani dekat sini, diterbangkan angin kencang dalam kejadian lebih kurang jam 1.30 petang semalam.

Kejadian disedari beberapa orang awam yang mengunjungi kawasan terbabit termasuk beberapa peniaga yang sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan pada sebelah petang.

Bagaimanapun dari tinjauan yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...