TERKINI :

Tuesday, July 15, 2014

[PANAS] Zahid Hamidi dedah dalang penculikan di Sabah...

Rupanya Ini Dalang Penculikan Di Sabah.. Saksikanlah

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/03/misuari.jpg
KUCHING : Bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari dikenal pasti dalang di sebalik pencerobohan dan perculikan di Sabah termasuk di Pulau Mabul, Sabtu lalu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Nur Misuari terbabit dalam kes ini dengan kumpulan lain sebagai usaha mendapatkan dana bagi membentuk pasukan baru selepas kehilangan sokongan.
"Wang tebusan akan digunakan untuk membangunkan pasukan baru kerana kita tahu, dia sudah kehilangan sokongan. Malah, Misuari juga tidak mendapat sokongan terutama ketika perjanjian pendamaian GRP (Kerajaan Filipina) yang dibuat sebelum ini. 

Kejutan demi kejutan daripada al Qassam - Drone Abaabeel di keluarkan

Kejutan demi kejutan daripada al Qassam



Salah dari daripada beberapa kejutan daripada al Qassam kepada ketumbukan tentera penjajah Zionis ialah kemampuan mereka mengeluarkan drone mereka yang tersendiri (Drone : A remote-controlled pilotless aircraft or missile).

Dalam pentempuran kali ini (2014) al Qassam telah berjaya melancarkan 3 jenis Drone yang berbeza iaitu :

Drone Abaabeel 1a - untuk mengintip
Drone Abaabeel 1b - untuk menembak
Drone Abaabeel 1c - untuk menyerang (skala yang lebih besar).

Al Qassam tidak hanya bertndak bertahan di Gaza, bahkan bertindak dengan lebih berani memasuki wilayah yang terjajah ('Israel').

Beranikah tentera Zionis ini memasuki Gaza?

Syukur Alhamdulillah..akhirnya harga untuk ambik lesen kereta motor dinaikkan oleh Najib BN..!!

http://www.mysumber.com/wp-content/uploads/2013/06/gambar-lesen-baru-2013.jpg

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014. Seperti yang diketahui umum, harga lesen memandu untuk kereta iaitu kelas (D) dan lesen motor iaitu kelas (B2) akan dinaikkan bermula 14 Julai 2014. Kenaikkan harga lesen ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh JPJ mulai 14 Julai 2014. 

Pembaharuan dalam pengambilan kelas memandu ini merangkumi 3 elemen yang dinaiktaraf iaitu kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian berkomputer. Berikut disenaraikan harga baru untuk lesen memandu kereta dan motor

Harga Baru Lesen Kereta Dan Motor 14 Julai 2014

* Kereta Kelas D – RM 1300 akan naik ke RM 2000
* Motorsikal Kelas B2 – RM 600 (termasuk yuran lesen) akan naik ke RM 1050

Jika Hishammuddin Suka Beri Amaran, Zahid Pula Penuh Dengan Retorik

Shahbudin Husin, 

Isu berkaitan Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah kembali menjadi perhatian berikutan berlakunya serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi anggota keselamatan diculik oleh kumpulan yang dipercayai berpusat di selatan Filipina.

Esscom ditubuhkan berikutan tragedi pencerobohan di Lahad Datu, namun selepas penubuhannya kejadian penculikan yang melibatkan pelancong sebagai kegiatan mendapatkan wang tebusan sudah beberapa kali berlaku. Ia seolah-olah kumpulan penculik itu tidak gentar langsung dengan Esscom yang diberikan peruntukan besar serta melibatkan polis, tentera laut serta marin.

Kawasan perairan itu seolah-olah menjadi lubuk duit bagi kumpulan penceroboh tersebut memperolehi wang kerana setiap kali penculikan berlaku, ia mesti diakhiri dengan pembayaran wang berjuta-juta ringgit. Perairan Semporna dan Lahat Datu seolah-olah sudah seperti perairan Somalia yang menjadi medan lanun-lanun menawan kapal dan kemudian menuntut wang tebusan.

Selain beberapa aspek kelemahan masih wujud dalam Esscom sehingga Perdana Menteri juga sudah meminta dikaji semula sistem kawalan agar tidak begitu mudah dicerobohi, kecacatan paling ketara dalam Esscom ialah berkaitan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab terhadapnya.

Unesco beri Langkawi ‘Kad Kuning’, berdepan risiko hilang status Geopark..!!

OLEH HIMANSHU BHATT

Published: 15 July 2014

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Langkawi_bridge_150714.jpg
Kereta kabel di Gunung Mat Chincang antara lokasi menarik di Langkawi dan keseluruhan pulau pelancongan itu mendapat pengiktirafan status Geopark daripada Unesco. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Julai, 2014.

Pulau peranginan terkenal negara, Langkawi dalam bahaya dan berdepan risiko hilang status Geopark daripada Unesco selepas badan dunia itu memberi amaran "Kad Kuning", susulan kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan dan mapan yang ditetapkan.

Kumpulan sivil, FLAG (Friend of Langkawi Geopark) bertindak mengambil langkah memperbaiki keadaan tersebut sebelum Unesco melakukan pemeriksaan pertengahan tahun depan.

Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.

Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.

"Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.

Sokong Israel: Wartawan AS kutuk White House


Abby dalam rancangannya mengutuk White House yang terus-terusan menyokong keganasan Israel terhadap Gaza.  
Abby dalam rancangannya mengutuk White House yang terus-terusan menyokong keganasan Israel terhadap Gaza.

SHAH ALAM – Bukan semua menyokong tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memberikan sokongan ke atas keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Seorang wartawan sebuah stesen televisyen RT, Abby Martin mengecam dan mengutuk keras tindakan AS yang menyebelahi Israel yang melancarkan perang ke atas Gaza dan Tebing Barat sehingga mengorbankan ratusan nyawa penduduk yang tidak berdosa termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Abby dalam sebuah program televisyennya berkata, dalam 24 jam terakhir, tentera Israel telah membuat serangan udara ke atas 160 kawasan di Gaza dan menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), secara keseluruhannya, sebanyak 560 kawasan di tanah Gaza telah dibom oleh rejim Israel.

“Kita sedia maklum bahawa Gaza adalah antara kawasan yang paling padat di bumi dengan lebih 1 juta penduduk, sebarang serangan udara hampir pasti akan membunuh orang awam.

“Mengikut Menteri Perumahan dan Kerja Raya, sekurang-kurangnya 50 perumahan telah dimusnahkan buah masa ini manakala 1,700 rumah lagi dilaporkan rosak,” katanya.

13 Mei: Muhyiddin bagai melaga-laga kaum- Anwar

(Oleh: Fiza Halim)

KAJANG 8 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Tan Sri Muhyidin Yassin sepatutnya memupuk kerjasama dan persefahaman antara kaum dan bukan menimbulkan ketakutan kepada rakyat dengan sentimen perkauman.

Menurutnya, timbalan perdana menteri itu perlu memberi contoh yang baik dan teladan kepada rakyat, dan sebagai pemimpin harus menanamkan semangat persefahaman di kalangan mereka.

“Bulan Ramadan ini, beliau harus tanamkan tradisi persefahaman, bukan takut-takutkan rakyat.

“Apa-apa pun kita harus berpandukan Al Quran, itu asas dalam kehidupan kita,” katanya selepas solat tarawikh dan tazkirah di Surau Saujana Impian dekat sini.

Muhyidin baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila memberi amaran mengenai peristiwa hitam 13 Mei akan berulang semula sekiranya perlembagaan negara dipersoal.

Kenali tiga musuh utama umat Islam

HARAKAHDAILY | 14 Julai 2014.

DALAM hidup ini, khususnya umat Islam, mereka menghadapi tiga kelompok utama yang sentiasa mahu mengeluarkan mereka daripada landasan perjuangan Islam.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dalam tazkirahnya di Harakah.

“Musuh pertama umat manusia dan Islam ialah Iblis dan syaitan. Musuh ini ada sejak zaman nabi Adam lagi. Pada ketika itu belum ada kaum Yahudi mahupun Nasrani. Iblis dan syaitan kekal hingga ke hari ini dan terus berusaha memesongkan manusia dan umat Islam daripada jalan kebenaran.

“Musuh kedua umat Islam ialah golongan Yahudi dan Nasrani. Khususnya Yahudi, bukanlah saya bermaksud kesemuanya tetapi sebahagian besarnya. Perlu diingat bahawa ramai kalangan nabi dan rasul diutuskan kepada kaum Yahudi seperti nabi Ishak, Yaakub, Yusuf, Musa dan Isa,” tegas Ustaz Azman.

Presiden PAS - Surat terbuka kepada yang berjihad

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG 

PERKATAAN jihad, menjadi sebutan di kalangan umum umat Islam sejak zaman berzaman, walau pun ramai yang tidak memahaminya secara hukum feqah. Kini menjadi lumrah disebarkan oleh media dan menjadi sebutan juga di kalangan bukan Islam, lebih menjadi sasaran media apabila ada kalangan yang mengisytiharkan jihad berperang menentang kerajaan yang ditolak dan mengajak seluruh dunia menyertainya.

Jihad adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib diimani dan dihayati oleh penganut Islam dan sepatutnya difahami dengan betul oleh semua pihak mengikut tasawwurnya, supaya tidak mencalarkan ajaran Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam itu ada feqahnya, bukan hanya perkara ibadat sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat. Maka jihad pun ada hukum feqahnya yang tersendiri.

Feqah bererti kefahaman yang betul, bermaksud diketahui secara ilmu yang sahih dan dilaksanakan dengan istiqamah dan faham terhadap setiap ajaran itu secara menyeluruh dan mendalam. Ianya meliputi cara amalan, syarat, rukun, adab, masa dan matlamatnya yang dinyatakan oleh sumber utama ajaran islam, iaitu al-Quran, serta dihuraikan pelaksanaannya yang betul oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama yang mendalaminya di sepanjang zaman dengan cara ilmu yang betul melalui bahasa al-Quran, di mana ada perkataannya yang tidak boleh diterjemah dalam bahasa lain dengan satu perkataan sahaja.

Masih adakah cogan kata, Melayu itu Umno, Umno itu Melayu?

Oleh Aspan Alias

Dahulu, semasa saya mula bergiat dalam Umno selalu saya dengar cogan kata, Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno. Sesungguhnya begitulah kenyataannya kerana semasa itu tiada parti Melayu lain yang mendapat sokongan ramai.

PAS hanya bertumpu di Pantai Timur Semenanjung dan parti itu hanya berkubu di Kelantan. Selain itu PAS hanya wujud di tempat-tempat di mana wujudnya sawah padi dan pengaruhnya bertompok-tompok.

Kini cogan kata Umno itu sudah lama tidak kedengaran kerana sesungguhnya Melayu sekarang tidak semestinya penyokong Umno. Ia menjadi begini kerana Umno tidak mampu merubah pemikiran dan sifatnya mengikut waktu dan zamannya.

Umno sekarang hanyalah seperti sebuah kelab eksklusif yang mana ia dikuasai sekelompok manusia dan keluarga dengan menggunakan pengaruh dengan menekan pembangunan pemikiran ahli-ahlinya dan mereka tidak payah berfikir untuk perjuangan partinya itu.

Umno diperlakukan oleh kumpulan kecil yang eksklusif dan mereka yang kecil kumpulan ini menggunakan ahli-ahli yang dimandulkan pemikiran mereka oleh kumpulan eksklusif ini.

Dun penentu nasib Abdul Khalid Ibrahim

KEMELUT pertukaran Menteri Besar (MB) di Selangor semakin rumit dan menimbulkan krisis besar politik dalam negeri ini.

Berbagai desakan dan pihak terutamanya dalam kalangan ahli PR mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berikutan kepimpinannya semakin dipersoalkan dalam rakan partinya sendiri.

Namun begitu, desakan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana masih banyak faktor perlu diambil kira sebelum mendesaknya meletak jawatan. Salah satu proses tersebut adalah menerusi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang memungkinkan beliau meletak jawatan atau mengheret pihak istana dalam kemelut ini.

Bagi mengupas isu tersebut, wartawan Sinar Harian, Syairi Shaari mendapatkan penjelasan daripada pakar undang-undang dan perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari menyentuh undang-undang tubuh dalam pelantikan menteri baru dan krisis politik di Selangor.

Malaysia Terus Perkukuh Ekonomi Israel, SAMM Gesa Kerajaan Terus Terang


Pada Februari 2012 lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pernah mendedahkan hubungan kerjasama Malaysia-Israel khususnya dalam soal perdagangan minyak sawit. Beberapa dokumen bukti telah didedahkan kepada umum melalui pelbagai media.

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat, malah SAMM juga sebelum itu mendedahkan bagaimana komponen buatan Israel telah dihantar ke negara ini untuk dipasang menjadi barangan 'Made in Malaysia', kerana pasaran untuk barangan 'made in Israel' adalah sangat terhad.

SAMM juga telah memunculkan jadual kapal perdagangan di antara pelabuhan terkemuka tanahair dan juga pelabuhan di Israel, selain itu didedahkan juga bagaimana sebuah syarikat berkaitan zionis diberi peranan dalam kerajaan termasuk di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga di dalam sebuah syarikat kewangan di bawah adik Najib Razak. Semua ini didedahkan oleh SAMM sejak sekian lama dengan fakta dan bukti.

MH370 : Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'

Kakak Kapten Zaharie akhirnya buka mulut
Sakinah  
Sakinah

SINGAPURA - Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.

Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli model-model kapal terbang.

Hospital Sultanah Bahiyah kini mencapai tahap kapasiti maksimum dan perlu diperluaskan

HSB capai kapasiti maksimum, perlu diperluas


http://3.bp.blogspot.com/-MihVr0mqnLE/TkeTHmtbdII/AAAAAAAAAsg/MGSmENVSPcg/s1600/hsb.jpg
ALOR SETAR - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang merupakan hospital kerajaan utama di Kedah, kini mencapai tahap kapasiti maksimum dan perlu diperluaskan bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun berpuas hati dengan tahap perkhidmatan  HSB, namun beliau melihat adanya keperluan untuk menambah kemudahan baharu terutama bangunan.
  
"Mungkin sudah tiba masanya hospital ini diperluaskan lagi dengan tambahan bangunan baharu. (Kerajaan negeri) boleh berbincang dengan pihak hospital tetapi tentu ia memerlukan persetujuan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan.
  
"Keperluan rakyat Kedah menjadi keutamaan kerajaan negeri. Soal kesihatan suatu yang kita amat utamakan...kita akan bincang dengan pihak berwajib," katanya ketika ditemui semasa melawat HSB hari ini.
    

Hayati semangat Nuzul al-Quran

Hayati semangat Nuzul al-Quran

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeruseluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati semangat Nuzul al-Quran serta bersatu dalam menegakkan agenda ummah.

Perdana Menteri dalam perutusan Nuzul Al-Quran yang akan disambut esok turut mengajak umat Islam berstrategi dengan matang dan berhikmah agar tanggungjawab menjaga agama Islam di bumi bertuah ini dilaksana dengan sempurna.

"Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT, yang mana hanya dengan izinNya, kita masih lagi dapat bersama dengan rahmat Ramadan al-Mubarak, seterusnya pada tarikh 17 Ramadan ini, kita dapat meraikan peristiwa agung Nuzul al-Quran.

"Saya mendoakan agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada Ramadan yang mulia ini, ALLAH SWT menyatukan hati kita semua. Mudah mudahan segalaamalan kita diterima oleh Allah SWT jua," kata Najib dalam laman Facebook beliau hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...