TERKINI :

Wednesday, July 16, 2014

Kes Kak Long Stering Lock dengan Uncle sudah pakat bermaaf-maafan

'Saya maafkan dia' , kata mangsa buli wanita pandu Peugeot putih

KUANTAN: Pesara kerajaan, Sim Siak Heong tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang bertindak membulinya dalam kejadian di parkir kenderaan UTC di sini, kelmarin.

Siak Heong, 68, berkata dia sudah berjanji untuk tidak melaporkan kejadian dibuli oleh wanita terbabit walaupun diminta oleh pihak berkuasa supaya berbuat demikian. 

"Saya sudah maafkannya dan dia pun sudah meminta maaf selepas kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah, wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.

Kejadian itu dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 minit yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Isu MB S’gor: Jangan beri peluru hidup kepada BN

HARAKAHDAILY | 15 Julai 2014.

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor digesa untuk tidak menonjolkan perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan teknikal knock out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang, lapor Selangor Kini.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

Oleh itu, ujarnya kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

Berkesankah tindakan Malaysia terhadap Israel?

http://abuhassanadam.blogspot.com/ | 16 Julai 2014.

Sekurang-kurangnya apa yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Britain, William Hague memberikan sedikit tekanan juga kepada kebiadaban Israel. Sky News melaporkan bahawa, ‘Mr Hague said he had spoken to Palestinian President Mahmoud Abbas and Israeli Foreign Minister Avigdor Lieberman, expressing his "deepest concern about the number of civilian casualties……It is clear that we need urgent, concerted international action to secure a ceasefire, as was the case in 2012."

Dan seorang penyanyi terkenal Adam Levine telah mengarahkan agar Fox News milik Rupert Murdock (Yahudi Israel) mengentikan memainkan lagunya’Maroon 5” sebagai tentangannya terhadap tindakan Israel terhadap rakyat Palestine. “Levine did not mince words in calling out the Rupert Murdoch-owned, conservative-leaning news network for playing his band’s music, tweeting, “Dear Fox News, don’t play our music on your evil [f---ing] channel ever again. Thank you.”

Sekurang-kurangnya mereka peka dan mereka bertindak.

Seingat aku, setiap kali Israel menyerang Palaestine, rakyat Malaysia akan turut bersama ‘murung’ seperti yang dialami oleh rakyat Palestine yang ditimpa malapetaka ciptaan Israel itu. Itu menunjukkan betapa ikrab dan eratnya hubungan antara Palestine dan Malaysia. Seperti kata peribahasa Melayu, ‘cubit peha kiri paha kanan terasa sakitnya’. Seolah-olah tangisan rakyat Palestine adalah juga merupakan tangisan rakyat Malaysia. Derita kelaparan rakyat Palestine seolah-olah dirasai juga oleh rakyat Malaysia beragama Islam.

Benarkah ada EXCO KEDAH kalut bila ada pendedahan dalam isu agihan projek untuk kontraktor kroni..!!??

oleh Mummy Rokiah

SIAPA CEMAR SIAPA? CUBAAN MENCEMAR EXCO ATAU EXCO TELAH MENCEMAR AMANAH RAKYAT?

Memang hampir tepatlah pendapat ramai rakan atas pagar yang mengatakan "orang UMNO" kalau dengar sahaja projek Kerajaan tak ubah seperti kucing lapar ikan. Teliurnya menitik sehingga ke dagu. Perebutan projek Kerajaan sesama orang UMNO sendiri sudah lumrah ianya ibarat perebutan sebiji bola oleh 22 pemain dalam gelanggang Piala Dunia.

Di dalam perebutan projek sesama sendiri ini ada yang menggunakan kaedah tikam belakang, tikam depan, tikam rusuk kanan, tikam rusuk kiri, das kaki kanan, das kaki kiri, lompat tikam dan berbagai lagi malah yang lebih memalukan ada yang sanggup menarik londeh seluar sesama kawan. Apa juga cara diguna pakai untuk mencapai matlamat.

Semuanya hanya berpunca dari saling kejar mengejar projek-projek kerajaan baik yang kecil mahupun yang mega. Baik yang sekenit mahu pun yang gajah. Baik projek jangka pendek mahupun projek jangka panjang. 

Patutlah lawyer Umno tu gabra jika Wan Azizah jadi MB.. dia ada 'hun' jika Khalid terus jadi MB..!!

 
Kenyataan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun bahawa perempuan tidak sesuai menjadi menteri besar menunjukkan beliau “panik” berhubung kemungkinan hilang projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), dakwa Rafizi Ramli.

“Saya rasa beliau boleh ucap selamat tinggal pada projek RM2 bilion Kidex jika Wan Azizah mengambil alih kuasa,” kata Rafizi kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Hafarizam merupakan pengarah dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Construction Sdn Bhd, pemilik saham dalam konsesi lebih raya Kidex Sdn Bhd.

Rafizi berkata, Wan Azizah kelihatan tidak berminta dengan Kidex ekoran dakwaan kurangnya rundingan awam dalam perkara itu.

Agus cadangkan Wan Azizah lebih sesuai jadi calon MB Selangor

Calon MB Selangor, Wan Azizah lebih sesuai

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan 
Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan bahawa Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail lebih sesuai untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor berbanding  orang lain, sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan tersebut.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, mengambil kira beberapa faktor antaranya lebih berpengalaman Wan Azizah dilihat mempunyai lebih kelebihan.

“Wan Azizah lebih layak, beliau merupakan seorang Presiden PKR, yang dilihat telah membuktikan rekod kecemerlangannya.

“Di samping itu, Wan Azizah juga pengimbang di dalam Pakatan Rakyat sekiranya beliau dipilih majoriti yang akan bersetuju,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Buat ajalah wahai JPJ, tak payah dok canang sangat..nengoknya pemandu BAS kelaku sama jaa..!!!

JPJ menyamar jadi penumpang
Wartawan Sinar Harian
http://2.bp.blogspot.com/-WHlmRkStsQ4/UAJHhXX9aKI/AAAAAAAAAJk/HsmqRY_Qiag/s640/bas.jpg

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menggunakan kaedah penguatkuasaan secara penyamaran bagi memastikan perjalanan bas ekspres di jalan raya selamat dalam Ops Hari Raya Kedah 2014.

Pengarah Negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata, tempoh pelaksanaan penguatkuasaan Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung dua minggu mulai 21 Julai hingga 5 Ogos depan selama 24 jam.

“Kaedah penyamaran sebagai penumpang dilaksanakan bagi mengekang kesalahan seperti merokok mahupun menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu bas ekspres.

“Malah, pihak kami tidak ketinggalan akan menguatkuasakan penyamaran bergambar untuk memastikan pemandu tidak memandu secara berbahaya, katanya.

Beliau berkata sedemikian semasa ucapannya dalam Majlis Perjumpaan dengan pengusaha dan pemandu bas ekspres bersama Pengarah JPJ Kedah, Terminal Bas Shahab Perdana, kelmarin.

Semakin Ramai Wakil ISRAEL yang yang jadi tukang propa dalam Malaysia sekarang

SUDAH RAMAI MAKHLUK DI MALAYSIA YG JADI TUKANG PROPA ZIONIS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa



1) Krisis Gaza kali ini memang banyak kejutan. Bukan sahaja daripada skuad Hamas yg menyerang Israel dgn roket baru, skuad amfibia dan drone ababil, tetapi tumbuh bagaikan cendawan pula pengkritik Hamas di Malaysia.

2) Ada yg menuduh Hamas lah punca krisis di Gaza. Ada yg kata Hamas mesti keluar dr Gaza untuk keamanan Palsetine. Ada pula yg sanggup edit gambar kononnya rakyat Gaza sendiri menolak Hamas.

3) Golongan ini semakin ramai. Jika anda mengikuti komentar dan diskusi mereka, tentu anda akan lihat betapa semakin ramai yg akan terpengaruh dgn serangan pemikiran mereka. Sudah tentu golongan yg malas mebaca dan mengkaji akan mudah terpengaruh.

4) Kita jarang sekali bertemu akan orang yg seakan menyokong zionis sepuluh tahun dahulu. Tapi hari ini sudah bercambah. Seperti yg saya sebutkan dalam post terdahulu, serangan pemikiran ini jugalah adalah salah satu daripada fitnah akhir zaman. Semoga kita dan anak cucu kita terselamat.

Sekian

Penoreh Getah di Kedah digalak daftar di PAT-G


ALOR SETAR - Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaksanakan beberapa mekanisme dan kaedah berterusan dalam mengemaskini data pemilik dan pengusaha getah di negara ini.

Antaranya melalui Pendaftaran Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dimulakan sejak tahun 2010 dan masih diteruskan sehingga kini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Salmiah Ahmad berkata, pendaftaran PAT-G antara langkah berkesan untuk mengenalpasti identiti pekebun kecil, dalam usaha mencegah kecurian getah selain mengawal kualiti getah yang dihasilkan.

“Pewartaan Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Perlesenan dan Permit) 2014 mewajibkan semua pekebun yang menjual getah memiliki PAT-G. Pekebun yang menjual getah terdiri daripada tiga kategori, iaitu pemilik dan pengusaha (memiliki tanah dan menoreh getah sendiri); pengusaha (menoreh tanah milik orang lain dan pemajak tanah); serta pemilik (memiliki kebun yang ditoreh warga asing),” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Salmiah berkata demikian bagi menepis dakwaan LGM tidak efisien dalam mendapatkan data sekaligus mengemas kini jumlah penoreh terkini.

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) Kedah mencadangkan agar pengumpulan data penoreh getah yang dilakukan pada tahun 2010 dikemaskini dengan segera oleh LGM, kerana jumlahnya diragui.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...